Memaparkan catatan dengan label dalam negeri. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label dalam negeri. Papar semua catatan

Khamis, 5 Februari 2015

Throwback 13 Mei : 'Saya Takkan Serah Negara kepada Mereka'

 "Saya tidak akan serahkan negara ini kepada mereka" kata Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman  kepada wartawan- wartawan dalam dan luar negara di lapangan terbang TUDM Kuala Lumpur sekembalinya dari Alor Setar pada pagi 13 Mei 1969 tetapi esoknya semua akhbar tidak terbit  kerana rusuhan perkauman   berdarah berlaku pada petangnya . Maka itu  orang ramai  tidak dapat membaca kenyataan  ini.

Siapakah yang dimaksudkan oleh Tunku dengan "MEREKA"?

Pada hari itu, saya berada di dua peristiwa penting ,pagi bersama dengan Tunku dan petang menyaksikan sendiri meletusnya perisitwa berdarah di hadapan rumah Setiasuaha Politik Datuk Harun Idris.

Kenyataan itu dibuat oleh Tunku sebagai reaksi kepada kekalahan teruk Perikatan;kejatuhan Pulau Pinang ketangan Gerakan dan kebuntuan membentuk kerajaan negeri Perak dan Selangor.

Perisitwa ini adalah puncak kepada semaian  konsep Malaysian Malaysia yang di tanam oleh Lee Kuan Yew  lebih lima tahun sebelumnya sekalipun Singapura telah disingkirkan dari Malaysia

Tunku adalah seorang yang paling demokratik,sikap kompromi dan tidak apanya  (Takpalah) kepada bukan Melayu  terutama orang Cina  sehingga menimbulkan kemarahan bangsanya sendiri,tetapi banyak pendiriannya yang tersirat tetapi tidak tersurat.

Tunku  tidak bimbang  kuasa Melayu akan hilang di negara ini. Baginya orang Melayu akan terus berkuasa.Istiharkan pemerentahan  tentera (Martial Law) jika kuasa terancam.

Ini didedahkan dalam buku biography bekas Menteri Dalam Negeri Tun Dr.Ismail " Reluctant Politican"  halaman 191 yang antara lain menyebutkan dalam keadaan panik dan gempar di kalangan menteri dan  pegawai   bila meletusnya rusuhan, " Tunku conderong untuk mengistiharkan "martial law" tetapi General Ibrahim tidak bersetuju untuk tindakan ini  kerana katanya " Jika ini dilakukan,saya tidak dapat menjamin saya akan dapat menyekat anggota Angkatan Tentera dan juga pegawai-pegawai  mengambil alih kuasa kerajaan,"

Suatu bukti yang jelas tidak sahaja pemimpin-pemimpin politik Melayu Perikatan yang percaya kuat kepada demokrasi sekalipun dalam keadaan yang runcing dan tercabar tetapi pemimpin tentera sendiri sedar akan akibat buruk kiranya negara ini diserahkan kepada tentera.

Pemerentahan tentera di Thailand menjadi bukti nyata, demokrasi tidak kekal lama ,Thailand kembali berada  dalam pemerentahan  tentera yang mententeramkan suasana negara,memulihkan kedatangan pelancong, menstabilkan ekonomi ,memberikan keselesaan kepada Thai keturunan Cina untuk menjalankan perniagaan dengan selamat dan tidak mengexploitasi harga barang dengan sewenang-wenang..

Mantan Perdana Menteri Tun Dr.Mahathir sendiri tidak percaya pemerentahan tentera akan dapat mengekalkan kaasa Melayu kerana orang Cina yang kaya boleh membeli" kuasa" dari tentera.

Tunku berkayakinan  "Biarlah orang Cina berniaga, India bercakap dan Melayu menyelia (Let Chinese make money, Indians talk and  Malays observe). Dalam pada itu di suatu ucapannya di Morib yang juga di hadhiri oleh Presiden MCA Tun Tan Siew Sin,Tunku secara berseloroh berkata" Nasib baik Tuhan bagi jadi mata Cina sepet,jika tidak mereka akan buat duit lebih banyak lagi". Saya ada di majlis ini sebagai pemberita.

Disinilah berlakunya pertembongan nilai antara Tunku dan Mahathir yang membawa kepada kemarahan Tunku yang berpanjangan sekalipun Mahathir telah meminta maaf. .Mahathir percaya kepada kekuatan ekonomi sebagai kuasa mutlak.

*Artikel ini adalah pendapat peribadi penulis, Zainuddin Maidin  yang dipetik dari blog ZamKata dan tidak semestinya mewakili pandangan Rakyat News

 

Ahad, 4 Januari 2015

LIHAT KERAKUSAN KERAJAAN NEGERI KELANTAN, DEDAHKAN SYARIKAT BALAK CINA SINGAPURA!!!












