Sabtu, 9 November 2013

Freddie ditemui dalam keadaan letih dan kelaparan

Freddie Joseph dipangku seorang wanita ketika ditemui di Taman Tasik Titiwangsa.
Freddie Joseph dipangku seorang wanita ketika ditemui di Taman Tasik Titiwangsa.



KUALA LUMPUR – Freddie Joseph, 20 bulan ditemui oleh orang ramai di Taman Tasik Titiwangsa dalam keadaan keletihan dan kelaparan.
Kanak-kanak itu yang dilaporkan diculik di depan rumahnya di Bangsar ditemui kira-kira 12.20 tegah hari oleh seorang pemandu teksi yang kebetulan melalui kawasan tersebut.
Ketika ditemui, Freddie memakai baju berwarna hijau dan seluar putih.
Pemandu lori Hamid Md Isa, 57, yang juga pesara Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), berkata beliau melihat kanak-kanak itu berjalan berseorangan dan kelihatan keletihan.
Beliau kemudian segera mendapatkan kanak-kanak itu dan memimpinnya ke tepi padang untuk berehat.
Pemandu teksi Haris Mohd Nor, 48, pula segera membeli keropok dan minuman untuk kanak-kanak itu apabila melihatnya keletihan.
“Pagi tadi saya membaca akhbar dan ada berita mengenai kanak-kanak diculik… tapi tak sangka budak inilah yang diculik itu.
“Semasa saya mendekatinya, dia diam dan tidak berapa takut tetapi memang nampak dia lesu sangat,” katanya kepada Bernama.
Timbalan Ketua Pengarang Perkhidmatan Berita Dalam Negeri, Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Datuk Zakaria Abdul Wahab yang kebetulan berada di lokasi sama, telah memaklumkan kepada Meja Berita Am agensi itu mengenai
penemuan anak lelaki guru bahasa warga Britain itu.
Menurutnya ketika itu beliau dalam perjalanan pulang ke rumah selepas bersenam di taman itu.
“Dan saya lihat sekumpulan orang awam berkumpul bersama seorang kanak-kanak. Saya dapat merasakan yang dia adalah budak yang diculik semalam berdasarkan wajahnya yang bukan seperti kanak-kanak tempatan.
“Selepas itu saya terus menelefon wartawan Bernama dan menghantar gambarnya yang saya ambil menerusi telefon untuk memastikan sama ada dia budak yang diculik itu,” katanya.
Wartawan Bernama kemudian menghantar gambar itu kepada rakan ibu kanak-kanak itu yang dikenali sebagai Robert dan beliau mengesahkannya.
Polis yang tiba di Taman Tasik Titiwangsa kemudian membawa Freddie ke Balai Polis Jalan Tun Razak di sini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular

Translate