Memaparkan catatan dengan label masyarakat. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label masyarakat. Papar semua catatan

Sabtu, 7 Mac 2015

Pagi Besok Nak Cari Kayu..Nak Cari Kayu

Salam semua, anda pasti tak boleh lupa dialog dalam filem Nasib Si Labu Labi arahan Tan Sri P. Ramlee yang tak pernah jemu ditonton oleh kita semua. Dialog tersebut berkisah tentang Si Labi, watak di dalam filem tersebut cuba mengingati arahan tuannya Tuan Haji Bakhil yang mengarahkan beliau mencari kayu api sebagai bahan bakar pada masa itu.

Memang diketahui oleh kita semua sekitar zaman 60an mencecah ke tahun 80an, memasak menggunakan dapur kayu adalah sebahagian daripada resam kehidupan di zaman yang serba susah ketika itu. Penggunaan awal dapur yang moden pun adalah selepas terciptanya dapur minyak tanah yang memerlukan penggunaan minyak tanah (minyak gas) sebagai bahan bakarnya.

Masih saya ingat, seawal tahun 80an, rumah ibu bapa saya di Jengka menggunakan dapur minyak tanah yang sudah dikira moden ketika itu. Tetapi apabila saya pulang ke Kedah di kampung nenek ibunda saya, penggunaan dapur kayu masih berleluasa kerana ianya murah dan mudah untuk mendapatkan bekalan kayu api di sana.
 


Tapi kini di zaman milenium, peranan kayu api sudah hampir dilupakan. Dengan penggunaan dapur gas dan letrik, peranan dapur kayu api hanya tinggal dalam sejarah sahaja. Kayu api mungkin sukar dicari di zaman serba moden sekarang. Kalau pun ingin mendapatkannya, kita perlu mencarinya di tempat yang hanya khas menjualnya sahaja.

Peranan kayu api kini banyak digunakan apabila tiba musim perayaan apabila terdapat permintaan dalam usaha kita menggunakan cara klasik untuk membakar lemang contohnya. Itupun sudah banyak lemang moden kini yang direbus terlebih dahulu sebelum lakonan sahaja lemang tersebut diletak di bara api kemudiannya sebagai daya penarik jualan.

Demikianlah realiti kehidupan kini, zaman berubah dari satu yang mungkin tidak pernah kita jangkakan bahawa kayu api pada masa kini, kita perlu membelinya sebelum digunakan. Tidak akan ada lagi dialog Si Labi dalam filem Nasib Si Labu Labi, "besok pagi nak cari kayu..nak cari kayu..", sebagai bahan bakar dapur kayu, untuk memasak air mandian Tuan Haji Bakhil.

Jumaat, 6 Februari 2015

Wajib Tahu !!! Kita Selalu Tukar Tayar Kereta, Tetapi Tahukah Kita Untuk Memastikan Tidak Terbeli Tayar Expired ???



Info Pasal tayar kenderaan;

1.Kod Tayar Kenderaan..
Contoh 205/65/R1594H..

205 = Lebar..
65 = Tinggi..
R = Radial..
15 = Saiz / Rim..
94 = Had Maksimum Bebanan..
H = Had Maksimum Kelajuan 210 KM / Jam..

Jika Ianya Abjad Yang Terakhir, Ianya Seperti Di Bawah;
S = Maksimum Had Laju 180 KM / Jam..
T = Maksimum Had Laju 190 KM / Jam..
U = Maksimum Had Laju 200 KM / Jam..
V = Maksimum Had Laju 240 KM / Jam..
Z = Maksimum Had Laju 240 KM / Jam..
W = Maksimum Had Laju 270 KM / Jam..
Y = Maksimum Had Laju 300 KM / Jam..

2. Setiap Tayar Ada 4 Angka Tercatit Di Sisi Tayar..

Contoh 0514..

Ianya Menunjukkan Tayar Baru Keluaran Kilang Pada Minggu Ke 5 Tahun 2014..

Tempoh Penggunaan Tayar Adalah Selama 5 Tahun Dari Tarikh Ianya Dikeluarkan..
Tayar Baru Yang Berusia Lebih Dari 5 Tahun Masih Boleh Digunakan Tetapi Ianya Telah Menjadi Keras Sebab Getah Tayar Sudah Tamat Tempoh (Expired)..

Jika Tukar Tayar Yang Baharu Pastikan Tahun Pengeluarannya Adalah Tahun Yang Terkini..
Jika Beli Tayar Keluaran Tahun 2013 Minta Diskaun Sebanyak 20% Daripada Harga Asal..

Berikut Adalah Diskaun Harga Tayar Mengikut Kepada Tahun Tayar Yang Dikelurkan Dari Tahun Semasa (2014);
2012 = 40%
2011 = 60%
2010 = 80%
2009 = Percuma
Semoga Perkongsian Ini Membantu Kita Agar Tidak Ditipu Oleh Kedai Jual Tayar..
Share Lerrr Kepada Yang Lain....

Semoga ini memberi manfaat kepada kita semua...

Selasa, 20 Januari 2015

Perkara Elakkan Ketika Bergadoh

Perbalahan sentiasa berlaku. Tidak semua di antara kita sebagai manusia akan bersetuju dengan pendapat orang lain setiap masa. Orang lain juga pun takkan sentiasa setuju dengan pendapat kita. Namun demikian, dalam percintaan dan perhubungan, perbalahan boleh menjadi terlalu mengikut emosi, sampai ke tahap boleh melukakan hati pasangan. 
 
