Rabu, 20 November 2013

Kenaikan tarif elektrik bukan dalam masa terdekat

Mahdzir Khalid


SERI KEMBANGAN – Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, kadar tarif elektrik tidak akan dinaikkan dalam masa terdekat.
Ini kerana kajian kenaikan kadar tarif elektrik dari aspek kos bahan mentah, syarikat penyedia utiliti dan pengguna masih belum selesai.
Jelasnya, buat masa ini kajian sudah berjalan sebanyak 50 dan keseluruhan kajian tersebut dijangka selesai tahun depan.
“Kerajaan sedang menbuat kajian secara komprehensif dan perlu mengakaji tarif ini dari semua aspek.
“Perkara lain yang perlu dikaji juga adalah kos bahan api, kos bahan mentah dan kos operasi,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Persidangan Elektrik 2013  di Palace Of Golden Horses, hari ini.
Menurut Mahdzir, kenaikan kadar tarif elektrik bergantung sepenuhnya kepada keputusan kajian semula yang akan selesai tahun depan.
“Sebaik kajian siap kajian ia akan dibentangkan ke Kabinet. Kajian tersebut perlu melalui empat peringkat kesemuanya sebelum diluluskan,” ujar beliau.
Kali terakhir kerajaan menyemak kadar tarif elektrik ialah pada Jun 2011 sebanyak RM2.23 sen satu kilowat sejam, iaitu dari RM31.31 sekilowat sejam kepada Rm33.54 sekilowat sejam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular

Translate