Gambar-gambar terbaharu dari udara yang diambil dari helikopter dan pengesahan gambar-gambar yang sama dari sumber google imej dan google map menunjukkan Rahsia besar kawasan pembalakan Lojing botak, rosak dan punah. 

Segala-galanya alam, hutan, ekosistem rosak terok dengan Kerakusan manusia yang gila Wang, kerana Wang untuk membeli pangkat dan jawatan.

Tidak perlu berlapik lagi, Kerajaan PAS ketika Husam berkuasa mesti bertanggungjawab!!! Dedahkan siapakah Syarikat Balak dari Cina Singapura yang dibawa masuk oleh Husam! Ambil semula wang Balak itu untuk pulihkan Kelantan yang hancur gara-gara mereka.

Kepada rakyat Kelantan, lihatlah dan saksikanlah Kerakusan Manusia merosakkan alam ciptaan Ilahi menyebabkan banjir luar biasa di negeri Kelantan.

Ketika banjir besar memunjak Husam lari bersembunyi, Ahli Parlimen Kuala Krai lari bersembunyi, dan ramai lagi lari bersembunyi setelah mengaut keuntungan jutaan ringgit. Sebab itu mereka tidak perlu bekerja lagi...

Sabtu, 3 Januari 2015

ARTIKEL MENARIK, PERTAHANKAN PETRONAS DARIPADA KEJAHATAN

TAHUN 2014 baru sahaja meninggalkan kita, sepanjang tahun itu kita dikejutkan dengan tiga peristiwa besar iaitu tragedi MH370, MH17 dan syarikat penerbangan kedua terbesar negara AIRASIA beberapa hari sebelum menutup jendela 2014.

MAS dan AIRASIA merupakan dua syarikat penerbangan Malaysia. Kedua-duanya terkenal di seluruh dunia. Perkhidmatan MAS terkenal sangat bagus sehingga menerima anugerah sekian tahun. AIRASIA dalam kategorinya juga menerima anugerah setiap tahun. Kedua-duanya trademark yang mengkagumkan di mata dunia. Pada tahun 2014, musuh-musuh yang tidak berhati perut telah berjaya merosakkan MAS dan AIRASIA, tetapi mereka masih gagal menghancurkannya.

Kelihatan, apa yang berlaku sepanjang tahun 2014 seperti bunga-bunga sahaja, di mana sasaran sebenarnya ialah tahun 2015 dan seterusnya.

Namun begitu, negara kita masih boleh bertahan kerana perpaduan rakyat kita masih utuh. Musuh-musuh negara telah gagal beberapa kali untuk merosakkan negara kita, namun mereka tidak pernah berhenti mahu memperdayakan rakyat Malaysia. 
PETRONAS
Apa jua kos yang dikeluarkan oleh PETRONAS sama ada kos di pelantar, kos produk, bahan mentah, pentadbiran, insuran dan sebagainya, Kerajaan tetap mengambil langkah yang sangat berani dengan mengurangkan harga RON95, RON97 dan diesel. Walaupun kos ketiga-tiga produk ini tidaklah jauh berbeza dan boleh menampung kerugian akibat penurunan harganya, namun kerajaan mengambil langkah berani menurunkan semua harga produk tersebut pada kadar yang berpatutan, demi rakyat.

Setelah mengambil kira trend harga minyak di pasaran dunia USD60 setong sekarang, cadangan Rafizi di sini  supaya harga RON95 itu diturunkan lagi kepada RM1.60, ianya adalah satu cadangan yang tidak boleh diterima walaupun formulanya ke arah itu, kerana ianya akan membunuh PETRONAS dan memusnahkan masa hadapan generasi dan negara kita. Saya percaya Rafizi tidak sedar akan hal ini.

Adakah anda sedar bahawa 'Teras' ekonomi negara kita sekarang ialah PETRONAS. Hasil pendapatan PETRONAS kepada kerajaan sangat besar. Pada tahun 2014, sumbangan PETRONAS kepada kerajaan kira-kira RM68 Billion. Jika trend harga minyak terus menurun, PETRONAS dijangka hanya mampu memberi sumbangan kepada kerajaan lebih kurang RM43 Billion sahaja iaitu kurang 37%. 

Bayangkan, setiap USD1 penurunan harga minyak dunia, PETRONAS akan kehilangan RM1 Billion. Rafizi tidak melihat kehilangan ini suatu ancaman besar kepada negara, kerana fokus Rafizi ialah menurunkan harga minyak kepada RM1.60 dengan dua tujuan. Pertama supaya dia popular, dan kedua supaya pendapatan kerajaan merosot atau sumbangan PETRONAS kepada kerajaan dikurangkan. Implikasinya ialah rakyat akan merana.

Sekarang mari fikirkan, dengan harga USD60 setong atau kurang lagi, adakah pendapatan PETRONAS bertambah atau berkurang?

