Jumaat, 15 November 2013

Lelaki larikan kenderaan polis maut kemalangan


KUANTAN - Seorang lelaki maut selepas kereta peronda polis yang dilarikannya melanggar tiang perhentian bas di Kilometer 107 Jalan Kuala Lumpur-Kuantan awal pagi tadi.
Dalam kejadian 4.30 pagi tadi itu, suspek Muhd Nasrulfahmi Abdul Nasir, 22, yang mengalami kecederaan di kepala disahkan mati ketika dirawat di Hospital Temerloh jam 7.58 pagi.
Menurut Ketua Polis Pahang, Datuk Sharifuddin Abd. Ghani, suspek yang berasal dari Jengka itu dilaporkan telah menyerang anggota polis di Tol Chenor dengan menggunakan sebatang besi.
"Suspek dipercayai telah menyerang dan memukul anggota polis terbabit di tol berkenaan sebelum merampas pistol anggota polis itu dan melepaskan empat das tembakan.
"Tembakan itu bagaimanapun tidak mengenai anggota polis terbabit.
"(Selepas bertindak melarikan kereta polis itu), suspek telah melanggar tiang perhentian bas di Kilometer 107 Jalan Kuala Lumpur-Kuantan dan cedera di kepala. Suspek meninggal di Hospital Temerloh pada jam 7.58 pagi,” katanya menerusi sistem pesanan ringkas kepada Bernama di sini hari ini.
Motif serangan dan punca kejadian masih belum diketahui. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular

Translate