Isnin, 30 Disember 2013

AKU ANAK KAMPONG

~ AkU AnAk KaMpoNg ~

Jangan malu memberikan sedikit, kerana pemberian sedemikian lebih baik daripada tidak memberi sama sekali & Dan aku anak kampong tidak terlalu pandai menulis....akan tetapi apa yang baik akan ku kongsikan jua.....

Hindarilah diri dari menjadi manusia yang suka berpuak puak dan berpecah pecah.



"Saya percaya, esok sudah tidak boleh mengubah apa yang berlaku hari ini, tetapi hari ini masih boleh mengubah apa yang akan terjadi pada hari 
esok

Hindarilah diri dari menjadi manusia yang suka berpuak puak dan berpecah pecah. Contohilah resam semut bila bertemu seakan bersalam dan suka bekerja sama di antara satu sama lain.

SERANGAN SIAM KE TANAH ABANG

Sebenarnya banyak cerita-cerita lagenda rakyat yang diceritakan oleh orang tua-tua dahulu tentang peristiwa serangan tentera siam keatas Tanah Abang dan Padang Marhom serta semasa kerajaan Perak berada di Kampong Tua Lambor Kanan. Sesetengah orang menceritakan makam Toh Maharaja Lambor dan pengikut-pengikutnya berada di sekitar Kampong Tua, kemungkinan juga betul tapi oleh kerana semakan dan kajian tidak dibuat,maka cerita dan sejarah tidak dapat dibuktikan untuk tatapan generasi akan datang dan kini..Sejarah tersebut amat berharga untuk diketahui oleh generasi sekarang, agar semangat dan jasa orang terdahulu dikenang disepanjang zaman oleh anak cucunya.

Sebuah catatan menyatakan Kerajaan Kedah dan Siam telah menyerang Tanah Abang. Kenapa Tanah Abang dan Padang Marhom diserang oleh kedua-dua Kerajaan tersebut. Catatan sedemikian seharusnya dibaca oleh pihak yang berwajib berkenaan melakukan serangan terhadap Kerajaan Negeri Perak yang pada masa itu berada di Tanah Abang. Jika tidak, tiada sebab kenapa Tanah Abang seharusnya diserang oleh mereka.

Maka setelah terdengar khabar ke Negeri Siam iaitu setelah Sultan Muzzafar Shah ditabalkan sebagai Sultan yang pertama negeri Perak maka askar-askar daripada negeri Siam telah dihantar untuk melanggar dan menakluk negeri Perak yang baru sahaja berkerajaan sendiri. Mereka datang dengan angkatan yang besar dan Sultan Muzzafar Shah 1 serta orang-orang Perak telah menyambut mereka cara damai dan bermuslihat. Mereka sediakan makan minum dan tempat-tempat bagi askar-askar siam berehat dan melepaskan lelah setelah belayar jauh dari Negeri Siam . 

Orang-orang Perak telah masakkan berkawah-kawah nasi dengan bertungkukan buah-buah sukun yang besar yang dipetik daripada pokok-pokok buah itu yang banyak disekeliling Kampong Padang Marhom. Buah sukun yang dijadikan tungku itu sudah masak dan sedap dimakan, maka tentera Siam yang memerhatikannya hairan melihat perkara itu yang mereka anggap ganjil kerana mereka menyangkakan ubi yang biasanya jadi di dalam tanah telah berpokok pula. Selepas tentera Siam itu dijamukan makan-minum maka disediakan pula tempat mereka hendak tidur. Oleh itu, telah disediakan satu tempat yang lapang dengan bertikarkan daun jelatang gajah yang banyak tumbuh disekitar Padang Marhom. 

Apatah lagi apabila mereka tidur di malam itu maka masing-masing mereka telah terkena rasa yang amat gatal  dari daun jelatang gajah tersebut,oleh kerana tubuh mereka bersentuh kepada tikar-tikar jelatang gajah itu sehingga mereka masing-masing tidak tertahan lagi lalu terjun ke Sungai Perak yang berhampiran yang terlalu deras airnya dan setengah daripada mereka telah hanyut dibawa arus yang deras itu dan langsung mati. Mana-mana tentera Siam yang masih tinggal lagi terus cabut lari pada malam itu juga kerana mereka telah memikirkan iaitu alangkan daun kayu kayan yang tumbuh di negeri itupun lalu melawan mereka dan tungku-tungku tempat mereka memasak nasi pun boleh dimakan apatah lagi orangnya melawan berperang. Tentulah mereka tewas, maka selamatlah kerajaan Perak ini dari bijak pandai dari seorang Sultan  yang berketurunan dari Melaka ini. Turutan dengan peristiwa ini Sultan ketika itu telah mengarahkan supaya mengorek parit dan tanah dari korekan parit tersebut dibina binaan kubu yang tinggi lagi kukuh untuk mempertahankan Tanah Abang dari serangan musuh-musuh khususnya serangan dari tentera Siam atau Gajah Putih. 

BUAH SUKUN. 
BUAH SUKUN SEDANG DIMASAK.

Parit tersebut dibina dengan mengatur rakyat jelata beramai ramai dari Air Mati hingga ke Tanah Abang bagi menghulur tanah-tanah yang dikorek dari parit tersebut dari tangan ke tangan sehinggalah binaan kubu tersebut siap. Parit berkenaan dikorek sehingga dari muka (muara) Air Mati sehingga lah ke Kampong Sedingka. Air dari aliran parit ini digunakan oleh penduduk setempat untuk mengairi bendang-bendang yang luas di Kampong Sedingka dan Padang Pak Beruk (Padang Changkat). Parit tersebut telah dinamakan dengan nama Parit Siam, sehinggalah ke hari ini parit tersebut telah mengecil sebesar sebagaimana foto diatas..Menurut ceritanya disebelah hilir Padang marhom ditepi sungai merupakan kawasan lapang atau padang dan disitulah ditempatkan semua bala tentera siam berkenaan.


* Cerita ini diambil dari cerita-cerita orang tua yang terdahulu dan dari mulut kemulut dah jadi macam-macam cerita dan penulis blog mengatur dan menyusun kembali kesemua cerita tersebut dan dipadankan dengan beberapa cerita yang lain pula tetapi ianya tidak lari dari cerita asal iaitu Siam menyerang Tanah Abang serta cerita kepandaian bermuslihat oleh seorang Sultan serta orang-orang Besar Perak ketika itu.Wallahualam.


Pokok dan Daun Jelatang Gajah 

Sungai Perak yang deras dan dalam. 

Parit Siam

Sabtu, 28 Disember 2013

APA KUASA "TOK TEMONG" HINGGA BOLEH MEMBERI SYARAT KEPADA "SULTAN MUZAFAR SHAH I" SEBELUM DILANTIK SEBAGAI SULTAN PERAK YANG PERTAMA?





SIAPAKAH SEBENARNYA
"TOK TEMONG"
dan
APAKAH KUASA "TOK TEMONG"
HINGGA BEGITU BERANI 
BERKATA KEPADA 
"TUN SABAN"
(Pentadbir Kerajaan Janin)
dan
"PENGHULU KASIM"
(Pentadbir Kerajaan Manjung)
TATKALA INGIN MENJEMPUT
ANAKANDA KEPADA
PADUKA SERI SULTAN MELAKA
DI TAHUN 1528
UNTUK DIJADIKAN "SULTAN PERAK"

AKU DIBENARKAN DATANG 
TETAPI DENGAN SYARAT
JANGAN SESEKALI MEMBINA ISTANA
DI SEBELAH KIRI SUNGAI

Dengan sebab itu .... 
semua Persemayaman Sultan 
di peringkat awalnya 
terletak di sebelah kiri Sg Perak

Juga .....
Apabila seorang RAJA yang akan dilantik menjadi SULTAN PERAK ....
MESTI MENZIARAHI 
MAKAM "TOK TEMONG"
terlebih
SEBELUM KE MANA-MANA.





PENDUDUK ASAL PERAK HANYALAH ORANG ASLI, ORANG LAMBOR DAN PENGIRING RAJA MUZAFAR SHAH DARI KAMPAR ?

DAULAT TUANKU










DAULAT TUANKU
DAULAT TUANKU


Izinkan patik pacal yang hina mencoretkan cerita  mengenai Sejarah Perak yang sebahagiannya tiada tercatat dalam mana-mana catatan selama ini.  Segala coretan bukanlah berhajat untuk meminda mana-mana catatan yang sedia ada, cuma sekadar untuk makluman sahaja.

AMPUN TUANKU

Salam 1Malaysia.
Salam Perak Amanjaya.



TAK ADA SATU TEMPAT PUN DI NEGERI INI YANG BERNAMA "PERAK" sebelum kedatangan Sultan Muzaffar Shah ( I ). Baginda adalah putera Sultan Mahmud ShahSultan Melaka yang terakhir, hasil perkahwinan dengan puteri Onang Kening anak Raja Kelantan dari Kampar.

1 SEBELUM WUJUDNYA PERAK ... PETEMPATAN YANG ADA :-
         Di kuasai oleh Tun Saban (Pembesar Melaka)  dan saudaranya Tok Temong

2.   MANJUNG 
      -  Jajahan Melaka (kalah perang dengan Melaka atas permintaan Pemerintah Beruas).

3.   KERAJAAN BERUAS 
    -   Jajahan KEDAH/SIAM

4.   KERAJAAN REMAN 
      -   Jajahan PATANI

5.  TEMONG
      - Dari Kota Setia - Lenggong (Tebing Kiri Sg Perak)


6.   LAMBOR
      - Utara dan Selatan .... Dari Bagan Datoh - Kg Beng (Lenggong)
      - Timur = Perkampungan Orang Asli .... dari Hulu Kinta - Ulu Slim

      - Di bawah penguasaan seorang Demang yang bergelar Maharaja Lambor


SEMASA DIWUJUDKAN .... ASALNYA 2 PETEMPATAN SAHAJA :-

1.   LAMBOR (PARIT)

2.  PERKAMPUNGAN ORANG ASLI (SELEPAS KERAJAAN REMAN - HULU SLIM)


   MUNGKIN PEMBACA AKAN KETAWA apabila aku memasukkan Nama KERAJAAN REMAN (ada dalam catatan - sila cari) dan MUNGKIN NAK MUNTAH DISEBABKAN KETAWA TERBAHAK-BAHAK APABILA DIMASUKKAN NAMA "LAMBOR". 

     Mari kita ulas satu persatu kenapa aku berani mencatatkan sedemikian :-

1.     Dari mana asalnya LOGHAT PERAK itu ?
        JAWAPAN : LAMBOR (TIDAK BOLEH DINAFIKAN OLEH SESIAPA SEKALIPUN).

2.     Apa makna LAMBOR dalam Bahasa Melayu di Nusantara ini ?.        
        JAWAPAN : TAK ADA  (Rujukan : Panduan Ejaan Rumi Bahasa Melayu, Ainon Hassan,
                              muka surat 258 ....  tiada terdapat perkataan Lambor).
        JAWAPAN : Perkataan Bahasa Semai (Suku .Senoi) yang berdekatan (Kg Suak Padi)
                              bermaksud .... nama satu Upacara dalam fahaman mereka.

3.    Kenapa Tun Saban (Janin/Hulu Perak) dan Penghulu Kassim (Manjung) yang menjemput 
       Paduka Seri Sultan Muzaffar Shah I tak bawa terus ke Hulu Perak atau ke Manjung ?
       JAWAPAN : Mereka sebenarnya TAK TAU ADA ORANG DI SITU. Mereka ingat semua 
                             TANAH SEBELAH KANAN SG PERAK HANYA ADA ORANG ASLI SAJA 
                             jadi sesuailah disemanyamkan di sana tanpa mengganggu petempatan
                            sedia ada di Beruas, Manjung dan Janin (Hulu Perak).

 MENURUT CERITA MULUT ORANG TUA-TUA LAMBOR HINGGA KINI.

                             Mereka telah membawa puluhan ekor gajah dan terus membawa Al Marhum
                             Raja  Muzaffar Shah  ke Bukit Tunggal, Pulau Tiga untuk terus ke destinasi
                             seterusnya melalui Perkampungan Orang Asli (Tangkai Cermin di Kg Gajah - 
                             Suak Padi di Bota Kanan - Perah - Bekor di Kuala Kangsar). 

                             Rombongan tu berehat di kaki Bukit Tunggal lalu bertanak nasi bertungkukan
                             UBI ARA (besar ubinya , memang sesuai untuk dijadikan tungku). Bila nasi 
                             masak, ubi ara pun masak sama .... para pengikut pun makanlah nasi dan 
                             juga ubi tadi .. UBI ITU MABUK ... maka ramailah yang tak boleh meneruskan
                             perjalanan ... terpaksa berehat lagi .

                             Di situ terdapat daun kayu yang besar-besar yang sesuai untuk dijadikan 
                             ALAS.... maka berehatlah mereka dengan perut KEMBONG dan MABUK.

                             Lagi sekali MALANG, rupa-rupanya daun yang besar itu adalah dari sejenis 
                             pokok yang paling GATAL iaitu JELATANG GAJAH. Bertambah teruklah 
                             mereka hingga boleh melukakan disebabkan BERGARU KERANA GATAL.

                             Raja Muzaffar Shah pun bertitah "Sungguh keras tempat ini, pokok kayu pun
                             berbisa. Kita balik ke sungai ... naik bahtera". Terpaksalah Tun Saban dan 
                             Penghulu Kassim membawa baginda kembali ke bahtera lalu mudik. Mereka
                             menaiki gajah sementara Raja menaiki bahtera.

                             Alangkah terkejutnya Tun Saban apabila dia menemui PERKAMPUNGAN 
                             dan dia BERTAMBAH TERKEJUT LAGI apabila didapatinya ada seorang
                             PEMBESAR MELAKA di situ bernama MAKHKOTA ALAM. Bergaduhlah 
                             mereka sehingga menyebabkan Makhkota Alam merajuk membawa diri 
                             ke DARAT (sekarang FELCRA NASARUDDIN) ... hilang di sana.

                             Sebenarnya, Makhkota Alam telah pun berbincang dengan Maharaja Lambor
                             untuk menempatkan Raja Mudzafar Shah di Tanah Abang, Tlk Bakong yang
                             jaraknya kira-kira 1000 depa dari kampung itu di mana TERSELINDUNG 
                             DARI MUSUH.

                             Duduklah baginda di dalam bahtera kecuali untuk bersembahyang jemaah.
                             Kira-kira dua bulan, dua orang pembesar baginda meninggal dunia kerana
                             penyakit iaitu lalu dikebumikan di situ (ada makamnya hingga kini).

                             Bermula itu, baginda mendesak Tun Saban agar membina istana untuknya 
                             untuk baginda bersemanyam. Tun Saban pun membawa baginda dan para
                             pengikutnya ke Tanah Abang lalu di sana baginda ditabalkan untuk menjadi
                             SULTAN PERAK YANG PERTAMA.

4.   PERSOALANNYA .... KENAPA ISTANA TIDAK DIBINA DI SEBELAH KIRI ?

      JAWAPAN : Sebelum Tun Saban dan Penghulu Kassim menjemput Raja Muzaffar Shah
                            di Beting Beras Basah ... mereka telah mengadakan perjumpaan lalu
                            membuat keputusan "BOLEH DILANTIK MENJADI SULTAN TETAPI 
                            JANGAN SEKALI-KALI MEMBINA ISTANA DI SEBELAH KIRI SUNGAI".
                            Kenyataan ini dikeluarkan oleh Tok Temong (Saudara Tun Saban) 
                            yang menjadi Penguasa dari Kuala Kangsar hingga ke Tg Belanja)
                           Terpaksalah Tun Saban dan Penghulu Kassim AKUR.
                            Keputusan itu tidak dipakai oleh Sultan-sultan berikutnya setelah Tun Saban
                            Tok Temong tiada lagi.

                            Kenapa KEPUTUSAN MEMBINA ISTANA itu sedemikian rupa. Adakah demi
                            KESELAMATAN (masa itu Portugis sentiasa memburu Sultan Melaka dan 
                            keturunannya) perlu disemanyamkan di tempat baru dan selamat.
                            atau 
                            Disebabkan   di sebelah kiri Sg Perak sudah ada PENGUASA yang 
                            memerintah sekian lama kecualilah yang masih kosong hanya sebelah kanan  
                            yang sangkaan mereka hanya ada Perkampungan Orang Asli dan Kerajaan 
                            Reman di sebelah utaranya TANPA MENGETAHUI ada satu PETEMPATAN
                            TERTUA iaitu LAMBOR.

                            Untuk meluaskan Jajahan .... Sultan Perak telah meminta Pak Kaduk 
                            menyerahkan tanahnya (Dari Lambor - Kg Beng/Reman) dengan memberi 
                            pampasan (Diceritakan secara dongeng ... Pak Kaduk Sabung Ayam ketika
                            Pak Kaduk ke Deli untuk mencanai emasnya menjadi Bahan Perhiasan untuk
                            anak-anaknya).

  "LAMBOR" ...... Di sinilah bermulanya, PENUBUHAN NEGERI PERAK yang langsung TAK TERCATAT DALAM MANA-MANA CATATAN SEJARAH NEGARA .... YANG ADA HANYALAH "CERITA RAKYAT YANG MENGESAHKANNYA" dan nama "KAMPONG TUA" yang diberikan namanya oleh Sultan Mudzafar Shah I tapi yang peliknya .... KE MANA HILANGNYA PANGGILAN "MAHARAJA LAMBOR" itu .... mungkin diJUMUDkan setelah ada SULTAN PERAK.

     Kalau ada masa .... aku akan cuba memaparkan cerita ... KENAPA SIAM TAK MAMPU MELEPASI "LAMBOR" ....adakah kerana dia TAK MAHU / TAK MAMPU / TAKUT @ FOBIA?

Hantu dalam masyarakat Melayu




Hantu merupakan kepercayaan mengenai makhluk halus yang wujud di dalam alam lain yang terdapat dalam semua kebudayaan dalam dunia ini. Dalam masyarakat Melayu, istilah hantu, semangat, jembalang atau penunggu telah wujud sejak zaman animisme lagi. Ketika itu semua benda besar seperti pokok atau batu yang besar dianggap didiami "penunggu" yang perlu dijaga dengan baik agar penunggu tersebut tidak mengamuk dan membahayakan penduduk sekitar. Malahan jamuan makanan atau acak disediakan oleh seseorang yang berpengalaman yang dikenali sebagai pawang bagi memastikan penunggu tersebut pula membantu penduduk daripada serangan wabak penyakit dan musuh tanaman. Amalan ini masih kekal dikalangan penduduk asli yang masih mengamalkan kepercayaan animisme

Kedatangan Hindu dan Buddha 

Dengan kedatangan agama Hindu dan Buddha, konsep penunggu dan jembalang diubah menjadi konsep dewa-dewa yang mendiami tempat-tempat tertentu. Bagi menghormati dewa-dewa ini, kuil-kuil dibina ditempat-tempat tersebut dengan tujuan pemujaan bagi mendapatkan pertolongan . Keadaan ini tidak berubah dengan kedatangan orang-orang Cina yang juga mendirikan tokong kecil di bawah pokok atau tempat tertentu bagi mendapatkan bantuan tuah kepada mereka.

Kedatangan Islam

Kedatangan agama Islam mengajar bahawa tidak terdapat mambang ataupun hantu dan yang ada hanyalah mahkluk halus yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Makhluk halus ini yang dikenali sebagai jin,golongan ini dianggap mendiami alam yang berbeza dengan manusia. Islam mengajar bahawa makhluk halus atau jin ini tidak dapat memudaratkan manusia kecuali dengan keizinan Allah, Islam mengajarkan agar hanya takut dan mengesakan Allah semata-mata. Manusia digesa agar menjauhi pujukan syaitan dan selalu berdoa 'Aku berlindung kepada Allah dari syaitan yang direjam - Auzubillah himinash syaitanirrajim'.
Bagaimanapun kebudayaan Melayu yang masih menebal ini menyebabkan masih ada lagi yang terkeliru perbezaan antara Islam dan kebudayaan Melayu.Ini mendorong mereka menyangka amalan-amalan kebudayaan tersebut adalah amalan Islam. Sebagai contoh mandi Safar pernah disalah-anggap sebagai satu amalan Islam, sehinggalah para ulamak tampil kehadapan bagi menjelaskan amalan Islam yang sebenar, yang akhirnya mendorong pesta mandi safar dimansuhkan.
Bagaimanapun budaya hantu sukar dikikis daripada masyarakat kerana kecenderungan ibubapa menakutkan anak-anak menyebabkan anak mereka benar-benar takut kepada hantu dan percayakan bahawa hantu itu wujud.

Hantu wujud dalam minda Melayu sebagai satu penjelasan mengenai perkara-perkara yang tidak difahami atau diketahui. Contohnya :
  • Mengapa seseorang itu sakit mengejut pada hal sebelum ini kelihatan sihat sebelum berpindah ?
  • Mengapa pokok besar dan berakar songsang itu berbunyi pada waktu malam ?.
  • Mengapa sesebuah rumah itu ditinggalkan oleh penghuninya, dan orang yang baru berpindah masuk tidak kekal lama. Ada bunyi orang mengilai .
  • Mengapa kawasan kubur seperti ada sesuatu bergerak dan berbunyi pada waktu malam.
  • Mengapa mayat seseorang dijumpai berkecai-kecai ketika berladang. (Akibat haiwan buas?)
Mungkin orang Melayu hendak menakutkan anak-anaknya janganlah keluar waktu malam atau waktu maghrib. Mungkin cerita hantu mudah direka dan menjadi hiburan pada waktu malam.
Pada umumnya orang-orang Melayu percaya hantu menjalankan aktivitinya pada waktu malam sahaja khususnya ketika bulan mengambang. 99 % hantu dalam masyarakat Melayu terdiri daripada perempuan atau menyerupai perempuan. Hantu dalam masyarakat Melayu adalah untuk ditakuti, bukan untuk didekati.

Menghalau hantu

Pada masa kini, kebanyakan orang sudahpun berfikiran moden dan akan mendapatkan rawatan di hospital atau klinik. Tetapi kadang-kala, pihak hospital atau klinik mendapati tidak terdapat sebarang masaalah dijumpai. Biasanya keluarga si pesakit menganggap si pesakit diganggu sesuatu, dan akan berpaling kepada perkhidmatan traditional bagi cuba mengubati pesakit.
Perubatan cara menghalau hantu secara umumnya terbahagi kepada dua:-
  • Menggunakan khidmat sahabat jin bagi menghalau jin penganggu, biasanya dengan cara menurun. Cara ini telah difatwakan haram oleh ulama.
  • Menurut petua yang tidak bertentangan dengan Islam, tiada bacaan tertentu cuma menggunakan bahan-bahan semulajadi.
  • Menurut ajaran keagamaan masing-masing.
Sesetengah mereka yang berfikiran moden berpendapat, ia hanyalan kesan placebo. Selagi mereka yang diubati percaya mereka sihat, mereka akan sembuh dengan sendiri. Dalam erti kata lain, penyakit ini adalah penyakit dalam fikiran (psikologi). Walaubagaimanapun, keluarga pesakit tidak mempeduli apa yang berlaku. Bagi mereka, asalkan si pesakit sembuh, mereka akan melakukan apa jua yang diperlukan.

