Khamis, 7 November 2013

Perak Sasar Tanam Lagi 2 Juta Pokok Di Seluruh Negeri

nazrin


Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, berkata kejayaan Jabatan Perhutanan Perak mencapai sasaran menanam satu juta pokok sejak dilancarkan Mac lalu mendorong kerajaan negeri untuk mengorak langkah ke fasa kedua pula.
“Kita berjaya mengotakan janji pada manifesto pilihan raya umum yang lalu untuk menghijaukan bumi Perak dengan menanam sejuta pokok di Perak yang bermula sejak Mac lalu.
“Hari ini, ingin saya maklumkan sasaran itu berjaya dicapai dan kini kerajaan Perak bergerak ke fasa kedua pula dalam mewujudkan suasana biodiversiti dengan cadangan menanam dua juta pokok lagi, sekaligus menjadi negeri pertama di Malaysia yang berbuat demikian,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis perasmian Amanjaya Planting Program: Future Carbon Stocking and Cleaner Environment in a Biodiversed Forest di Hutan Simpan Kekal Amanjaya, dekat Grik, yang disempurnakan oleh Pemangku Raja Perak, Raja Dr Nazrin Shah, hari ini.
Hadir sama, Raja Puan Besar, Tuanku Zara Salim.
Mengulas lanjut, Zambry berkata selain dapat mengatasi masalah penebangan haram, langkah proaktif kerajaan negeri itu juga berupaya memberi kesan baik kepada alam sekitar selain menambah khazanah hutan di Perak.
Menerusi program terbabit, pokok asal akan ditanam semula di kawasan hutan merosot termasuklah di hutan paya bakau, katanya lagi.
Dalam perkembangan berkaitan, Perak juga merupakan negeri pertama yang mengazetkan semula kawasan hutan seluas kira-kira 18,866 hektar sebagai kawasan hutan simpan kekal.
Menyentuh mengenai projek Central Forest Spine (CFS), kerajaan negeri katanya, mengambil keputusan mengazetkannya untuk membolehkan pelbagai spesies hidupan liar seperti gajah dan harimau bergerak bebas melintas jalan di kawasan hutan berkenaan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular

Translate