Kedua, jika berkurang adakah PETRONAS boleh memberi sumbangan yang sama banyaknya kepada pembangunan negara pada tahun 2015 ini?

Ketiga, dengan pendapatan PETRONAS dijangka berkurangan bagaimana nasib syarikat-syarikat Bumiputera yang bernaung di bawah PETRONAS?

Bayangkan jika musuh-musuh negara menurunkan lagi harga setong minyak kepada USD40 ? Apakah kesannya kepada PETRONAS dan negara? 
Siapakah Musuh-Musuh Negara?
Itulah sasaran musuh-musuh negara kita. Mereka mahu menghancurkan Teras ekonomi negara kita. Mudah kata, mereka mahu menghancurkan PETRONAS. Hancur PETRONAS maka hancurlah ekonomi Malaysia. Apabila hancur ekonomi Malaysia, maka menjadi peminta sedekahlah negara kita.

Sedarlah bahawa, ramai yang cemburu dengan kejayaan PETRONAS, dan musuh-musuh di luar sana mencari masa yang sesuai. Kini, masa itu seperti sudah tiba bilamana serangan menurunkan harga minyak di pasaran dunia menjadi trend yang semakin panjang. Ianya tidak pernah berlaku. 

Siapakah musuh-musuh utama negara kita ini? Sedar atau tidak sedar, mereka adalah segelintir sahaja di dalam dunia dengan memiliki kuasa untuk mencatur sesiapa sahaja. Mereka berada di belakang seseorang pemimpin. Mereka mencatur pemimpin-pemimpin di seluruh dunia supaya menuruti jalan yang mereka sudah tentukan. 

Mereka inilah yang menyerang sistem kehakiman negara kita, ekonomi negara, Perlembagaan Persekutuan, apa sahaja hatta sistem Raja-Raja, sistem Kerajaan Persekutuan, kesucian agama Islam, sistem Bumiputera dan sebagainya. Ramai di kalangan kita melihat hal ini biasa-biasa sahaja kononnya keadilan atau human right, walhal mereka lupa ianya adalah rentetan peristiwa yang mempunyai matlamat yang tersembunyi.

Apabila DS Najib bercakap soal "Kesederhanaan" ramai orang tidak sedar ianya adalah senjata kepada keselamatan negara kita. Apabila DS Najib bercakap mengenai "Wasatiyyah" ramai tidak melihat hakikat dalamannya. Apabila DS Najib bermain golf mereka hanya melihat kayu dan bola golf sahaja, kerana kita dibutakan oleh alatis bernama TV dan internet. Walhal TV dan internet tidak dapat menayangkan apa yang ada di dalam hati dan perjuangan Perdana Menteri kita.

Sejarah sahaja yang akan membuktikan, bahawa tindakan DS Najib itu adalah untuk memastikan rakyat Malaysia terus hidup dengan sejahtera.

Kepada rakyat Malaysia, percayalah, bahawa kita mesti bersatu untuk menghadapi semua ini. Kita mesti bersatu hati menentang kejahatan.

SIAP KORANG...SKMM BURU PENCACAI-PENCACAI YANG GATAL TANGAN TABUR FITNAH MASA BANJIR!


Setelah lapan individu tampil memberi keterangan bermula awal minggu ini, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) meminta kerjasama 14 individu berikut untuk hadir membantu siasatan mengenai penyebaran berita palsu berikutan bencana banjir yang melanda Pantai Timur baru-baru ini.

“Setakat ini, lapan individu yang diminta tampil pun memberikan kerjasama yang baik. Kesemua mereka hadir sendiri ke pejabat kami untuk membantu siasatan,” kata Ketua Bahagian Pemantauan dan Penguatkuasaan SKM, Zulkarnain Mohd Yasin.


Beliau berkata SKMM bekerja sama rapat dengan pihak Polis dalam siasatan kes-kes berkaitan berita palsu ini seperti yang dijelaskan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar hari ini.

Berikut merupakan kes berita palsu yang disebarkan bersama-sama dengan individu yang dikenal pasti untuk tampil membantu siasatan:

1. Sepuluh orang sekeluarga terperangkap dalam rumah mati lemas di Guchil, Kelantan yang dipetik sumber kononnya daripada sebuah stesen berita. Ketiga-tiga individu tampil memberi keterangan.

2. Keruntuhan pusat pemindahan Sekolah Manek Urai. 4 individu tampil dan 2 individu berikut diminta tampil, iaitu:

i. Raja Mohd Haidi bin Raja Daod (No Mykad: 881026-03-5993). Alamat terakhir: Kg Manek Urai, Kuala Krai, 18050 Kuala Krai, Kelantan.

ii. Zawawi bin Mat (No MyKad: 760319-03-6083). Alamat terakhir: No 26, Kg Tengah, 18000 Kuala Krai, Kelantan.

