Isnin, 27 Januari 2014

Guru cari kutu murid dapat pujian pengguna Facebook.




GURU yang baik sanggup melakukan apa sahaja yang baik demi masa depan anak-anak muridnya bukan sahaja dari segi pendidikan tetapi juga kesihatan dan kebersihan tubuh badan.

Penulis masih ingat ketika di sekolah setiap minggu, cikgu akan melakukan pemeriksaan kuku murid-muridnya untuk memastikan ia pendek dan bersih.

Zaman ini, guru mengambil inisiatif yang lebih kreatif dan terbaru untuk menjaga kebersihan dan kesihatan pelajar mereka.

Di Sekolah Kebangsaan (SK) Kajang Utama, guru Tahun 1 di sana layak diberikan pujian kerana bijak membuat satu program yang khusus untuk anak-anak murid yang mempunyai masalah kutu.

Guru di sekolah itu secara beramai-ramai memeriksa kutu di kepala anak murid mereka supaya masalah kegatalan pada kepala pelajar dapat diatasi seterusnya tidak pula menyebabkan pelajar lain terjangkit.

Foto aktiviti itu dikongsikan oleh pengguna Facebook Nazatushima Mohd Suhut dan gambar itu sudah dikongsikan sebanyak 18 kali dan mendapat sebanyak 78 “Like”.

Kebanyakan komen yang diterima memuji langkah-langkah diambil guru-guru itu untuk membasmi kutu.

“Dahsyat cikgu-cikgu, mungkin segelintir sahaja guru yang tidak buat kerja, habis dituduh semua guru.. Tak patut-tak patut, sepatutnya kena panggil wartawan ni kaka shima, dikeluarkan dalam media, biar masyarakat buka mata sikit, asyik tuduh cikgu tak buat kerja,” kata komen itu

Ahad, 12 Januari 2014

ISA Tidak Mungkin Diwujudkan Semula - Ahmad Zahid

Ahmad Zahid menyampaikan ucapan pada sambutan Hari Rela ke-42 di Sungai Sumun, Bagan Datoh pada Sabtu.- fotoBERNAMA

BAGAN DATOH: Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata kerajaan tidak mungkin mewujudkan semula Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Sebaliknya kata beliau, kerajaan mungkin meminda akta sedia ada atau menggubal akta baharu yang bersesuaian jika perkara itu dirasakan perlu.
"Apa yang dinyatakan oleh kebanyakan pemimpin-pemimpin termasuk Ketua Polis Negara (Tan Sri Khalid Abu Bakar) mempunyai elemen-elemen yang boleh diperkirakan tetapi bukan mudah untuk menghidupkan semula ISA," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Sambutan Hari Rela Malaysia Peringkat Kebangsaan ke-42 di sini, Sabtu.
Beliau juga berkata andai akta seumpama diadakan, undang-undang itu bukan bertujuan menahan mereka yang berbeza pandangan politik, sebaliknya untuk menjamin keselamatan negara dan ketenteraman awam.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mempunyai pertimbangannya dalam meneliti pandangan yang diberi oleh pelbagai pihak berhubung isu itu, katanya.
Beliau mengulas saranan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad agar ISA diwujudkan semula bagi menangani kumpulan ekstremis yang mahu menjejaskan kestabilan negara.
Saranan Dr Mahathir turut disokong oleh Khalid. - BERNAMA


Sabtu, 11 Januari 2014

“Dan Allah menciptakan kamu, kemudian kamu diwafatkan-Nya. Dan di antara kamu ada yang berusia lanjut (tua bangka) sehingga tidak tahu apa-apa lagi (sudah nyanyuk). Sesungguhnya Tuhan Maha Mengetahui lagi Maha Kuasa.” (an-Nahl: 70)



Tua yang begitu? Moga dilindungkan.



Tua? Mungkin sampai...mungkin tidak.

Sampai jika panjang umurnya.

Maka jadilah si tua yang mulia. Sebagaimana yang diisyaratkan Rasulullah saw, panjang umur dalam ketaatan kepada Allah SWT.

Si tua yang telah tiada tetapi masih disebut orang namanya.

Si tua yang sentiasa dicerita akan kebaikan, dikenang segala pengorbanan.

Si tua yang menjadi kebanggaan anak, cucu serta keturunan.

Jangan jadi si tua yang berhati muda. Tidak sedar hakikat diri, sedangkan rumah kata pergi kubur kata mari.

Anak cucu pun dah meluat tidak mahu ambil peduli.

“Kami berlindung kepada-Mu dari penghujung hidup yang sedemikian.”

Salam buat warga tua yg taatkan ALLAH, dan kasihkan Rasul-Nya.......


