Rabu, 31 Ogos 2011

MEMBACA AL QURAN SEBELUM AZAN

                                                                                                                                                                 


 MEMBACA AL QURAN SEBELUM AZAN MELALUI PEMBESAR SUARA DI MASJID DAN SURAU BUKAN SUNNAH

 




Saya ingin mengulas sedikit tentang bacaan-bacaan –selain azan- yang menggunakan pembesar suara sehingga mengganggu orang ramai. Bacaan ini telah mengelirukan orang bukan muslim sehingga mereka menyangka ia azan. Sesetengah pihak cuba mempertahankan amalan tersebut atas alasan ia bacaan al-Quran atau zikir yang patut diagungkan. Mereka menyangka sikap keras mereka dalam hal ini adalah‘perjuangan mempertahankan Islam’. Saya ingin mengulas hal ini seperti berikut;
1. Apa yang Islam syariatkan untuk diangkat suara, hanyalah azan. Adapun selain dari itu, tiada nas yang menyuruh kita menguatkan suara sehingga mengganggu orang lain. Bahkan perbuatan itu dilarang oleh Nabi s.a.w. Apatah lagi dalam Islam ketenteraman orang lain dipelihara melainkan jika ada pengecualian tertentu yang diizinkan oleh syarak.
2. Walaupun bacaan al-Quran dan zikir amatlah baik. Namun kita tidak boleh memaksa orang lain mendengar bacaan kita. Mungkin orang lain ingin membacanya sendiri, atau ingin membacanya pada waktu lain, atau mereka sedang sakit atau ada anak kecil yang tidur, atau mereka tidak difardukan solat seperti wanita yang haid atau bukan muslim dan lain-lain.
3. Ramai orang bukan muslim keliru antara azan dan bacaan-bacaan selain azan yang dilaungkan menerusi corong pembesar suara. Mereka menyangka bacaan-bacaan itu adalah azan yang disuruh oleh Islam, lalu mereka bersangka buruk dengan Islam yang harmoni ini. Apatah lagi bacaan itu mengambil masa yang lama, sedangkan azan yang sebenar tidak lebih dari lima minit.
4. Sebenarnya, Nabi s.a.w sendiri telah melarang orang menguatkan bacaan al-Quran dalam masjid sehingga mengganggu jamaah lain. Dalam hadis Nabi s.a.w, kata Abu Sa’id al-Khudri:
Ketika Nabi s.a.w beriktikaf (beribadah dalam masjid), baginda mendengar mereka mengangkat suara bacaan (al-Quran) sedangkan ketika itu Nabi s.a.w berada di tempat ibadah baginda. Lalu baginda mengangkat langsir dan bersabda: “Ketahui setiap kamu bermunajat kepada tuhannya, jangan sebahagian kamu menyakiti sebahagian yang lain. Jangan kamu angkat suara bacaan melebihi yang lain dalam solat” (Riwayat Abu Daud dengan sanad yang sahih).
Dalam hadis ini Nabi s.a.w melarang mengangkat suara bacaan di masjid sehingga menganggu mereka yang lain yang sedang beribadah, atau menyakitkan orang lain. Jika mereka yang berada dalam masjid yang memang bersedia untuk beribadah pun, tidak dibenarkan untuk diangkat suara bacaan sehingga mengganggu konsentrasi mereka, mana mungkin untuk dikuatkan suara bacaan melalui pembesar suara sehingga menggangu mereka yang di luar masjid. Mungkin mereka itu mempunyai anak kecil, orang sakit dan seumpamanya.
Ulama besar di zaman ini, Al-Syeikh Muhammad Salih al-Uthaimin r.h mengulas hadis ini dengan katanya:
Realiti hari ini menyaksikan apa yang disebut oleh hadis ini. Ini yang kita lihat mereka yang melakukan hal ini dengan menunaikan solat menggunakan pembesar suara (luar masjid). Mereka itu jika menyakiti sesiapa yang ada di sekeliling mereka, maka mereka berdosa.. tiada syak lagi meninggal perbuatan ini lebih afdal yang pada hakikatnya tiada faedah pun, sebab insan tidak bersolat dengan mereka yang di luar masjid, sebaliknya dengan mereka yang berada dalam masjid.. dengan itu kita berpesan kepada saudara-saudara kita, khususnya para imam masjid jangan lakukan ini.. boleh jadi sesetengah orang telah solat dan perlu tidur dan berehat, boleh jadi dia sakit lalu terganggu dengan suara ini, boleh jadi juga masjid dekat dengan rumah, pada musim panas pula dan anak-anak kecil terganggu dengan bunyi pembesar suara. Kesimpulannya, masalah ini telah menimpa sesetengah orang sehingga mereka menyakiti jiran-jiran masjid atau rumah mereka dalam perkara yang tiada faedah baginya”. (Ibn Uthaimin, Syarh Riyadh al-Salihin: http://www.ibnothaimeen.com/all/eBook-o.shtml).
Bayangkan kenyataan ini dikeluarkan oleh ulama besar dan terbilang tersebut di negara Saudi Arabia yang penduduknya kesemuanya muslim. Bagaimanakah pula bagi negara yang seperti kita.
5. Ulama silam juga telah mengingatkan hal ini, bahawa bacaan-bacaan lain di menara-menara masjid adalah dilarang kerana boleh mengganggu orang ramai. Al-Imam al-Hafizd Ibn Jauzi (meninggal 597H) pernah berkata:
Antara tipu daya Iblis ialah mereka yang mencampur adukkan azan dengan peringatan, tasbih dan nasihat. Mereka jadikan azan perantaranya lalu bercampur aduk. Para ulama membenci segala yang ditambah kepada azan. Banyak kita lihat orang yang bangun waktu malam lalu memberikan peringatan dan nasihat atas menara azan. Dalam kalangan mereka ada yang membaca al-Quran dengan suara yang tinggi lalu menghalang tidur orang ramai dan mengganggu bacaan orang yang bertahajjud. Kesemuanya itu adalah perkara-perkara munkar”. ( Ibn Jauzi, Talbis Iblis, 159, Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah).
Ini adalah larangan ulama pada zaman yang belum ada pembesar suara yang gangguannya tidaklah setakat mana, bagaimana jika mereka melihat keadaan pembesar suara pada zaman ini?
6. Maka, dengan itu umat Islam patut menghentikan bacaan-bacaan yang dibuat melalui pembesar suara yang boleh mengganggu orang luar dan dalam masjid. Mematuhi hal ini bukan kerana isu politik semata, tetapi itu arahan Nabi s.a.w. dan juga menjaga Islam yang harmoni. Suara-suara yang dikuatkan itu bukan menambahkan cinta mereka kepada Islam, sebaliknya menimbulkan salahfaham banyak pihak.



Selasa, 30 Ogos 2011


Muslimin dan muslimat



Muslimin
dan muslimat yang dirahmati Allah,
Selamat hari raya Aidilfitri diucapkan kepada
seluruh kaum muslimin dan muslimat. Kita baru sahaja melalui tarbiah Ramadhan
yang merupakan suatu proses dalam melahirkan hamba Allah yang bertaqwa. Antara
ciri hamba Allah yang bertaqwa sebagaimana yang disebut oleh Ibnu Mas’ud ialah sentiasa mentaati
Allah dan tidak mengengkari perintahNya termasuk ketika menyambut hari raya.
Tanda taat marilah kita penuhi hari raya kita dengan amal ibadat disamping
menjauhi larangan Allah seperti membuka aurat, pergaulan bebas antara lelaki
dan perempuan, hiburan melampau dan sebagainya. Ciri hamba Allah yang taqwa
juga sentiasa mengingati Allah dan tidak melupaiNya. Buktikan diri kita sebagai
hamba Allah bukannya hamba Ramadhan iaitu jangan pada bulan Ramadhan sahaja
kita melawan hawa nafsu sedangkan bila menyambut hari raya maka kita menjadi
hamba kepada nafsu yang menyuruh kepada kejahatan. Ciri hamba Allah yang
bertaqwa seterusnya ialah sentiasa bersyukur kepada Allah dan tidak mengkufuri
nikmatNya. Tidakkah kita berasa malu menyambut hari raya dengan amalan maksiat
sedangkan hari raya adalah anugerah Allah. Ia umpama kita menyertai majlis
jemputan orang tetapi melakukan perkara yang tidak disukai oleh tuan rumah.
Sempena menyambut hari raya juga marilah kita sama-sama berdoa agar dapat
meraih tawaran Allah yang dijanjikan sepanjang Ramadhan baru lalu iaitu rahmat,
keampunan dosa dan dijauhkan daripada azab neraka. Kita tidak mahu termasuk
dalam golongan yang jauh daripada rahmat Allah sebagaimana yang diberitahu oleh
nabi Muhammad s.a.w iaitu golongan yang keluar daripada Ramadhan dalam keadaan
dosanya belum lagi diampuni oleh Allah. Ingatlah bahawa kita bukan mahu
menyambut hari raya di dunia sahaja sebaliknya apa yang lebih kita idamkan
ialah menyambut hari raya dalam Syurga Allah di akhirat nanti.
ULAR DALAM LUBANG KUBUR



Assalamualaikum Wbr.


