Rabu, 28 September 2011

Berlari Hanya Berpakaian Dalam Untuk Bantah Undang-undang Kolot?


Berlari Hanya Berpakaian Dalam Untuk Bantah Undang-undang Kolot?

Posted by greenboc
 
Salt Lake City, Amerika Syarikat (AS) - Beribu-ribu orang menanggalkan pakaian mereka dan berlari dengan memakai pakaian dalam di bandar ini kerana membantah undang-undang negeri yang dianggap kolot.

Penganjurnya, Nate Porter berkata, acara yang dikenali sebagai Larian Pakaian Dalam itu diadakan pada Sabtu lepas untuk memprotes sistem politik konservatif di Utah.

Pihak penganjur, bagaimanapun, tidak membenarkan orang ramai berbogel dalam larian berkenaan.

Mereka sebaliknya berlari dengan memakai coli, seluar dalam, gaun malam dan seluar pendek manakala sebahagian peserta turut menulis mesej-mesej yang menyokong perkahwinan sejenis di dada serta belakang mereka.

Menurut Porter, sekitar 3,000 orang mengambil bahagian dalam larian sejauh 1.6 kilometer itu di pusat kota raya ini. - AP


Ulasan GB

Benar apa yang difirmankan oleh Allah s.w.t.

لَقَدْ خَلَقْنَا الْإِنسَانَ فِي أَحْسَنِ تَقْوِيمٍ
ثُمَّ رَدَدْنَاهُ أَسْفَلَ سَافِلِينَ


Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya. Kemudian Kami kembalikan dia ke tempat yang serendah-rendahnya [At-Tin : 4-5]

 
 
Puluhan lelaki dan seorang wanita sertai demonstrasi bogel
 
selatanonline
 
 
BERPULUH lelaki dan sekurang-kurangnya seorang wanita mengambil bahagian dalam sebuah tunjuk perasaan di San Francisco Amerika Syarikat. Bezanya, tunjuk perasaan ini dibuat dalam keadaan semua pesertanya berbogel.

Beberapa orang daripada mereka membawa sepanduk yang bertulis "Bogel bukan kesalahan jenayah" dalam tunjuk perasaan itu yang diadakan sabtu lalu.
Secara umumnya daerah San Francisco tidak melarang perbuatan berbogel di khalayak ramai, namun baru-baru ini seorang pemerhati bandar telah mengusulkan satu undang-undang kawalan terhadap amalan itu.

Pemerhati, Scott Wiener menyarankan agar dikenakan peraturan untuk mengenakan pelindung bahagian kemaluan di restoran.

Beliau juga mengesyorkan agar orang ramai yang ingin berbogel menutup bahagian pinggang ke bawah ketika berada dalam kenderaan awam.

Namun apabila ditanya, Mitch Hightower, penganjur tunjuk perasaan bogel itu berkata, gerakan pihaknya adalah untuk menggalakkan penerimaan terhadap anggota badan manusia tanpa mengira apakah bentuk dan rupanya, bukan untuk menentang cadangan terhadap undang-undang itu.

"Orang ramai di sini, yakin bahawa tiada sebarang ketidaksopanan atau kesalahan terhadap anggota badan manusia," tambahnya.

Orang ramai yang lalu lalang di situ kebanyakkannya tersenyum melihat gelagat para peserta demonstrasi bogel itu. Segelintir mereka berhenti seketika untuk bergambar bersama lelaki-lelaki bogel.

"Saya langsung tak rasa malu pun," kata Michael Zaverton, 58 salah seorang peserta yang ditemubual.

Bagaimanapun dia mengakui tidak pasti sama ada akan menyertai lebih banyak demonstrasi bogel seperti ini di lain waktu.

"Ia memerlukan keyakinan sedikit kerana kebanyakkan lelaki-lelaki ini, tidak memiliki badan yang cantik," tambahnya lagi dalam nada bergurau. [Free Malays]
ReJaM© "Semakin hari dunia semakin gila..."