Menurut cara perubatan Islam

  • Orang Melayu yang agak beriman akan berjumpa dengan orang alim seperti ustazImamlebai, pak aji atau tokoh agama di dalam kampung untuk menyelesaikan masalah ini dengan bacaan al Quran. Mereka yang sakit biasanya akan dibacakan ayat-ayat tertentu bagi memulihkan semangat, dan biasanya dimandikan / disuruh mandi dengan air campuran limau bagi menyegar badan. Selain itu air yang dibacakan bacaan al Quran diberi munum bagi memulih/penguat semangat pesakit. Ini sama seperti mereka yang berfikiran moden berjumpa dengan pakar motivasi bagi meringankan fikiran daripada masaalah yang dihadapi.
  • Bagi orang Melayu, hantu boleh dihalau dengan bacaan ayat-ayat suci. Oleh itu, orang Melayu menyimpan al Quran di rumah. Selain itu ayat-ayat Quran tertentu digantung di dinding-dinding rumah walaupun mereka tidak mengerti apa maksudnya.Dengan harapan, hiasan quran ini dapat menghalau jin tanpa beramal dengannya. Perkara ini adalah bertentangan dengan ajaran Islam sebenar, kerana Al Quran adalah untuk dibaca dan bukannya menjadi hiasan.

Bersahabat dengan jin

Bersahabat dengan jin merujuk kepada seseorang yang mengikat tali persahabatan dengan makhluk halus. Persahabatan ini biasanya tidak digalakkan kerana ia mampu mendorong seseorang menjadi syirik, tetapi selalunya masih dilakukan kerana keinginan mendapat kelebihan tertentu seperti kebolehan mengubat. Kebolehan berubat merupakan bisikan dari jin yang menjurus kepada syirik kerana pengamal telah memohon kepada jin untuk menolong beliau.Persahabatan dengan jin ini juga dikenali sebagai saka.
Mereka yang bersahabat dengan jin ini perlu mematuhi beberapa syarat seperti ada yang meminta persembahan makanan, ada yang perlu dibakar kemian setiap waktu tertentu, dan ada yang mengenakan apa-apa syarat kecuali mereka ini mengerjakan amalan Islam dengan taat. Jin yang mengenakan syarat mereka yang bersahabat dengan mereka agar mengerjakan amalan Islam dengan taat biasanya dikenali sebagai jin Islam atau kaum bunian.
Karya berkenaan interaksi manusia dan Jin boleh dilihat dalam kisah fiksyen hasil tulisan Tamar Jalis yang menceritakan tentang polemik perhubungan antara Jin dan manusia. Karya bersiri ini boleh didapati di internet dan buku. Ia dinamakan Siri Bercakap Dengan Jin.[3]

Cara berhubung dengan sahabat jin

  • Cara lama ialah memanggil bomoh atau pawang di dalam sesebuah kampung. Bomoh atau pawang biasanya membakar kemenyan , membaca mentera tertentu seperti bahasa Jawa , kain kuning dan dedaun-dedaun tertentu sebagi peramu atau perambas. Untuk kes yang lebih berat, kambing akan disembelih, darahnya dijadikan acak (hidangan kepada hantu) dan dihanyutkan ke dalam sungai. Daging kambing dimasak dan dimakan secara beramai-ramai. Sekarang perkara ini tidak lagi dilakukan kerana perkara itu telah diketahui sebagai syirik.
  • Di Terengganu , tarian Ulek Mayang atau Main Puteri akan dipersembahkan. Sekiranya seseorang itu gagal diubati dengan cara biasa, satu upacara besar-besaran dengan tarian Ulik Mayang atau Main Puteri akan dilakukan. Nyanyian lagi Ulik Mayang yang merdu beserta tarian ringkas , dirambas dengan tandan pinang kecil menyeru tuan puteri (bunian) agar datang menyembuhkan pesakit.
  • Di banyak tempat, bomoh boleh 'menyelap' atau 'menurun' hingga boleh bertutur bahasa asing. Contohnya bahasa Siam, bahasa Jawa, bahasa Jerman dan bahasa Inggeris. Pendengar akan kehairanan kerana bagaimana jin boleh berbahasa asing walaupun sepatah dua sahaja. entah betul entah tidak bomoh tersebut berbahasa Inggeris.
  • Kualiti bomoh semakin meningkat jika berasal dari Orang Asli , orang Siam atau orang Jawa. Ilmu orang Asli tentang menghalau hantu dan memanggil hantu dipercayai lebih mujarab dan sangat ditakuti.
Sumber dari planet hantu..kahkahkah

Jumaat, 27 Disember 2013

Kemantapan wanita usia 40-an



BEBERAPA hari lalu, saya tengok Buletin Utama di kedai kopi - berita  seorang guru penolong kanan wanita  terkantoi aksi bertukar-tukar ‘cenderamata’ dengan kekasihnya, warga Pakistan.
        
Ini bukan kes khalwat biasa tetapi ada kaitan dengan rakaman video. Wah!  Sungguh terlampau nampaknya.
        