Ustaz Zainul Fata Hashim, 38, adalah khatib Masjid Rahman di Banyu Urib, ! Surabaya. Ketika usinya 14 tahun dia merantau ke Mekah untuk menuntut ilmu dengan ditemani abangnya, Hj.Yassin Hashim. Setelah 17 tahun menetap di Tanah suci dia kembali ke kampung halamannya pada 1997 dan mengajar di sekolah sekolah agama di kampung kelahirannya. Lantaran ingin berkongsi pengalaman menanrik ketika menetapa di Mekah, Ustaz Zainul diterbangkan khas dari Surabaya untuk temu bual ekslusif dengan wartawan Mastika, Norimanah Seman.
Perkuburan Ma’ala di Mekah yang terletak berhampiran makam Siti Khadijaah riuh rendah. Suara orang bercakap dalam nada cemas dan menjerit jerit menyebabkan tumpuan saya yang ketika itu sedang solat, terganggu. Suara abang saya, Hj. Yassin yang mengimami solat Asar juga tenggelam timbul. Terus terang saya katakan, saya tidak dapat bersolat dengan khusyuk. Suara orang bercakap dan menjerit jerit itu menggangu tumpuan. Selesai salam, saya terus ke tingkap yang menghadap ke kawasan perkuburan. Saya lihat penjaga kubur berdiri tercegat di tepi lubang, orang ramai yang mengiringi jenazah bertempiaran lari. Ada yg tertonggeng kerana tersepak batu, yg merangkak pun ada.
“Tolongggggggg, anak saya!” jerit seorang wanita apabila melihat anaknya berdiri hampir dengan liang kubur. Seorang lelaki sedang berlari sempat menyambar kanak kanak itu dan diserahkan kembali kepada emaknya.
“Apahal ribut ribut(kalut-kalut) tu?” tanya abang yang tiba tiba sudah berdiri di belakang saya. “Entah,” jawab saya. Lantas saya dan abang bergegas ke kawasan kuburan itu yg jaraknya hanya beberapa meter sahaja dr rumah sewa kami. Walaupun sudah tiga tahun menyewa rumah berhampiran kawasan perkuburan tetapi belum pernah saya lihat urusan pengkebumian jadi kelam kabut.
Saya berjalan menghampiri penjaga kubur, Ahmed berbangsa Afrika. Hanya dia seorang saja yg berani berdiri di situ sedangkann orang ramai yang mengiringi jenazah sudah lari bertempiaran. Mereka berdiri jauh di tepi pagar. Muka Ahmed kelihat cemas, matanya tajam memandang ke dalam liang.
“Apa masalahnya, ni?” tanya saya dalam bahasa Arab. Lelaki itu hanya menuding jarinya keliang lahad tanpa mampu berkata apa apa. Seekor ular besar dengan mulut ternganga luas hingga menampakkan taring tajam yang panjang kelihatan tersembul di pintu lubang kubur. Badannya sahaja sebesar pemeluk orang dewasa! Saya dan abang segera mengundur. Ahmed mengelak beberapa tapak apabila ular itu menjulurkan kepalanya seperti hendak menerkam jenazah yang dipikul oleh kawan kawannya. Setelah gagal untuk mencekup jenazah, ular yang bercampur aduk warnanya itu memasukkan semula kepalanya ke dalam lubang. Namun apabila kawan kawan Ahmed cuba melangkah, ular itu akan menerkam semula dengan mulut terngangga menampakkan lidah yang panjang. Saya mengucap panjang apabila mata ular itu yang merah bercahaya merenung tajam ke arah jenazah yang diletakkan di atas pengusung.
“Ya Allah, janganlah mayat tu ditelan,” doa saya. Hati bertambah bimbang apabila melihat mulut ular itu terngangga luas boleh memuatkan sebuah motosikal. Serentak mereka mengundur untuk menyelamatkan diri. “Kalau kecil boleh juga saya kais dengan kayu. Tapi iiiiii ni besar, mulutnya saja sama besar dengan lubang kubur. Kalau saya masukkan juga jenazah itu bukan kebumi namanya tetapi campak ke rahang ular,” kata Ahmed, tercunggap cunggap.Orang ramai lari bertempiaran. Ada yang terjerit jerit akibat terlalu takut. Beberapa minit kemudian mereka terus menutup semula lubang kubur itu. Ahmed berjalan ke sebuah lagi kubur , lima meter saja jaraknya dari kubur tadi. Perlahan lahan dia menarik penutup nya yang diperbuat daripada batu.
Di Mekah kedaan kuburnya yang berlainan dengan di Malaysia. Disana lubang kubur sudah siap digali dan disimin dindingnya kecuali lantai. Dan disimin dindingnya kecuali lantai. Setelah jenazah di kebumikan ia ditutup semula. Pintunya diperbuat dari besi atau batu. Setahun kemudian kubur itu akan dibuka semula untuk diisi dengan jenazah baru. Biasanya satu liang boleh digunakan untuk enam jenazah. Namun ada juga boleh memuatkan hingga seratus. Jenazah baru hanya akan ditanam di dalam lubang itu jika jenazah yang ditanam setahunlalu sudah tiada ataupun hanya tinggal tulang. Tulang tulang itu akan dikuis ke tepi untuk memberi ruang pada jenazah baru.

Ahmad membuka lubang tersebut dengan berhati hati. Apabila terbuka sepenuhnya, segera dia melenting. Ular yg sama terpacul lagi ditengah tengah lubang kubur! Ahmed melompat ke belakang, kawan kawan nya lari lintang pukang. “Lain macam je ular ni, bang. Ular sawa bukan, tedung pun bukan, anaconda tidak mungkin. Ular apa ni bang” bisik saya pada abang. “Inilah agaknya ular al-Syujak al-Aqra seperti yg pernah nabi sebut sebut dalam sabdanya, yang akan menyiksa sesiapa yang meninggalkan solat dan melakukan maksiat,” kata abang. Aneh sekali, bagaimana ia boleh berada di dalam lubang kubur itu.
“Tutup balik,” Ahmed bersuara meminta tiga orang lagi rakanya membantu. Ahmed beralih pula ke kubur lain. Dia mengagak lubang itu sudah dua tahun tidak digali semula. Orang lain yg pada mulanya ramai tidak berani mendekati. Mereka hanya berdiri di tepi pagar tembok. Tinggallah kami berenam, Ahmed dan kawan kawannya, abang serta saya.
SYYYYYYYYYYY!! Bunyi desiran dari arah lubang pada pintu kubur yang terbuka sedikit. Ahmed dan rakan rakannya segera berhenti mengangkat penutup lubang kubur tersebut. Masing masing terdiam dan memasang telinga . Setelah beberapa minit menunggu tidak ada lagi bunyi yang kedengaran. “Ahhhh!! Bunyi pasir runtuh agaknya,” beritahu Ahmed sambil tersenyum cuba menyedapkan hati. Ahmed lantas mengajak kawan kawannya menyambung kerja. Perlahan lahan mereka membuka penutup lubang kubur hingga terbuka luas. “Alhamdulillah …” Ahmed bersyukur, tidak ada lagi ular besar yang menganga di muka lubang. Di bahagian dasar lubang hanya tinggal tengkorak dan beberapa tulang yang belum reput. Ahmed masuk ke dalam kubur untuk mengumpul tulang tulang itu dan diletakkan di sudut, kemudian naik semula untuk mengangkat jenazah wanita itu.
Perlahan lahan Ahmed dan tiga kawan kawannya megusung jenazah wanita tersebut ke tepi lubang. Saya hanya memerhati sahaja mereka melakukan kerja. “Berhenti!!!!” tiba tiba Ahmed menjerit. Dua orang kawannya yg memikul jenazah terkejut. Nyaris nyaris jenazah tercampak. Segera jenazah dibawa keluar dan diletakkan diatas pasir. Mereka hanya tercegat memerhati. Ahmed menggeleng geleng kepala, tidak percaya dengan apa yang berlaku. Orang ramai bercempera sekali lagi.

