Hasrat yang murni untuk membantu Mangsa Haiyan akhirnya ditimpa musibah,
Namun ini adalah kemalangan kecil berbanding derita yang ditanggung
oleh mangsa Haiyan. Semangat petugas serta Datuk Azeez Rahim sendiri
tidak luntur.
Akibat angin kencang, Presiden Kelab Putera 1Malaysia (KP1M), Datuk
Abdul Azeez Abdul Rahim yang mengetuai misi bantuan kemanusiaan Taufan
Haiyan di Tacloban, Filipina menerima empat jahitan selepas besi yang
digunakan untuk mendirikan khemah tumbang dan menghempap kepalanya,
kira-kira jam 1.45 petang tadi.
Sebelum kejadian di kawasan operasi sukarelawan berdekatan Lapangan
Terbang Daniel Z Romualdez, dekat Taclon itu, Abdul Azeez sedang
mengadakan perbincangan bersama dengan anggota sukarelawan lain selepas
mengagih-agihkan bantuan di kawasan berdekatan.
Beliau kemudiannya dibawa ke klinik lapangan yang diselenggara Kor
Perubatan Angkatan Tentera Malaysia di Tacloban sebelum menerima empat
jahitan dan suntikan anti tetanus.
Abdul Azeez yang juga Ahli Parlimen Baling dilaporkan berada dalam keadaan yang stabil.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan