Jumaat, 31 Oktober 2014

Pelaris sihir

31/10/2014
Pelaris sihir
Sesungguhnya tidak ada kekuasaan bagimu (Syaitan) terhadap hamba-hambaKu, kecuali ke atas mereka yang mengikut kamu, iaitu orang-orang yang sesat” -( Al-Hijr: 42).
“Sesungguhnya Syaitan itu tidak ada kekuasaannya atas orang-orang yang beriman dan bertawakkal kepada Tuhannya” -( An-Nahl : 99).
“Sesiapa yang mendatangi tukang tilik dan tukang tenung ( bagi mendapatkan bantuan berkaitan ghaib), kemudian mempercayai ramalan si tukang/dukun tadi, maka ia (yang pergi berjumpa itu) telah pun kufur dengan agama Nabi Muhammad SAW ” -( Riwayat Al-Bazar & Abu Ya’la, Albani : Sohih, Ghayatul Maram, no 285).
Di zaman moden hari ini masih ramai lagi yang berani menempah tempat di Neraka dengan mengamalkan sihir untuk pelbagai tujuan dan maksud. Walaupun sudah jelas larangan Rasulullah s.a.w tentang bahaya sihir ternyata masih ada lagi yang mendapatkan khidmat bomoh.
Mereka ini terdiri dari berbagai lapisan masyarakat dan tujuan, bahkan ada juga dari kalangan artis dan ahli politik yang mendapatkan khidmat tukang-tukang sihir ini.
Ada juga yang ingin membalas dendam kepada seseorang yang tidak disukainya dengan cara ini.
Apa yang saya nak sentuh pada kali ini ialah berkenaan dengan penggunaan pelaris kedai. Di sangkakan dengan bercambahnya ilmu dan pusat-pusat pengajian Islam di masjid-masjid ,surau-surau dan forom-forum amalan khurafat ini sudah berkurangan tapi nampaknya masih rancak di negara kita malaysia.
Jika dulu amalan pelaris yang menggunakan khidmat jin khadam atau tangkal ini hanypopular di Indonesia sahaja tapi sekarang sudah merebak sampai ke Malaysia. Jadi kita sebagai pengguna harus berhati-hati dalam memilih kedai makan. Persoalannya bagaimana nak tahu kedai makan yang di syaki itu benar2 mengamalkan pelaris atau tidak.
Ini satu petua yang di ajarkan oleh seorang pengamal perubatan Islam.
Cara mudahnya nak tahu kedai itu ada pelaris (Khadam jin), baca Ayat Qursi 3 kali di luar dari kedai.
Sebaiknya semasa dalam kereta. Kemudian buka tingkap dan tiup 7x ke arah kedai. Tak perlulah tiup macam bomoh pooh kiri pooh kanan. Tiup perlahan-lahan sampai habis nafas (mcm ustaz Ismail Kamus ajar).
Sekiranya ada pelaris di kedai tersebut, “khadam” tu akan marah dan kita akan rasa seperti satu angin menerpa ke muka kita. Kalau dah macam tu, eloklah kita jangan makan dikedai tersebut.
Beberapa cara di bawah bolehlah diamalkan untuk mengelak sihir :-
1) Al-Fatihah.
2) Membaca tiga surah terakhir atau 3 Qul setiap hari.
Ia berdasarkan hadith :
Baginda S.A.W telah berkata kepadaku :
“Bacalah Qul Huwa Allahu Ahad” (al-ikhlas) dan (surah an-Nas) dan (surah al-falaq) sebanyak 3 kali ketika pagi dan petang, ia mampu mencukupkan kamu dari segala sesuatu”.
( At-Tirmidzi, Bab Doa yang disebut Ketika Ingin Tidur, no 3570 ; Sunan Abu Daud, Bab Apa Yang Dibaca Ketika Subuh, no 5072 ( Nuzhatul Muttaqin, no 1457 , 2/229 ).
Wallahuaklam.

Pengalaman bersama penoreh malam di Felda

31/10/2014
Abang Fen kali ini teringin hendak menulis mengenai pengalaman bersama penoreh malam di Felda Chuping, Perlis baru-baru ini.
Pengalaman ini amatlah bermakna bagi Abang Fen dan menjadi harapan agar pembaca juga dapat sama-sama menghayati kisah satu malam penoreh mencari sesuap nasi.
Abang Fen merasai sendiri suasana malam yang gelap gelita di kebun getah seluas beratus ekar sambil diterangi lampu suluh dikepala.
Untuk makluman pembaca, Abang Fen merasai pengalaman itu ketika menemani pasangan Azlan Yusof, 43, dan isterinya Surianaliza Abu Hassan, 37, serta seorang rakan mereka Sario Sanot, 45.
Pada pukul 11.30 malam itu, Abang Fen dibawa menaiki sebuah trak kecil yang ditarik oleh motosikal melalui lorong-lorong di antara pokok getah sejauh tujuh kilometer sebelum sampai ke destinasinya.
Melihat suasananya, Abang Fen terketar-ketar juga kerana ketakutan, tetapi demi pembaca Abang Fen tempuhinya juga.
Sudahlah malam yang gelap tanpa cahaya bulan, suasana sunyi malam dan rimbunan pokok getah serta diselang-seli bunyi cengkerik cukup menyeramkan, manakala bunyi ranting reput yang jatuh juga mendebarkan Abang Fen.
Bagi Abang Fen suasana ini terlalu asing dan sukar ditempuhi tetapi bagi penoreh malam itulah kehidupan mereka yang tidak pernah insan lain pedulikan.
Buka hanya sekadar meredah gelap malam tetapi diselimuti kabus dingin yang sejuk sambil kaki melangkah dari sebatang pokok ke pokok yang lain untuk menoreh untuk memperolehi hasilnya.
Tangan dan muka sentiasa menjadi tempat nyamuk 'mencari makan', jika dibalut susah pula hendak jalan tugas, oleh itu Abang Fen teruskan juga merasai pengalaman yang baru bermula itu.
Tanpa menghiraukan usikan nyamuk, mata sang penoreh juga liar memerhati ranting kayu sambil meninjau binatang berbisa dan bahaya, agar mereka dapat pulang dengan selamat.
Adakalanya si penoreh malam tunduk mengalihkan ranting-ranting getah yang gugur kerana menghalang laluan. Jika terpijak dan tergelincir, mereka boleh dicederakan oleh pisau toreh di tangan.
Jika direnungkan semula, keselamatan penoreh malam agak terdedah kepada bahaya dan kelekaan semasa menoreh antara musuh utama.
Dengan harga getah yang semakin menurun, penoreh juga tidaklah begitu teruja apabila melihat susu getah mengalir ke dalam cawan.
Fikiran melayang memikirkan masa depan keluarga dan kewangan untuk menempuh perbelanjaan harian.
"Cukup atau tidak perbelanjaan, tapi kerja kena buat juga, inilah punca pendapatan," bisik hati penoreh malam.
Bila guruh berdentum si penoreh mula merasa gelisah kerana titisan air hujan bakal mengalang mereka daripada terus mencari rezeki.
Bagaimanapun, ketabahan seorang ibu dalam mencari nafkah tidak pernah luntur dan itulah kekuatan Surianaliza semasa menemani suaminya.
Apa yang membuat Abang Fen merasa kagum dengan wanita itu juga ialah keberaniannya membelah malam serta ketangkasan menoreh getah di kebun milik ibunya seluas 10 ekar.
"Kami membuat dua blok iaitu blok A dan blok B untuk kebun getah ini, satu blok seluas lima ekar. Malam ini kami menoreh di blok A dan esok malam di blok B. Jadi tiap-tiap malam kami boleh menoreh.
"Setiap blok mempunyai 800 pokok dan setiap tiga hari kami akan mendapat sekilo getah dari setiap pokok. Harga getah ketika ini hanya RM2.40 sekilogram tetapi kami beruntung kerana Felda membeli pada harga RM3.00 sekilo, ujar Surianaliza.
Menemani pasangan terbabit menoreh pada malam itu sudah cukup membuatkan Abang Fen penat dan letih, apatah lagi mereka yang sentiasa membongkok pada setiap batang pokok untuk mendapatkan hasil getah sebagai punca rezeki.
Bayangkanlah saban malam penoreh terpaksa mengharungi kegelapan malam dan meredah kebun getah yang luas dan membongkok di setiap pokok yang jaraknya lebih kurang 7 atau 8 langkah sambil berdepan pelbagai bahaya.
Penoreh malam hanya akan berhenti rehat setelah satu jam menoreh dengan menjamah kopi dan roti yang dibawa sebelum menyambung tugas.
Ketika jam di tangan menunjukkan pukul 2 pagi, barulah Abang Fen dan penoreh mula melangkah masuk ke dalam trak untuk sekali lagi meredah dingin pagi dan pulang.
Bagi Abang Fen, inilah antara pengalaman yang paling istimewa sebagai penulis untuk dikongsikan dengan pembaca.
Bagi mereka yang merupakan anak kepada penoreh, hargailah jasa ibu bapa anda kerana mereka telah mengharungi pelbagai bahaya demi membesarkan anda.
Untuk pembaca lain, sama-samalah kita menghargai jasa penoreh, kerana usaha mereka kita mendapat manfaat daripada pelbagai bahan yang diperbuat daripada getah asli.

Khamis, 17 April 2014

Update: Pak Said Terima Ugutan Bunuh Gara-Gara Laporan Polis Azan Terlalu Kuat

“Saya khuatir kerana menerima ugutan bunuh sedangkan saya bukan antiazan dan merayu fitnah yang dilemparkan oleh segelintir individu dihentikan segera.
“Niat saya hanya ingin memohon jasa baik pihak masjid memperlahankan bunyi pembesar suara,” kata penduduk Taman Air Biru, Mohd Said Mohamed Jaid, 56, yang membuat laporan polis pada 11 April kerana mendakwa azan di Masjid Al-Ijtihad Perjiranan 9, di sini, terlalu kuat.
Laporan polis yang dibuat itu mendapat reaksi pelbagai pihak termasuk ada yang mengecamnya.
Mohd Said berkata, sepanjang enam tahun menyewa di rumah yang jaraknya hanya 50 meter dari masjid terbabit, dia tidak mempunyai sebarang masalah.
Katanya, masalah itu timbul apabila tiang yang memuatkan tujuh corong pembesar suara didirikan pada awal bulan mengeluarkan bunyi terlalu kuat dan nyaring serta menjejaskan keselesaan penghuni berhampiran.
“Saya pernah bertemu dengan jemaah masjid bagi membincangkan masalah ini berikutan bunyi yang kuat, tetapi mereka tidak bersetuju,” katanya.
Mohd Said berkata, sebanyak tiga kali dia berulang-alik ke rumah pengerusi masjid berkenaan untuk membincangkan perkara itu selain menghantar surat kepada Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAIJ) pada 1 Mac lalu.
Menurutnya, dia juga ada mengemukakan aduan kepada Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG) pada 23 Mac dan Pejabat Daerah pada 2 April lalu.

Rabu, 16 April 2014

Moh kita pulak mula mendaki Bukit tunggal ini sebagai menyambut saranan kerajaan negeri untuk menjadikan Bukit tunggal kawasan perlancungan.


Khamis, 6 Februari 2014

BUKIT TUNGGAL (GUNUNG TUNGGAI) KAMPONG GAJAH.



Bukit Tunggal 
Pemandangan dari Jalan Telok Sareh ke Tanjung Tualang.


Simpang dari Tanjung Tualang 
(Kiri ke Kg Gajah dan Kanan ke Bota Kanan)

Baru baru ini dibawah peruntukan kerajaan negeri.,Pejabat Daerah Kampong Gajah telah membersihkan semula laluan ke Bukit Tunggal tersebut dan berhasrat menjadikan Bukit Tunggal sebagai kawasan pelancongan. Trek 4x4 dan scram.

Bukit Tunggal juga merupakan laluan perjalanan sejarah Sultan Pertama Perak dari Kampong gajah ke Tanah Abang dengan menunggang gajah. Ia juga selalu dikunjungi oleh persilat-persilat traditional ke kemuncaknya untuk mendalami ilmu-ilmu persilatan di zaman dulu. Jadi jika ia kembali menyusuri sejarahnya Bukit tunggal maka ianya telah berulang kembali tapi dengan aktiviti perlancungan dan riadah yang sihat bagi zaman kita hari ini. Moh kita pulak mula mendaki Bukit tunggal ini sebagai menyambut saranan kerajaan negeri untuk menjadikan Bukit tunggal kawasan perlancungan.



Peserta rombongan yang berkunjung yang sampai 
di puncak Bukit Tunggal.





Bangunan yang telah dibina bagi pendaki dan pengunjung Bukit Tunggal.


Pacuan 4 roda yang turut mendaki.


Laluan atau Trek yang dibina  untuk ke Bukit Tunggal.

* Foto-foto Bukit Tunggal adalah sumbangan dari Encik Mohd Nizam bin Rasli, Kampong Gajah.

Selasa, 15 April 2014

Punca Lelaki Report Polis Laungan Azan Dan Tarhim...



Mungkin sebahagian dari saudara2ku telah mengetahui isu report polis yang dibuat oleh En Md Said ( yg tersebar di FB dan Wassup ) tentang Tarhim dan Azan yang terlalu kuat oleh Masjid Perjiranan 9. Taman Air Biru. Pasir Gudang sehari dua inikan?

Saya rasa terpanggil untuk menerangkan isu sebenarnya apa sebab perkara ini terjadi :

Beliau adalah seorang jemaah yang amat istiqamah solat berjemaah di Masjid itu. Sebelum ini beliau dan sebahagian dari jemaah masjid telah memaklumkan dengan AJK Masjid tentang bacaan Tarhim sebelum solat dan siri2 ceramah fardu ain yang pancarkan keluar masjid melalui 15 biji corong speker terlalu kuatsehingga terganggu anak-anak kecil yang hendak tidur, orang-orang tua yang sakit hendak berehat, anak-anak sekolah yang hendak ulangkaji pelajaran dan kaum-kaum ibu yang hendak solat.

Beliau bukan anti azan sebab sekuat manapun bacaan azan hanyalah sekitar 5minit sahaja, tetapi jika Tarhim dan siri2 ceramah sudah tentulah mengambil masa yang agak panjang terutamanya ceramah Haji yang adakalanya mencecah pukul 11malam.

Cuba kita bayangkan dengan jarak rumah kariah ada yang 10meter sahaja dari corong speker akan melalui perkara ini hari-hari......nak mengadu takut dikatakan Anti majlis ilmu....Anti Masjid....maka terpaksalah tanggung selamanya perkara ini biarpun Solat kaum ibu terganggu, anak2 kecil tak lena tidur, orang2 tua yang nak berehat, anak2 sekolah yang nak study dan lain2 lagi.

Perkara ini telah ditegur oleh Pengarah Jakim Dr Ismail Ibrahim dari tahun 2002 lagi tetapi masih ada lagi Masjid yang tak ambil kisah. Jika dulu kita dikampung-kampung jarak rumah yang agak jauh, pak bilal baca Tarhim kita seronok sebab didengari sayup-sayup aje, tapi tidak sama dengan suasana diTaman2.

Rasulullah pun pernah menegur sahabatnya yang membaca Al Quran didalam masjid dengan suara yang kuat, apatah lagi jika siap guna 15 biji speker ? sudah pasti menganggu jemaah yang lain. Fikir-fikirkanlah

Jom Mengajiiii tak ngaji ceroiiiilah.

Mohon ampun dan maaf jika pencerahan yang
saya berikan ini ada menyentuh mana-mana pihak.

Selasa, 25 Mac 2014

TERKINI : MISI MENCARI "BLACK-BOX" #MH370 #RIPMH370


Sejak pengumuman oleh Perdana Menteri Malaysia DS Najib Razak mengatakan pesawat MH370 telah terhempas di kawasan yang tiada tempat untuk mendarat dan dipercayai bahawa pesawat tersebut telah terhempas dan tenggelam di lautan India. 

Pagi tadi pasukan Elit tentera Amerika telah menyiapkan peralatan untuk mencari Kotak Hitam dilautan india. Gambar diatas adalah bungkusan peralalatan bagi mencari kotak hitam tersebut. Semalam Operasi mencari MH370 ditangguhkan kerana cuaca buruk dan akan dimulakan semula apabila cuaca kembali pulih.

Sejak hari pertama kehilangannya, lebih 12 negara membantu Malaysia dalam misi mencari dan menyelamat pesawat tersebut.Pada Isnin, pesawat Australia dan China masing-masing mengesan beberapa objek yang terapung di selatan Lautan Hindi, namun belum diambil.



Video ini khas buat mereka. 

Isnin, 24 Mac 2014

Ramli Sarip Masih Menyengat

IMG-20140323-WA0007

Kehebatan lagenda rock tanah air, Datuk Ramli Sarip terus menyengat apabila Konsert Jelajah Blues Buat Teman di sebuah hotel terkemuka di Ipoh malam tadi penuh sesak.
Ini apabila siri jelajah lokasi ke-5 ini dihadiri oleh lebih 1,800 warga Perak yang masih merindui kemerduan vokal Ramli Sarip.
Sebanyak 19 buah lagu yang menjadi kegilaan peminatnya seperti Serambi, Kamelia, Kau Yang Satu, Bukan Kerna Nama dan Zakiah telah disampaikan dengan penuh bergaya.
Bukan itu sahaja, vokalis rock terkemuka yang juga anak jati Perak, Mus May turut menghiburkan mereka yang hadir.
Pada masa yang sama, Ramli Sarip turut melelong salah satu koleksi gitar kesayangannya bernilai RM7,500 yang akhirnya dibeli Lembaga Pengarah PORT, Datuk Zainol Padzi Paharuddin.
Hasil jualan itu turut disalurkan kepada sumbangan.
Beliau kemudiannya turut mengundang Zainol berduet bersama menerusi lagu Bukan Kerna Nama.
Persembahan diakhiri dengan persembahan penuh bertenaga melalui lagu Teratai.
Objektif utama konsert itu adalah atas rasa prihatin terhadap rakan seperjuangan beliau yang mengalami kesulitan hidup, seperti Yazit (Search), Hamid (Black Dog Bone) dan balu kepada Allahyarham Samad Mian (Lefthanded).
Hati Ramli Sarip mula terdetik untuk mengadakan konsert selepas terlihat foto Samad dan terus merancang ingin mengumpul dana bagi membantu mengurangkan beban rakan-rakan seperjuangannya itu

Ahad, 23 Mac 2014

BONGKAR !! MISTERI KONDOM BERSEPAH TIAP PAGI TERUNGKAI !

BONGKAR !! Misteri kondom bersepah tiap pagi terungkai ! | Bandung - Bagi penduduk Kampung Merdeka, mereka ada masalah jelek sejak beberapa ketika dulu - taburan kondom terpakai yang dibuang pihak tidak bertanggungjawab. Biasanya, kondom terpakai itu ditemui di sepanjang Jalan Ermawar setiap pagi.

Bosan bersabar, akhirnya awal pagi semalam mereka melaksanakan pelan dirancang lebih awal untuk mencari siapa dalang di sebalik perbuatan tidak senonoh dan menjijikan itu.Semuanya terjawab kira-kira jam 1.30 pagi (waktu tempatan) apabila mereka menahan seorang lelaki dari Cibeunying Kolot, Cigadung, bernama Subandoro. 

Lelaki terbabit ditangkap ketika sedang berasmara dengan seorang mak nyah dalam sebuah kereta.Sumber berkata, penduduk kampung menyerang dan membelasah Subandoro, 30, sebelum seorang ketua masyarakat setempat, Heru, tampil meleraikan keadaan.

Ketika disoal siasat, Subandoro mendakwa dia mabuk ketika itu.

“Subandoro juga nyaris mencederakan seorang daripada penduduk kampung yang membelasahnya kerana terkejut dan panik,” katanya. 

Menurut sumber, Subandoro sering mendapatkan khidmat mak nyah untuk memuaskan nafsu setiap kali mabuk sedangkan dia sudah beristeri. 

“Dia mengaku salah dan malu dengan perbuatannya,” katanya. - Agensi

Jumaat, 21 Mac 2014

GEMPAR !!! Seorang rakyat M'sia baru pulang umrah dakwa nampak bangkai pesawat MH370

Seorang wanita rakyat Malaysia yang baru pulang dari menunaikan Umrah di tanah suci Mekah mendakwa yang dia telah melihat bangkai sebuah pesawat yang besar berwarna perak di perairan Laut Andaman ketika pesawat yang dinaikinya melintasi kawasan berkenaan pada pagi 8 Mac lalu.

Wanita berkenaan Raja Dalelah Raja Latife, 53, berkata ketika dia menyaksikan objek besar yang sebahagian daripada badan yang didakwa sebagai pesawat itu tenggelam dan sebahagian lagi timbul, dia telah memaklumkan kepada ramai pihak di dalam penerbangan berkenaan tetapi telah dipandang ringan.

Dalelah berkata dia menaiki pesawat Penerbangan Saudi SV2058 yang berlepas dari Jeddah pada jam 3.30 pagi waktu Arab Saudi (8.30 pagi waktu Malaysia) dan ketika pesawat itu melintasi bandar Chennai di India dan memasuki ruang udara Laut Andaman, dia melihat menerusi tingkap pesawatnya satu objek besar menyerupai pesawat terdampar di atas laut.

“Saya nampak macam kapalterbang.Sepanjang perjalanan pulang saya sentiasa melihat ke luar kerana saya tidak dapat tidur langsung dan ketika lawatan saya ke Beijing dua tahun lalu juga dia tidak dapat tidur di dalam pesawat dan sentiasa berjaga," kata ibu kepada 10 orang anak ini.
Raja Dalelah, yang berasal dari Kota Tinggi, Johor menambah, sewaktu dia terlihat objek besar berwarna perak yang seakan-akan sebuah pesawat di atas lautan itu, skrin tv di hadapannya menunjukkan yang mereka sedang melintasi Laut Andaman.
“Sebelum itu saya nampak beberapa buah kapal dan kemudian pulau-pulau kecil dan selepas itulah saya ternampak objek berwarna perak di atas air. Saya mengejutkan rakan saya di sebelah untuk melihat apa yang saya saksikan tetapi malangnya mereka mentertawakan saya," ujarnya lagi.
Raja Dalelah, bagaimanapun yakin apa yang disaksikannya itu adalah bangkai sebuah pesawat yang besar.
"Buat apa saya nak bercakap bohong saya baru sahaja balik dari umrah," katanya lagi.

Salinan laporan polis yang dibuat oleh Raja Dalelah sebaik sahaja tiba di Malaysia dari umrah. 
Hanya pada 14 Mac lalu dia telah membuat laporan polis akan apa yang didakwa telah disaksikannya itu dengan harapan akan ada pihak yang mengambil apa yang dikatakannya itu secara serius.
Malah Raja Dalelah masih boleh menjelaskan apa yang disaksikannya itu secara terperinci.
Katanya, pesawat yang dilihatnya itu separuh terapung dan sebahagian besar lagi badan pesawat itu berada di dalam air dengan keadaannya yang senget sebelah.
“Saya melihat jam pada waktu itu menunjukkan pukul 9.30 pagi (2.30 petang waktu Malaysia),” kata beliau.
Raja Dalelah berkata, bila tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada pukul 4 petang dia telah menceritakan apa yang disaksikannya itu kepada anaknya.
“Pada waktu itulah mereka memberitahu saya yang pesawat MAS MH370 hilang dan sedang dicari.Menantu saya seorang pegawai polis yakin yang saya telah menyaksikan sebuah pesawat yang terhempas dan meminta saya supaya membuat laporan polis," katanya sambil menambah "anak-anak saya yang lain khuatir yang saya mungkin akan ditahan kerana membuat laporan palsu kerana pada awalnya semua orang berkata yang pesawat itu kali terakhir dilihat di Laut China Selatan."
Tetapi katanya, sekarang sesiapa yang mendengar ceritanya sudah mula percaya selepas pesawat itu disahkan telah berpatah balik dan hilang di sebelah barat dan bukannya Laut China Selatan.
Bagaimanapun seorang juruterbang berkata, dalam penerbangan jarak jauh seperti dari Jeddah dan Kuala Lumpur, paras ketinggian sesebuah pesawat adalah pada 35,000 kaki.
"Ini bermakna kedudukan pesawat dari permukaan bumi adalah pada jarak lebih kurang tujuh batu. Pada jarak sejauh ini tidak ada siapa pun dapat melihat dengan jelas apa-apa objek di permukaan bumi atau pun di atas air," kata juruterbang itu yang enggan namanya disiarkan. 

MH370 Permulaan Perang Dunia Ke tiga?

Info dari seorang penulis ini menyatakan bahawa terdapat bom di muncung pesawat, dan ada lagi info yang terkini, orang-orang awam di Terengganu terdengar letupan kuat dalam lautan.

Sekirannya MH370 benar-benar telah dibom dnegan peluru berpandu yang hanya mampu dilakukan oleh Vietnam melalui S300 buatan Russia.

Pada pendapat saya ini mungkin satu permulaan untuk mencetuskan rasa kemarahan orang ramai. Jadi sebagai orang islam, BERSATULAH walau apa pun jua yang berlaku. Lupakan persengketaan dan perbezaan politik. Kita perlu bersatu untuk menghadapi berbagai kemungkinan yang bakal terjadi.


==============================
2. Saya merupakan antara orang pertama yang membuat status bahawa pesawat tersebut sudah musnah akibat satu letupan yang saya syaki bom di muncung pesawat (saya update status saya di Facebook bahawa pesawat sudah berada di dalam lautan/musnah bertentangan dengan idea majoriti orang lain yang percaya pesawat sedang ditawan)

3. Saya juga antara orang pertama dari segelintir orang yang melihat bahawa pesawat sudah pun berada di dalam lautan.

4. Saya antara orang yang menolak pendapat bahawa pesawat sudah dirampas dan kononnya di bawa ke lokasi rahsia, saya juga menolak teori kemungkinan juruterbang telah membuat satu tindakan yang membahayakan orang.

5. Yang saya tidak tolak ialah pesawat mungkin dibom dari dalam dan saya juga tidak mengambil ringan hipotesis kemungkinan pesawat sebenarnya ditembak oleh peluru berpandu dari udara ke bumi kerana kemampuan seperti itu dimiliki oleh Vietnam melalui S300 buatan Russia.

6. Senjata misil jarak jauh seperti ini sehingga boleh memintas peluru berpandu balistik juga dimiliki oleh kapal-kapal perang Amerika Syarikat (AS).

7. Semua itu rupa-rupanya tidak ada kaitan langsung.

HILANG MENJADI MISTERI, TIMBUL MENAMBAHKAN MISTERI

8. Akhirnya dengan peluang yang ada, saya dilaporkan bahawa kapal terbang malang tersebut berada di dalam lautan yang gelap, lebih kurang 300 meter.

9. Pesawat berada di dalam keadaan baik, 100 peratus atau 90 peratus dalam bentuk asal tanpa kecacatan yang ketara.

10.Semua penumpang berada di dalam pesawat, terikat di tempat duduk masing-masing dan berada dalam keadaan yang baik walaupun sudah berhari-hari di dalam laut.
KEJADIAN TIMBUL

11.Pesawat akan timbul menurut kiraan saya di antara Jumaat/malam Sabtu atau hari Ahad ini, genap tujuh atau lapan hari ia hilang.

12.Ia akan timbul dalam perairan di sebelah Vietnam

13.Timbulnya akan mengkagumkan dunia…sebuah pesawat besar yang berada di tengah lautan.

14.Pihak berkuasa boleh mengambil barang-barang dan tubuh-tubuh mangsa yang saya rasa berada dalam keadaan yang masih elok.

15.Timbulnya pesawat ini akan menimbulkan persepsi baru dan keajaiban dalam sejarah penerbangan atau perubahan pada sikap manusia itu sendiri.

16.Tentang wujudnya dimensi yang kita boleh sifatkan tanda-tanda kekuasaan Allah.

17.Saya juga menjadi orang pertama yang mengumumkan berita ini “pelik tapi benar”, tak payah tuduh kerajaan atau TUDM, TLDM, ATM, LLN, TNB tahu kisah ini kerana semua orang hatta teknologi tercanggih milih kuasa besar pun pening… - annoymous military.net

Konspirasi MH370 Amerika Syarikat dan China

Konspirasi MH370 Amerika Syarikat dan China

pembaca boleh membuat interpolasi selanjutnya. Saya sekadar menyampaikan bahawa kalian sedang disasarkan, itu saja.
Perkara pertama yang menarik perhatian saya sebaik sahaja menerima khabar mengenai MH370 ialah kesungguhan luarbiasa CNN dalam memberi liputan berita terhadap insiden ini dari detik-detik permulaannya.
Bagi kami apa saja yang timbul dari CNN adalah berita buruk, "CNN is bad news.". Inilah klu pertama saya sebenarnya. Saya membaca ramai yang terpengaruh dengan liputan berita CNN pada detik-detik awal tercetusnya berita tentang insiden MH370, lalu saya pun turut serta mengikuti liputan CNN dengan harapan bahawa Malaysia tidak dihadiahkan dengan 9/11 mereka.
Saya masih berdoa agar mereka itu yang di dalam pesawat MH370, mangsa-mangsa kelompok sang perosak mukabumi, agar segera muncul dengan selamatnya di hadapan kita semua supaya anda boleh mengabaikan peringatan dan pesanan ini.
ii. RICHARD QUEST & SILAPMATA KLASIK DAJJAL MELALUI CNN
Sistem dajjal meninggalkan templat acuan yang sering dikitar semula berulang-ulang kali sehingga anda tidak nampak, sedangkan ia sedang bermain-main di bawah batang hidung anda. Silapmatanya membawa anda ke alam fantasi yang diolah mereka dengan begitu realistik, sedangkan tanda-tanda mereka sedang beroperasi diabaikan. Sebaik sahaja anda melihat tanda-tanda ini, anda tahu suatu agenda sedang dilaksanakan.
Menurut Quest beliau bertemu dengan Fariq ketika penggambaran program CNN Business Traveller dan rakaman video penerbangan tersebut adalah pada 19 Februari 2014 membabit pesawat yang sama (MH370).
  • Fariq Ab Hamid, 27, had recently switched to the Boeing 777-200
  • He landed it in a flight captured on video last month by CNN
  • It was a textbook-perfect landing, the captain said of Hamid's work - (Sumber CNN)
Anehnya CNN yang sudah dikenali sebagai lubuk perisikan Mossad dan CIA langsung tidak dipertikaikan kehadiran mereka. Tidakkah aneh bahawa beliau sudah berada dalam pesawat tersebut terlebih dahulu membuat penggambaran bagi CNN (+ -) 17 hari sebelum insiden MH370? Tidakkah aneh beliau bertemu dengan co-pilot pesawat yang terbabit pada 19 Februari? Kebetulan?
Richard Quest sendiri mempunyai latarbelakang yang kabur yang boleh dipertikaikan. Beliau mempunyai rekod tahanan pihak polis AS atas salahlaku seksual songsang dan pemilikan dadah 'meth'. Di CNN kononnya beliau adalah seorang pakar aviasi sedangkan beliau berkelulusan undang-undang!
Beliau membuat penggambaran CNN Business Traveller dan memandangkan fungsi beliau sebagai pakar aviasi, menjelang insiden MH370 beliau memainkan peranan sebagai 'PAKAR AVIASI' dan memberi liputan/analisis secara terperinci  mengenai MH370.

Apakah mereka datang ke sini untuk membuat penggambaran Business Traveller atau membuat persiapan untuk OPERASI FALSE FLAG MH370 sebenarnya? Bangunlah anak-anak Melayu, jangan lena diulit mimpi lalu kamu bertelingkah sesama kamu sendiri. Hentikanlah permusuhan sesama kamu.
Pada tahun 2006 Richard Quest (lahir 9 Mac 1962) menolak tawaran untuk bertugas dengan saluran Inggeris Al Jazeera, di atas alasan ketidaksuaian berdasarkan homoseksualiti (gay) dan berketurunan Yahudi Eropah (Jewish). [1]
1. ^ Owen Gibson; Afshin Rattansi (November 12, 2006). "Look east: After long delays and a rumoured editorial split with its Arabic parent, English-language news channel al-Jazeera will go on air this week. Owen Gibson and Afshin Rattansi report". The Guardian. Retrieved 6 August 2012. "But there were delays from the start. It was hard to recruit big-name presenters: Richard Quest of CNN said he turned down an offer on the grounds that being gay and Jewish might not be suitable."
CNN reporter in sex, rope and drug scandal
April 21, 2008 - 8:40AM

A well-known CNN reporter has been arrested in New York's Central Park with drugs in his pocket, a rope around his neck that was tied to his genitals, and a sex toy inside his boot.Richard Quest - who is known for his boisterous and quirky style - was arrested at 3.40am on Friday, almost three hours after the park's 1am closing time.

He was initially arrested for loitering, the New York Post said. However, a search by police uncovered the oddly configured rope, a sex toy inside Quest's boot, and a small bag of methamphetamine in his left jacket pocket, the Post said. (http://www.smh.com.au)

Gay CNN presenter Richard Quest on his comeback after that embarrassing park incident

http://www.pinknews.co.uk/2009/06/22/gay-cnn-presenter-richard-quest-on-his-comeback-after-that-embarrassing-park-incident/

Kedua-dua Yahudi Zionis CNN yang homoseksual secara terbuka ini iaitu Richard Quest dan Anderson Cooper kelihatan tersasul beberapa kali semasa melaporkan tentang MH370. Tidak hairanlah isu membaca riak wajah dan "bahasa badan" ini saya kemukakan seketika, ibarat pepatah Melayu 'pulang paku buah keras'. Pentagon sendiri telah menggerakkan aparatus mereka baru-baru ini untuk 'membaca' Presiden Vladimir Putin berikutan sidang media beliau mengenai Ukraine lebih 1 jam
.
"The Pentagon has spent hundreds of thousands of dollars in recent years so that researchers can study the body movements of foreign leaders, including Russian President Vladimir Putin, in hopes of predicting future behavior."
http://rt.com/usa/pentagon-connors-putin-language-510/


