Sabtu, 22 Februari 2014

Majlis fatwa UAE haramkan umat Islam sertai misi ke Marikh

ABU DHABI: Majlis fatwa Emiriah Arab Bersatu mengeluarkan larangan kepada umat Islam daripada mempromosi atau terlibat dalam pengembaraan sehala ke planet Marikh, lapor akhbar Khaleej Times.

Majlis fatwa itu berpendapat pengembaraan sehala itu itu mendatang bahaya dan tidak dibenarkan dalam Islam.

"Ada kemungkinan mereka yang pergi ke Marikh mungkin tidak dapat hidup di sana dan mungkin akan mati," kata majlis fatwa itu seperti dipetik oleh akhbar berkenaan.

Majlis fatwa itu berpendapat mereka yang memilih untuk menyertai "pengembaraan berbahaya" itu mungkin akan mati "sia-sia" dan tindakan mereka itu sama seperti membunuh diri.

Jawatankuasa itu yang dipengerusikan oleh Profesor Dr. Farooq Hamada dilaporkan merujuk kepada sepotong ayat dalam Surah An-Nisa yang berbunyi " dan janganlah kamu berbunuh-bunuhan sesama sendiri, sesungguhnya Allah sentiasa mengasihani kamu". Majlis itu juga berpendapat melindungi hidup daripada sebarang mudarat adalah isu yang dipersetujui oleh mana-mana ajaran agama.

Fatwa ini dikeluarkan selepas lebih 500 warga Arab termasuk dari Arab Saudi dilaporkan mendaftar untuk menyertai satu misi mencari angkasawan untuk tinggal di Marikh.

Misi itu dikelolakan oleh sebuah syarikat dari Belanda, Mars One yang membuka tawaran tersebut pada April tahan lalu. Syarikat berkenaan merancang untuk membuka penempatan manusia di Marikh mulai 2023 dan menghantar empat angkasawan setiap dua tahun sekali.

Tawaran itu terbuka kepada mereka yang berumur antara 18 hingga 40 tahun dan sihat tubuh badan. Mereka yang terpilih akan terlibat dalam kerja-kerja membuka penempatan di Marikh serta melakukan uji kaji.

Majlis fatwa berkenaan juga membayangkan sesetengah mereka yang berminat untuk menyertai misi itu mahu mengelak daripada diadili oleh Allah pada hari kiamat.

“Ini kepercayaan yang tidak ada asas dan tidak dapat diterima kerana tidak ada satu zarah pun yang terlepas daripada kuasa Allah, Maha Pencipta," petik laporan itu.

Laporan itu turut memetik kenyataan penyelidik Dr. Shaikh Mohammed Al-Ashmawy yang berpendapat isu ini tidak boleh dibahaskan.

"Allah berfirman dalam Al-Quran dalam Surah Al-Baqarah, ayat 195: … dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan."

Sementara itu, Mars One dalam kenyataan balas berkata ia telah mengambil langkah persiapan untuk memastikan projek itu berjalan dengan selamat termasuk lapan misi untuk mempersiapkan kedatangan angkasawan terlibat.

Ia juga menarik perhatian bahawa misi pendaratan manusia di bulan tidak pernah diuji sebelum Neil Armstrong dan Buzz Aldrin berjaya mendarat di bulan.

Kenyataan Mars One itu juga merujuk kepada tradisi pengembaraan dalam Islam yang dipelopori oleh Ibnu Battutah serta seruan Allah kepada umat manusia supaya mengembara untuk melihat tanda-tanda kekuasaan-Nya.

Berita mula diterbitkan pada: Februari 21, 2014 14:32 (MYT)

PEMBONGKARAN! - Kebenaran Al-Quran Fir'aun Yang Ditenggelamkan

Apa yang tertulis di dalam Al-Quran adalah benar sepertimana firman Allah, Fir'aun dan pengikut-pengikutnya ditenggelamkan  kerana  mendustakan ayat-ayat Tuhannya . Kini kebenaran ayat Al-Quran tersebut di buktikan apabila sebuah bandar di dalam air di temui selepas 1500 tahun.




Berdasarkan Firman Allah... 
“(Keadaan mereka) serupa dengan keadaan Fir’aun dan pengikut-pengikutnya serta orang-orang yang sebelumnya. Mereka mendustakan ayat-ayat Tuhannya maka Kami membinasakan mereka disebabkan dosa-dosanya dan Kami tenggelamkan Fir’aun dan pengikut-pengikutnya; dan kesemuanya adalah orang-orang yang zalim.” (QS. Al Anfaal, 8: 54).


Ianya ditemui apabila sekumpulan arkeologi yang diketuai oleh seorang ahli arkeologi marin Perancis Franck Goddio terjumpa beberapa peninggalan, ia membawa mereka kepada salah satu penemuan terbesar dalam abad ke-21, iaitu bandar dalam air ini.
Penemuan itu berlaku apabila Goddio berusaha mencari kapal perang Napoleon dari 1798 Battle of the Nile, apabila dia telah dikalahkan oleh Nelson pada ketika itu, dan ianya telah membawa kepada penemuan ini. Pasukan Goddio telah disertai oleh Pusat Oxford bagi Maritim Arkeologi dan Jabatan Antikuiti Mesir telah menghasilkan pelbagai penemuan ini.
Diantara penemuannya adalah seperti patung dewa Hapi, patung granit merah ratu Ptolemy,dulang emas, Patung gangsa daripada dinasti ke-26 Firaun, Satu Lampu Purba dan berbagai penemuan lagi.
Penyelidik juga telah mendedahkan pelbagai artifak keagamaan di bandar tenggelam itu, termasuk ukiran batu 16 kaki dianggap telah menghiasi kuil pusat bandar dan sarcophagi batu kapur yang dipercayai mengandungi haiwan mumia.














 
Tetapi di sebalik semua keseronokan ke atas penggalian itu, satu misteri tentang Thonis-Heracleion kekal sebahagian besarnya tidak dapat diselesaikan: Mengapa sebenarnya ia tenggelam dan bagaimana kejadian ini berlaku? Inilah kebenaran yang telah tertulis di dalam Al-quran, hanya allah yang maha mengatahui segala-galanya. - Koleksi kebenaran al Quran dan Islam

Catatan Popular

Translate