Khamis, 21 November 2013

MIOR : PETANDA IMAM MAHDI !





Komet ISON mula dikesan pada bulan September 2012 oleh dua orang saintis Rusia. Penemuan tersebut menggemparkan dunia astrologi. NASA telah menubuhkan pasukan khas mengikuti pergerakan ISON. Antara fakta yang dikeluarkan tentang ISON ialah:

1. ISON digelar “ Komet abad ini”

2. ISON akan berada paling hampir dengan matahari pada 28 November 2013.

3. ISON akan berada paling hampir dengan bumi pada 26 Disember 2013

4. ISON dapat dilihat seperti matahari kedua di siang hari.

5. ISON boleh dilihat diwaktu siang dan malam.

6. ISON memiliki ekor sepanjang 57,000 Km.

7. ISON adalah komet yang paling dilihat oleh ramai orang.

8. ISON akan dilihat 15 kali ganda kecerahan cahaya bulan.

9. ISON akan menghasilkan ribut suria yang sempurna@perfect Solar Storm.

10. Bumi akan merempuh debu2 komet ISON pada 14 Januari 2014.

11. Saintis TIDAK menjangkakan sebarang bencana berlaku di bumi.

PANDANGAN ISLAM TENTANG KOMET ISON?

Samada merujuk kepada Komet ISON atau kejadian langit yang belum muncul, berikut adalah sabdaan Rasulullah SAW dan kata-kata sahabat tentang fenomena bintang berekor yang bakal disaksikan di akhir zaman.

Terdapat sabdaan Rasulullah saw dan Saidina Ali tentang sejenis komet yang memberi indikasi sejarah. Samada hadis dan sabdaan tersebut merujuk kepada kehadiran Komet ISON, hanya Allah swt yang Maha Mengetahui.

Sabda Rasulullah SAW “..antara tanda muncul Imam Mahadi ialah munculnya bintang berekor dengan ekornya bercahaya menerangi langit dan meyebabkan tenggelamnya kawasan pantai”

Kata Saidina Ali RA Saidina Ali k.a.w mengungkapkan dalam catatannya (Jufr Ahmar), "Kedatangan Al Mahdi akan di dahului oleh kemunculan bintang yang ekornya menakjubkan, bukan seperti bintang yang kamu lihat muncul setiap dua pertiga pada satu dekad (sepuluh tahun) dan bukan juga bintang yang muncul pada dua pertiga abad dan bukan juga bintang yang muncul setiap abad. Tetapi ia adalah bintang berabad-abad, yang diliputi api, salji, udara dan tanah. Ekornya memanjang, kelajuannya seperti kelajuan cahaya matahari ketika menyonsong fajar. Hujung depannya bertemu dengan hujung belakangnya seperti lingkaran raksasa memancarkan sinar terang dalam langit yang gelap seperti matahari yang terbit. Kemudian bintang itu akan kembali beredar pada orbitnya. Setelah itu akan datang banyak malapetaka dan kematian yang merupakan keuntungan bagi orang-orang yang baik, dan ia merupakan kerugian bagi orang -orang yang jahat".

Fakta dari Hadis di atas ialah:1.Bintang terdiri dari api,salji,udara dan tanah 2.Bintang berkelajuan tinggi 3.Bintang amat jarang kelihatan(berabad2) 4.Kepala dan ekor hampir bertemu 5.Bintang beredar ke orbitnya semula 6.Malapetaka dahsyat bakal berlaku 7.Keuntungan bagi orang-orang yang baik 8.Kerugian bagi orang-orang kafir 9.Kematian besar-besaran bakal terjadi.10.Tanda kedatangan Imam Al-Mahdi Muntazar.

Ka'ab r.a. berkata, "Dari Timur akan keluar bintang sebelum kedatangan Imam Al-Mahdi. Bintang itu berekor". Dalam tafsirnya ia juga mengatakan, "la sebuah bintang yang muncul dari arah timur, menyinari penduduk bumi sebagaimana bulan bersinar pada malam purnama".

Berhati hati lah semua, masih ada masa untuk bertaubat :) 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular

Translate