Selasa, 5 November 2013

PEMERKASAAN EKONOMI BUMIPUTERA… Tak Nampak Gaya Boleh Menjadi!!!


Bohong sangatlah kalau dikatakan bahawa Melayu dan Bumiputera sekarang ini berada dalam keadaan yang lebih teruk berbanding tiga dekad selepas kemerdekaan. Dan sekalipun ada yang cuba memberikan tanggapan negatif terhadap Kerajaan kononnya, Melayu makin terhimpit dan semakin kurang mampu, orang berkenaan adalah pendusta yang sebenar-benar dusta.
Bagi mereka yang hidup melewati dekad demi dekad selepas kemerdekaan pasti akan dapat melihat sendiri perubahan besar yang dialami oleh Melayu dan Bumiputera. Bantuan daripada kerajaan yang tidak putus-putus, menjadikan Melayu dan Bumiputera di negara ini antara yang paling manja di dunia.
Sehinggakan ada sesetengah daripada mereka berjuang agar kerajaan mengunyah dan menghadamkan makanan sebelum disuapkan ke mulut mereka. Bantuan yang diberikan sudah dijadikan dan ditanggapi sebagai satu keperluan sedangkan sebagai rakyat pula, tiada apa-apa yang perlu dilakukan kerana SEMUANYA TANGGUNGJAWAB KERAJAAN.
Dasar Ekonomi Baru, biarpun ditohmah menjadikan segolongan Melayu-Bumiputera kaya-raya kerana berhubungan dengan UMNO, hakikatnya, ramai pemimpin Melayu yang bukan UMNO dan tidak pernah mengundi Barisan Nasional kaya-raya kerana Dasar Ekonomi Baru. Golongan inilah yang telah mengecapi nikmat Dasar Ekonomi Baru, cuba melupuskan tanggungjawab mereka untuk membantu Melayu-Melayu dan Bumiputera-Bumiputera yang lain agar turut berjaya seperti mereka, sekarang ini paling kuat melalak dan menyalak agar Melayu-Bumiputera yang lain membuat tanggapan buruk terhadap DEB dan Kerajaan yang telah memeliharanya.
14 September 2013 mungkin merupakan anjakan terbaru untuk ekonomi Melayu dan Bumiputera di negara ini. Dengan tambahan lebih dari RM1 bilion yang diperuntukkan oleh kerajaan Najib Abdul Razak, ramai yang melihatnya sebagai pembalasan budi dan penghargaan kepada Melayu-Bumiputera yang masih mengekalkan kerajaan sedia ada untuk menerajui negara ini.
Namun melihat kepada wajah-wajah yang hadir dan mengetahui pula pemain-pemain ekonomi Melayu-Bumiputera sedia ada, ramai pula yang menganggap penghargaan kepada Melayu-Bumiputera itu tidak akan ke mana-mana.
Sebabnya mudah, segala peruntukan besar tersebut dikatakan hanya berlegar-legar di sekitar dan di dalam kelompok yang sama. Walaupun semakin ramai usahawan Melayu-Bumiputera yang bertambah maju dan makmur kesan daripada dasar Kerajaan Barisan Nasional yang terus mempertahankan Melayu-Bumiputera, namun kelompok yang dipertanggungjawabkan menjaga amanah dan menjadi mentor pula, lebih berminat untuk menambahkan penguasaan dan pembesaran empayar mereka.
Tanggungjawab mereka untuk membantu memperkasakan lagi penyertaan aktif Melayu-Bumiputera dalam sektor ekonomi, biasanya mereka lupakan begitu sahaja. Malah lebih malang lagi ialah apabila menjadikan dana dan segala peruntukan yang diberikan oleh Kerajaan, sebagai cara mereka mengaut keuntungan peribadi di samping melupakan tanggungjawab sebenar iaitu EKONOMI MELAYU-BUMIPUTERA.
Dasar-dasar dan polisi kerajaan sememangnya amat baik. Namun perlaksanaan yang seringkali menjadi masalah.
Bukan cerita baru apabila pihak yang diberikan tanggungjawab untuk mengembangkan industri ekonomi membabitkan Melayu-Bumiputera memilih untuk tidak melaksanakan tanggungjawab tersebut. Sebaliknya menggantikan Melayu-Bumiputera kepada bukan Bumiputera sepertimana yang kita dapat saksikan dalam industri penerbitan!
Begitu juga dengan GLC-GLC yang sepatutnya menjadi payung kepada industri yang disertai oleh Melayu-Bumiputera. Tentu sebahagian besar daripada kita masih ingat dengan alasan yang diberikan oleh Nur Jazlan Mohamad yang merupakan Pengerusi UDA ketika ditanya mengapa kontraktor yang dipilih untuk memajukan tapak Penjara Pudu bukannya kontraktor Bumiputera sebaliknya kontraktor Cina dan juga CHINA.
Dengan menggunakan alasan ‘PENGALAMAN’, penafian terhadap penyertaan kontraktor-kontraktor Bumiputera dalam industri pembinaan yang membabitkan GLC seperti UDA dibuat secara terang-terang.
Itu belum lagi pelbagai cerita-cerita buruk membabitkan KHAZANAH yang dilihat tidak membantu langsung pemain ekonomi Melayu-Bumiputera sebaliknya lebih berminat dengan syarikat-syarikat bukan Melayu dengan seribu satu macam alasan yang boleh diberikan.
14 September lalu, Perdana Menteri telah mengumumkan program memperkasakan ekonomi Bumiputera. Ramai yang hadir dalam majlis tersebut adalah muka-muka yang sama iaitu muka-muka yang mampu memberikan seribu satu macam alasan mengapa Melayu-Bumiputera ditolak daripada dibantu menggunakan peruntukan yang diserahkan kepada mereka untuk DISUBURKAN.
Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera sebenarnya tidak akan mencapai kejayaan mengatasi program-program pemerkasaan yang lain. Sebabnya mudah, golongan yang dipertanggungjawabkan untuk menyebarkan dan mengagihkan dana-dana berkenaan merupakan golongan yang berkepentingan tembolok sendiri.
Kecuali satu rejim pengurusan yang lebih tegas dan berkesan diwujudkan, terutama untuk menangani kerenah kepala-kepala GLC serta badan pengurusan dana untuk PEMERKASAAN EKONOMI BUMIPUTERA, program yang cukup baik ini sebenarnya han[ya akan menjadi senjata terbaik untuk Pakatan Rakyat menghentam UMNO dan Barisan Nasional.
Dan yang pastinya, kepala-kepala seperti AZMAN MOKHTAR yang dipertanggungjawabkan menjaga KHAZANAH akan buat muka selamba dan langsung tidak bersalah!
Bagaimana pula dengan PEGAWAI-PEGAWAI KHAS yang kemudiannya digari dan diseret seperti kambing atas tuduhan pecah amanah?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular

Translate