Khamis, 17 April 2014

Update: Pak Said Terima Ugutan Bunuh Gara-Gara Laporan Polis Azan Terlalu Kuat

“Saya khuatir kerana menerima ugutan bunuh sedangkan saya bukan antiazan dan merayu fitnah yang dilemparkan oleh segelintir individu dihentikan segera.
“Niat saya hanya ingin memohon jasa baik pihak masjid memperlahankan bunyi pembesar suara,” kata penduduk Taman Air Biru, Mohd Said Mohamed Jaid, 56, yang membuat laporan polis pada 11 April kerana mendakwa azan di Masjid Al-Ijtihad Perjiranan 9, di sini, terlalu kuat.
Laporan polis yang dibuat itu mendapat reaksi pelbagai pihak termasuk ada yang mengecamnya.
Mohd Said berkata, sepanjang enam tahun menyewa di rumah yang jaraknya hanya 50 meter dari masjid terbabit, dia tidak mempunyai sebarang masalah.
Katanya, masalah itu timbul apabila tiang yang memuatkan tujuh corong pembesar suara didirikan pada awal bulan mengeluarkan bunyi terlalu kuat dan nyaring serta menjejaskan keselesaan penghuni berhampiran.
“Saya pernah bertemu dengan jemaah masjid bagi membincangkan masalah ini berikutan bunyi yang kuat, tetapi mereka tidak bersetuju,” katanya.
Mohd Said berkata, sebanyak tiga kali dia berulang-alik ke rumah pengerusi masjid berkenaan untuk membincangkan perkara itu selain menghantar surat kepada Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAIJ) pada 1 Mac lalu.
Menurutnya, dia juga ada mengemukakan aduan kepada Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG) pada 23 Mac dan Pejabat Daerah pada 2 April lalu.

Rabu, 16 April 2014

Moh kita pulak mula mendaki Bukit tunggal ini sebagai menyambut saranan kerajaan negeri untuk menjadikan Bukit tunggal kawasan perlancungan.


Khamis, 6 Februari 2014

BUKIT TUNGGAL (GUNUNG TUNGGAI) KAMPONG GAJAH.



Bukit Tunggal 
Pemandangan dari Jalan Telok Sareh ke Tanjung Tualang.


Simpang dari Tanjung Tualang 
(Kiri ke Kg Gajah dan Kanan ke Bota Kanan)

Baru baru ini dibawah peruntukan kerajaan negeri.,Pejabat Daerah Kampong Gajah telah membersihkan semula laluan ke Bukit Tunggal tersebut dan berhasrat menjadikan Bukit Tunggal sebagai kawasan pelancongan. Trek 4x4 dan scram.

Bukit Tunggal juga merupakan laluan perjalanan sejarah Sultan Pertama Perak dari Kampong gajah ke Tanah Abang dengan menunggang gajah. Ia juga selalu dikunjungi oleh persilat-persilat traditional ke kemuncaknya untuk mendalami ilmu-ilmu persilatan di zaman dulu. Jadi jika ia kembali menyusuri sejarahnya Bukit tunggal maka ianya telah berulang kembali tapi dengan aktiviti perlancungan dan riadah yang sihat bagi zaman kita hari ini. Moh kita pulak mula mendaki Bukit tunggal ini sebagai menyambut saranan kerajaan negeri untuk menjadikan Bukit tunggal kawasan perlancungan.



Peserta rombongan yang berkunjung yang sampai 
di puncak Bukit Tunggal.





Bangunan yang telah dibina bagi pendaki dan pengunjung Bukit Tunggal.


Pacuan 4 roda yang turut mendaki.


Laluan atau Trek yang dibina  untuk ke Bukit Tunggal.

* Foto-foto Bukit Tunggal adalah sumbangan dari Encik Mohd Nizam bin Rasli, Kampong Gajah.

Selasa, 15 April 2014

Punca Lelaki Report Polis Laungan Azan Dan Tarhim...



Mungkin sebahagian dari saudara2ku telah mengetahui isu report polis yang dibuat oleh En Md Said ( yg tersebar di FB dan Wassup ) tentang Tarhim dan Azan yang terlalu kuat oleh Masjid Perjiranan 9. Taman Air Biru. Pasir Gudang sehari dua inikan?

Saya rasa terpanggil untuk menerangkan isu sebenarnya apa sebab perkara ini terjadi :

Beliau adalah seorang jemaah yang amat istiqamah solat berjemaah di Masjid itu. Sebelum ini beliau dan sebahagian dari jemaah masjid telah memaklumkan dengan AJK Masjid tentang bacaan Tarhim sebelum solat dan siri2 ceramah fardu ain yang pancarkan keluar masjid melalui 15 biji corong speker terlalu kuatsehingga terganggu anak-anak kecil yang hendak tidur, orang-orang tua yang sakit hendak berehat, anak-anak sekolah yang hendak ulangkaji pelajaran dan kaum-kaum ibu yang hendak solat.

Beliau bukan anti azan sebab sekuat manapun bacaan azan hanyalah sekitar 5minit sahaja, tetapi jika Tarhim dan siri2 ceramah sudah tentulah mengambil masa yang agak panjang terutamanya ceramah Haji yang adakalanya mencecah pukul 11malam.

Cuba kita bayangkan dengan jarak rumah kariah ada yang 10meter sahaja dari corong speker akan melalui perkara ini hari-hari......nak mengadu takut dikatakan Anti majlis ilmu....Anti Masjid....maka terpaksalah tanggung selamanya perkara ini biarpun Solat kaum ibu terganggu, anak2 kecil tak lena tidur, orang2 tua yang nak berehat, anak2 sekolah yang nak study dan lain2 lagi.

Perkara ini telah ditegur oleh Pengarah Jakim Dr Ismail Ibrahim dari tahun 2002 lagi tetapi masih ada lagi Masjid yang tak ambil kisah. Jika dulu kita dikampung-kampung jarak rumah yang agak jauh, pak bilal baca Tarhim kita seronok sebab didengari sayup-sayup aje, tapi tidak sama dengan suasana diTaman2.

Rasulullah pun pernah menegur sahabatnya yang membaca Al Quran didalam masjid dengan suara yang kuat, apatah lagi jika siap guna 15 biji speker ? sudah pasti menganggu jemaah yang lain. Fikir-fikirkanlah

Jom Mengajiiii tak ngaji ceroiiiilah.

Mohon ampun dan maaf jika pencerahan yang
saya berikan ini ada menyentuh mana-mana pihak.

Catatan Popular

Translate