“Subhanallah ….. ular lagi,” terpacul dari mulut saya. “Kamu pasti ular itu tidak ada disitu, tadi?” tanya abang. Ahmed termenung memerhatikan rahang ular yang terbuka luas. Di wajahnya ternampak keletihan. Dia pun sudah hilang punca untuk menjawab peryanyaan saya tadi. “Subhanallah,” hanya itu sahaja yang terkeluar dari mulutnya sambil menoleh ke arah saya. Ahmed menggaru garu kepala, tak tahu apa yang perlu dibuat. Menurutnya, tidak ada lubang pun di dinding liang yang boleh dilalui oleh ular sewaktu dia mengumpulkan tulang tadi.
“Mungkin tanah haram tak mahu terima jasadnya,” kata abang. Ahmed mengangguk dan bersetuju dengan kata kata abang. “Kalau begitu mengapa tak dikebumikan saja di Jeddah?” saran saya kepada Ahmed. “Seharusnya begitu, mungkin ada yang tak kena,” kata abang. Jeddah? Ya, hanya Jeddah sahaja tanah halal yang paling hampir. Ahmed, saya dan abang menaiki satu kereta untuk bersama sama mengiringi jenazah ke Jeddah. Dalam samar sama hari yang sudah merangkak senja jenazah itu dikebumikan. Alhamdulillah! Semuanya dapat disempurnakan dengan selamat.
Dalam perjalanan pulang ke Mekah, tiada lain yang kami bualkan kecuali kejadian itu. Saya benar benar insaf dan gerun akan kekuasaan Allah. “Salah satu keistimewaan umat Muhammad ialah seksaan atas dosa dosa mereka akan ditangguhkan sehingga akhirat. Namun tidak mustahil ALLAH akan membalasnya sewaktu didunia. Itu tidak lain sebagai ingatan pada yang masih hidup,” tegas abang. Kata kata itu membuat saya berfikir kembali rahsia di sebalik kejadian yang baru kami alami. Kepada kenalan rapat arwah perempuan itu saya tanyakan asal usulnya. Menurut mereka wanita itu berasal dari Mesir, bertugas sebagai jururawat di Hospital Aziziah. Ia memang seorang yang rajin, taat, cantik dan lunak suaranya apabila melayan pesakit. Namun apabila malam menjelma, pakaian seragam jururawat ditanggalkan. Maka terserlah lah kecantikannya yang meruntun hati setiap lelaki yang memandang.
Bibirnya, mata, rambut ikal mayang, berkenig lebat dan berhidung mancung menjadi bonus untuk memikat hartawan. Dengan kelebihannya dia sering menggunakan nya untuk mendapatkan pendapatan yang lumayan. Daripada cerita kawan kawannya yang saya temui, si gadis manis berusia 25 tahun itu menjadi ‘perawat jiwa’ kelas atasan. Setiap malam dia menerima jemputan daripada saudagar kaya yang menawarkan bayaran tinggi. Selama bertahun tahun kerjanya tidak ada siapa yang mengetahui.
Namun hari tidak selalu! panas, kadang kadang hujan ditengah hari. Di tengah kemashuran namanya meniti di bibir para hartawan, wanita itu diserang penyakit misteri. Tidak ada ubat moden yang mampu menyembuhkannya. Tiga bulan dia terlantar di wad tempatnya berkerja. Yang menginsafkan setiap kali kawan kawan setugas datang menziarahi, dia kan bercerita segala kegiatannya selama ini. Peristiwa itu sesungguhnya menginsafkan betapa siksa kubur itu jangan dipermainkan, sebagaimana hadis yang di riwayatkan oleh Ibnu Abbas, katanya: ketika Rasulullah s.a.w melalui dua buah kubur beginda bersabda:
“Ingatlah, sesungguhnya dua mayat ini sedang diseksa, tapi bukan kerana melakukan dosa besar. Seorang diseksa kerana dahulunya dia suka membuat fitnah dan seorang lagi kerana tidak membersihkan dirinya daripada air kencing.”
Itu baru dosa kecil yang nabi sebutkan, sudah mendapat seksa kubur yang cukup azab. Inikan pula dosa yang besar seperti berzina, melacur, tentunya lebih azab lagi.
Petikan dari: Mastika
 

Sabtu, 27 Ogos 2011

Kalau & jika suami  


KALAU SUAMI
Kalau suami mula berahsia..
Itu tandanya dia tak setia

Kalau suami meninggi suara
Itu tandanya dia dah ada mak we

Kalau suami mengaku bujang tua
Itu tandanya dia nak ngurat anak dara

Kalau suami selera tak ada
Itu tandanya dia nak pasang dua

Kalau suami lambat balik aje
Itu tandanya dia dah syok kat deparment dia

tidur di ruang tamu
Itu tandanya dia dah jemu

Kalau suami malam jumaat buat tak tahu
Itu tandanya tak lama lagi hidupmu bermadu

Kalau suami garang macam singa
Itu tandanya hati dia dah tak cinta

Kalau suami asyik komplen aje
Itu tandanya dia dah tak suka

Kalau suami mula sepak terajang ke muka
Itu tandanya dia nak memberimu title JANDA..


JIKA SUAMI
Jika suami sayangkan isteri
Dapat gaji semua diberi

Jika suami sayangkan isteri
Kerja rumah rela dikongsi

Jika suami sayangkan isteri
Kereta diberi suami naik LRT

Jika suami sayangkan isteri
Duit poket diberi setiap hari

Jika suami sayangkan isteri
SMS dikirim tanda rindu dihati

Jika suami sayangkan isteri
Kongsi masalah nasihat dikasi

Jika suami sayangkan isteri
Diberi ciuman setiap pagi

Jika suami sayangkan isteri
I love U, I miss U katanya setiap hari

Jika suami sayangkan isteri
Isteri gemuk, dikatakan seksi

Jika suami sayangkan isteri
Sakit sikit selongkar laci ubat dicari

Jika suami sayangkan isteri
Kemana sahaja dibawa pergi

Jika suami sayangkan isteri
Sentiasa jujur perihal diri

Jika suami sayangkan isteri
Status berkahwin bangga sekali

Jika suami sayangkan isteri
Cintanya suci hingga ke mati

PESANAN KEPADA ISTERI2 :
Adakah suami2 kita tergolong dlm kategori JIKA SUAMI atau KALAU SUAMI ?
JIKA SUAMI ... lebih banyak dari KALAU SUAMI maka bersyukurlah kerana
rumahtangga anda umpama SYURGA.
TETAPI ....
KALAU SUAMI.... lebih banyak dari JIKA SUAMI... maka berhati-hatilah. ..
wahai kaum isteri jangan sampai rumahtangga mu umpama NERAKA.
PERINGATAN KEPADA SUAMI2 :
Bukankah lebih baik jadikan rumahtangga itu SYURGA dari menjadikan ia
NERAKA ?????
JANGAN ANDA MERASA MENYESAL KERANA MENCINTAI ISTERI..KERANA DIALAH
BIDADARIMU DI DUNIA INI..
DAN JANGANLAH ANDA SERONOK MENZALIMINYA KERANA DOA ORANG TERANIAYA DITERIMA
Tuhan YANG ESA....
__._,_.___

Rabu, 24 Ogos 2011



Cukup-cukuplah buat dosa, banyakkan pahala
 
selatanonline
Kiriman Ummu Waheedah
Berapa banyak lagi umat Islam hendak buat dosa, meskipun berada dalam bulan puasa yang ditawarkan dengan banyak pahala. Apakah mereka tidak berpuasa atau tidak sedar apa yang mereka lakukan sekarang itu satu dosa atau setidak-tidaknya boleh mengurangkan pahala puasa. Atau adakah mereka sengaja mahu menghina Islam?

Sepatutnya bermula bulan puasa kita kunci mulut yang suka buat dosa, kunci kaki yang suka buat dosa dan kunci tangan yang suka buat dosa. Kalau selama ini bertimbun dosa, hendaknya bulan ini bertimbun pahala dan dosa yang lama boleh terampun dengan taubat setiap hari dalam bulan Ramadan. Yalah, Rasulullah sendiri menegaskan; Ramadan awalnya Rahmat, pertengahannya Maghfirah dan akhirnya itqunminannar. 
Apakah mereka tidak mahu Rahmat Allah, apakah mereka tidak mahu Pengampunan Allah, dan adakah mereka tidak mahu pembebasan daripada api neraka Allah. Kalau mahu mengapa masih mahu buat dosa? Tidak takutkah dosa itu berganda seperti bergandanya pahala. Inilah yang sangat menghairankan saya.
 
Minggu pertama puasa lagi ada orang Islam yang secara sengaja menyakitkan hati orang bukan Islam. Mereka timbulkan isu orang bukan Islam hendak murtadkan orang Islam. Apakah orang Islam yang masuk gereja sudah jadi murtad? Pada masa yang sama kita sudah menyakitkan hati orang Islam dan organisasi Islam. Mereka tuduh orang Islam tidak mahu bertindak menyelesaikan masalah dengan bijak. Apakah masalah besar boleh diselesaikan dalam sehari dua?
 
Mengapa orang Islam sanggup jadi ejen musuh Islam bagi merosakkan perpaduan ummah? Apakah mereka tidak sedar bahawa mereka sedang diperalatkan oleh pihak lain untuk menghancurkan Islam? Ya, mungkin dia tidak kena musuh Islam. Kalau begitu siapa musuh Islam itu? Untuk pengetahuan semua, ada dua musuh Islam yang sangat hampir dengan kita iaitu Nafsu yang sangat mengajak ke arah kerosakan dan kedua Syaitan yang niatnya untuk menyesatkan umat Islam.
 
Kini syaitan dirantai dan kurang berperanan untuk menggoda manusia, maka tinggallah nafsu sebagai penggoda tunggal. Kenapa kita tewas dengan nafsu? Janganlah kerana bencikan seseorang kita tidak nampak kebaikannya lagi. Janganlah tutup kebaikan orang hanya kerana hendak menaikkan kebaikan kita, nanti kesannya kita tidak beroleh apa-apa.
 
Bertaubatlah wahai umat Islam. Insafilah diri kerana dosa yang bertimbun itu kalau dipohon ampun dengan cara ikhlas akan diampun sepenuhnya. Lakukan ibadah dengan sempurna tanpa dosa lagi. Kemudian bayarlah zakat fitrah kepada AMIL yang dilantik kerajaan. Biarlah nanti orang yang berhak mendapat zakat boleh menyambut raya sama seperti orang lain.
 
Zakat penting dibayar oleh umat Islam kerana zakat harta adalah untuk membersihkan harta kita yang bercampur dengan hak orang lain di dalamnya. Kalau zakat tidak dikeluarkan bermakna kita akan terus makan hak orang lain.
 
Manakala zakat fitrah adalah untuk membersihkan diri kita daripada dosa sekali gus menyempurnakan ibadah puasa yang mungkin ada kekurangan. Kalau tidak bayar, maka selain berdosa, puasa kita tidak sempurna. Jadi, bayarlah zakat fitrah kepada amil.
 
Tetapi di sini juga ada timbul persoalan, mereka tidak mahu membayar zakat kerana fobia dengan penyelewengan pihak pengurus zakat. Dengan ini mereka secara tidak langsung menuduh badan tersebut tidak amanah. Bayangkan dengan sekejab sahaja mereka beroleh dua dosa, dosa tak bayar zakat dan dosa membuat fitnah.
 
Sebenarnya soal siapa pengendali zakat itu tidak timbul kerana zakat yang kita bayar itu sudah sah dan Allah sudah terima. Kalau pengendali itu tidak amanah lalu menyelewengkan harta tersebut, maka dosanya kepada Allah dan pastinya mereka akan dihukum. Kita tidak perlu risau urusan Allah, tetapi risaulah dengan urusan kita yang belum selesai ada ada dengan Allah dan manusia.
Ustaz Ahmad Baei Jaafar
--


Pemancung Kepala Termasyur Arab Saudi
selatanonline
MAKKAH - Namanya Abdallah bin Said al-Bishi. Ia mewarisi profesi ayahnya sebagai algojo pancung bagi terpidana mati di Arab Saudi. Boleh dibilang ia merupakan algojo paling masyhur. Stasiun televisi dari Libanon, LBC TV, pernah menyiarkan wawancara khusus dengan Abdallah pada 4 November 2006.

Algojo seperti Abdallah inilah yang bertugas mencabut nyawa terpidana mati, termasuk Ruyati binti Satubi, yang dipancung Sabtu pekan lalu. Jumlahnya memang tidak diketahui pasti, setidaknya ada enam algojo yang ditunjuk Pemerintah Arab Saudi. Abdallah ditempatkan untuk Kota Mekkah.



Abdallah memulai tugas pertamanya pada 1991, sepekan setelah ayahnya, Said al-Bishi wafat. Umurnya waktu itu 32 tahun. Ia sempat terkejut setelah beberapa pejabat dari Kementerian Dalam Negeri menunjukkan surat pengangkatannya sebagai algojo. Hari pertama, ia langsung memancung tiga orang.

Dengan pedang bernama “Sultan” warisan ayahnya, ia mengaku gugup saat pertama memenggal kepala orang. Pedang Sultan berbentuk melengkung seperti bulan sabit dengan panjang setengah meter. “Tiap orang sedikit gugup saat memulai pekerjaan barunya dan takut gagal,” kata Abdallah. Hingga kini, ia mengaku telah memancung lebih dari 100 kepala.

Di masa kecil, Abdallah pernah menyaksikan ayahnya memenggal kepala seorang pembunuh di depan gerbang Raja Abdul Aziz. Ia datang bersama ayahnya karena ingin melihat organ pencernaan seperti yang ia pelajari di sekolah. "Namun, yang saya lihat kepala manusia melayang, dari lehernya ada pancaran darah seperti sumur dan kemudian jatuh. Cukup dan saya tak tahan lagi,” ujarnya. Malamnya, ia susah tidur dan sekali bermimpi buruk

Sesuai syariat Islam, Saudi menerapkan hukum pancung terhadap terpidana mati kasus pembunuhan. Eksekusi bisa batal jika keluarga korban memaafkan dan pelaku diharuskan membayar diyat (uang pengganti) yang ditetapkan oleh keluarga korban.

Menurut ahli psikologi dari Kementerian Dalam Negeri Saudi, Dr Turki al-Atyan, syariat Islam memerintahkan hukuman mati dilaksanakan dengan cara dipenggal, bukan digantung atau ditembak. Ia mengungkapkan Saudi pernah menerapkan hukuman mati dengan cara ditembak.

Untuk memuluskan tugasnya, Abdallah hanya memakai pedang produksi Jowhar karena terbuat dari besi keras yang tidak mudah patah dan memang khusus untuk memancung kepala. Jowhar adalah sebuah kota kecil di Somalia, sekitar 90 kilometer sebelah utara Ibu Kota Mogadishu.

Cara memenggal pun ada dua: horizontal dan vertikal. Masing-masing memerlukan pedang khusus. Ia menyebut “Qaridha” sebagai pedang spesialis pancung dengan cara vertikal.

Ayah tiga anak ini mengaku tidak merasa berbeda saat akan memancung lelaki atau perempuan. Bahkan, ia mengaku pernah memenggal kepala teman-temannya yang menjadi terpidana mati. “Perbedaannya, kadang pria (yang akan dipenggal) tidak bisa mengendalikan kegelisahannya sehingga bingung duduk atau berdiri,” ujar Abdallah.

Selain memenggal kepala, Abdallah juga melaksanakan hukuman potong tangan atau kaki. Bedanya, kalau pancung, korban tidak dibius sama sekali, sedangkan potong tangan dibius lokal.