3. Kerajaan menyembunyikan fakta ramai orang mati lemas kerana banjir. Seorang individu tampil.

4. Pintu empangan di Selatan Thailand dibuka dan menyebabkan banjir di Kelantan. Individu berikut diminta tampil, iaitu:

i. Mohd Bustam bin Omar (No MyKad: 751124-11-5203). Alamat terakhir: 6224 Jalan Kota Raja, Taman Bijaya, Kelang.

5. Bantuan daripada NGO untuk mangsa banjir tak sampai. Individu berikut diminta tampil, iaitu:

i. Mohamad Azrani bin Daud (No MyKad: 830228-02-6139). Alamat terakhir: No 70, Kampung Keda, Sadik, 09200 Kupang, Kedah.

6. Mayat kanak-kanak dikeluarkan daripada lumpur yang dikatakan mangsa banjir di Kelantan. 5 individu berikut diminta tampil, iaitu:

i. Mohd Fauzi bin Mohd Azmi (No MyKad: 750629-03-5183). Alamat terakhir: 2537, Lorong Bangau 2, Taman Si Buyong, Jalan Mentok Cukai, 24000 Terengganu.

ii. Mohamad Zamzami bin Yaakob (No MyKad: 670511-03-5145). Alamat terakhir: Kampung Wakaf Lichong, 16800 Pasir Puteh, Kelantan.

iii. El Jiffy bin Abd Aziz (No MyKad: 860327-56-5901). Alamat terakhir: 15 Jalan Melur 29, Taman Melur, Ampang, Selangor.

iv. Yuliza Indriani binti Zulfin (No MyKad: 860103-01-5708). Alamat terakhir: 981-A, Paya Bemban, Jalan Abd Kadir Adabi, 15200 Kota Bharu, Kelantan.

v. Mohd Bustam bin Omar (No MyKad: 751124-11-5203). Alamat terakhir: 6224 Jalan Kota Raja, Taman Bijaya, Klang

7. Helikopter TUDM terpaksa disewa untuk keluar pesakit dari Hospital Kuala Krai. 3 individu berikut diminta tampil, iaitu:

i. Farah Wahida binti Abdullah Suhaimi (No MyKad: 841027-03-5104). Alamat terakhir: No 3-4-5 Blok 3 Sri Permata Condo, Jalan SASAAS 9/6, Seksyen 9, 40100 Shah Alam, Selangor.

ii. Natrah binti Mohamed (No MyKad: 850207-03-5106). Alamat terkahir: No 13, Jalan 4/10 B, Seksyen 4 Tambahan, Bandar Baru Bangi, 43650 Selangor.

iii. Norazimah binti Zakaria (No MyKad: 850918-02-5916). Alamat terakhir: Blok E1, 12 Mahallat Al Zahrawi, UIAM Jalan Istana, Bandar Indera Mahkota, 25200 Kuantan, Pahang

8. Seorang wanita terjun dari sekolah ke dalam air. Individu berikut diminta tampil, iaitu:

i.Siti Asiah binti Shaary (No Mykad: 931004-03-6154). Alamat terakhir: No 5, Jalan SD 2/2 Taman Seri Duyong 2, 75460 Melaka.

9. Bantuan disekat oleh pihak berkuasa. Individu berikut diminta tampil, iaitu:

i. Ayub bin Musa (No MyKad: 780410-11-5303). Alamat terakhir: No 24, Lorong Chengal Lempong Baru 12, Taman Balok Jaya, Fasa 3, Perkampungan Chengal, Lempong Bari, 26100 Kuantan, Pahang

10. Bantuan diterima oleh orang BN sahaja. Individu berikut diminta tampil, iaitu:

i. Nor Azwani binti Saimi (No MyKad: 890330-03-6258). Alamat terakhir: No 48, Kg Air Lanas, Lata Rek, Kuala Krai, Kelantan.

Mereka di atas diminta untuk menghubungi pegawai penyiasat SKMM, Mohamad Syukri Jamaluddin (019-2869515) atau Rafina Mimi Muhammad (019-2869471) dengan segera. Kerjasama mereka amat dihargai. – Bernama, 2 Januari, 2015.

Komen kitaorang;

Itulah tak de kerja memandai-mandai buat fitnah kononnya nak jadi hero tapi akhirnya menyusahkan banyak pihak dan mengganggu proses menyelamat mangsa banjir.

Kalau boleh SKMM batalkan nombor HP diorang, tutup akses akaun facebook, twitter dan sebagainya yang menjadi sumber fitnah mereka ini.

PDRM pula pergi cekup pengkhianat-pengkhianat negara ini dan beri hukuman setimpal. 

Kalau mereka tak muncul dedahkan foto mereka. Bukannya susah, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Imigresen kan ado. Maklumat mereka ada dalam sistem data kad pengenalan dan passport.  

Zaman memberi amaran telah berlalu...Pesalah siber wajib diajar supaya menjadi warganegara yang bertanggungjawab dan bebas fitnah.

Sudah masanya hukuman denda dinaikkan, setidak-tidaknya mereka ini dirotan dan dikerah buat kerja-kerja amal membantu mangsa banjir.

Jumaat, 31 Oktober 2014

Pelaris sihir

31/10/2014
Pelaris sihir
Sesungguhnya tidak ada kekuasaan bagimu (Syaitan) terhadap hamba-hambaKu, kecuali ke atas mereka yang mengikut kamu, iaitu orang-orang yang sesat” -( Al-Hijr: 42).
“Sesungguhnya Syaitan itu tidak ada kekuasaannya atas orang-orang yang beriman dan bertawakkal kepada Tuhannya” -( An-Nahl : 99).
“Sesiapa yang mendatangi tukang tilik dan tukang tenung ( bagi mendapatkan bantuan berkaitan ghaib), kemudian mempercayai ramalan si tukang/dukun tadi, maka ia (yang pergi berjumpa itu) telah pun kufur dengan agama Nabi Muhammad SAW ” -( Riwayat Al-Bazar & Abu Ya’la, Albani : Sohih, Ghayatul Maram, no 285).
Di zaman moden hari ini masih ramai lagi yang berani menempah tempat di Neraka dengan mengamalkan sihir untuk pelbagai tujuan dan maksud. Walaupun sudah jelas larangan Rasulullah s.a.w tentang bahaya sihir ternyata masih ada lagi yang mendapatkan khidmat bomoh.
Mereka ini terdiri dari berbagai lapisan masyarakat dan tujuan, bahkan ada juga dari kalangan artis dan ahli politik yang mendapatkan khidmat tukang-tukang sihir ini.
Ada juga yang ingin membalas dendam kepada seseorang yang tidak disukainya dengan cara ini.
Apa yang saya nak sentuh pada kali ini ialah berkenaan dengan penggunaan pelaris kedai. Di sangkakan dengan bercambahnya ilmu dan pusat-pusat pengajian Islam di masjid-masjid ,surau-surau dan forom-forum amalan khurafat ini sudah berkurangan tapi nampaknya masih rancak di negara kita malaysia.
Jika dulu amalan pelaris yang menggunakan khidmat jin khadam atau tangkal ini hanypopular di Indonesia sahaja tapi sekarang sudah merebak sampai ke Malaysia. Jadi kita sebagai pengguna harus berhati-hati dalam memilih kedai makan. Persoalannya bagaimana nak tahu kedai makan yang di syaki itu benar2 mengamalkan pelaris atau tidak.
Ini satu petua yang di ajarkan oleh seorang pengamal perubatan Islam.
Cara mudahnya nak tahu kedai itu ada pelaris (Khadam jin), baca Ayat Qursi 3 kali di luar dari kedai.
Sebaiknya semasa dalam kereta. Kemudian buka tingkap dan tiup 7x ke arah kedai. Tak perlulah tiup macam bomoh pooh kiri pooh kanan. Tiup perlahan-lahan sampai habis nafas (mcm ustaz Ismail Kamus ajar).
Sekiranya ada pelaris di kedai tersebut, “khadam” tu akan marah dan kita akan rasa seperti satu angin menerpa ke muka kita. Kalau dah macam tu, eloklah kita jangan makan dikedai tersebut.
Beberapa cara di bawah bolehlah diamalkan untuk mengelak sihir :-
1) Al-Fatihah.
2) Membaca tiga surah terakhir atau 3 Qul setiap hari.
Ia berdasarkan hadith :
Baginda S.A.W telah berkata kepadaku :
“Bacalah Qul Huwa Allahu Ahad” (al-ikhlas) dan (surah an-Nas) dan (surah al-falaq) sebanyak 3 kali ketika pagi dan petang, ia mampu mencukupkan kamu dari segala sesuatu”.
( At-Tirmidzi, Bab Doa yang disebut Ketika Ingin Tidur, no 3570 ; Sunan Abu Daud, Bab Apa Yang Dibaca Ketika Subuh, no 5072 ( Nuzhatul Muttaqin, no 1457 , 2/229 ).
Wallahuaklam.