 



10 Cara Bila Bergaduh :
1) Jangan Bersyarah
Dalam perhubungan yang matang, anda mesti menghormati pasangan anda dan juga diri sendiri sebagai orang dewasa. Bila anda mula bersyarah dengan panjang lebar kepada seseorang itu tentang kesalahannya, ini boleh mencetuskan perasaan yang amat tidak selesa dalam dirinya. Satu ‘kuasa’ memberontak dan tidak puas hati terhadap anda boleh wujud hasil dari sikap tersebut. Oleh itu, selain dari bersikap “anda adalah betul” dalam situasi seperti ini, adalah lebih baik anda bercakap tentang bagaimana cara untuk membetulkan kesilapan yang telah berlaku. Fokus anda mesti kepada bagaimana untuk menyelesaikan masalah yang timbul dan juga supaya perkara itu tidak berulang lagi.
.
2) Jangan Balas Dendam
Selalunya, bila hati seseorang itu benar-benar disakiti oleh pasangannya, dia juga akan bertindakbalas untuk menyakiti hati pasangannya semula. Biar pasangannya rasa bersalah dan rasa apa yang dia rasa. Kononnya supaya pasangannya sedar bahawa kesalahan telah dilakukan. Pada masa itu,tindakan macam ni seolah-olah idea yang bagus,sebenarnya akan memalapkan lagi perhubungan. Jangan bertindak begitu. Bila anda salahkan pasangan anda tentang sesuatu perkara dan cuba buat dia rasa bersalah, anda mengatakan bahawa anda betul dan dia salah-hukuman telah dijatuhkan, susah nak selesaikan pergaduhan anda!
.
3) Jangan Tinggikan Suara
Bila emosi dan kemarahan menguasai diri, adalah sukar untuk mengawal suara lebih-lebih lagi bila pasangan anda sendiri meninggikan suara kepada anda. Walau apa pun, anda mesti ingat, merendahkan nada suara dan bercakap dengan tenang dan tidak menengking amat penting bila berbincang dalam sesuatu konflik. Suasana tenang membolehkan anda dan pasangan mendengar dengan lebih baik apa yang diperkatakan terhadap satu sama lain. Konflik dapat diselesaikan dengan lebih cepat dan tidak merebak dengan lebih teruk dan merosakkan.
.
4) Elakkan Terlalu Peribadi dan Sensitif
Masa situasi konflik tengah hangat, janganlah terlalu sangat “terasa”, jangan terlalu sensitif atau “take it too personal”. Keadaan yang tengah “panas” boleh buat anda terlepas cakap.Oleh itu pastikan anda tidak terlalu sensitif atas segala yang sedang diperkatakan kerana selalunya emosi lebih menguasai keadaan pada waktu ini. Oleh itu,kadangkala ada waktunya perkara betul yang pasangan anda katakan boleh menjadi perkara yang amat sensitif bagi anda dan anda pula boleh terlepas cakap atau sengaja “melepas” cakap tanpa berfikir panjang.
.
5) Jangan Timbulkan Perkara-perkara Kecil
Bila tengah bergaduh tu, jangan timbulkan perkara-perkara kecil yang langsung tak membantu selesaikan masalah. Perkara-perkara kecil yang dalam 2-3 hari akan datang tu dah boleh lupa contohnya, tak perlulah diungkit. Fikir sebelum timbulkan benda-benda kecil macam ni sebab ia takkan membantu, membakar semangat marah dan terukkan lagi keadaan tu adalah. Benda-benda kecil ni termasuk la juga perkara yang dah lama terjadi dah 3 – 4 bulan lepas contohnya jadi tumpu hanya pada isu yang sedang berlaku.
.
6) Mendengar Dengan Teliti
Walaupun susah nak dibuat, anda perlu jadi pendengar yang baik dan teliti. Pasangan anda mungkin dengan jelasnya beritahu apa yang anda berdua perlu untuk selesaikan masalah tapi disebabkan anda tak ambil perhatian, tak dengar dengan baik dan teliti, bukan saja cadangan dia anda tak ambil kira,malah anda pula bagi penyelesaian yang takde kena-mengena dan merumitkan keadaan.
.
7) Fokus Satu Isu Pada Satu Masa
Seperti biasa yang anda mungkin dah banyak kali dengar ~ fokus! Perkara terbaik yang anda boleh buat ialah kenal pasti apa punca sebenar masalah dalam perhubungan anda sekarang dan cari penyelesaian untuk isu itu sahaja. Bila anda mula bercakap tentang banyak perkara, macam-macam isu, anda mengelirukan keadaan. Selesaikan satu persatu dan bergerak ke punca isu yang lain bila isu pertama selesai. Tentu sekali anda ingin tau apa cerita sebenar yang jadi punca mengeruhkan hubungan anda supaya masalah dapat selesai dengan cepat, jadi pastikan anda fokus!
.
8.) Jangan Serang!
Biasalah, dah terlalu marah sangat, anda pun “naik angin”… bila perkara macam ni berlaku, biasanya anda boleh menyerang peribadi pasangan anda. Sebelum perkara macam ni berlaku, fikir dan sedar bahawa ia TAKKAN membantu malah memburukkan keadaan. Anda ingin selesaikan masalah, bukan nak serang pasangan anda.
.
9) Mesti Hormat
Perbalahan/pertelingkahan dalam perhubungan boleh menjadikan sesuatu perhubungan itu lebih matang dan lebih rapat malah lebih indah setelah konflik dan isu berakhir dengan baik. Nak jadi macam ni, anda perlu faham perbalahan perlu di lihat dalam konteks “learning experience” atau proses belajar selain melihatnya dari satu sudut saja. Beri perhatian, sabar, tenang, buat “eye contact”, tanya soalan yang relevan dan diperlukan dalam masa yang sesuai. Ini adalah antara cara utama untuk menunjukkan sikap hormat kepada pasangan anda. Bersama, dengan sikap seperti ini anda berdua PASTI boleh menyelesaikan segala masalah yang melanda.
.
10) Jangan Tinggalkan
Satu lagi perkara yang sukar dibuat bila bergaduh ialah berada tetap dalam tempoh konflik itu sedang berlaku, dari mula sampai selesai. Ramai orang bila dah tak tahan, marah sangat, terus tinggalkan pasangan, bermaksud terus keluar dari “medan” konflik atau pertelingkahan sekaligus membiarkan situasi “tergantung” macam tu je. Pasangan pun dia tinggalkan. Walaupun rasa tak boleh tahan sangat, marah ke, “tension” ke, jangan angkat kaki, tinggalkan konflik dan pasangan macam tu je. Bagi tau dia anda perlukan masa sekejap untuk tenangkan fikiran sebentar, mungkin anda pergi duduk tempat lain kejap ke… kemudian pastikan anda datang semula. Ini secara tidak langsung menunjukkan anda seorang yang berkaliber dan dapat mengurus emosi dengan baik tak kiralah anda lelaki atau wanita.
.
p/s : Jika ada masalah bawak lah berbincang dan jangan la anggap perpisahan adalah penyelesaian segala-galanya. Renung2kan…Peace no war!!

