Khamis, 2 Januari 2014

Kampung Aji Bota Kiri mendapat namanya daripada pembinaan sebuah surau


YB Menyerahkan Sumbangan Kepada Tuan Hj. Abdul Kadir.

Kampong ini terletak di tebing Sungai Perak berhambiran Jambatan Sultan Idris Shah 11 yang menghubungkan jalan Ipoh dan Lumut.
Kampong Aji terletak 24 km dari Lumut dan 48 km dari ipoh. Majoriti penduduknya adalah kalangan bangsa Melayu yang berasal dari Sumatera barat terutamanya Kampar, Mandiling dan Riau.

Bota Kiri dan Bota Kanan merupakan pekan kecil yang terletak di kiri dan kanan Sungai Perak yang merupakan salah sebuah kawasan penempatan lama yang penuh dengan cerita dan peristiwa. Menurut cerita penduduk-penduduk kawasan ini, Kampung Aji mendapat namanya daripada pembinaan sebuah surau yang dibina oleh seorang guru agama bernama "Mat Aji". Beliau mengajar penduduk-penduduk di sini membaca Kl-Quran dan kitab-kitab agama selama beberapa ketika. Memandangkan surau tersebut merupakan tempat pertemuan penduduk kampung maka kebanyakan aktiviti itu banyak tertumpu di situ. Akhirnya menjadi kebiasaan orang ramai apabila hendak ke surau akan menyebut "ke kampung aji " sempena mengambil nama guru agama tadi. Lama kelamaan nama itu kekal dengan gelaran Kampung Aji.

Pada waktu dahulu Kampung Aji hanya terhad kepada kawasan surau yang dibina itu sahaja. Namun pada sekitar 1970an Majlis Daerah Perak Tengah telah mengabungkan beberapa buah kampung lagi dengan lantikan seorang Tok Sidang sebagai Ketua Wakil pentadbiran kepada penduduk Kampung Aji. Kampung-kampung tersebut ialah Kampung Tanjung Kemam, kawasan Mesjid,Kampung, Pulau Pisang dan lain-lain

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular

Translate