Ia menegaskan syarat utama menjadi algojo penggal adalah tidak boleh merasa iba terhadap orang yang akan dipancung. “Jika saya merasa iba, ia akan menderita. Bila hati ini merasa kasihan, tangan bakal gagal,” katanya.

Boleh jadi, profesi sebagai algojo pancung seperti pekerjaan turun-temurun bagi keluarga Al-Bishi. Menurut Abdallah, putra sulungnya, Badr, sudah dilatih menjadi algojo dan akan diangkat untuk bertugas di Ibu Kota Riyadh. /tempo-Addin

Wanita godam 23 laman web hina Nabi



Wanita godam 23 laman web hina Nabi
 
selatanonline
 
DAMMAM: Seorang wanita Alkhobar yang kini menuntut di Amerika Syarikat dipuji kerana mengambil inisiatif memusnahkan 23 laman web Denmark yang menghina Nabi Muhammad SAW, lapor akhbar Madinah kelmarin. 
Nouf Rashid memberitahu akhbar berbahasa Arab itu yang beliau menggodam laman web Denmark itu yang mempunyai rujukan kartun Rasulullah bersama laman web lain yang kandungannya turut diragui menurut pandangannya.

Gadis itu berkata beliau turut memusnahkan sejumlah laman web lucah dan menggodam sistem komputer lelaki muda yang cuba menggugut gadis dengan mengancam menyiarkan gambar peribadi mereka.
Akhbar Arabnews melaporkan gadis berkenaan mendapat kemahirannya dalam bidang itu kerana minatnya mempelajari perkara baru dalam lapangan teknologi maklumat.

Nouf berkata beliau menceburi dunia penggodam untuk menyelamatkan gadis yang diugut lelaki yang mahu berkahwin dengannya dan memperoleh gambar peribadi gadis itu. Rakan mangsa meminta Nouf mencari penggodam di Amerika bagi menyelamatkan gadis itu.

“Malah, saya menghubungi beberapa rakan penggodam di universiti dan belajar seni menggodam,” katanya
. – Agensi/Cenangau

Macam ini Punya Melayu Islam Pun Ada..??




Subhanallah...Macam ini Punya Melayu Islam Pun Ada..??
 
selatanonline
 
Subhanallah..macam ini punya Melayu Islam pun ada di bumi Malaysia ini..??Mcm manalah ada manusia yang jahil sampai tahap begini sekali,mungkin inilah yang Allah perkatakan di dalam Al Quran "Adakah sama orang buta dengan orang celik" maksudnya adakah sama setiap perbuatan orang yang buta,iaitu mereka yang jahil dan melakukan mengikut kepala otak mereka sahaja,
 
Mereka tidak kenal Halal dan Haram,Dosa dan Pahala,Syurga dan Neraka.Inilah akibat sistem pendidikan sekular UmnoPorn yang diwarisi daripada penjajah.Mereka-mereka inilah yang akan mudah diresapi dengan dakyah kristian yang memperlihatkan kesamaan dalam Kristian dan Islam.
 
Bagaimana dalam bab yang begini mudah dan simple pun mereka masih tercari-cari akan halal dan haram jadahnya setiap perbuatan dan perlakuan mereka??.Gua rasa budak tadika Islam pun tahu,halal dan haramnya perbuatan seperti di bawah ini..baca di bawah..
Pihak pengurusan penyanyi Nurul Wahab meminta maaf berhubung isu penyiaran iklan promosi hari Raya pusat pengurusan badan, Glow-Glamour yang memapar penyanyi itu berpakaian terdedah.
Menurut pengurusnya, Badrul Hashim, Nurul yang merupakan duta Glow-Glamour tidak mengetahui mengenai iklan tersebut termasuklah gambar yang dipaparkan oleh pihak pengeluar produk itu.
"Memang sebelum ini Nurul ada mengambil beberapa gambar termasuklah gambar yang dijadikan sebagai iklan Hari Raya bagi tujuan promosi Glow-Glamour pada masa akan datang.
"Tetapi Nurul tidak tahu gambar yang terdedah pula menjadi pilihan untuk dipaparkan pada iklan tersebut," katanya yang dihubungi mStar Online, di sini, Jumaat.

Selasa, 23 Ogos 2011

SELAMAT HARI RAYA



PENNGAKUAN BARAT TENTANG KEDATANGAN ORANG BERNAMA MUHAMMAD DI AKHIR ZAMAN


 PENNGAKUAN BARAT TENTANG KEDATANGAN ORANG BERNAMA MUHAMMAD DI AKHIR ZAMAN




Zionis dan Kristian menyimpan dendam yang amat membara terhadap Islam sejak dahulu lagi.Ini di ceritakan melalui firman firman Allah dalam al Quran. Untuk melepaskan dendam mereka menjalankan berbagai bentuk agenda untuk menghalang pengembangan Islam.Di antara agenda mereka  ialah memusnahkan umat Islam.Menjauhkan umat Islam dari memegang tampuk pemerintahan di Negara Negara umat Islam sendiri dan jangan bagi ruang dan kesempatan bergerak.Dan agenda ini tidak henti henti dan berjalan hingga ke saat ini.
Seorang orientalis Inggeris bernama Profesor Montgomery Watt  dari Universiti  Edinburgh menulis dalam “The London Time” pada 1968.Dia berkata “Kalau sudah di temui seorang pemimpin Islam yang benar benar berkelayakkan dan becakap dengan suara Islam yang tepat pula, kemungkinan besar agama itu akan bangkit (bangkit semula) merupakan sebuah kekuatan politik yang besar didunia ini sekali lagi”

Bekas Presiden Israel Ben Gordon pernah berkata “Sesungguhnya yang paling menakutkan kami ialah kalau dalam dunia Islam sudah lahir seorang Muhammad Baru( iaitu apa yang di sebut sebut Imam Mahdi ).”
Jelas bahawa orang Barat khasnya Yahudi dan Kristian adalah jauh lebih peka daripada umat Islam sendiri. Mereka sentiasa berjaga jaga menanti tibanya seorang pemimpin Islam bertaraf Khalifah bernama Muhammad, tahu pula tempat lahirnya dan bila keluarnya.Pada masa yang sama Umat Islam berbelah bagi dalam hal mempercayai tentang kedatangan nya Imam Mahdi kedunia.Masih tak henti henti dan sibuk bercakaran mengenai sahih atau dhaifnya hadis hadis mengenai kedatangan nya  itu.Yang percaya kepada kedatangan al Mahdi sibuk mengutuk golongan yang tidak percaya, manakala yang tidak percaya sebaliknya.

Wallahu’alam


Video Dedah isi Kaabah
 
SELAMA beratus-ratus tahun, soalan apa ada di dalam Kaabah menjadi misteri kepada berjuta-juta umat Islam yang melakukan tawaf mengelilingi ‘Rumah Allah’ itu. Hanya golongan diraja Arab Saudi, pemimpin negara Islam dan orang tertentu dibenarkan memasukinya terutama semasa acara mencuci Kaabah yang dilakukan setahun sekali.
Bagaimanapun, pada tahun 2009 masyarakat dunia dapat menyaksikan rahsia Kaabah menerusi sebuah klip video yang dimuat naik ke dalam YouTube. Rakaman video selama lebih empat minit itu didakwa adalah yang pertama seumpamanya yang boleh ditonton oleh orang ramai.
Sebelum ini, keadaan di dalam bangunan batu yang terletak di dalam Masjidil Haram di Mekah itu sekadar digambarkan dan diceritakan dari mulut ke mulut.
Paparan di dalam video itu hampir menyamai cerita seorang wartawan dari Singapura, Ahmad Mohd. Don. Menurut beliau, keadaan di dalam Kaabah itu gelap. Tidak ada sebarang lampu. Satu-satunya cahaya yang menerangi bahagian dalam Kaabah itu datangnya dari pintu Kaabah yang terbuka.
“Asap kemenyan memenuhi ruang dalam Kaabah itu. Lantainya pula dibasahi air mawar yang mengeluarkan bau semerbak,” kata beliau yang mendapat peluang memasuki Kaabah semasa menunaikan haji di Mekah pada 8 September 1983 atas undangan khas kerajaan Arab Saudi.

Dinding
Tambah Ahmad, hampir di setiap bahagian dinding Kaabah itu, para undangan menunaikan sembahyang sunat dengan khusyuk.
Mereka menghadap tiap bahagian dinding Kaabah. Lantai Kaabah dibuat daripada marmar putih. Begitu juga dindingnya. Pada satu bahagian dinding itu, kelihatan ukiran ayat-ayat suci.
“Terdapat beberapa batang tiang di dalam Kaabah. Besar tiang itu kira-kira satu pemeluk. Pada satu bahagian dinding itu disalut dengan kayu yang berukiran. Mungkin ukiran ayat-ayat suci al-Quran.
“Terdapat juga para yang di atasnya diletakkan beberapa buah cerek yang kelihatan diperbuat daripada tembaga.
“Tidak saya ketahui apakah yang ada dalam cerek itu. Berkemungkinan besar ia berisi air mawar yang digunakan untuk mencuci bahagian dalam Kaabah,” katanya yang cuma menghabiskan masa selama lapan minit di dalamnya bagi memberi peluang kepada tetamu lain yang menunggu giliran untuk memasuki Kaabah.
Pendakwah bebas, Datuk Mohd. Daud Che Ngah menjelaskan bahawa tiada apa-apa sekatan dari sudut agama untuk membuat rakaman gambar atau video di dalam Kaabah.
Bahkan, jelas beliau, undang-undang baharu oleh pihak berkuasa Arab Saudi turut membenarkan penggunaan kamera di kawasan Masjidil Haram. Sebelum ini undang-undang negara itu melarang penggunaan alat elektronik tersebut di kawasan Kaabah.
Tambah ustaz Daud, orang awam berpeluang memasukinya semasa lawatan pemimpin Arab Saudi mahupun pemimpin negara Islam lain ke Masjidil Haram.
“Pintu Kaabah akan dibuka semasa lawatan pembesar dan juga ketika hari pertukaran kain Kaabah menjelang Hari Raya Aidiladha,” katanya kepada Jurnal.
Daud turut menyangkal dakwaan dan cerita yang menyatakan orang yang mendongak ke bumbung Kaabah selepas memasukinya boleh ditimpa musibah.
Menurut Daud, orang ramai juga boleh melihat replika Kaabah di Muzium Islam Hudaibiyah, Mekah. Ia menyerupai isi kandungan sebenar di dalam Kaabah termasuklah tiga batang tiang dan hiasan ayat-ayat al-Quran.
PINTU Kaabah yang seberat lapan tan diperbuat daripada emas tulen.


Kunci
Hanya terdapat sebuah pintu untuk memasuki Kaabah dan ia dikatakan diperbuat daripada emas tulen seberat lapan tan (8,000 kilogram).
Pintu Kaabah itu pula hanya boleh dibuka oleh pemegang kunci dari Bani Syaibah. Menurut sejarah Islam, apabila Nabi Muhammad SAW meninggalkan Mekah kerana berhijrah ke Madinah, Mekah dikuasai oleh Bani Syaibah.
Pada tahun ketujuh Hijrah, berlaku perang pembukaan kota Mekah yang dimenangi tentera Islam. Berikutan itu, Saidina Ali diarahkan supaya mengambil kunci itu daripada Bani Syaibah, malangnya pintu Kaabah tidak dapat dibuka walaupun menggunakan anak kunci yang sama.
Anak kunci itu kemudian dipulangkan kepada Bani Syaibah atas perintah Allah menerusi ayat 58, surah An-Nisa’ yang mafhumnya, ‘Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanat kepada yang berhak menerimanya’.
Pada masa itu, Bani Syaibah belum memeluk Islam. Tindakan Rasullulah memulangkan semula kunci Kaabah itu telah membuka hati ketua Bani Syaibah untuk memeluk Islam diikuti semua pengikutnya.
Keturunan Bani Syaibah telah diamanahkan untuk memegang kunci Kaabah sehingga hari ini.


Misi Nabi Isa di akhir zaman


Misi Nabi Isa di akhir zaman

Masih ramai umat Islam yang tidak tahu bahawa salah satu ajaran Islam ialah meyakini bakal turunnya kembali Nabi Isa ‘alaihis-salam menjelang datangnya Hari Kiamat di akhir zaman. Malah ada yang mengingkarinya dengan alasan bahawa ini merupakan ajaran kaum Nasrani yang telah disusupkan ke dalam ajaran Islam.

Padahal terdapat cukup banyak hadis sahih dari Nabi Muhammad saw yang membenarkan bakal turunnya kembali Nabi Isa ‘alaihis-salam. Apa yang akan beliau lakukan ketika beliau kembali ke dunia turun dari langit? Apakah misi beliau kelak di akhir zaman nanti?

Suatu perkara yang pasti, kedatangan kembali Nabi Isa ‘alaihis-salam kelak bukanlah untuk membawa ajaran baru, apalagi membenarkan ajaran Nasrani alias Kristian. Justeru kehadiran beliau kelak adalah untuk membenarkan dan mengukuhkan ajaran yang telah dibawa oleh Nabi Muhammad saw iaitu ajaran dienullah Al-Islam.

Nabi Isa ‘alaihis-salam malah akan mengajak kaum Yahudi dan Nasrani (baca: Ahli Kitab) untuk masuk Islam. Dan ajakan beliau ini akan menjadi KESEMPATAN TERAKHIR bagi Ahli Kitab untuk bertaubat.
Bila mereka menyambut baik ajakan beliau, maka mereka bakal diperlakukan sebagai saudara seiman Nabi Isa ‘alaihis-salam dan segenap kaum muslimin. Namun bila mereka menolak, maka Isa ‘alaihis-salam berhak untuk membunuh mereka.
 
Dari Abu Hurairah bahawa Nabi shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Tidak ada Nabi antara aku dan dia -maksudnya Isa-. Sungguh, kelak ia akan turun, jika kalian melihatnya maka kenalilah. Ia adalah seorang laki-laki yang sedang (tidak tinggi ataupun pendek), berkulit merah keputih-putihan, mengenakan kain berwarna kekuningan. Seakan rambut kepala berair walaupun tidak basah. Ia akan memerangi manusia hingga mereka masuk ke dalam Islam, ia memecahkan salib, membunuh babi dan membebaskan jizyah (pajak). Pada masanya Allah akan membinasakan semua agama selain Islam, Isa akan membunuh Dajjal, dan akan tinggal di dunia selama empat puluh tahun. Setelah itu ia meninggal dan kaum muslimin menshalatinya." (ABUDAUD - 3766)

MEMERANGI MANUSIA DAJJAL
Di samping itu, Nabi Isa ‘alaihis-salam juga ditugaskan untuk membantu Al-Mahdi (pemimpin ummat Islam di Akhir Zaman) untuk memerangi puncak fitnah (ujian), iaitu Fitnah Ad-Dajjal. Malah berdasarkan hadis sahih di atas Nabi Isa ‘alaihis salam bakal memerangi segenap manusia demi tegaknya ajaran Al-Islam. Sehingga dengan izin Allah swt segenap manusia bakal memeluk agama Islam sehingga dihapuskannya kewajiban membayar jizyah (pajak yang dikenakan khusus kepada kaum bukan Islam yang hidup di bawah pemerintahan Islam).

MENGHANCURKAN SALIB
Selain itu Nabi Isa ‘alaihis-salam juga bertugas memecahkan salib. Mengapa? Kerana salib telah menjadi fitnah bagi kaum Nasrani yang meyakini bahawa Isa telah mati disalib, padahal sejak lima belas abad yang lalu Al-Qur’an telah menjelaskan bahawa Nabi Isa ‘alaihis-salam tidaklah mati di tiang salib.Tetapi ada seorang lelaki yang diserupakan wajahnya dengan beliau yang telah mati di tiang salib tersebut. (QS An-Nisa 157)

Lalu kemana perginya Nabiyullah Isa ‘alaihi-salam pada masa kejadian itu? Kembali Al-Qur’an menjelaskan dengan jelas: “Tetapi (yang sebenarnya), Allah telah mengangkat Isa kepada-Nya. Dan adalah Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.” (QS An-Nisa 158)

Jadi, apa yang telah dialami Nabiyullah Isa ‘alahis-salam mirip dengan apa yang telah dialami Nabiyullah Muhammad pada masa malam Isra wal-Mi’raj. Perbezaannya hanyalah bahawa pada malam itu Nabi Muhammad di-Mi’raj-kan oleh Allah hanya satu malam, berangkat lepas Isya dan kembali menjelang Fajar. Sedangkan Nabi Isa ‘alahis-salam di-Mi’rajkan oleh Allah ribuan tahun yang lalu dan hingga sekarang belum diturunkan kembali ke bumi ini.

