Rabu, 20 November 2013

2 minggu taufan Haiyan berlalu, keadaan masih kelam-kabut

Mangsa-mangsa taufan Haiyan menanti giliran untuk dihantar ke kampung halaman selepas dua minggu berada dipusat pemindahan di Tacloban. - AP


TACLOBAN – Selepas hampir dua minggu Filipina dibadai taufan Haiyan, keadaan di wilayah yang terjejas hampir kembali normal.
Ini termasuk syarikat kewangan dan bank yang memulakan semula operasi mereka.
Walaupun ia disifatkan sebagai satu perkembangan positif namun orang ramai masih belum terlepas daripada ‘bencana’.
Sukarelawan mencampakkan air mineral kepada mangsa taufan Haiyan. - AP
Ini kerana mereka belum dapat menikmati ketenangan, malah terpaksa bersesak dan berebut-rebut pula untuk menjalankan urusan dengan pihak bank.
Keadaan itu menyebabkan ramai pelanggan terpaksa berbaris panjang bagi menyelesaikan urusan masing-masing.
Malah mereka juga mengalami kesukaran mengeluarkan wang daripada bank kerana hanya dua mesin pengeluaran wang automatik (ATM) yang beroperasi semula.
Ekoran keadaan yang sukar itu, pihak berkuasa terpaksa menghantar anggota tentera untuk berkawal.
Sementara itu, pasukan tentera juga kini giat melaksanakan proses penghantaran pulang puluhan ribu mangsa taufan ke kampung halaman masing-masing.
Dalam pada itu, Haiyan yang membadai pada 8 November itu telah menyebabkan kemusnahan cukup dahsyat khususnya terhadap sektor pertanian dan perikanan.
Jumlah kerosakan itu dianggarkan bernilai RM716 juta.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular

Translate