Ahad, 10 November 2013

mainhpmasakhutbah


Jumlah terkini rakyat negara kita yang ada akses dan boleh melayari internet telah mencecah seramai 19 juta orang. Saya dengar maklumat ini daripada radio24 Bernama ketika sedang memandu baru-baru ini.
Itu satu angka yang cukup tinggi jika dibandingkan dengan nisbah populasi rakyat negara kita.
Angka itu saya yakin dibantu oleh jumlah yang tinggi rakyat negara kita yang menggunakan telefon pintar.
Aksi pelik manusia melayari internet
Sejak penggunaan telefon pintar yang sudah menjadi satu perkara biasa sekarang ini, kita sering menyaksikan aksi pelik manusia di sekeliling kita. Antara aksi pelik yang boleh dilihat adalah:
  • Dalam keadaan macam manapun, ramai orang yang akan angkat sebelah tangannya pada paras perut sambil tapak tangan menghala ke atas menghadap mukanya. Di atas tapak tangan itu kelihatan telefon pintar sambil sebelah tangan lagi kelihatan sedang mengorek-ngorek skrin telefon pintar tersebut.
  • Lanjutan dari perangai pelik angkat sebelah tangan di atas, kita akan dapat saksikan orang keluar lif dengan tangan dihadapan, orang sedang makan dengan tangan terangkat, orang sedang memandu membahayakan dirinya, pemuda melintas jalan dengan melihat skrin telefon dan bukannya melihat kenderaan kiri dan kanannya dan berbagai aksi pelik lagi.
  • Makan semeja bersama orang lain tapi diam seribu bahasa. Ramai juga yang makan bersama kawan-kawan atau keluarga tetapi kewujudan mereka hanya pada jasad sahaja sedangkan mereka sibuk melayan lebih ramai lagi kawan yang berada di berbagai tempat yang jauh. Yang jauh dimesrai manakala yang dekat tidak diperdulikan.
Dalam masjidpun melayari internet juga
Tak puas dengan masa yang peruntukkan di mana sahaja berada untuk melayari internet, masa beribadah di masjid juga digunakan untuk aktiviti melekakan tersebut.
Ada yang asyik angkat sebelah tangannya menghadap muka sambil jari hantu sebelah tangan lagi mengorek-ngorek skrin sedangkan imam sedang membaca khutbah jumaat.
Apakah hukumnya perbuatan seperti itu?
Mari kita lihat sebuah hadith seperti berikut: Daripada Abu Hurairah Radhiallahu ‘anhu, bahawasanya Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam telah bersabda yang bermaksud:
“Sesiapa yang berwudhu dan menyempurnakan wudhunya, kemudian dia (pergi ke masjid) untuk menunaikan Sembahyang Fardhu Jumaat, lalu mendengar dan tidak bercakap (ketika khutbah disampaikan), maka diampuni dosa-dosanya yang ada di antara hari Jumaat itu dan hari Jumaat berikutnya dan ditambah tiga hari lagi. Dan sesiapa yang bermain-main dengan anak-anak batu (ketika khutbah), maka dia telah berbuat sia-sia”. (Hadits riwayat Muslim)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular

Translate