Beliau hanya akan turun ketika Allah taqdirkan beliau turun, iaitu pada masa terjadinya huru-hara akhir zaman ketika sudah diutusnya Al-Mahdi (pemimpin ummat Islam) ke tengah-tengah umat manusia dan keluarnya Ad-Dajjal (puncak fitnah pembawa kekacauan, kesesatan dan kerosakan). Apakah perkara seperti ini mustahil dilakukan oleh Allah ? Sudah tentu tidak. Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu.

MEMBUNUH SEMUA BABI
Selain itu Nabi Muhammad saw juga mengatakan bahawa Nabi Isa ‘alaihis-salam bakal turun kelak untuk membunuh babi. Mengapa demikian? Kerana babi telah menjadi fitnah bagi kaum Nasrani yang meyakni bahawa babi merupakan haiwan yang halal dimakan, sedangkan Islam telah mengharamkannya malah memandangnya sebagai haiwan menjijikkan yang mengandungi najis berat.

Namun di bawah peradaban moden -yang dipimpin oleh peradaban barat yang didominasi oleh nilai-nilai masyarakat Kristian- maka sekarang ini babi bukan sahaja dipandang halal, tetapi ia telah dianggap sebagai haiwan yang lucu dan oleh kerananya manusia sangat akrabdengannya. Cuba lihat berbagai filem kartun barat bagaimana mereka menjadikan babi sebagai binatang yang cute, friendly and kind (manis, bersahabat dan baik hati).Innaa lillaahi wa innaa ilaihi raaji’uun.

“Katakanlah: "Tiadalah aku peroleh dalam wahyu yang diwahyukan kepadaku, sesuatu yang diharamkan bagi orang yang hendak memakannya, kecuali kalau makanan itu bangkai, atau darah yang mengalir atau daging babi, kerana sesungguhnya semua itu kotor.” (AL-An’aam 145)

Sesudah memenuhi segenap tugasnya, maka damailah dunia dengan tegaknya keadilan berdasarkan dienullah Al-Islam dan kesejahteraan dinikmati segenap manusia hingga tidak ada lagi yang boleh bersedekah kerana tidak ada orang yang perlu dengan sedekah. Semua orang telah mencapai kekayaan hatinya.

Abu Hurairah radliallahu 'anhu berkata; Bersabda Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam: "Demi Dzat yang jiwaku dalam genggamanNya, sungguh tiada lama lagi akan segera turun Ibnu Maryam (Isa Alaihissalam) yang akan menjadi hakim yang adil, menghancurkan salib, membunuh babi, membebaskan jizyah dan harta benda melimpa ruah sehingga tidak ada seorangpun yang mahu menerimanya".(BUKHARI - 2070)

“Bersedakahlah kalian, kerana akan datang masa di mana seorang membawa sedekahnya namun tidak menemui orang yang mahu menerimanya. Orang yang akan diberikan berkata: ”Seandainya kamu datang kemarin, niscaya aku mahu menerimanya, sekarang aku sudah tidak perlu lagi.” (HR Bukhary)

Kemudian Nabi Isa ‘alahis-salam akan tinggal di dunia sehingga tibalah masa ajalnya dimana beliau kemudian disolatkan oleh kaum muslimin.

Ya Allah, limpahkanlah salawat dan salam-Mu kepada Nabi Muhammad dan segenap Nabi-Nabi-Mu yang lainnya, khususnya Nabiyullah Isa ‘alaihis-salam. Dan kumpulkanlah kami kelak bersama mereka di akhirat di dalam jannah-Mu. Amiin ya Rabbal ‘aalamiin. 
 


Ahad, 14 Ogos 2011

Blogger: Papan Pemuka

Blogger: Papan Pemuka

Ramai Orang Berpura-Pura Berpuasa



Assalamualaikum Wbr.
Boleh dikatakan di mana-mana jua, terutamanya di tempat kerja, secara terang-terangan ataupun sembunyi ramai daripada kita yang tidak berpuasa.  Yang lelaki dan yang telah bergelar suami dan juga ayah kepada anak-anak pun masih menipu isteri dan anak-anak dalam berpuasa.  

Di hadapan isteri dan anak-anak mengaku berpuasa....buat-buat letih, ditempat kerja pagi-pagi dah minta kawannya yang "non muslim" untuk membeli makanan untuknya untuk dimakan pada waktu tengahari nanti.

Bila pulang ke rumah...kasihan si anak setengah mati menahan lapar dan dahaga.....anak yang berumur 8-11 tahun asyik menjenguk jam aje....tapi si bapak yang tak tahu malu ini....sanggup berlakon depan anak kononnya berpuasa.  Tidak terdetik kah di hatimu wahai lelaki untuk mencontohi anakmu untuk berpuasa.  

Lelaki tak tahu malu.....kecik-kecik tak mahu belajar berpuasa....dah besar dan berkahwin menipu anak dan isteri kononnya berpuasa.  

MAAF ZAHIR BATIN





KUALA LUMPUR, 12 Ogos — Datuk Seri Najib Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor hadir di kompleks mahkamah Jalan Duta di sini petang ini, tetapi tidak mahu ditemu bual oleh pasukan peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim, kata Karpal Singh.
 
Seorang peguam Anwar, Sankara Nair berkata tidak disangka-sangka beliau dimaklumkan pada pukul 2.25 petang bahawa Najib dan Rosmah (gambar) sudah pun menunggu peguam-peguam Ketua Pembangkang.
 
“Mereka mula dengan berkata mereka tidak mahu ditemu bual,” kata Karpal selepas menemu bual tiga saksi hari ini.
 
“Sesuatu mengejutkan sebab mereka sepatutnya sukarela khususnya Datin Seri Rosmah,” kata beliau sambil menambah, pasangan itu tidak memberikan sebarang alasan.
 
Laporan media sebelum ini menyebut, Najib dan Rosmah dilaporkan tiba di kompleks mahkamah pada pukul 2.55 petang dan keluar kira-kira setengah jam kemudian.
Ketika itu, selain Karpal turut berada di mahkamah ialah S.N. Nair dan Datuk Param Cumaraswamy.
 
Rabu lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir semasa temu bual 15 saksi, termasuk Najib dan Rosmah.
 
Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah memutuskan bahawa tertuduh mempunyai hak untuk hadir semasa temu bual berkenaan.
 
Kedua-dua pihak pendakwaan dan pembelaan memohon perintah hakim perbicaraan selepas dua saksi iaitu bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan dan bekas Ketua Polis Melaka Datuk Mohd Rodwan Mohd Yusof membantah kehadiran Anwar semasa temu bual itu Selasa lalu.
 
Isnin lepas, Zabidin membenarkan permohonan Anwar untuk menemu bual 15 saksi termasuk Najib, Rosmah, Musa, Rodwan dan 11 orang lagi.
 
Hakim itu turut menetapkan 15 hingga 26 Ogos bagi kes pembelaan.
 
Di akhir kes mereka, pendakwaan menawarkan 71 saksi, termasuk Najib dan Rosmah. Pihak pembelaan memilih untuk menemu bual hanya 25 orang dan setakat ini, hanya lima orang yang telah pun ditemu bual setakat Isnin lalu.

Mereka ialah bekas ratu pecut negara, Datuk Mumtaz Jaafar, Dr Mohd Osman Abd Hamid, yang sebelum ini bertugas di Pusrawi, adik perempuan bongsu Mohd Saiful Bukhari Azlan iaitu Saidaiti Azlan, seorang doktor dari Hospital Kuala Lumpur yang hanya dikenali sebagai Dr Daniel, dan Khairil Anaz Yusof, pembantu khas Najib ketika beliau menjadi Timbalan Perdana Menteri.
 
Pada 16 Mei lalu, Hakim Mohamad Zabidin memerintahkan Anwar membela diri selepas memutuskan bahawa bekas pembantnya Mohd Saiful Bukhari Azlan, pengadu dalam kes itu, adalah seorang saksi yang boleh dipercayai dan berwibawa.
 
Anwar, 64, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen pada 7 Ogos 2008, atas tuduhan melakukan seks di luar tabii di Kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara, antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun tahun yang sama.TMI
 


MAAF ZAHIR BATIN

31 Ogos merdeka


Black dong bone

Black dong bone

MAAF ZAHIR BATIN


Tambah kapsyen

Kapal Kedua MISC Sertai Operasi Teluk Aden





BERITA

Kapal Kedua MISC Sertai Operasi Teluk Aden

Kapal Auxiliary TLDM BUNGA MAS 6 ketika berlepas dari Jeti Operasi Pangkalan TLDM Lumut, petang Sabtu bagi penugasan Operasi Fajar iaitu operasi mengiringi kapal-kapal dagang berkepentingan milik negara yang merentasi Perairan Teluk Aden. - Foto BERNAMA

LUMUT: Kapal kedua Malaysian International Shipping Corporation (MISC) yang beroperasi sebagai kapal auxiliary Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Laut Aden berlepas Sabtu dari pangkalan TLDM di sini.
Kapal Bunga Mas 6 (BM6) menyertai misi Operasi Fajar 10/2011 bagi mengiringi kapal-kapal dagang negara dari ancaman lanun di perairan Teluk Aden.
Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar berkata BM6 dilancarkan pada 8 Ogos lepas di limbungan Malaysian Marine and HeavyEngineering Sdn. Bhd. (MMHE), Pasir Gudang, Johor.
BM6 diketuai oleh Komander Ahmad Nazri Sharif sebagai Pegawai Memerintah manakala anak kapal terdiri daripada 49 orang anggota pasukan khas atau pasukanelit gabungan anggota dari pasukan tetap Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan anak-anak kapal MISC yang telah diserapkan sebagai Pasukan Simpanan SukarelaTLDM.

Sultan Selangor yang juga Kepten Yang Dipertua TLDM, Sultan Sharafuddin Idris Shah beramah mesra dengan keluarga krew Kapal Auxiliary TLDM BUNGA MAS 6 ketika berangkat bagi perlepasan kapal tersebut di Jeti Operasi Pangkalan TLDM Lumut, petang Sabtu. BUNGA MAS 6 berlepas dari Jeti Operasi bagi penugasan Operasi Fajar iaitu operasi mengiringi kapal-kapal dagang berkepentingan milik negara yang merentasi Perairan Teluk Aden.

BM6 yang dijangka tiba di kawasan operasi pada 21 Ogos, akan beroperasi di sana selama tiga bulan, kata Abdul Aziz.
"Kehadiran kapal auxiliary kedua TLDM tersebut akan memberi impak yang besar, terutamanya peranan penting untuk membanteras ancaman lanun, memberiperlindungan keselamatan kepada anak-anak kapal MISC serta memastikan kargo yang bernilai bilion ringgit sampai ke destinasi dengan selamat," katanya.
Sejak dilancarkan pada 1 Jun 2009 hingga kini, BM5 telah melaksanakan enam siri Operasi Fajar dan mengiringi sebanyak 172 buah kapal. Jumlah kapal yangberjaya dilindungi dalam Operasi Fajar adalah sebanyak 264 buah.
Sementara itu, Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang juga Kapten Yang Dipertua TLDM, semalam berkenan menyempurnakan Majlis PelepasanKapal Auxiliary TLDM BM6 di Jeti Operasi Pangkalan TLDM di sini.
Turut hadir Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Zulkefili Mohd Zin; dan Menteri Besar PerakDatuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir. - BERNAMA


BERITA

Sultan Selangor yang juga Kepten Yang Dipertua TLDM, Sultan Sharafuddin Idris Shah (kanan) berkenan menerima Lambang Kepakaran Kapal Selam (Dolphin) dan Sijil Kehormat dari Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Abdul Aziz bin Haji Jaafar (kiri) ketika berangkat bagi perlepasan Kapal Auxiliary TLDM BUNGA MAS 6 di Jeti Operasi Pangkalan TLDM Lumut, petang Sabtu. BUNGA MAS 6 berlepas dari Jeti Operasi bagi penugasan Operasi Fajar iaitu operasi mengiringi kapal-kapal dagang berkepentingan milik negara yang merentasi Perairan Teluk Aden. - Foto BERNAMA

Rais Dedah Peserta Perhimpunan Haram 9 Julai Diupah RM50


             Rais Dedah Peserta Perhimpunan Haram 9 Julai Diupah RM50
JEMPOL: Ada peserta diupah RM50 seorang untuk memakai baju kuning dan menyertai perhimpunan Bersih pada 9 Julai lepas, kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim.
Beliau berkata selain itu, mereka juga diberi makan dan perkara tersebut didedahkan dalam satu laporan yang dikeluarkan kementerian berkenaan.
"Ini jelas membuktikan upah politik itu berlaku dalam tindakan dan tindak-tanduk pemakai baju kuning atau pemimpin-pemimpin mereka," katanya pada majlis berbuka puasa di Felda Lui Timur, Sabtu.
Rais berkata bukan semua peserta perhimpunan haram itu mempunyai matlamat yang jelas, kecuali sebahagian dengan matlamat politik sendiri.
Merujuk situasi di London, beliau berkata polis di luar negara tidak teragak-agak menggunakan kekerasan bagi menegakkan undang-undang, sebaliknya di Malaysia, meskipun berdepan ejekan peserta Bersih, mereka masih mampu bersabar.
"Lihat dengan apa yang kita alami di Malaysia, dan ini kita harus ambil sebagai satu perbandingan untuk keinsafan kita, yang mana betapa tertibnya Polis Diraja Malaysia mengawal keadaan berbanding dengan apa yang berlaku di luar negara," katanya
Beliau juga berkata demontrasi di negara maju berlaku ekoran masalah tekanan hidup, dan bukan disebabkan perkara remeh-temeh seperti memperjuangkan agenda politik tokoh pemimpin pembangkang. - BERNAMA

Nik Aziz Sokong Larangan Bacaan Al-Quran Guna Pembesar Suara


BERITAAhad Ogos 14, 2011
Nik Aziz Sokong Larangan Bacaan Al-Quran Guna Pembesar Suara

KOTA BAHARU: Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak bersetuju amalan bacaan al-Quran dibuat menggunakan pembesar suara sehingga mengganggu mesyarakat sekitarnya.
Mursyidul Am PAS itu berkata perbuatan itu tidak mengambil kira sensitiviti masyarakat setempat sehingga boleh menyusahkan mereka dan seseorang Islam harusmenghormati masyarakat sekeliling dengan tidak membuat bising, walaupun dengan membaca al-Quran menggunakan pembesar suara.
Sehubungan itu, beliau menyokong tindakan Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang yang melarang bacaan al-Quran menggunakan pembesar suara pada waktuSubuh.
"Kita (umat Islam) hanya dibenarkan melaungkan suara ketika azan untuk mengerjakan solat. Oleh itu, saya tidak bersetuju jika masjid menggunakanpembesar suara sehingga menjejaskan orang lain yang sedang tidur atau sakit," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Koperasi Rakyat Kelantan Berhad(KRKB) di sini, Ahad.
Beliau ditanya mengenai tindakan Kerajaan Pulau Pinang melarang penggunaan pembesar suara semasa mengaji al-Quran pada waktu subuh di masjid dan surau dinegeri itu.
Terdahulu dalam ucapannya, Nik Abdul Aziz menggesa wanita negeri ini yang suka membeli atau menyimpan barang kemas supaya menjualnya untuk dilaburkandalam KRKB yang baru dilancarkan itu.
Ini kerana, katanya, ia akan memberi pulangan yang menguntungkan kesan kenaikan harga emas dunia yang menjadi bahan pelaburan urusniaga koperasimenerusi Permodalan Kelantan Berhad (PKB).
Semasa ditanya sama ada kebimbangan sesetengah rakyat Kelantan yang ingin melabur dalam koperasi itu kesan kegagalan Koperasi Kohilal yang kebanyakannyadianggotai PAS, Nik Abdul Aziz berkata kegagalan koperasi itu ekoran kejatuhan saham dan keadaan ekonomi merudum pada 1998. - BERNAMA

Catatan Popular

Translate