Isnin, 27 Januari 2014

Guru cari kutu murid dapat pujian pengguna Facebook.




GURU yang baik sanggup melakukan apa sahaja yang baik demi masa depan anak-anak muridnya bukan sahaja dari segi pendidikan tetapi juga kesihatan dan kebersihan tubuh badan.

Penulis masih ingat ketika di sekolah setiap minggu, cikgu akan melakukan pemeriksaan kuku murid-muridnya untuk memastikan ia pendek dan bersih.

Zaman ini, guru mengambil inisiatif yang lebih kreatif dan terbaru untuk menjaga kebersihan dan kesihatan pelajar mereka.

Di Sekolah Kebangsaan (SK) Kajang Utama, guru Tahun 1 di sana layak diberikan pujian kerana bijak membuat satu program yang khusus untuk anak-anak murid yang mempunyai masalah kutu.

Guru di sekolah itu secara beramai-ramai memeriksa kutu di kepala anak murid mereka supaya masalah kegatalan pada kepala pelajar dapat diatasi seterusnya tidak pula menyebabkan pelajar lain terjangkit.

Foto aktiviti itu dikongsikan oleh pengguna Facebook Nazatushima Mohd Suhut dan gambar itu sudah dikongsikan sebanyak 18 kali dan mendapat sebanyak 78 “Like”.

Kebanyakan komen yang diterima memuji langkah-langkah diambil guru-guru itu untuk membasmi kutu.

“Dahsyat cikgu-cikgu, mungkin segelintir sahaja guru yang tidak buat kerja, habis dituduh semua guru.. Tak patut-tak patut, sepatutnya kena panggil wartawan ni kaka shima, dikeluarkan dalam media, biar masyarakat buka mata sikit, asyik tuduh cikgu tak buat kerja,” kata komen itu

Sabtu, 11 Januari 2014

“Dan Allah menciptakan kamu, kemudian kamu diwafatkan-Nya. Dan di antara kamu ada yang berusia lanjut (tua bangka) sehingga tidak tahu apa-apa lagi (sudah nyanyuk). Sesungguhnya Tuhan Maha Mengetahui lagi Maha Kuasa.” (an-Nahl: 70)



Tua yang begitu? Moga dilindungkan.



Tua? Mungkin sampai...mungkin tidak.

Sampai jika panjang umurnya.

Maka jadilah si tua yang mulia. Sebagaimana yang diisyaratkan Rasulullah saw, panjang umur dalam ketaatan kepada Allah SWT.

Si tua yang telah tiada tetapi masih disebut orang namanya.

Si tua yang sentiasa dicerita akan kebaikan, dikenang segala pengorbanan.

Si tua yang menjadi kebanggaan anak, cucu serta keturunan.

Jangan jadi si tua yang berhati muda. Tidak sedar hakikat diri, sedangkan rumah kata pergi kubur kata mari.

Anak cucu pun dah meluat tidak mahu ambil peduli.

“Kami berlindung kepada-Mu dari penghujung hidup yang sedemikian.”

Salam buat warga tua yg taatkan ALLAH, dan kasihkan Rasul-Nya.......


Jumaat, 27 Disember 2013

Kemantapan wanita usia 40-an



BEBERAPA hari lalu, saya tengok Buletin Utama di kedai kopi - berita  seorang guru penolong kanan wanita  terkantoi aksi bertukar-tukar ‘cenderamata’ dengan kekasihnya, warga Pakistan.
        
Ini bukan kes khalwat biasa tetapi ada kaitan dengan rakaman video. Wah!  Sungguh terlampau nampaknya.
        
Tidak! Saya bukan hendak bercerita panjang mengenai pasangan itu tetapi yang menarik perhatian saya adalah komen seorang kawan – Li – yang ada bersama tonton berita itu.
        
Li, 48, tiba-tiba berkata, wanita umur  40-an hingga 50an memang makin 'hot'.
        
“Ini pengalaman...,” katanya untuk lebih meyakinkan saya. Ya, saya tahu Li tidak pernah buat kajian saintifik mengenai perkara itu. Dan saya juga sedar bahawa apa yang dikatakannya, boleh jadi betul, mungkin juga tidak.
        
Walau apa pun, apabila dia menyebut ‘ini pengalaman...’ saya tahu dia cuba bercakap benar, sekurang-kurangnya dari pengalamannya sendiri. Li orang baik, bukan pengatur tangga rumah tumpangan di Belakang Mati. Itu saya pasti!
        
Untuk perkasakan lagi hujahnya, Li berkata, pada usia itu, wanita tidak lagi sibuk dengan anak kecil dan juga hal-hal lain yang menjadikan mereka begitu sibuk setiap hari.
        