Pengalaman bersama penoreh malam di Felda

31/10/2014
Abang Fen kali ini teringin hendak menulis mengenai pengalaman bersama penoreh malam di Felda Chuping, Perlis baru-baru ini.
Pengalaman ini amatlah bermakna bagi Abang Fen dan menjadi harapan agar pembaca juga dapat sama-sama menghayati kisah satu malam penoreh mencari sesuap nasi.
Abang Fen merasai sendiri suasana malam yang gelap gelita di kebun getah seluas beratus ekar sambil diterangi lampu suluh dikepala.
Untuk makluman pembaca, Abang Fen merasai pengalaman itu ketika menemani pasangan Azlan Yusof, 43, dan isterinya Surianaliza Abu Hassan, 37, serta seorang rakan mereka Sario Sanot, 45.
Pada pukul 11.30 malam itu, Abang Fen dibawa menaiki sebuah trak kecil yang ditarik oleh motosikal melalui lorong-lorong di antara pokok getah sejauh tujuh kilometer sebelum sampai ke destinasinya.
Melihat suasananya, Abang Fen terketar-ketar juga kerana ketakutan, tetapi demi pembaca Abang Fen tempuhinya juga.
Sudahlah malam yang gelap tanpa cahaya bulan, suasana sunyi malam dan rimbunan pokok getah serta diselang-seli bunyi cengkerik cukup menyeramkan, manakala bunyi ranting reput yang jatuh juga mendebarkan Abang Fen.
Bagi Abang Fen suasana ini terlalu asing dan sukar ditempuhi tetapi bagi penoreh malam itulah kehidupan mereka yang tidak pernah insan lain pedulikan.
Buka hanya sekadar meredah gelap malam tetapi diselimuti kabus dingin yang sejuk sambil kaki melangkah dari sebatang pokok ke pokok yang lain untuk menoreh untuk memperolehi hasilnya.
Tangan dan muka sentiasa menjadi tempat nyamuk 'mencari makan', jika dibalut susah pula hendak jalan tugas, oleh itu Abang Fen teruskan juga merasai pengalaman yang baru bermula itu.
Tanpa menghiraukan usikan nyamuk, mata sang penoreh juga liar memerhati ranting kayu sambil meninjau binatang berbisa dan bahaya, agar mereka dapat pulang dengan selamat.
Adakalanya si penoreh malam tunduk mengalihkan ranting-ranting getah yang gugur kerana menghalang laluan. Jika terpijak dan tergelincir, mereka boleh dicederakan oleh pisau toreh di tangan.
Jika direnungkan semula, keselamatan penoreh malam agak terdedah kepada bahaya dan kelekaan semasa menoreh antara musuh utama.
Dengan harga getah yang semakin menurun, penoreh juga tidaklah begitu teruja apabila melihat susu getah mengalir ke dalam cawan.
Fikiran melayang memikirkan masa depan keluarga dan kewangan untuk menempuh perbelanjaan harian.
"Cukup atau tidak perbelanjaan, tapi kerja kena buat juga, inilah punca pendapatan," bisik hati penoreh malam.
Bila guruh berdentum si penoreh mula merasa gelisah kerana titisan air hujan bakal mengalang mereka daripada terus mencari rezeki.
Bagaimanapun, ketabahan seorang ibu dalam mencari nafkah tidak pernah luntur dan itulah kekuatan Surianaliza semasa menemani suaminya.
Apa yang membuat Abang Fen merasa kagum dengan wanita itu juga ialah keberaniannya membelah malam serta ketangkasan menoreh getah di kebun milik ibunya seluas 10 ekar.
"Kami membuat dua blok iaitu blok A dan blok B untuk kebun getah ini, satu blok seluas lima ekar. Malam ini kami menoreh di blok A dan esok malam di blok B. Jadi tiap-tiap malam kami boleh menoreh.
"Setiap blok mempunyai 800 pokok dan setiap tiga hari kami akan mendapat sekilo getah dari setiap pokok. Harga getah ketika ini hanya RM2.40 sekilogram tetapi kami beruntung kerana Felda membeli pada harga RM3.00 sekilo, ujar Surianaliza.
Menemani pasangan terbabit menoreh pada malam itu sudah cukup membuatkan Abang Fen penat dan letih, apatah lagi mereka yang sentiasa membongkok pada setiap batang pokok untuk mendapatkan hasil getah sebagai punca rezeki.
Bayangkanlah saban malam penoreh terpaksa mengharungi kegelapan malam dan meredah kebun getah yang luas dan membongkok di setiap pokok yang jaraknya lebih kurang 7 atau 8 langkah sambil berdepan pelbagai bahaya.
Penoreh malam hanya akan berhenti rehat setelah satu jam menoreh dengan menjamah kopi dan roti yang dibawa sebelum menyambung tugas.
Ketika jam di tangan menunjukkan pukul 2 pagi, barulah Abang Fen dan penoreh mula melangkah masuk ke dalam trak untuk sekali lagi meredah dingin pagi dan pulang.
Bagi Abang Fen, inilah antara pengalaman yang paling istimewa sebagai penulis untuk dikongsikan dengan pembaca.
Bagi mereka yang merupakan anak kepada penoreh, hargailah jasa ibu bapa anda kerana mereka telah mengharungi pelbagai bahaya demi membesarkan anda.
Untuk pembaca lain, sama-samalah kita menghargai jasa penoreh, kerana usaha mereka kita mendapat manfaat daripada pelbagai bahan yang diperbuat daripada getah asli.

