Khamis, 7 November 2013

Jangan bahayakan pengguna demi kaut untung


KUALA LUMPUR . - Syarikat kawalan keselamatan diminta lebih bertanggungjawab dalam menyediakan perkhidmatan memandangkan perkara tersebut berkait rapat dengan keselamatan pengguna.
Menurut Timbalan Presiden Gabungan Persatuan-persatuan Pengguna-pengguna Malaysia (FOMCA), Muhammad Sha'ani Abdullah, sikap sambil lewa sesetengah syarikat kawalan keselamatan menggaji pekerja 'haram' membolehkan penjenayah bekerja dengan mereka.
Katanya, pengambilan pengawal keselamatan secara tangkap muat semata-mata untuk meraih keuntungan bakal mendatangkan risiko tinggi kepada pelanggan (orang ramai) kerana kita tidak tahu latar belakang serta rekod mereka sebelum ini.
"Ini boleh dilihat dalam dua kes rompakan dan pembunuhan yang melibatkan pengawal keselamatan baru-baru ini.
"Sebab itu, ketegasan perlu ada dalam sesuatu penguatkuasaan. Jangan hanya menahan pengawal keselamatan sahaja, sebaliknya majikannya juga harus dikenakan tindakan tegas kerana tidak mengikut peraturan yang terdapat dalam akta pengambilan pengawal keselamatan," katanya ketika mengulas tentang lambakan puluhan ribu pengawal keselamatan haram di Malaysia.
Sementara itu, Presiden Lembaga Pelindung dan Kebajikan Pengguna Malaysia (LPKPM), Prof. Datuk Seri Saharuddin Awang Yahya mengingatkan syarikat kawalan keselamatan di negara ini agar tidak terlalu ghairah meraih keuntungan, sebaliknya mementingkan keselamatan pengguna.
"Pelanggan percaya kepada keupayaan pengawal keselamatan kerana mereka ditugaskan untuk melindungi harta benda dan orang ramai," katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular

Translate