“(Pada) tahap itu, depa sudah relax, sudah boleh fikir untuk diri sendiri, termasuk juga hal-hal seks,” katanya. Bab itu, saya setuju dan saya semakin yakin bahawa apa yang Li katakan, ada benarnya. Saya sendiri pernah beberapa kali menulis topik ini, termasuk daripada pengakuan wanita sendiri. Ada yang mengaku pada usia 40-an, mereka bersedia untuk jatuh cinta kali kedua.
        
Tidak! Bukan bercinta dengan lelaki lain atau cari ‘anak ikan’  tetapi jatuh cinta dengan diri sendiri. Maksudnya kalau sebelum itu katanya, terlalu banyak hal yang nak dikisahkan setiap hari tetapi dalam usia 40-an, mereka ada ruang yang lebih untuk  membelai diri dengan sebaik mungkin. Dalam soal bajet juga sudah stabil dan boleh dibuat bajet khusus untuk penjagaan diri. Bukan untuk  beli beg tangan atau losen penggebu sahaja tetapi juga untuk spa dan aerobik.
        
Pendek kata, dalam dalam usia 40-an, wanita sudah benar-benar bersedia untuk tampil dengan lebih ‘mantop’. Bukan hanya mahu memuji orang lain, pada isteri sendiri pun saya nampak berbeza banding dahulu. Tetapi masalahnya isteri, apabila kita puji “awak makin tua makin cantik,” dia akan tanya balik, “ooo... dulu tak cantiklah ye?”

Ke situ pulak!
        
Kalau diambil kira pandangan  sendiri, memang sejak  remaja dahulu lagi pun, saya suka ‘ushar’ wanita yang lebih berusia, lewat 30an hingga 40-an.
Bagi saya, wanita pada usia itu sedang berada di kemuncak keanggunan. Justeru, mereka amat indah lagi harmoni untuk dipandang. Macam gunung. Tidak ada orang yang suka pandang busut, jarang ada yang suka pandang bukit tetapi ramai yang suka pandang gunung.
        
Ini kerana berbanding yang lain, gunung adalah lebih anggun. Maksud anggun bagi saya ialah kombinasi rupa paras fizikal yang cantik dengan kematangan. Itulah anggun dan keanggunan itu kemuncaknya adalah pada usia lewat 30-an atau awal 40-an.
        
Bagi wanita yang lebih muda, mereka mungkin cantik tetapi apakah mereka matang? Jawapannya sudah tentu tidak dan walaupun mereka cuba tampilkan kematangan ataupun dilihat matang namun dalam situasi tertentu, sifat keremajaan atau keanak-anakan mereka pasti terdedah jua.
Itu bukanlah masalah, cuma bagi lelaki, tarikan dalam diri seseorang wanita pada mata mereka sesetengahnya lebih memberatkan penampilan yang matang secara semula jadi.
        
Ini kerana semacho mana pun seorang lelaki, ada ketika tertentu  dia masih mengharapkan kematangan pasangan sebagai pelengkap. Malah jangan tidak percaya atau mencebik jika dikatakan lelaki juga ada kemanjaan yang diselindungkan. Kerana itu, wanita yang matang tidak akan menolak apabila suami minta dibelai dan dimanjakan dan wanita yang tidak matang, mungkin hanya mahu dia sendiri dibelai oleh suami pada setiap masa.

Selasa, 24 Disember 2013

MALAYSIA BAKAL BANKRAP DALAM TEMPOH 9 TAHUN?

"Selvi, berapakah harga kentang ini?," tanya lelaki berusia 68 tahun itu.

"Dua ringgit lapan puluh sen pak cik," jawab peniaga itu.

Lelaki terbabit pelanggan tetap kedai runcit Ramu di pekan kecil, Slim Village, Perak.


"Dua ringgit tujuh puluh sen, tidak boleh ke? Kurang sepuluh sen sahaja," rayu lelaki itu lagi.

Saya perhatikan tubuh kecilnya, kurus tetapi masih bertenaga walaupun dia sekian lama membanting tulang untuk menyara ahli keluarganya.

"Alah pak cik, bukan mahal pun," balas R. Selvi sambil merenung wajah warga emas itu.

"Kurang sepuluh sen sahaja, bukannya banyak. Setiap hari saya datang ke sini membeli pelbagai barang keperluan," lelaki sama berhujah.

Selvi terdiam buat seketika.

"Pak cik punya fasal, bolehlah," ujar Selvi sambil tersenyum.

Saya perhatikan tubuh kecilnya, kurus tetapi masih bertenaga walaupun dia sekian lama membanting tulang untuk menyara ahli keluarganya.

Selvi terdiam buat seketika.

"Pak cik punya fasal, bolehlah," ujar Selvi sambil tersenyum.

Dia tersenyum.

Bukan dia tidak mempunyai wang tetapi gemar tawar-menawar, biarpun harga barang dibeli dikurangkan oleh peniaga sepuluh sen sekalipun, dia tetap berpuas hati.

Tidak dapat saya gambarkan,sebagai penduduk kampung, dia pasti terasa akan impak kenaikan harga barang keperluan harian seperti gula dan lain-lain barangan.

Bagi golongan berpendapatan tinggi, tinggal di banglo dan memiliki kenderaan mewah, 10 sen barangkali tiada maknanya buat mereka. Pengurangan subsidi petrol dan tol juga tidak menjadi kudis. 

Saya perhatikan, kebelakangan ini Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sering mengeluarkan kenyataan, jika harga tol dan tarif elektrik tidak dinaikkan, ekonomi Malaysia bakal tergugat. Manakala Makmal Rasionalisasi Subsidi menyebarkan informasi, negara ini bakal bankrap dalam tempoh 9 tahun lagi.

Dakwaan itu tentunya menakutkan masyarakat Malaysia.

Jika benar, kerajaan secara berterusan harus berkongsi maklumat terperinci bersama rakyat marhaen. 

Fitrah manusia, mereka jarang membantah andai sesuatu isu itu difahami.


Khamis, 19 Disember 2013

BOB LOKMAN TERLANTAR SAKIT?



Kalian tentu mengenalinya.. Seorang yg cukup ternama di bidang hiburan suatu ketika lalu.. Penulis lirik lagu ‘Isabella’ dan beberapa lagu yg pernah menjadi siulan anak muda seketika lalu. Terakhir menjadi juri rancangan ‘Raja Lawak’ .. Kemudian mengistiharkan dirinya utk mengubah suasana peribadinya kepada yg lebih tenang dgn beragama.

Ya.. Saudara Bob Lokman, meninggalkan segala kenikmatan hiburan dan dunia glamour kpd kehidupan yg lebih tenang dgn syariat. Beliau sekarang berada di wad CCU hospital uitm sg buloh, jantungnya lemah. Doakan beliau teman2.. Agar kehidupan ini bermanfaat kpdnya.. Sayu menziarahinya.. Doa itu kekuatan kepadanya..

dah lebih seminggu beliau terlantar di CCU.. org buat tak kesah jer..
tapi bila Paul Walker mati.. ramai yang meroyan!!

Rabu, 18 Disember 2013

Keluarga Bahagia

Bahagiakanlah keluarga kita sebelum membahagiakan orang lain.
Kesolehan keluarga menjadi penentu bagi tegaknya sesuatu bangsa yang aman, makmur dan sejahtera.
Sebahagian dari kesempurnaan kebahagiaan di dunia adalah memiliki keluarga yang bahagia.
Ciri orang yang mencintai keluarganya adalah dia selalu bersabar dalam mendidik akhlak dan keimanan keluarganya.
Seorang yang bekerja keras untuk menunaikan tanggung jawab kepada keluarganya adalah bukti kasihnya kepada keluarganya.
Tingginya darjat suami ditentukan oleh perjuangannya menjadi pemimpin rumah tangga, sehingga dituntut menjadi teladan yang baik bagi keluarga yang dipimpinnya.
Sesungguhnya keluarga itu tempatnya yang aman dan selesa dalam berkongsi suka dan duka.
Kasih sayang yang terjalin diantara anak dan ibubapa mampu melahirkan sikap jujur dan terbuka.
Kekuatan cinta yang tulus mampu menggerakkan lisan untuk senantiasa berterima kasih kepada pasangan, anak ataupun ibubapanya.
Mencintai keluarga adalah amanah bagi setiap manusia.
Pecinta keluarga tidak akan membiarkan dalam rumahnya berlaku keburukan dan kemaksiatan.
Anak-anak lebih memerlukan contoh dan keteladanan dari kedua ibu-bapa mereka daripada celaan dan kekerasan.
Kehidupan kita akan berubah apabila dimulai dengan perubahan diri, keluarga dan persekitaran.
Mahkota orang tua adalah anak cucunya dan kehormatan anak-anak adalah kerana nenek moyang mereka.
Apabila setiap ahli keluarga saling mencintai, menyayangi, dan saling mengalah, nescaya seluruh masyarakat akan menjadi baik, aman dan damai.
Keharmonian keluarga terletak pada sikap tanggungjawab dan terbangunnya komunikasi yang sihat diantara ahli keluarga.
Komunikasi dalam keluarga akan senantiasa terpelihara selama komunikasi dengan Allah pun tetap terjaga.
Keluarga yang dekat dengan Allah akan menjadi keluarga yang layak ditolong olehNya dalam setiap urusannya.
Rasul saw bersabda, paling dekat dengan ku kedudukannya kelak pada hari kiamat adalah orang yang paling baik akhlaknya dan sebaik-baik kamu ialah yang paling baik terhadap keluarganya.
Barangsiapa bersusah payah mencari nafkah untuk keluarganya, maka dia adalah seumpama seorang mujahid dijalan Allah.
Warisan termahal dan terbaik dari diri kita untuk keluarga, keturunan, dan masyarakat adalah keindahan akhlak kita.
Allah mencintai orang-orang yang selalu berjuang memperbaiki diri, keluarga dan masyarakat.
Cintailah suami atau isteri kita dengan memuliakan ibubapa dan keluarganya.
Bagaimana kita bersikap kepada anak-anak kita, begitu pulalah mereka akan bersikap kepada kita. Maka berikan sikap yang terbaik kepada mereka
Jika Allah cinta kepada sebuah keluarga, maka salah satu cirinya ialah keluarga itu dibukakan hati untuk ilmu agama.
Kebahagiaan sesuatu keluarga bukanlah diukur dari segi mata-benda, tapi sejauh mana keta’atan keluarga kepada Allah.
Ibadah seorang ibu adalah modal bagi lahirnya anak-anak yang soleh yang akan menjadi benteng bagi ibubapanya kelak di akhirat.


Jenazah Seniwati Azean Irdawaty Disemadikan Di Bukit Kiara



KUALA LUMPUR, 18 Dis  -- Jenazah seniwati Azean Irdawaty Yusoef, disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara di sini pada tengah hari selepas disembahyangkan di Masjid Al-Mamuriah Kampung Sungai Kayu Ara, Petaling Jaya.

Selain anggota keluarga, ramai rakan seperjuangan Allahyarham dalam bidang seni yang hadir seperti Sasterawan Negara Datuk A. Samad Said, pengarah filem Datuk Shuhaimi Baba, pelakon dan penerbit Datuk Rosyam Nor, pelakon Ako Mustapha, Elly Suriati dan penyanyi kumpulan Elite Sasha Mohd Saidin.

Azean, 63, menghembuskan nafas terakhir pada Selasa di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) akibat kanser selepas dimasukkan ke PPUM pada Isnin kerana kesukaran bernafas.

Anak sulung Allahyarham, pelakon Khaeryll Benjamin Ibrahim atau Benjy, 34, berkata beliau reda dengan pemergian ibunya walaupun akan merinduinya.

"Saya rindu sangat padanya, (tapi) dia tidak lagi menanggung kesakitan...saya reda dengan pemergian mama dan berharap dia pergi dengan tenang.

"Sebelum mama pergi, dia mengharapkan saya berkahwin dan jangan berhenti berlakon," katanya ketika ditemui pemberita selepas pengkebumian.

Shuhaimi menyifatkan Allahyarham sebagai seorang yang 'luar biasa' dalam industri lakonan.

"Semangat dan perjuangan arwah begitu kental...dia seorang yang tidak lokek berkongsi ilmu lakonan dan langsung tidak simpan lebih untuk diri dia, selagi dia berdaya, dia akan berkongsi ilmunya dengan semua orang," katanya.

Rosyam pula menganggap pemergian Azean, seorang yang banyak memberi inspirasi, sebagai kehilangan besar industri lakonan tempatan.

"Saya anggap 'Kak Yan' sebagai kakak saya yang banyak menegur salah silap saya dalam bidang lakonan dan arwah merupakan seorang yang serius. Arwah merupakan mentor kepada saya dan kepada ramai pelakon di luar sana," katanya.

Azean mencipta nama sebagai penyanyi dahulu pada era 70-an sebelum popular sebagai primadona layar perak pada akhir tahun 70-an menerusi lakonan dalam filem seperti 'Esok Masih Ada' (1980), 'Langit Petang' (1982), 'Perempuan' (1988), 'Layar Lara' (1997), 'Laila Isabella' (2003) dan 'Waris Jari Hantu' (2006) selain drama 'Aishah 50 sen' yang cukup meninggalkan kesan di hati penonton.

Sepanjang perjalanan hidupnya sebagai anak seni, Allahyarham meraih pelbagai anugerah, bermula dengan Pelakon Wanita Terbaik Anugerah Seri Angkasa pada 1980, 1990 dan 1996.

Anugerah terakhir yang diterimanya adalah Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia 2008 menerusi filem 'Waris Jari Hantu'.

Selasa, 29 Oktober 2013


Perak Cadang Wujud Perkampungan Belia Di Ipoh


Kerajaan Perak bercadang mewujudkan perkampungan belia di bandar raya Ipoh bagi mengembangkan potensi dan bakat golongan belia di negeri itu dalam bidang keusahawanan dan sukan.
Exco Belia, Sukan, Komunikasi dan Multimedia negeri, Datuk Shahrul Zaman Yahya, berkata projek itu merupakan antara pelan strategi lima tahun yang digariskan oleh kerajaan Perak untuk pembangunan golongan belia di negeri berkenaan.
Ujarnya, lokasi projek juga sudah dikenalpasti iaitu di Kompleks Belia dan Sukan yang terletak berdekatan Stadium Perak.
“Untuk tempoh lima tahun akan datang, kerajaan negeri dengan kerjasama Jabatan Belia dan Sukan sudah mengenalpasti beberapa strategi untuk pembangunan golongan belia, bidang sukan, komunikasi dan multimedia di Perak.
“Sebagai contoh, kita bercadang mewujudkan perkampungan belia di bandar raya Ipoh yang menyediakan pelbagai kemudahan seperti tapak perniagaan dan tidak ketinggalan lokasi untuk para pengunjung melakukan aktiviti sukan lasak dan permotoran.
“Pemilihan kompleks itu juga amat bertepatan sekali dan kita akan menambahbaik kemudahan yang sedia ada di situ,” katanya kepada Peraktoday.com.
Mengulas lanjut, Shahrul Zaman yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rungkup, berkata projek ladang belia juga akan diperkenalkan di bawah pelan strategik terbabit selain menyediakan kemudahan perumahan seperti kampung tersusun buat golongan belia yang baru mendirikan rumah tangga.
Dalam bidang sukan pula, beliau berkata, Perak meletakkan sasaran menjuarai Sukan Malaysia (SUKMA) dalam tempoh lima akan datang.
Menyentuh bidang komunikasi dan multimedia pula, kerajan Perak katanya, mahu menganjurkan lebih banyak aktiviti bagi menambah pengetahuan rakyat melalui akses internet.
Akses internet juga katanya, akan ditambah dari semasa ke semasa.
“Seiring dengan visi menjadi negeri berteraskan ilmu pengetahuan, aktiviti dan akses internet kemudahan rakyat akan diperbanyakkan lagi dalam tempoh berkenaan.
“Kita mahu mewujudkan lebih banyak kampung tanpa wayar di Perak dan bagi mengatasi masalah dropped calls pula, kerajaan Perak menjalin kerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) dan syarikat telekomunikasi bagi memperbaiki liputan perkhidmatan telefon selular di negeri ini,” tegasnya lagi.


Ipoh bakal bergelar Bandar Warisan Bijih Timah menerusi pelaksanaan lapan projek utama Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) di bawah draf Rancangan Kawasan Khas Pekan Ipoh tidak lama lagi.
Datuk Bandar Ipoh, Datuk Roshidi Hashim berkata, lapan projek utama yang akan dilaksanakan secara berfasa-fasa itu sehingga menjelang tahun 2029 melibatkan perbelanjaan berjumlah RM12 bilion.
Katanya, perancangan mewujudkan Ipoh sebagai Bandar Warisan Bijih Timah terkandung dalam salah satu projek utama berkenaan iaitu pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan warisan. 
Roshidi berkata, tujuh lagi projek ialah pemiliharaan dan pembangunan kawasan warisan Lorong Panglima dan Jalan Bijih Timah, pembangunan lingkaran hijau Sungai Kinta.
Rangkaian Jejak Warisan Sungai Kinta, Pasar Lama, Gerbang Malam, menaik taraf kawasan Budaya Little India, pembangunan semula kawasan tanah Brownfield (tanah KTMB), kawasan tanah kosong Kampung Kucai dan kawasan usang Jalan Lim Boo Seng, Kampung Jawa.
Pengurusan lalu lintas, pembangunan rangkaian hijau dan imej bandar serta menaiktaraf infrastruktur dan utiliti Bandar.
"Lapan projek utama ini yang akan berjalan secara berfasa-fasa membabitkan kerjasama kerajaan negeri Perak, kerajaan Persekutuan dan pihak swasta,’’ katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat penuh Majlis Bandaraya Ipoh hari ini.
Beliau yakin, menerusi persediaan dan perancangan tersusun pelaksaaan lapan projek utama berkenaan akan membolehkan pihak MBI melobi kepada UNESCO untuk menjadikan Ipoh sebagai Bandar Warisan Bijih Timah.
Menurut Roshidi, draf Rancangan Kawasan Khas Pekan Ipoh yang telah diluluskan oleh pihak majlis hari ini akan melalui satu lagi proses iaitu publisiti dan bantahan awam di mana ia akan dipamerkan pada November ini untuk mendapat maklum balas daripada pihak awam.
"Ini bagi memastikan pelan yang dihasilkan adalah pelan kita yang memenuhi hasrat kerajaan, warga kota dan juga menepati hasrat pihak lain yang berkepentingan bagi memajukan pusat bandar,’’ katanya.
Roshidi berkata, terbaru pihak pemaju perumahan dan pengusaha hotel telah memberi perhatian serius dalam aspek bijih timah dan hubungannya dengan pembangunan Ipoh.
Katanya, sebagai contoh, Hotel Riverfront telah mewujudkan sebuah muzium sejarah bijih timah, begitu juga syarikat pemaju Farlim iaitu Inn City telah memasukkan element pembangunan  bijih timah pada masa lampau sebagai salah satu daripada  elemen penting dalam pembangunan Tin City.
Beliau turut gembira apabila seorang usahawan, Datin Seri Sandra Lee iaitu isteri kepada Tan Sri Lee Hui Hean dari Kepong akan membangunkan dua bangunan di pekan lama Ipoh dengan menjadikannya sebagai muzium bijih timah.

Rabu, 5 Oktober 2011

MINUMAN KACANG SOYA



KACANG SOYA MENGALIH KITA DARI PEMAKANAN SUNNAH
Nabi SAW mengamalkan pemakanan sunnah seperti kurma, kismis dll. Tetapi kita telah dipalingkan daripada pemakanan sunnah oleh golongan tertentu sehingga yg baik tidak diambil, sebaliknya kita disogokkan oleh musuh Islam dengan matlamat untuk melariskan barangan mereka.
Kita selalu digambar-gemburkan dengan kandungan dan kebaikan soya yang mengandungi nutrien penting dan protein, tapi kali ni saya nak kongsi sebaliknya.
Hakikatnya, soya sebenarnya mengandungi kandungan bahan kimia yang berbahaya. Terutama sekali untuk kaum wanita.
Antara keburukan kacang soya yang dapat saya simpulkan dari pembacaan saya:
1. Meningkatkan risiko penyakit barah payudara (breast cancer) di kalangan wanita.
2. Berupaya mempengaruhi dan melembapkan minda/otak.
3. Punca kepada proses pertumbuhan luar biasa untuk bayi dalam kandungan dan kanak-kanak.
Kajian menunjukkan kacang soya mengandungi satu bahan kimia yang menyerupai.
Hormon estrogen (yakni hormon wanita). Bahan kimia ini jika diambil berlebihan mampu mengubah perkembangan seksual / sexual development (mungkin mempengaruhi kejantinaan seseorang-kelembutan??).
FAKTA: 2 gelas susu soya sehari, dalam masa sebulan, adalah cukup untuk mengubah masa kitaran haid wanita!
Kacang soya mengandungi satu susunan fotokimia (1) yang mengkagumkan, dan susunan yang paling menarik ialah satu chemical bernama isoflavone (2).
(1 : komponen yang aktif secara biologi yang terhasil dari tumbuh-tumbuhan.)
(2 : komponen / sebatian kimia yang dikaji dapat melegakan symptom menopous,
mengelak kanser, memperlahankan kadar osteoporosis dan mengurangkan risiko
penyakit jantung.)
Walaubagaimanapon, kandungan isoflavone ni bukan senang-senang dapat diekstrak dari kacang soya. Hanya selepas menjalani proses penapaian (fermentation) yang lengkap, barulah dapat menghasilkan isoflavone, yang dapat dihadam dengan sempurna dalam sistem penghadaman manusia.
Dalam erti kata lain, kacang soya yang tidak menjalani proses penapaian sempurna, mempunyai kurang kandungan isoflavone dan tidak sesuai untuk diminum.
Kacang soya juga mengandungi perencat enzim yang menghalang penyerapan tripsin dan enzim lain yang diperlukan tubuh untuk proses penghadaman. Proses memasak yang biasa tak mampu nak mendeaktifkan erencat enzim ini. Keadaan ini sangat berbahaya kerana boleh menyebabkan gastric, kekurangan protein dan asid amino.
Secara semulajadinya, semua kekacang mempunyai satu bahan kimia bernama phytic acid (3) yang merupakan satu bahan anti-nutrien. Begitu juga dengan kacang soya.
Malah, kandungan bahan ini dalam kacang soya adalah lebih berbanding kekacang lain.
(3 : phytic acid mampu menghalang penyerapan mineral tertentu seperti magnesium, kalsium, zat besi dan zink. Laporan perubatan menunjukkan penduduk Negara Dunia Ketiga yang banyak mengambil kacang soya, mempunyai kekurangan mineral-mineral tersebut dalam badan.)
Kacang soya juga mengandungi bahan kimia hemagluttinin (4) dan perencat tripsin yang merencatkan pertumbuhan manusia (di peringkat kanak-kanak). Bahan ini dapat di deaktifkan dengan proses penapaian. Antara produk dari kacang soya yang menjalani proses penapaian ialah tempe .
(4 : link hemaggluttin ini lah yang membentuk jaringan virus H1N1 dan sekuel-sekuel nya)
Tapi, bagi sesetengah produk soya, contoh air soya dan tofu, sebatian perencat ini masih wujud, walaupun sedikit.
Keadaan ini juga bukan satu berita baik untuk kanak-kanak yang mengambil susu berasakan soya. Sesetengah ibu bapa menggantikan susu tepung (susu lembu) dengan susu berasaskan soya, tapi ia bukanlah sebaik yang disangka.
Menurut Dr Jill Shneider, Prof Madya Sains & Biologi di Lehigh University, Betlehem, Pensylvania, bayi yang alergik kepada susu lembu tapi diberi susu berasaskan soya merupakan satu keadaan yang berbahaya.
Satu kajian makmal dibuat ke atas tikus putih menunjukkan isoflavone yang bertindak sebagai hormone estrogen dalam kacang soya mampu mempercepatkan proses tumbesaran tikus makmal.
Chemical ni kurang baik untuk bayi kerana ia bertindak seperti estrogen yang mengawal pertumbuhan lelaki dan wanita dewasa. Senang cakap, seolah-olah menggalakkan ia bayi membesar lebih cepat dari kadar yang sepatutnya.
FAKTA: Dikatakan, bayi yang diberi minum susu berasaskan soya menghadam phytoestrogen dari kacang soya, seolah-olah bayi tersebut menerima 5 biji pil perancang dalam sehari! Pergh!
FAKTA: Pada 1991, penyelidik Jepun melaporkan bahawa penggunaan soya serendah 30 gram sehari atau 2 sudu makan, untuk sebulan, boleh menyumbang kepada peningkatan hormone tiroid, yang menyebabkan kanser tiroid.
Oleh itu kembalilah kepada pemakanan sunnah melibatkan jenis makanan dan cara pemakanan.
MENJANA KESIHATAN MENGIKUT SUNNAH SEBELUM TERLAMBAT

Khamis, 15 September 2011

"100 PASANGAN MALAYSIA NIKAH DI SIAM SEBULAN: MENGAPA BEGITU RAMAI DAN MENGAPA SIAM MENJADI PILIHAN?"


"100 PASANGAN MALAYSIA NIKAH DI SIAM SEBULAN: MENGAPA BEGITU RAMAI DAN MENGAPA SIAM MENJADI PILIHAN?"

Dicatat oleh GreenAppleKu.com
 


Antara komen yang saya baca di facebook, 

Komen 1,

"Saya melihat ini adalah disebabkan KEJAHILAN & KELEMAHAN kaum lelaki. Seorang lelaki yang benar-benar protektif dan bertanggungjawab, dia tidak akan memilih SIAM. Sebabnya hak isteri akan hilang apabila sijil nikah dikeluarkan oleh pihak SIAM. Jika berlaku apa-apa kes, wanita yang akan menanggung 2 kali ganda risiko. Seandainya lelaki mengabaikan nafkah, si wanita tidak boleh membawa kes ke mahkamah kerana sijil perkahwinan mereka tidak diiktiraf. "Lelaki lepas, wanita merana." Disebabkan faktor itu, ada sebahagian lelaki yang MEMANG sengaja mahu menikah di SIAM sebab mudah untuk melepaskan diri jika ada masalah dalam perkahwinan. Jika kes ini bertambah, bermakna RAMAI LELAKI yang tidak bertanggungjawab. WANITA akan terus menjadi mangsa rumahtangga."


Komen 2,

" Senang dan mudah hanya untuk seketika tetapi kesan untuk jangka panjang yang patut di fikirkan orang kaum wanita. Perkahwinan perlu di daftarkan semula di Malaysia dan ada kes yang mengambil masa bertahun untuk daftar semula sebab beberapa dokumen tidak lengkap. Ada juga yang terkena juru nikah palsu. Yang ruginya nanti, kaum wanita sebab bila perkahwinan tidak dapat di daftarkan, jika berlaku sesuatu di masa hadapan, susah mahkamah syariah nak tolong. Fikir-fikirkan bersama yer.

Saya menyokong usaha anak muda untuk berkahwin awal bagi elak berlaku zina, tetapi tidak bermakna saya menyokong kahwin di siam.
Antara kesannya nanti (pada pandangan saya) :
1- Sijil nikah perlu disahkan semula
2- Kelayakan jurunikah n wali hakim di siam akan dipertikai
3- Keluarga kedua-dua belah pihak akan malu
4- Pandangan masyarakat kepada pasangan ini akan ada yg positif , ada yg negatif

Yang penting, di Malaysia, bila sebut nak kahwin, akan terfikir : mas kahwin, kenduri, kematangan, duit belanja, prosedur sana-sini, bla bla.... 

Kita patut renungi dalam surah an-Nur, ayat 32 :

(Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui.) "
 
 
__._,_.___

Catatan Popular

Translate