Khamis, 17 April 2014

Update: Pak Said Terima Ugutan Bunuh Gara-Gara Laporan Polis Azan Terlalu Kuat

“Saya khuatir kerana menerima ugutan bunuh sedangkan saya bukan antiazan dan merayu fitnah yang dilemparkan oleh segelintir individu dihentikan segera.
“Niat saya hanya ingin memohon jasa baik pihak masjid memperlahankan bunyi pembesar suara,” kata penduduk Taman Air Biru, Mohd Said Mohamed Jaid, 56, yang membuat laporan polis pada 11 April kerana mendakwa azan di Masjid Al-Ijtihad Perjiranan 9, di sini, terlalu kuat.
Laporan polis yang dibuat itu mendapat reaksi pelbagai pihak termasuk ada yang mengecamnya.
Mohd Said berkata, sepanjang enam tahun menyewa di rumah yang jaraknya hanya 50 meter dari masjid terbabit, dia tidak mempunyai sebarang masalah.
Katanya, masalah itu timbul apabila tiang yang memuatkan tujuh corong pembesar suara didirikan pada awal bulan mengeluarkan bunyi terlalu kuat dan nyaring serta menjejaskan keselesaan penghuni berhampiran.
“Saya pernah bertemu dengan jemaah masjid bagi membincangkan masalah ini berikutan bunyi yang kuat, tetapi mereka tidak bersetuju,” katanya.
Mohd Said berkata, sebanyak tiga kali dia berulang-alik ke rumah pengerusi masjid berkenaan untuk membincangkan perkara itu selain menghantar surat kepada Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAIJ) pada 1 Mac lalu.
Menurutnya, dia juga ada mengemukakan aduan kepada Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG) pada 23 Mac dan Pejabat Daerah pada 2 April lalu.

Rabu, 16 April 2014

Moh kita pulak mula mendaki Bukit tunggal ini sebagai menyambut saranan kerajaan negeri untuk menjadikan Bukit tunggal kawasan perlancungan.


Khamis, 6 Februari 2014

BUKIT TUNGGAL (GUNUNG TUNGGAI) KAMPONG GAJAH.



Bukit Tunggal 
Pemandangan dari Jalan Telok Sareh ke Tanjung Tualang.


Simpang dari Tanjung Tualang 
(Kiri ke Kg Gajah dan Kanan ke Bota Kanan)

Baru baru ini dibawah peruntukan kerajaan negeri.,Pejabat Daerah Kampong Gajah telah membersihkan semula laluan ke Bukit Tunggal tersebut dan berhasrat menjadikan Bukit Tunggal sebagai kawasan pelancongan. Trek 4x4 dan scram.

Bukit Tunggal juga merupakan laluan perjalanan sejarah Sultan Pertama Perak dari Kampong gajah ke Tanah Abang dengan menunggang gajah. Ia juga selalu dikunjungi oleh persilat-persilat traditional ke kemuncaknya untuk mendalami ilmu-ilmu persilatan di zaman dulu. Jadi jika ia kembali menyusuri sejarahnya Bukit tunggal maka ianya telah berulang kembali tapi dengan aktiviti perlancungan dan riadah yang sihat bagi zaman kita hari ini. Moh kita pulak mula mendaki Bukit tunggal ini sebagai menyambut saranan kerajaan negeri untuk menjadikan Bukit tunggal kawasan perlancungan.



Peserta rombongan yang berkunjung yang sampai 
di puncak Bukit Tunggal.





Bangunan yang telah dibina bagi pendaki dan pengunjung Bukit Tunggal.


Pacuan 4 roda yang turut mendaki.


Laluan atau Trek yang dibina  untuk ke Bukit Tunggal.

* Foto-foto Bukit Tunggal adalah sumbangan dari Encik Mohd Nizam bin Rasli, Kampong Gajah.

Selasa, 15 April 2014

Punca Lelaki Report Polis Laungan Azan Dan Tarhim...



Mungkin sebahagian dari saudara2ku telah mengetahui isu report polis yang dibuat oleh En Md Said ( yg tersebar di FB dan Wassup ) tentang Tarhim dan Azan yang terlalu kuat oleh Masjid Perjiranan 9. Taman Air Biru. Pasir Gudang sehari dua inikan?

Saya rasa terpanggil untuk menerangkan isu sebenarnya apa sebab perkara ini terjadi :

Beliau adalah seorang jemaah yang amat istiqamah solat berjemaah di Masjid itu. Sebelum ini beliau dan sebahagian dari jemaah masjid telah memaklumkan dengan AJK Masjid tentang bacaan Tarhim sebelum solat dan siri2 ceramah fardu ain yang pancarkan keluar masjid melalui 15 biji corong speker terlalu kuatsehingga terganggu anak-anak kecil yang hendak tidur, orang-orang tua yang sakit hendak berehat, anak-anak sekolah yang hendak ulangkaji pelajaran dan kaum-kaum ibu yang hendak solat.