 Video 1: Richard Quest - I flew with missing first officer of MH370.
(00:32) And now ships, air and sea rescue from both Vietnam and Malaysia and Singapore is also involved, China would also  get involved. The US forces who are in that area could be involved too. Everybody will be in a coordinated ATTACK (gugup dan membetulkan semula ayat kepada: ATTEMPT) to try and find exactly where this aircraft is in the water.."
Apakah yang sedang bermain dalam kepala Richard Quest sehingga tersasul dan berkata "coordinated attack?". Apakah ini prosedur 'Search & Rescue' atau 'Search & Destroy'?
(00:54) Pembaca berita kepada Richard Quest: "Now Richard let's talk a little bit more about that co-pilot Fariq Hamid. You actually sat in a cockpit of a similar aircraft just a few days ago.."
(1:18) We were (flying).. filming, (gugup membetulkan semula ayat: HAD AUTHORISED) had authorised filming for CNN Business Traveller, and we were on the cockpit.."
Richard Quest dan Anderson Cooper nampaknya bersungguh-sungguh untuk memastikan bahawa insiden-insiden ini diterima oleh penonton sebagai insiden 'kebetulan' dan penggambaran CNN Business Traveller tersebut mendapat pengesahan rasmi dari pihak berkuasa. Dengan lain perkataan ia bukannya suatu operasi 'covert' rahsia perisikan Amerika Syarikat.
  • Video #2: Richard Quest: Malaysia Airlines MH370 jet was 'at safest point' in flight.
Pada saat pembuka kata (00:03) video #2, Anderson Cooper sudah tersasul.
Anderson Cooper: "We're now bringing in Richard Quest who has 'ACTUALLY' (gugup).. COINCIDENTALLY (Anderson mengubah ayat kepada "secara kebetulan..")  has been shooting a story on the "airline" (Penerbangan Malaysia) and has spent time with the airline's CEO..."
  • Video #3: Where is Malaysia Airlines Flight 370? Traces of oil seen in area of last contact .
Pada video #3 kita melihat pelbagai aspek pencerobohan keselamatan pesawat MH370 diperbincangkan & Rene Marsh koresponden CNN memberi isyarat dan justifikasi tentang keperluan untuk badan penyiasat Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan (National Transportation Safety Board - NTSB).
Beliau membuat konotasi bahawa negara-negara di rantau ini tidak mempunyai kepakaran yang memadai untuk menangani krisis yang sebegini dan negara-negara yang lebih besar, maju dan berkemampuan (Amerika Syarikat) seharusnya mengetuai penyiasatan tersebut.
Menurut John Goglia, "pakar aviasi" dari NTSB, agensi induk AS yang menyiasat kemalangan kapal terbang, "Ketiadaan panggilan kecemasan mencadangkan bahawa kapal terbang sama ada mengalami penyahmampatan letupan atau telah dimusnahkan oleh bahan letupan."
” Ia harus berlaku cepat kerana tidak ada komunikasi, ” kata Goglia. Beliau berkata identiti palsu kedua-dua penumpang kuat mencadangkan kemungkinan bom. “Itu bendera merah (Red Flag) yang besar,” menurutnya.
Saya 'bertanya' kepada John Goglia di sini, "Red Flag" atau "False Flag"? Tak perlulah bermain istilah dengan anak Melayu.

2. ANTARA MASALAH YANG DICIPTA DENGAN REAKSI YANG MENDATANG

Anda akan melihat bahawa sekiranya insiden ini berakhir sebagai nahas yang tragik, maka China akan mempunyai kasualti yang terbesar di mana lebih dari separuh mangsa dari insiden MH370 adalah warganegara China. Maka dari suatu sudut, siapakah sasaran sebenarnya dari segi kasualti nyawa?
Perkembangan semasa berkenaan konflik Barat-Rusia, akhir-akhir ini melihat China dengan lantang menempelak Amerika Syarikat. Apakah anda menyangka China tidak memahami isyarat Amerika Syarikat kepada mereka dari insiden MH370 ini?
Malaysia sudah terjebak di dalam insiden ini di mana di mata dunia, kelemahan pentadbiran dan keselamatan membabitkan penerbangan luar negara dilihat sebagai lemah. Maka apakah perasaan China terhadap Malaysia?

Tragedi MH370 ini dibentuk supaya negara kita tersepit dicelah konflik yang mendatangkan kemarahan China dan rakyatnya terhadap Malaysia.
Pada peringkat awal ini sahaja, cuba anda perhatikan apakah sentimen rakyat mereka terhadap Malaysia mengenai pengendalian kes ini?

Anda belum merasakan bahang kemarahan dan kekecewaan rakyat China? Kekeruhan hubungan dua hala sedang disemai secara sistematik. Bagi saya inilah cara instigasi yang sangat klasik, dengan menggunakan pihak ketiga (Malaysia) untuk mensasarkan kasualti keatas sasaran sebenarnya iaitu China.
3. ISYARAT TERTINGGI KEPADA CHINA
Seorang kenalan maya di RT melawak dan katanya "tiada siapa yang lebih arif tentang sistem pengendalian Boeing dari Amerika Syarikat. Kalau ada sesuatu pihak yang boleh menjatuhkan pesawat MH370 dari ruang udara dengan mudah adalah Amerika Syarikat."
Itulah hakikatnya. Rangkaian perhubungan data 'dalam penerbangan' Boeing 777 berhubung terus 24/7 kepada Pusat Komputer Boeing di Seattle, Washington.
Jika kesemua rangkaian ini dipadamkan serta merta melalui suatu insiden yang katastropik ini bermakna:
1. Sebuah bom dalam anggaran 100-200 lbs telah diseludup masuk ke pesawat dan diledakkan atau;
2. Sebuah serangan peluru berpandu anti-pesawat seperti yang dimiliki dari USS Navy Guided Missile Destroyers yang diketahui sedang beroperasi di Laut China Selatan ketika itu.
3. Senjata berteknologi tinggi yang tidak diketahui.
Radar USA 7th fleet di Laut China Selatan mampu menjejak pesawat tersebut, mengetahui ia meletup, dan jatuh ke perairan. Radar tersebut mampu menjejak secara tepat lokasi dan kordinat impak berlaku.
Satelit Reconnaisance Amerika Syarikat mampu melihat pesawat tersebut meletup di udara. Pusat kawalan recon AS juga mampu menjejak sekiranya sebuah peluru berpandu anti-pesawat dilancarkan sebelum ianya meletup di ruang udara. Dalam anggaran masa 7 jam segala keputusan boleh diproses dan disahkan.
"They will keep you running in circles where in fact they have you encircled." - Al Faedah

Namun tiada sebarang statemen yang relevan hingga kini diterima secara rasmi dari Whitehouse sedangkan mereka tahu apa sebenarnya yang berlaku. Mereka akan terus meletakkan anda dalam pusingan-pusingan yang mengelirukan, namun pada masa yang sama mereka telah pun mengelilingi kamu.
Ini menimbulkan pra-sangka yang manasabah bahawa pihak-pihak perisikan tertinggi blok Barat terbabit sedang dalam prosedur melaksanakan agenda terorisma keatas negara membangun di Asia Tenggara seperti Malaysia.
Insiden MH370 adalah suatu signal & statemen tahap tertinggi kepada China. Anda akan melihat suatu siri reaksi dari China secara berperingkat samada secara langsung atau tidak.

