Khamis, 7 November 2013

APA DOSA KAMI


Kami warga Kawalan Prima Sdn Bhd ingin menyuarakan luahan hati kami yang sekarang ini sangat tertekan memikirkan keputusan yang telah dibuat oleh Kementerian Dalam Negeri. Hanya kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Dalam sekelip mata kami kehilangan punca rezeki hanya kerana perbuatan kejam yang dilakukan oleh pengawal keselamatan syarikat kami. Lebih daripada 2000 kakitangan diberhentikan kerja serta merta tanpa kami diberi peluang untuk membela diri. Di manakah sifat perikemanusiaan sesama manusia yang diamalkan di negara ini? Kami merayu belas kasihan Dato Seri agar memberi pertimbangan dan tidak mendengar dari sebelah pihak sahaja. Kami amat berharap agar keputusan yang telah dibuat dipertimbangkan semula demi kebajikan lebih 2000 kakitangan Syarikat Kawalan Prima Sdn Bhd. — bersama Tok Batin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular

Translate