Tidak! Saya bukan hendak bercerita panjang mengenai pasangan itu tetapi yang menarik perhatian saya adalah komen seorang kawan – Li – yang ada bersama tonton berita itu.
        
Li, 48, tiba-tiba berkata, wanita umur  40-an hingga 50an memang makin 'hot'.
        
“Ini pengalaman...,” katanya untuk lebih meyakinkan saya. Ya, saya tahu Li tidak pernah buat kajian saintifik mengenai perkara itu. Dan saya juga sedar bahawa apa yang dikatakannya, boleh jadi betul, mungkin juga tidak.
        
Walau apa pun, apabila dia menyebut ‘ini pengalaman...’ saya tahu dia cuba bercakap benar, sekurang-kurangnya dari pengalamannya sendiri. Li orang baik, bukan pengatur tangga rumah tumpangan di Belakang Mati. Itu saya pasti!
        
Untuk perkasakan lagi hujahnya, Li berkata, pada usia itu, wanita tidak lagi sibuk dengan anak kecil dan juga hal-hal lain yang menjadikan mereka begitu sibuk setiap hari.
        
“(Pada) tahap itu, depa sudah relax, sudah boleh fikir untuk diri sendiri, termasuk juga hal-hal seks,” katanya. Bab itu, saya setuju dan saya semakin yakin bahawa apa yang Li katakan, ada benarnya. Saya sendiri pernah beberapa kali menulis topik ini, termasuk daripada pengakuan wanita sendiri. Ada yang mengaku pada usia 40-an, mereka bersedia untuk jatuh cinta kali kedua.
        
Tidak! Bukan bercinta dengan lelaki lain atau cari ‘anak ikan’  tetapi jatuh cinta dengan diri sendiri. Maksudnya kalau sebelum itu katanya, terlalu banyak hal yang nak dikisahkan setiap hari tetapi dalam usia 40-an, mereka ada ruang yang lebih untuk  membelai diri dengan sebaik mungkin. Dalam soal bajet juga sudah stabil dan boleh dibuat bajet khusus untuk penjagaan diri. Bukan untuk  beli beg tangan atau losen penggebu sahaja tetapi juga untuk spa dan aerobik.
        
Pendek kata, dalam dalam usia 40-an, wanita sudah benar-benar bersedia untuk tampil dengan lebih ‘mantop’. Bukan hanya mahu memuji orang lain, pada isteri sendiri pun saya nampak berbeza banding dahulu. Tetapi masalahnya isteri, apabila kita puji “awak makin tua makin cantik,” dia akan tanya balik, “ooo... dulu tak cantiklah ye?”

Ke situ pulak!
        
Kalau diambil kira pandangan  sendiri, memang sejak  remaja dahulu lagi pun, saya suka ‘ushar’ wanita yang lebih berusia, lewat 30an hingga 40-an.
Bagi saya, wanita pada usia itu sedang berada di kemuncak keanggunan. Justeru, mereka amat indah lagi harmoni untuk dipandang. Macam gunung. Tidak ada orang yang suka pandang busut, jarang ada yang suka pandang bukit tetapi ramai yang suka pandang gunung.
        
Ini kerana berbanding yang lain, gunung adalah lebih anggun. Maksud anggun bagi saya ialah kombinasi rupa paras fizikal yang cantik dengan kematangan. Itulah anggun dan keanggunan itu kemuncaknya adalah pada usia lewat 30-an atau awal 40-an.
        
Bagi wanita yang lebih muda, mereka mungkin cantik tetapi apakah mereka matang? Jawapannya sudah tentu tidak dan walaupun mereka cuba tampilkan kematangan ataupun dilihat matang namun dalam situasi tertentu, sifat keremajaan atau keanak-anakan mereka pasti terdedah jua.
Itu bukanlah masalah, cuma bagi lelaki, tarikan dalam diri seseorang wanita pada mata mereka sesetengahnya lebih memberatkan penampilan yang matang secara semula jadi.
        
Ini kerana semacho mana pun seorang lelaki, ada ketika tertentu  dia masih mengharapkan kematangan pasangan sebagai pelengkap. Malah jangan tidak percaya atau mencebik jika dikatakan lelaki juga ada kemanjaan yang diselindungkan. Kerana itu, wanita yang matang tidak akan menolak apabila suami minta dibelai dan dimanjakan dan wanita yang tidak matang, mungkin hanya mahu dia sendiri dibelai oleh suami pada setiap masa.

Cina Kena Bangkit, Penguasaan Ekonomi Melayu-Bumiputera Buatkan Cina Tertindas!

10 Disember lepas, akhbar milik MCA, Nanyang Siang Pau yang pernah dimiliki seketika oleh seorang taikun Melayu telah mengeluarkan sebuah artikel yang menyeru agar orang Cina bersatu-padu menentang Melayu dan kerajaan kerana kononnya, dasar pengukuhan ekonomi Melayu-Bumiputera yang dilaksanakan oleh Kerajaan telah menyebabkan ramai peniaga Cina terpaksa gulung tikar dan hidup menderita.