4. ANTARA MASA & TIMING INSIDEN
(Gambar: Kapten Zaharie Shah)
Perhatikan dengan baik 'timing' insiden ini berlaku sebaik sahaja keputusan mahkamah terhadap ketua pembangkang diterima. Mereka sudah pun mempunyai masa yang memadai untuk menyusun insiden ini bertepatan dengan segala kemungkinan keputusan mahkamah? Anda percaya pada "kebetulan"? Tragedi Lahad Datu mula memuncak pada 1 Mac 2013. Insiden Pesawat MH370 berlaku di awal pagi 8 Mac 2014, genap setahun sahaja selepas huru-hara Lahad Datu. Benarlah, ini semua semata-mata "kebetulan".
Bagaimanakah sentimen blok pro kerajaan dan blok pakatan? Tidakkah anda menjangka bahawa situasi pertentangan antara kedua blok yang bertelingkah ini akan bertambah meruncing? Apakah segala masalah ancaman perpecahan sesama kita bakal selesai dengan terpenjaranya sekali lagi Anwar Ibrahim? Janganlah terlalu naif. Kerana kenaifan sebeginilah umat Islam diperdaya berkurun-kurun lamanya.
Perhatikan kedudukan Penerbangan Malaysia selepas ini. Apakah anda menyangka, reputasi dan kedudukan kewangan syarikat penerbangan negara yang sememangnya sudah pun terumbang ambing, tidak akan tergugat samasekali? Sebenarnya, entiti syarikat penerbangan negara kita juga sedang disasarkan.
Perhatikan elemen & komposisi penumpang-penumpang pesawat MH370. Tidakkah anda melihat kehadiran komposisi yang sesuai? Penumpang warga Ukraine, Rusia, Amerika Syarikat, dan China.. Sekiranya elemen terorisma Eropah diperkenalkan, maka bukankah komposisi ini menepati konflik semasa global di Ukraine?
Apakah pecahan terperinci demografik setiap penumpang dalam pesawat MH370? Siapa-siapakah mereka? Apakah maklumat dan rahsia yang ada pada mereka? Apakah anda mampu merungkai "nilai" mereka dalam konteks perisikan?
Sama-samalah kita perhatikan elemen apakah yang akan mereka ketengahkan kelak.. Yang penting ialah alibi warganegara Amerika Syarikat sudah pun ditanam dalam insiden ini sebagai syarat bagi membuka ruang kepada campurtangan Amerika Syarikat.
Dengan 3 (+1 bayi) warganegara Amerika Syarikat, mereka sudah pun bergegas-gegas menyusun pasukan penyiasatan FBI mereka untuk turun. Insiden ini melibatkan 152 (+ 1 bayi) warga China! Apakah anda melihat kekalutan China untuk menghantar pasukan perisikan mereka?
Memang masih terlalu awal pada ketika ini untuk menjangka bagaimanakah perencanaan ini bakal diolah oleh mereka. Saya sekadar menasihatkan supaya jangan terbuai dengan sebarang polemik dan percaturan yang bakal disusun kehadapan. Akhirnya anda akan hanya semakin keliru.

5. MALAYSIA SEDANG DIPOSISIKAN SEBAGAI NEGARA YANG LEMAH & TIDAK MAMPU MENANGANI KRISIS
Pihak manakah yang paling tertekan dalam situasi masalah yang "dicipta" ini? Pastinya Malaysia berada dalam kedudukan yang paling tertekan, lemah dan terdedah. Perhatikan rentetan reaksi pada setiap spektrum. Tidakkah tragedi ini sudah pun mula menyemai bibit-bibit kecelaruan, kesedihan, dan kemarahan pada setiap peringkat?
Bayangkan sekiranya insiden ini berkesudahan dengan nahas yang mengorbankan kesemua penumpang dan krew pesawat, bayangkan reaksi dan impaknya keatas kita semua. Pihak manakah yang bakal meraih keuntungan dari episod MH370 ini? Bagaimanakah insiden MH370 ini melibatkan AS sebenarnya, sedangkan mereka 'menawarkan bantuan?"
Inilah mentaliti ummah hari ini, kerana mereka tidak memahami ideologi "Problem-Reaction-Solution" ini. Inilah ummah yang hanya mampu reaksioner dalam perlakuan mereka. Dicatur kesana sini oleh musuh-musuhnya sendiri, lalu bercakaran sesama sendiri dan memohon bantuan dari mereka yang mencipta masalah itu pada asalnya.
Saya membincangkan dengan ringkas penciptaan 'problem' (masalah) & implikasi reaksi yang timbul darinya. Sewajarnya anda boleh membuat interpolasi yang lebih lanjut dan terperinci. Jelasnya mereka mempunyai agenda dan kepentingan yang amat besar dari isu ini.
6. AS AKAN MENYAJIKAN PENYELESAIAN & SOLUSI
Anda akan melihat selepas ini siri-siri 'solution' (penyelesaian) akan disusun secara sistematik. Ada diantara penyelesaian-penyelesaian ini akan diwar-warkan secara "umum" dan "terbuka". Ada di antara "penyelesaian-penyelesaian" ini akan di'runding'kan dibelakang tabir bawah kelambu-kelambu kerahsiaan.
Mereka sudah pun memegang kunci-kuncinya. Segala kelemahan teknikal, keselamatan (security) dan pengawasan dalam diri kita (negara) sudah pun terdedah, terbuka dan akan dirobek secara berperingkat. Inilah masa yang paling sesuai sekiranya kuasa-kuasa luar yang berkepentingan ingin memastikan agenda dan kehendak mereka dituruti. Mereka akan tampil ke hadapan dan memimpini anda untuk 'keluar' dari krisis ini. Sudah tentulah mereka orang yang paling 'berpengalaman'.
Dalam kesibukan anda menangani pelbagai persoalan & permaslahan yang berbangkit, terorisma dan berfikir-fikir manakah terorisnya, apakah "ransom demand" mereka dan pelbagai kecelaruan teknikal yang disusun dari implikasi insiden 'false flag' pesawat MH370, sudah pasti anda akan terlalai dari "teroris" dan "tuntutan maupun ugutan" yang sebenarnya.
Ia mungkin sudah pun bermula.. Terorisma sebenarnya akan mengambil rupabentuk diplomasi, kepimpinan krisis, kepakaran penyiasatan, sekuriti dan keselamatan. Dengan lain perkataan bersedialah untuk tahap 'CAMPURTANGAN' yang lebih tinggi keatas urusan negara. Dengannya datanglah peras ugut dan tuntutan secara berperingkat. Apabila soal-soal keselamatan negara dalam sesuatu krisis sudah dibolosi, maka bersedialah apabila anda menjadikan pemimpin keatas kamu. Segala kelemahan kamu akan dieksploitasikan.
Bayangkan sekiranya insiden yang sama berlaku di Rusia. Apakah anda begitu naif dan menyangka bahawa Putin akan memberi sebesar-besar laluan kepada mereka untuk melakukan siasatan? Sudah tentu tidak. Sebaliknya, perhatikanlah nanti penguasaan mereka keatas kita, apabila 'pakar-pakar' perisikan dan penyiasatan mereka masuk.
Oleh yang demikian, akhirnya anda akan lihat lebih banyak konsesi, rekonsiliasi dan tolak-ansur dilaksanakan secara sistematik selepas ini sebagai "pampasan" untuk mengeluarkan diri kita dari perangkap yang sudah mengena. Ada antaranya akan diumumkan. Ada yang mungkin dilaksanakan secara terselindung. Segalanya bergantung sejauh manakah insiden ini akan diperbesar-besarkan, digembar-gemburkan. Kalau naratifnya menjadi semakin berputar-belit, maka semakin dalamlah agenda yang bakal disusun.
Badan-badan penyiasat yang pakar sudah pun mula disusun dan dicatur. Apabila CNN terlibat secara langsung dan pro-aktif anda akan melihat keseluruhan aparatus perisikan Amerika Syarikat adalah dibelakang mereka. Sambil saya menyediakan komentar saya ini, pasukan penyiasat FBI Amerika Syarikat sudah pun digerakkan untuk beroperasi di Malaysia secara rasmi.
Malangnya anak-anak generasi baru Melayu dan tidak kurang juga mereka yang sudah jauh berumur, bakal terkinja-kinja melihat operatif-operatif CIA, FBI dan apa sekalipun menjalankan operasi 'psy-op' mereka di sini. Mereka akan terlompat-lompat menanti CNN dan sekutunya memutar 'spin' terkini lagi tercanggih tentang MH370.
Inilah generasi yang telah diprogram dengan filem-filem Hollywood & fantasi. Orang kita tidak faham bahawa mereka ini sedang menjalankan gerak saraf destabilisasi keatas negara kita atas kepentingan serakah mereka.
Apabila diperingatkan, maka mereka segera pula berkata, "Oh tidak, ini teori konspirasi khayalan kamu!".
Sedangkan ALLAH SWT telah berfirman:


وَلَن تَرۡضَىٰ عَنكَ ٱلۡيَہُودُ وَلَا ٱلنَّصَـٰرَىٰ حَتَّىٰ تَتَّبِعَ مِلَّتَہُمۡ‌ۗ قُلۡ إِنَّ هُدَى ٱللَّهِ هُوَ ٱلۡهُدَىٰ‌ۗ وَلَٮِٕنِ ٱتَّبَعۡتَ أَهۡوَآءَهُم بَعۡدَ ٱلَّذِى جَآءَكَ مِنَ ٱلۡعِلۡمِ‌ۙ مَا لَكَ مِنَ ٱللَّهِ مِن وَلِىٍّ۬ وَلَا نَصِيرٍ

Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menturuti millah (tatacara hidup & agama) mereka (yang telah terpesong itu).

Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam) itulah petunjuk yang benar". Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepadamu. (Al Baqarah:120)

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لا تَتَّخِذُوا الْيَهُودَ وَالنَّصَارَى أَوْلِيَاءَ بَعْضُهُمْ أَوْلِيَاءُ بَعْضٍ وَمَنْ يَتَوَلَّهُمْ مِنْكُمْ فَإِنَّهُ مِنْهُمْ إِنَّ اللَّهَ لا يَهْدِي الْقَوْمَ الظَّالِمِينَ

Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani menjadi pemimpin-pemimpin (mu); sebahagian mereka adalah pemimpin bagi sebahagian yang lain. Barang siapa di antara kamu mengambil mereka menjadi pemimpin, maka sesungguhnya orang itu termasuk golongan mereka. Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang zhalim. (Al Ma'idah: 51)


 7. KESIMPULAN: LEBIH BANYAK PERSOALAN DARI JAWAPAN YANG AKAN DIHASILKAN KELAK


Anda tidak akan 'nampak' naratif yang saya nyatakan ini, kecuali anda tinggalkan naratif yang disogok kepada anda secara sistematik.
Tragedi yang disusun ini sekiranya berkesudahan dengan pengesahan nahas, akan membabitkan bilangan nyawa yang sangat ramai dan naratif yang berlapis-lapis dan bertindanan. Jangan harapkan penyelesaian yang mudah dan simplistik. Malah sebarang 'penyelesaian' dan 'solusi' yang tercapai akan hanya memihak kepada agentur konspirasi jahat ini.
Pada akhir perjalanan setiap dari perancangan mereka ini, anda akan ditinggalkan dengan lebih banyak soalan dari jawapan. Ia bukanlah perancangan yang sebarangan. Sedarilah hakikat ini.

Ketahuilah tragedi dan insiden MH370 ini sememangnya sangat menyedihkan, terutama sekali sekiranya ia berkesudahan dengan nahas yang tragik. Namun di samping kita mendoakan keselamatan bagi "mangsa-mangsa" yang terlibat, jangan lupa untuk mendoakan diri kita sendiri.
Sekiranya nyawa mereka terkorban, ketahuilah pengorbanan nyawa ini akan berterusan dan tetap akan disasarkan pada kita jua akhirnya. Ketahuilah nyawa manusia adalah sangat murah bagi mereka. Bangunlah anak Melayu, bangunlah. Masamu semakin suntuk.
Samada anda dalam blok pakatan maupun kerajaan, ketahuilah tiada siapa pun antara kita yang akan beroleh kebaikan dari persengketaan dan perbalahan sesama kita kerana agentur-agentur yang tersembunyi dan nyata ini sentiasa akan memainkan peranan untuk memecah belahkan negara kita.
Maka saya berharap setiap dari kita sedar segera akan kepentingan untuk kita bersatudan kembali kepada jalan Iman dan Taqwa. Selagi kita bersengketa selagi itulah kita akan menjadi bahan sasaran musuh. Anda tidak akan mampu merungkai secara terperinci gerak-gerak saraf yang mereka jalankan keatas kedua-dua pihak yang bertelagah.
Kita tidak akan mampu menangani percaturan-percaturan ini kecuali kita kembali kepada ALLAH SWT dan RasulNYA sepertimana yang telah ditunjukkan oleh para Sahabah RA dengan bersatu hati dan berkasih sayang sesama kita. Saya mendoakan para pemimpin Melayu negara agar tiada lalai dari membela umat Melayu Islam dan terus mencari jalan perdamaian antara mereka yang menentang kamu di bumi sendiri.

Saya mendoakan anak-anak dari umat Melayu & Islam yang bermusuhan supaya kembali bersatu dan saling maaf memaafkan. Sesungguhnya bantuan ALLAH SWT bersama mereka yang bersatu dan berkasih sayang sesama mereka. Dan apabila mereka tegur menegur sesama sendiri, mereka memelihara akhlaq dan budi pekerti mereka.
   



Catatan Popular

Translate