Khamis, 15 September 2011

Bela Anjing dah Jadi Trend Masa Kini


Bela Anjing Dah Jadi Trend Masa Kini..Nauzubillah!!
 
selatanonline
Kiriman : Taf4
Apa sudah jadi dengan dunia artis sekarang ini. Membela, memegang dan menbelai anjing sudah jadi macam perkara biasa bagi artis Melayu beragama Islam. mereka menjadikan anjing seolah-olah sma seperti binatang piliharaan lain seperti kucing misalnya. Mereka kelihatan berbangga berposing dengan anjing kesayangan mereka. Anda perhati dan kenali artis-artis ini. Mungkin dia artis pujaan anda selama ini.
 
 
Sejak kebelakangan ni makin banyak kita lihat orang Islam bela anjing. Di zaman moden ini banyak pendapat yang sudah berbeza-beza. Nauzubillah. tujuan entry ini bukan lah untuk mengupas pendapat atau menegur sesiapa , cuma ingin menyampaikan ilmu yang dipelajari. Memang benar tidak ada perkataan haram untuk membela anjing tetapi , bacalah :
Hadis dari Sufyan bin Abu Zuhair, bahawa Nabi s.a.w bersabda yang maksudnya: "Sesiapa mengambil ANJING (sebagai peliharaan) kecuali ANJING menjaga tanaman atau ANJING menjaga ternakan atau ANJING berburu, maka setiap hari pahalanya berkurang satu Qiraat".
Satu qiraat itu ukuran sebesar GUNUNG UHUD . fikirlah, terlalu banyak kah pahala yang sudah kita kumpul sehingga sanggup membiarkan pahala kita ditolak setiap hari? berkurang satu qiraat ( sebesar gunung) setiap hari?
 

 
 





 
 




PENJELASAN BERKAITAN HUKUM ORANG ISLAM MENYENTUH /MEMEGANG ANJING MENGIKUT MAZHAB SHAFIE

Mengikut pandangan Mazhab Shafie, binatang anjing adalah termasuk dalam kategori najis mughallazah (najis berat). Kalau terkena air liur dan najisnya perlu disamak dengan air mutlak 7 kali dan sekali dengan air bercampur tanah. Menyentuh atau memegang anjing tidaklah berdosa atau menyalahi hukum Islam.

(Air liur anjing, kering atau basah, mungkin akan terpalit di atas badan anjing itu sendiri, sofa atau pakaian yang mungkin kita tidak sedari. Anjing yang jinak tentu mengigit-gigit kita semasa bermain-main dan mengandongi air liur. Najis anjing yang mungkin terpalit dibadan anjing itu sendiri atau ditapak kasut yang kita tidak sedari. Timbul was-was. Lebih baik elakan langsung)

Berkaitan hukum memelihara anjing mengikut pandangan Mazhab Shafie adalah seperti berikut :
Diharuskan memelihara anjing untuk tujuan berburu, memelihara keselamatan rumah daripada dimasuki oleh pencuri, menjaga tanaman, rumah, harta benda dan sebagainya.
 
Tidak dibolehkan memelihara anjing untuk tujuan hobi (pet) atau dijadikan sebagai binatang hiasan di rumah. Berdasarkan syarah Imam Nawawi dalam Kitab Majd al-Musyarah wa Muhadzah, juz 9, halaman 9 menjelaskan bahawa tidak boleh memelihara anjing kecuali untuk berburu binatang, menjaga binatang ternakan, menjaga tanaman dan menjaga keamanan rumah.
Jika dirujuk kepada pandangan Yusuf al-Qaradawi, (kitab al-Halal wa al-Haram fi al-Islam) beliau mengatakan hukum memelihara anjing sebagai binatang kesukaan adalah haram.

Hal ini berdasarkan hadith Rasulullah S.A.W. yang bermaksud dari Abi Sufian bin Abu Zuhair, bahawa Nabi S.A.W. bersabda antara lain maksudnya :

“Barang siapa yang memelihara anjing bukan untuk menjaga ladang atau ternakan, maka setiap hari pahalanya berkurangan satu qirot”.
 