Beliau bukan anti azan sebab sekuat manapun bacaan azan hanyalah sekitar 5minit sahaja, tetapi jika Tarhim dan siri2 ceramah sudah tentulah mengambil masa yang agak panjang terutamanya ceramah Haji yang adakalanya mencecah pukul 11malam.

Cuba kita bayangkan dengan jarak rumah kariah ada yang 10meter sahaja dari corong speker akan melalui perkara ini hari-hari......nak mengadu takut dikatakan Anti majlis ilmu....Anti Masjid....maka terpaksalah tanggung selamanya perkara ini biarpun Solat kaum ibu terganggu, anak2 kecil tak lena tidur, orang2 tua yang nak berehat, anak2 sekolah yang nak study dan lain2 lagi.

Perkara ini telah ditegur oleh Pengarah Jakim Dr Ismail Ibrahim dari tahun 2002 lagi tetapi masih ada lagi Masjid yang tak ambil kisah. Jika dulu kita dikampung-kampung jarak rumah yang agak jauh, pak bilal baca Tarhim kita seronok sebab didengari sayup-sayup aje, tapi tidak sama dengan suasana diTaman2.

Rasulullah pun pernah menegur sahabatnya yang membaca Al Quran didalam masjid dengan suara yang kuat, apatah lagi jika siap guna 15 biji speker ? sudah pasti menganggu jemaah yang lain. Fikir-fikirkanlah

Jom Mengajiiii tak ngaji ceroiiiilah.

Mohon ampun dan maaf jika pencerahan yang
saya berikan ini ada menyentuh mana-mana pihak.

Selasa, 25 Mac 2014

TERKINI : MISI MENCARI "BLACK-BOX" #MH370 #RIPMH370


Sejak pengumuman oleh Perdana Menteri Malaysia DS Najib Razak mengatakan pesawat MH370 telah terhempas di kawasan yang tiada tempat untuk mendarat dan dipercayai bahawa pesawat tersebut telah terhempas dan tenggelam di lautan India. 

Pagi tadi pasukan Elit tentera Amerika telah menyiapkan peralatan untuk mencari Kotak Hitam dilautan india. Gambar diatas adalah bungkusan peralalatan bagi mencari kotak hitam tersebut. Semalam Operasi mencari MH370 ditangguhkan kerana cuaca buruk dan akan dimulakan semula apabila cuaca kembali pulih.

Sejak hari pertama kehilangannya, lebih 12 negara membantu Malaysia dalam misi mencari dan menyelamat pesawat tersebut.Pada Isnin, pesawat Australia dan China masing-masing mengesan beberapa objek yang terapung di selatan Lautan Hindi, namun belum diambil.



Video ini khas buat mereka. 

Isnin, 24 Mac 2014

Ramli Sarip Masih Menyengat

IMG-20140323-WA0007

Kehebatan lagenda rock tanah air, Datuk Ramli Sarip terus menyengat apabila Konsert Jelajah Blues Buat Teman di sebuah hotel terkemuka di Ipoh malam tadi penuh sesak.
Ini apabila siri jelajah lokasi ke-5 ini dihadiri oleh lebih 1,800 warga Perak yang masih merindui kemerduan vokal Ramli Sarip.
Sebanyak 19 buah lagu yang menjadi kegilaan peminatnya seperti Serambi, Kamelia, Kau Yang Satu, Bukan Kerna Nama dan Zakiah telah disampaikan dengan penuh bergaya.
Bukan itu sahaja, vokalis rock terkemuka yang juga anak jati Perak, Mus May turut menghiburkan mereka yang hadir.
Pada masa yang sama, Ramli Sarip turut melelong salah satu koleksi gitar kesayangannya bernilai RM7,500 yang akhirnya dibeli Lembaga Pengarah PORT, Datuk Zainol Padzi Paharuddin.
Hasil jualan itu turut disalurkan kepada sumbangan.
Beliau kemudiannya turut mengundang Zainol berduet bersama menerusi lagu Bukan Kerna Nama.
Persembahan diakhiri dengan persembahan penuh bertenaga melalui lagu Teratai.
Objektif utama konsert itu adalah atas rasa prihatin terhadap rakan seperjuangan beliau yang mengalami kesulitan hidup, seperti Yazit (Search), Hamid (Black Dog Bone) dan balu kepada Allahyarham Samad Mian (Lefthanded).
Hati Ramli Sarip mula terdetik untuk mengadakan konsert selepas terlihat foto Samad dan terus merancang ingin mengumpul dana bagi membantu mengurangkan beban rakan-rakan seperjuangannya itu

Catatan Popular

Translate