Isnin, 6 Januari 2014

“Aku sangka akulah yang paling menyayangi di dunia ini, namun Tuhan lebih sayang padamu”



Bertepuk sebelah tangan juga difahami sebagai cinta sebelah pihak atau cinta yang tidak berbalas. Adalah lumrah dalam kehidupan, tidak semua perkara yang kita mahu akan menjadi milik kita. Begitu juga halnya dengan cinta. Tidak semestinya orang yang kita cinta akan mencintai kita kembali. Mengalami cinta yang bertepuk sebelah tangan sememangnya amat pedih. Silap haribulan, sakit jiwa dibuatnya. 



Sedalam mana pun cinta kita sesama manusia, bila ajal jadi pemisah, tiada apa yang mampu kita lakukan. Mencintai si dia yang sudah pergi bertemu Ilahi sememangnya sakit. Setiap masa kita mencinta, merindu dan mendambakan hadirnya, tapi itu semua tidak mungkin akan terjadi di alam realiti. Kepada anda yang mencintai si dia yang sudah tiada, bangkitlah. Si dia yang anda nanti tidak mungkin akan kembali. Jika benar anda cinta padanya, hadiahkanlah doa dan lagukan kalimah ayat-ayat suci kepadanya. Namun begitu, ini tidak bermakna anda tidak boleh meneruskan kehidupan dan mencari kebahagiaan anda di dunia. 

Khamis, 2 Januari 2014

Kampung Aji Bota Kiri mendapat namanya daripada pembinaan sebuah surau


YB Menyerahkan Sumbangan Kepada Tuan Hj. Abdul Kadir.

Kampong ini terletak di tebing Sungai Perak berhambiran Jambatan Sultan Idris Shah 11 yang menghubungkan jalan Ipoh dan Lumut.
Kampong Aji terletak 24 km dari Lumut dan 48 km dari ipoh. Majoriti penduduknya adalah kalangan bangsa Melayu yang berasal dari Sumatera barat terutamanya Kampar, Mandiling dan Riau.

Bota Kiri dan Bota Kanan merupakan pekan kecil yang terletak di kiri dan kanan Sungai Perak yang merupakan salah sebuah kawasan penempatan lama yang penuh dengan cerita dan peristiwa. Menurut cerita penduduk-penduduk kawasan ini, Kampung Aji mendapat namanya daripada pembinaan sebuah surau yang dibina oleh seorang guru agama bernama "Mat Aji". Beliau mengajar penduduk-penduduk di sini membaca Kl-Quran dan kitab-kitab agama selama beberapa ketika. Memandangkan surau tersebut merupakan tempat pertemuan penduduk kampung maka kebanyakan aktiviti itu banyak tertumpu di situ. Akhirnya menjadi kebiasaan orang ramai apabila hendak ke surau akan menyebut "ke kampung aji " sempena mengambil nama guru agama tadi. Lama kelamaan nama itu kekal dengan gelaran Kampung Aji.

Pada waktu dahulu Kampung Aji hanya terhad kepada kawasan surau yang dibina itu sahaja. Namun pada sekitar 1970an Majlis Daerah Perak Tengah telah mengabungkan beberapa buah kampung lagi dengan lantikan seorang Tok Sidang sebagai Ketua Wakil pentadbiran kepada penduduk Kampung Aji. Kampung-kampung tersebut ialah Kampung Tanjung Kemam, kawasan Mesjid,Kampung, Pulau Pisang dan lain-lain

Sejarah kampong kepayang


                           Jambatan masuk ke Kampong Kepayang Fair Park Ipoh

Menurut sejarah bertulis, Kampung Kepayang dibuka oleh Datuk Panglima Kinta ke 3 iaitu Tok Changkat Rembia pada akhir kurun ke 17. Tok Changkat Rembia bersama pengikutnya telah meneroka hutan disini dan terus membuat penempatan. Kampung ini dinamakan Kampung Kepayang sempena nama pokok yang banyak tumbuh iaitu Pokok Kepayang. Buah kepayang berbentuk bulat dan tidak boleh dimakan kerana ia memabukkan. Datuk Panglima Kinta 3 (Toh Changkat Rembia) merupakan anak kepada Panglima Kinta pertama iaitu Toh Tambak. Manakala Toh Tambak merupakan anak kepada Maharaja Kinta Toh Chandang. kampung kepayang dibuka seawal kurun ke 17 oleh Datuk Panglima Kinta ke 3, Toh Changkat Rembia (rujuk "Kinta Valley" tulisan Khoo Salma Nasution & Abdur Razzaq Lubis). Walau bagaimanapun SEJARAH SEBENAR kampung ini dipercayai dibuka lebih awal daripada tarikh tersebut sama ada oleh Datuk Panglima Kinta yang Pertama, Toh Tambak ataupun Maharaja Kinta Toh Chandang ataupun Maharaja Kinta Toh Changkat Piatu. (Datuk Panglima Kinta Toh Tambak merupakan anak kepada Maharaja Toh Chandang dan cucu kepada Maharaja Kinta Toh Changkat Piatu). Rujukan lain, "Cempaka Sari - Sejarah Kesultanan Negeri Perak" tulisan Kolonel Prof. Dato' Dr. Ahmad Fawzi Basri. Walaubagaimanapun menurut sejarah lisan yang diperolehi melalui penduduk-penduduk Kampung Kepayang, Kampung Kepayang dipercayai telah wujud sebelum kurun ke 1600 oleh Maharaja Kinta yang pertama Toh Changkat Piatu.