Diolah dari sumber asal
 

"100 PASANGAN MALAYSIA NIKAH DI SIAM SEBULAN: MENGAPA BEGITU RAMAI DAN MENGAPA SIAM MENJADI PILIHAN?"


"100 PASANGAN MALAYSIA NIKAH DI SIAM SEBULAN: MENGAPA BEGITU RAMAI DAN MENGAPA SIAM MENJADI PILIHAN?"

Dicatat oleh GreenAppleKu.com
 


Antara komen yang saya baca di facebook, 

Komen 1,

"Saya melihat ini adalah disebabkan KEJAHILAN & KELEMAHAN kaum lelaki. Seorang lelaki yang benar-benar protektif dan bertanggungjawab, dia tidak akan memilih SIAM. Sebabnya hak isteri akan hilang apabila sijil nikah dikeluarkan oleh pihak SIAM. Jika berlaku apa-apa kes, wanita yang akan menanggung 2 kali ganda risiko. Seandainya lelaki mengabaikan nafkah, si wanita tidak boleh membawa kes ke mahkamah kerana sijil perkahwinan mereka tidak diiktiraf. "Lelaki lepas, wanita merana." Disebabkan faktor itu, ada sebahagian lelaki yang MEMANG sengaja mahu menikah di SIAM sebab mudah untuk melepaskan diri jika ada masalah dalam perkahwinan. Jika kes ini bertambah, bermakna RAMAI LELAKI yang tidak bertanggungjawab. WANITA akan terus menjadi mangsa rumahtangga."


Komen 2,

" Senang dan mudah hanya untuk seketika tetapi kesan untuk jangka panjang yang patut di fikirkan orang kaum wanita. Perkahwinan perlu di daftarkan semula di Malaysia dan ada kes yang mengambil masa bertahun untuk daftar semula sebab beberapa dokumen tidak lengkap. Ada juga yang terkena juru nikah palsu. Yang ruginya nanti, kaum wanita sebab bila perkahwinan tidak dapat di daftarkan, jika berlaku sesuatu di masa hadapan, susah mahkamah syariah nak tolong. Fikir-fikirkan bersama yer.

Saya menyokong usaha anak muda untuk berkahwin awal bagi elak berlaku zina, tetapi tidak bermakna saya menyokong kahwin di siam.
Antara kesannya nanti (pada pandangan saya) :
1- Sijil nikah perlu disahkan semula
2- Kelayakan jurunikah n wali hakim di siam akan dipertikai
3- Keluarga kedua-dua belah pihak akan malu
4- Pandangan masyarakat kepada pasangan ini akan ada yg positif , ada yg negatif

Yang penting, di Malaysia, bila sebut nak kahwin, akan terfikir : mas kahwin, kenduri, kematangan, duit belanja, prosedur sana-sini, bla bla.... 

Kita patut renungi dalam surah an-Nur, ayat 32 :

(Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui.) "
 
 
__._,_.___

Rabu, 7 September 2011

JANGAN GUNAKAN PERKATAAN SALAM


JANGAN GUNAKAN PERKATAAN "SALAM"
 
selatanonline
Kiriman gelang_2girl

بِسْــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

اَلسَّلاَمُ عَ...لَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

SIAPA YANG MENGGUNAKAN PERKATAAN "SALAM"? apakah maksud disebaliknya??

Maka berpalinglah (hai Muhammad) dari mereka dan katakanlah:"Salam (selamat tinggal)". Kelak mereka akan mengetahui (nasib mereka yangburuk). (QS. 43:89)

baik gunakan,,,ASSALAMUALAIKUM atau ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAH HIWABARAKATUH...

Ilmu utk dikongsi bersama. Sekadar peringatan untuk semua rakan-rakan muslim yang lain.

Pagi semalam saya dengar radio ikim (91.50 fm). Ustaz Zawawi ada cerita tentang sunnah Rasulallah s.a.w. Antara yang dibincangkannya ialah tentang bab cara memberi salam.

Menurut ustaz Zawawi Yusof, Baginda SAW memberi salam dengan lafaz“Assalamualaikum” dan menjawab salam dari para sahabat baginda dengan salam yang lengkap iaitu “Waalaikumussalam warahmatulallahhi wabarakatuh”

Ringkasnya, baginda SAW akan ; Beri salam dengan ucapan - “Assalamualaikum”
dan…Jawab salam - “Waalaikumussalam warahmatulallahi wabarakatuh”

Lagi satu, perlu diingatkan juga semasa menjawab salam,
saya dengar ramai orang jawab salam dengan ucapan yang tidak tepat.

Jawab salam yang betul ialah ;
“WAALAI KUMUS SALAM” dan bukannya yang selalu saya dengar iaitu ;
“WAALAI KUM SALAM”
Apabila kita ingin berkirim salam pada orang lain, hendaklah kita berkata
“Kirim salam, assalamualaikum pada ASHREE ye” contoh lerr…
Dan bukannya : “Kirim salam kat ASHREE yer”
Dan jangan pula memandai-mandai tambah perkataan seperti ” Ko tolong kirim salam maut kat dia yer“.Statement ini walaupun dalam nada bergurau, tapi ia adalah menyalahi syariat dan berdosa, walaupun sekadar gurauan!

Selain itu, janganlah kita menggantikan perkataan “Assalamualaikum” dengan “A’kum” dalam sms atau apa sekalipun melalui tulisan.

Jika perkataan “Assalamualaikum” itu panjang, maka hendaklah kita ganti dengan perkataan “As Salam” yang membawa maksud sama dengan “Assalamualaikum”.

Sesama lah kita memberitahu member-member yang selalu sangat guna shortform “A’kum” dalam sms ataupun email. Perkataan ‘AKUM‘adalah gelaran untuk orang-orang Yahudi untuk orang-orang bukan yahudi yang bermaksud ‘BINATANG‘ dalam Bahasa Ibrani.

Ia singkatan daripada perkataan ‘Avde Kokhavim U Mazzalot’ yang bermaksud ‘HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG-ORANG SESAT‘.

Jadi, mulai sekarang jika ada orang hantar shortform “A’kum“, kita ingatkan dia guna “As Salam” kerana salam ialah dari perkataan “Assalamualaikum“.

* Jangan guna “Bye” kerana “Bye” adalah jarum sulit Kristian yang bermaksud “Di Bawah Naungan Pope.”
* Jangan guna “A’kum” kerana“A’kum” bermaksud “Binatang” dalam bahasa Yahudi.

* Jangan guna “Semekom” kerana “Semekom” bermaksud “Celaka Kamu.”Gunakan perkataan “ As Salam” sebagai singkatan bagi“Assalammualaikum.”
Tolong tag kepada umat Islam yang lain , untuk elakkan diri daripada membuat dosa..

Sekian, semoga ada manfaatnya.
Posted by ahmadi

Pulau Besar Melaka


Mahu kemana tu?
 
selatanonline
 
 
Jeti ini menuju ke Pulau Besar, Melaka. Apakah tujuan manusia berkunjung ke tempat tersebut? ini bergantung kepada diri individu itu sendiri. Kalau niatnya melancong atau ada perkara peribadi yang perlu diselesaikan, maka setiap apa jua tindakan diambil perlulah positif. 
Suatu ketika dulu, Pulau Besar terkenal dengan cerita makam tujuh beradik . Makam Tujuh Beradik ini merupakan makam lama yang dianggap sebagai keramat oleh penduduk tempatan. Ramai pengunjung luar datang menziarahi makam tersebut untuk tujuan tertentu, antaranya membayar nazar setelah hajat termakbul, mohon jadi kaya, mengubat penyakit, dan mendapatkan jodoh.

 
Masih ramai yang mengunjung kubur yang dianggap keramat di serata tempat untuk mendapat kekayaan, malah untuk kenaikan pangkat, dan menang dalam piliharaya. Apa pun, tindakan tersebut akan membawa kepada syirik kepada Tuhan dan merosakkan akidah.
Selalunya bagi mereka yang terdesak, kurang memperdalami hal-hal agama, akan bertindak apa saja termasuk memohon ke tempat yang dianggap keramat bagi menyelesaikan masalah mereka. Ini termasuk dari mereka yang terdiri dari pelbagai kepercayaan, bangsa, pangkat, dan kedudukan perjawatan awam.

INGAT, Sesuatu itu tidak dapat dimudarat (dimusnah), melainkan dengan izin Allah. Kukuhkan akidah kamu, dan bertauhidlah kepadaNya.
 
Posted by ahmadi

Sabtu, 3 September 2011

Komunis, Bersih & Mat Sabu: Satu Puzzle Yang Lengkap


Komunis, Bersih & Mat Sabu: Satu Puzzle Yang Lengkap




Masih ingat bukan tangkapan pihak polis ke atas Ahli Parlimen Sg Siput Dr. Michael Jeyakumar Devaraj dari Pakatan Rakyat dan 5 yang lain atas dakwaan terlibat dengan unsur-unsur subversif kerana cuba menghidupkan kembali fahaman komunis?
Sebelum itu dua warga asing yang diketahui terlibat dengan golongan aliran kiri Romeo Castillo dan Min Young Song, masing-masing dari Filipina dan Korea Selatan turut ditahan kerana terlibat dalam kempen PSM mempromosikan Bersih 2.0. Romeo Castillo adalah aktivis komunis di negara asalnya Filipina.
Ketika ditahan Dr. Jeyakumar dan anggota partinya (PSM) sedang mempromosikan perhimpunan haram Bersih 2 di Pulau Pinang. Selain t-shirt kuning Bersih, turut dijumpai ialah t-shirt yang mengagungkan perjuangan komunis.
Bercakap tentang Bersih, siapa pula yang menjadi Timbalan Pengerusi Bersih? Mat Sabu.
Mula-mula dulu banyak jugak pihak yang ragu-ragu dengan tindakan polis menahan Dr. Jeyakumar dan gerembolannya dibawah Akta Darurat, maklum ketika itu tidak nampak apa yang berkaitan antara Dr. Jeyakumar dengan Bersih dan komunis.
Kini dengan Mat Sabu begitu kuat memberikan sokongan terhadap perjuangan komunis sehingga mahu mengubah sejarah negara ini dengan meletakkan mereka sebagai pejuang kemerdekaan, semua yang dulu kabur dan ragu, kini sudah tidak lagi.
Puzzle yang dulu berselerak, kini bercantum dengan sempurna sekali. Orang putih kata make sense.
Tidak keterlaluan kalau penulis katakan bahawa perhimpunan Bersih yang dikelabukan dengan alasan untuk membaiki sistem pilihanraya sebenarnya adalah permulaan kepada gerakan untuk menghidupkan semula fahaman komunis yang kita percaya didalangi DAP.
Logik penulis, ketika komunis meletakkan senjata (bukan menyerah kalah) pada 1989, tak sepucuk pun senjata mereka yang diserahkan kepada pihak berkuasa. Yang dirampas itu banyak, termasuk ketika pertempuran, tapi yang diserah semula kepada pihak berkuasa sewaktu proses meletakkan senjata, tidak ada, walaupun sepucuk pistol.
Atas alasan itulah kenapa kerajaan masih tidak menghapuskan 2 Ordinan Darurat (1948 & 1969) yang semuanya berkaitan dengan komunis kerana percaya komunisme masih lagi menjadi ancaman kepada negara ini.
Sekarang fahamlah kita semua kenapa PKM tidak menyerahkan senjata kepada pihak berkuasa pasca perjanjian damai ditandatangani pada 1989. Rupanya komunis tahu dan mahu fahaman mereka dihidupkan semula di negara ini melalui parti-parti politik yang mirip-mirip dengan perjuangan mereka seperti PSM, PSRM dan DAP.
Walaupun ketinggalan zaman dibanding dengan senjata moden milik pasukan keselamatan sekarang, ia masih lagi senjata api yang mampu menyebabkan maut dan kecederaan yang bukan sedikit.
Dimana senjata semua itu disimpan dan disurukkan? Mungkinkah dibelakang rumah Mat Sabu yang kini dilihat sebagai pemimpin komunis melayu alaf baru, pasca Rashid Maideen, Abdullah CD dan Shamsiah Fakeh?
Apa sekalipun pihak keselamatan perlu menyiasat dan memeriksa semula maklumat-maklumat risikan dahulu yang tersimpan sebaik perletakkan senjata PKM pada 1989. Perlu dikenapasti lokasi senjatan-senjata tersebut disimpan.
Generasi muda hari ini yang dibesarkan dan dimewahkan dengan segala pembangunan dan kemodenan, mungkin tidak tahu dan tidak peduli pun dengan anasir komunis yang pernah menjadi musuh nombor satu negara sebelum diambil alih oleh penyalahgunaan dadah. Generasi inilah yang kini membentuk 30% dari keseluruhan warganegara kita.
Tidak hairan juga kenapa DAP dan Pakatan menyasar kepada orang muda. Untuk menghidupkan perjuangan komunis, patut dimulakan dengan pihak yang tidak faham langsung apa yang dikatakan komunis dan kesannya kepada masyarakat negara ini satu ketika dulu.
Begitu juga dengan kesatuan sekerja. Jika perjuangan komunis dulu turut menyasar kesatuan-kesatuan sekerja di Malaya atau Tanah Persekutuan Melayu sebelumnya, apa yang berbeza dengan Pakatan Rakyat hari ini?
Hari ini bila bercakap tentang kesatuan sekerja, tidak sah kalau tidak menyebut sekali pemimpin Pakatan yang menduduki barisan kepimpinannya.
Anwar mungkin sibuk nak melaksanakan agenda yahudi tapi PAS dan DAP sibuk nak melaksanakan agenda komunis!!!

Dr. M Bimbang Kecenderungan Sokong Komunis



 PUTRAJAYA 30 Ogos – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad melahirkan kebimbangan terhadap
kecenderungan sesetengah pihak yang semakin serius cuba memburukkan-burukkan imej pemimpin yang berjuang untuk kemerdekaan negara.
Kata Dr. Mahathir, selain kontroversi Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu atau Mat Sabu yang menghina pejuang lampau, beliau juga pernah dimaklumkan terdapat pelajar sekolah yang diajar bahawa tokoh seperti Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak dan Datuk Onn Jaafar adalah pengkhianat negara.
‘‘Saya khuatir kerana kecenderungan ini sudah semakin rancak malah ada yang sehingga ke tahap mendewa-dewakan komunis sedangkan gerila itu telah membunuh ramai anggota keselamatan yang berjuang untuk negara,” katanya.

Dr. Mahathir menambah, selain tidak menjangkakan kecenderungan menghina pejuang kemerdekaan negara itu boleh wujud di negara ini, beliau juga terkejut dan terkilan kerana Pas dilihat memulakan kecenderungan itu.
Ketika ditanya apakah yang perlu dilakukan dalam menangani kecenderungan itu, Dr. Mahathir menjelaskan, kerajaan wajar memberikan penerangan yang jelas kepada rakyat mengenai siapakah sebenarnya kumpulan gerila komunis.
‘‘Perjuangan mereka adalah untuk menjajah negara ini dan menjadikan negara ini negara komunis. Itu bukan perjuangan kemerdekaan seperti Tun Abdul Razak, Tunku Abdul Rahman dan lain-lain,” katanya. utusan

Berita Bertarikh 31 August 2011 

Catatan Popular

Translate