“Peniaga Cina menghadapi tekanan yang semakin ketara. Keluhan mereka tidak habis-habis dan kisah sedih yang diluahkan mereka ini memang benar dan nyata. Di saat kita mengalami keadaan yang amat pahit ini, diharapkan masyarakat Cina dapat berteriak sekuat-kuatnya sehingga orang pekak dapat mendengarnya.” (SUMBER)

Sesuatu yang menarik untuk direnung, apakah penguasaan ekonomi dan politik 100% oleh Cina, maka barulah kelompok ini akan kurang menyalak dan menyalahkan kerajaan?

Siapakah 'penyelamat' yang dimaksudkan oleh penulis rencana Nanyang Siang Pau itu?

Pada ketika orang Melayu-Bumiputera miskin dan terpaksa bergantung kepada Cina dalam segala hal, termasuklah membeli beras yang padinya Melayu-Bumiputera tanam sendiri, tidak pula kedengaran rungutan daripada golongan chauvinist itu. Tetapi apabila Melayu-Bumiputera mulai mengendalikan sendiri ekonomi mereka, yang dilaung-laungkan adalah ketidakpuasan hati berhubung dasar kerajaan yang kononnya Apartheid kerana terlalu banyak memberikan peluang dan ruang kepada Melayu-Bumiputera.

Walaupun MCA pada dasarnya menzahirkan persetujuan tentang perkongsian kek ekonomi, namun nampaknya sebahagian besar daripada kapitalis dan penghaloba dalam masyarakat tersebut, enggan berkongsi walau sedikit pun. Bagi mereka, penguasaan ekonomi di Malaysia seharusnya mutlak milik Cina manakala kaum lain terutama sekali Melayu-Bumiputera hanya boleh menjadi pembekal yang menjual bahan mentah mereka pada kadar yang paling rendah dan membeli balik bahan siap pada harga setinggi mungkin.

Tidak cukup dengan itu, Melayu-Bumiputera perlu melonggarkan pegangan dalam politik dan berkongsi penguasaan politik itu sebahagian besarnya dengan Cina. Manakala segala peruntukan untuk Melayu-Bumiputera seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia, perlu dihapuskan dan diserahkan kepada Cina.

Status tanah-tanah adat dan tanah rezab Melayu, perlu dilupuskan sekaligus membenarkan orang Cina menguasainya kerana penguasaan Cina bermakna Malaysia akan bertambah maju. Manakala dasar pelajaran kebangsaan pula, perlu digantikan dengan dasar pelajaran vernakular yang berkiblatkan Mandarin kerana Mandarin bererti maju, manakala Bahasa Melayu bererti mundur.

Segala amalan ibadah umat Islam perlu dilakukan secara senyap-senyap. Azan tidak boleh dibunyikan lagi dari menara-menara masjid atau corong pembesar suara kerana bunyi-bunyi tersebut mengganggu ketenteraman. Manakala segala macam bentuk letupan mercun, gendang tarian singa, tarian naga atau trumpet kematian selain perarakan berhala yang menyekat laluan lalu lintas, perlu diperluaskan kerana itu adalah hak kebebasan beragama dan berkumpul.

Kalau semua itu dilakukan, maka barangkali penulis rencana berkenaan akan tutup mulut dan menganggap Malaysia sebagai negara terbaik.

Boleh jadi juga penulis rencana itu gagal melihat bagaimana penguasaan ekonomi di Malaysia berpihak sepenuhnya kepada Cina dari zaman penjajahan sehinggalah sekarang. Serangan bertali arus oleh Cina terhadap  Syed Mokhtar Al-Bukhari yang merupakan orang kelapan terkaya di Malaysia, menunjukkan secara jelas kecenderungan penjajahan berkenaan.

Begitu juga apabila golongan berkenaan mengungkit tentang gaji yang menurut mereka merupakan pembaziran negara sedangkan pada masa yang sama, pembaziran yang dilakukan oleh Lim Guan Eng di Pulau Pinang langsung tidak disentuh kerana mereka beranggapan dan memberikan persepsi bahawa Guan Eng adalah yang terbaik, bersih dan paling telus meskipun pada masa yang sama, Lim  Guan Eng langsung tidak pernah berani menjawab tentang perbelanjaan pengurusan Negeri Pulau Pinang di bawah pentadbirannya, walaupun sewaktu membentangkan belanjawan negeri.

Anehnya, ramai juga orang Melayu yang bersetuju bahawa dasar negara menzalimi orang Cina dan mereka menyokong Pakatan Rakyat yang diketuai oleh DAP! 



mawak lori pun boley titun, haiyya

Catatan Popular

Translate