Khamis, 7 November 2013
Pemandu menangis kereta bos masuk parit
BAGAN SERAI - Seorang pemandu lelaki menangis setelah menjadi punca kereta kepunyaan majikan yang dipandunya terbabas dan memasuki sebuah parit berhadapan Kolej Vokasional Bagan Serai, di sini, kelmarin.
Dalam kejadian jam 12.30 tengahari, mangsa berusia lingkungan 20-an yang sedang dalam perjalanan dari arah Kuala Kurau menghala Bagan Serai dipercayai terbabas dengan sendiri setelah kenderaan dipandu hilang kawalan.
Saksi kejadian, Johari Zainal Abiddin, 56, berkata, sewaktu kejadian, dia sedang menunggu anak pulang dari sekolah sebelum melihat sebuah kenderaan pacuan empat roda meluncur laju menghala ke arah sebuah parit sebelum terjunam ke dalamnya.
“Saya bersama beberapa lagi rakan segera membantu mengeluarkan mangsa namun hairan melihat gelagat pemandu tersebut yang tidak henti-henti menangis.
“Ketika ditanya, pemandu terbabit ketakutan kerana kereta dipandunya itu milik majikan,” katanya.
Sementara itu, mangsa yang dikenali sebagai Zarul berkata, dia bimbang dipecat majikan akibat insiden itu.
“Saya sedang memandu kenderaan itu seperti biasa sebelum ia hilang kawalan dipercayai akibat masalah tayar.
“Saya sudah membuat laporan polis dan berharap majikan boleh membuat tuntutan insurans untuk membaik pulih kenderaan itu,” katanya.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Catatan Popular
-
Malim Nawar adalah sebuah pekan yang terletak di Daerah Kinta, Kawasan Parlimen Kampar , Perak. Lokasinya berada kira-kira 40 km ke sela...
-
Mesjid kampong kepayang Sebut sahaja nama Kampung Kepayang Ipoh, ramai yang terbayang...
-
Bota merupakan sebuah mukim di tepi Sungai Perak , di selatannya ialah Kampung Gajah dan Teluk Intan . Sementara di utaranya ialah ...
-
Ular lidi menjadi naga adalah satu bidalan yang sangat popular dalam kehidupan masyarakat melayu. Di negeri Perak terdapat beberapa ...
-
HUJUNG minggu lalu saya berkesempatan 'melancong' ke sebuah kampung, bukan di benua Eropah, tetapi di tanah air kita sendir...
-
PISTOL boleh diseludup keluar dari pekan Sungai Golok, Thailand ke Malaysia dengan menunggang motosikal melalui Kompleks Imigresen Rantau...
-
Salam semua, anda pasti tak boleh lupa dialog dalam filem Nasib Si Labu Labi arahan Tan Sri P. Ramlee yang tak pernah jemu ditonton oleh ki...
-
Jambatan masuk ke Kampong Kepayang Fair Park Ipoh Menurut sejarah bertulis, Kampung Kepayang dibuka oleh Datuk...
-
DAULAT TUANKU D AULAT TUANKU DAULAT TUANKU Izinkan patik pacal yang hina mencoretkan cerita mengenai Sejarah Perak yang sebahagi...
-
YB Menyerahkan Sumbangan Kepada Tuan Hj. Abdul Kadir. Kampong ini terletak di tebing Sungai Perak berhambiran Jambatan Sultan Idris Shah...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan