Ahad, 30 Oktober 2011

TNB GUNA TEKNOLOGI CANGGIH

 TNB Guna Teknologi Canggih Untuk Kesan Kecurian Elektrik 


KLANG: Tenaga Nasional Berhad (TNB) kini menggunakan bantuan teknologi canggih untuk mengesan kes kecurian elektrik yang semakin berleluasa di negara ini.
Pada tahun ini saja, TNB telah berjaya mengesan peningkatan tiga kali ganda kes kecurian elektrik berbanding dua tahun lalu.
Berbekalkan penggunaan meter berteknologi tinggi dan perisian baru serta dibantu oleh pasukan penguatkuasaan dan kerjasama yang baik dengan agensi kerajaan, bilangan kes yang direkodkan dalam laporan kewangan TNB 2011 (yang berakhir 31 Ogos) meningkat kepada 24, 659.
Jumlah tersebut menunjukkan peningkatan ketara berbanding laporan kewangan TNB pada 2009 dan 2010.
Pada 2009, sebanyak 8,871 kes berjaya dikesan manakala 9,350 kes dicatatkan pada 2010.
"Jumlah itu berjaya direkodkan kerana kami kini memiliki meter pengesan gangguan berteknologi tinggi dan meningkatkan kawalan penguatkuasaan dan beberapa inisiatif lain," kata jurucakap TNB kepada The Star.
Katanya, TNB telah menanggung kerugian ratusan jutaan ringgit akibat kes kecurian elektrik.
Dalam laporan terdahulu The Star, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif TNB, Datuk Seri Che Khalib Mohamad Noh dipetik sebagai berkata, kerugian yang ditanggung syarikat itu akibat kecurian eletrik mencecah RM500 juta setiap tahun.
Di bawah Seksyen 37, Akta Bekalan Elektrik, sesiapa yang didapati bersalah boleh dikenakan denda maksimum sebanyak RM100,000 atau tiga tahun penjara oleh Suruhanjaya Tenaga manakala TNB boleh memfailkan kes sivil untuk memulihkan kerugian mereka di bawah Seksyen 38, akta yang sama.
Walaupun jumlah denda amat besar, TNB berkata, kes kecurian elektrik masih berleluasa.
Untuk menangani kegiatan itu, TNB menambah pasukan penguatkuasaan kepada 450 anggota berbanding hanya 70 orang pada 2009.
Selain itu, TNB turut menyeragamkan Unit Khas Gangguan dan Pemasangan Meter bagi menjamin pengurusan dan perancangan yang lebih strategik, melabur dalam meter berteknologi tinggi yang dilengkapi ciri-ciri anti kecurian dan menjalin kerjasama dengan polis serta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia untuk membendung kegiatan kecurian itu.
"Ganjaran akan ditawarkan kepada pemberi maklumat yang tetap dan berdaftar," katanya yang turut menambahm pemberi maklumat boleh menghubungi Pusat Pertanyaan Sehenti TNB di talian 1300 88 5454 atau layari www.tnb.com.my.
Daripada 42,000 kes yang direkodkan antara 2009 dan 2011, TNB telah mengambil tindakan terhadap beberapa individu yang disyaki mencuri elektrik di bawah Seksyen 39, Akta Bekalan Elektrik 1990, kata jurucakap itu.

Gaddafi tidak wajar dibunuh

Gaddafi tidak wajar dibunuh

SHAH ALAM - Pembunuhan bekas pemimpin Libya, Muammar Gaddafi tidak sewajarnya dilakukan, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Menurutnya, pihak berkenaan mempunyai kepentingan untuk berbuat demikian dan pada masa yang sama, media Barat melaporkan mengenai kekejaman didakwa dilakukannya.

“Saya sangsi dengan media itu kerana saya juga didakwa seorang diktator. Saya tahu semua ini tidak benar.

“Namun ia berjaya dilakukan terhadap Gaddafi kerana beliau tidak mempunyai perancangan untuk membangunkan negara dan bangsanya,” katanya.

Mahathir berkata, Gaddafi seorang yang peramah dan suka bertanya mengenai negara kita.

“Saya percaya beliau mahu menjadikan negara ini contoh kepada Libya. Namun cita-cita Gaddafi tidak berjaya,” katanya.

Menurut Mahathir, ramai tidak tahu Gaddafi mempunyai perancangan untuk memajukan Libya. Beliau memulakan projek pengairan di kawasan pantai dan membina sungai.

Katanya, kontraktor dari Korea telah membina saluran paip untuk memberi kemudahan kepada petani dan peladang di kawasan pedalaman.

Namun, kata Mahathir, Gaddafi hidup dalam ketaku-tan apabila Barat cuba membunuh karier politiknya sehingga terpaksa bertemu dengan pelawat di dalam khemah yang dikelilingi tembok.

“Saya dan isteri (Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali) pernah makan tengah hari bersamanya di tempat yang mewah, tetapi bukan di dalam istana,” katanya.

Sambil menyifatkan perkara ini sepatutnya tidak berlaku, kata Mahathir, “Saya sedih dengan apa yang dilakukan oleh negara demokrasi bertamadun (terhadap Gaddafi).”

Katanya, Gaddafi sepatutnya ditahan dan dibicarakan ke atas kesalahan dilakukan terlebih dahulu, bukan dibunuh.

“Saya berdoa dan berharap Libya akan mendapat kerajaan yang baik dan pemimpin yang benar-benar boleh menerajui Libya selepas kematian Gaddafi melalui sistem pilihan raya yang bersih.

“Dan mereka yang bercita-cita menjadi pemimpin pula perlu bersedia untuk kalah dalam pilihan raya itu nanti,” katanya.

Rabu, 26 Oktober 2011

7 Perkara Yang Tidak Boleh Diubah Dalam Hidup!!




Dalam kehidupan ini ada tujuh hal yang kita TIDAK BOLEH ubah iaitu :
1. Jenis Kelamin dan Jantina
Memang boleh buat pembedahan untuk mengubah alat sulit. Tetapi masih tidak mampu mengubah roh orang berkenaan. Lagipun hukumya haram. Terimalah diri seadanya samada lelaki atau wanita.
2. Ibu BapaMesti hormat ibu bapa dengan apa cara sekalipun! Samada dia kaki botol, pelacur mahupun perompak, tetap kena hormat mereka. Cuma kita wajib memberi nasihat dan teguran tanpa henti.
3. Tarikh LahirSudah ditetapkan oleh Allah, sebelum dunia dijadikan kita tidak boleh memilih tarikh lahir kita. Ia memang sudah ditentukan sejak azali dan jangan sesekali kita menyesalinya.
4. Bentuk FizikalJika rambut anda kerinting, hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong, kulit gelap, terima sajalah. Memang ramai yang ingin mengubah bentuk wajah mereka samada membuat pembedahan plastik mahupun mencukur kening, tetapi tetap nampak aneh dan tidak semulajadi.
5. Masa LaluPast is the past. Jangan menyesali masa yang sudah berlalu melainkan untuk dijadikan sebagai pengajaran. Jadikan masa lalu sebagai batu loncatan untuk masa depan.
6. Kedudukan Dalam KeluargaKedudukan kita sebagai anak sulung, bongsu atau tengah, tidak akan dapat diubah sekalipun anda merasa beban memikul tanggungjawab sebagai anak sulung.
7. Suku BangsaJangan menyesal jadi orang Melayu, Jawa, Cina atau India. Walaupun Melayu sering di’cop’ sebagai pemalas, berusahalah untuk mengubah tanggapan tersebut. Perkara yang kita boleh ubah adalah cara kita berfikir. Jika berubah maka berubahlah hidup kita.

Catatan Popular

Translate