Kampung Kepayang Ipoh, ramai yang terbayangkan kawasan Fair Park Ipoh dan sekitarnya.



                                                   Mesjid kampong kepayang

Sebut sahaja nama Kampung Kepayang Ipoh, ramai yang terbayangkan kawasan Fair Park Ipoh dan sekitarnya.

Manakan tidak, kampung itu sajalah yang ada di tengah-tengah bandaraya Ipoh pada dewasa ini selain Kampung Manjoi yang tidak kurang hebat popularitinya.

Kampung ini adalah antara kampung yang tertua di Ipoh yang mana dipercayai telah wujud lebih 100 tahun lamanya dan ini meletakkannya setaraf dengan Kampung Baru di Kuala Lumpur.

Cuma yang membezakannya ialah Kampung Baru Kuala Lumpur telah melalui proses pembangunan, manakala Kampung Kepayang ini pula masih lagi kekal dengan status dan konsep kampung tradisi serta belum lagi dimodenkan.

Maka tidak hairanlah, suasana kehijauan serta kedamaian desa sejati menyambut setiap pengunjung yang menjengah ke kampung ini yang terletak lebih kurang 1.5km dari jalan utama Kompleks Sukan berdekatan Stadium Perak.

Kebanyakkan lot kediaman di kampung ini merupakan tanah pusaka yang diwarisi turun temurun.

Mengikut sejarah Melayu Ipoh, Kampung Kepayang dikaitkan dengan cerita Sultan Ismail yang melarikan diri ke Kampung Kepayang ketika diserang British dan orang-orang Mendailing ternama seperti Raja Uteh, Raja Asal dan Raja Mahmud.

Sultan Ismail membawa bersamanya alat-alat kebesaran pertabalan kesultanan Perak dan 20 ekor gajah dan meminta bantuan penduduk kampung untuk membantu beliau menentang orang British dan Mendailing tetapi orang Kampung Kepayang enggan membantu.

Baginda sangat kecewa kerana penduduk Kampung Kepayang telah berpaling darinya lalu bersumpah dengan memacak pedangnya ke tanah bahawa dia akan kembali memerintah negeri Perak. Baginda, Datuk Maharaja Lela, orang-orang kanan dan isteri-isterinya kemudian meredah hutan belantara ke kawasan Chemor.

Disebalik itu pula, Kampung Kepayang adalah satu kawasan penempatan orang Melayu khususnya mereka yang menetap dan bekerja di Ipoh sehinggalah hari ini.  

Pada hari ini, Kampung Kepayang boleh dikatakan satu-satunya kampung dalam bandaraya Ipoh yang masih terselamat daripada dimamah arus pembangunan.

Namun ada kebimbangan di kalangan penduduk bahawa kampung mereka tidak akan selama-lamanya selamat sekiranya tidak ada usaha dilakukan untuk menyekat sebarang pembangunan yang tidak diingini di kawasan itu.

Ketua Kampung, Mukhtar Mahmud berkata Kampung Kepayang merupakan satu-satunya kawasan yang masih dapat menepis gelombang kemodenan.

Katanya Kampung Manjoi, walaupun masih kekal sebagai penempatan Melayu tetapi tidak dapat menahan arus pembangunan yang agak hebat melanda di kawasan tersebut.

Begitu juga dengan Kampung Seri Kinta di mana pembangunan yang tidak dirancang dengan teliti menyebabkan hilangnya identiti sebagai kampung Melayu, katanya.

“Paling sedih adalah Kampung Paloh. Kita tidak mahu Kampung Kepayang menerima nasib sama seperti Kampung Paloh, iaitu satu penempatan awal Melayu di Ipoh tetapi kini sudah lenyap buat selama-lamanya,” katanya.

Menurutnya ada suatu ketika dimana terdapat ura-ura kampung itu mahu dimajukan tetapi projek tersebut tergendala selepas menerima bantahan hebat daripada penduduk.

Katanya kebanyakkan tanah di kampungnya merupakan harta pusaka yang diwarisi turun temurun daripada nenek moyang.

“Kita juga telah mendirikan sebuah masjid baru bagi menggantikan masjid lama yang dipenuhi kubur,” kataya.

Bagi generasi muda seperti Mohamad Fitri Mohd Daud, 25, beliau turut bimbang sekiranya kampung kelahirannya akan bertukar menjadi satu taman perumahan baru.

Katanya dengan lokasinya yang strategik di tengah-tengah bandaraya, Kampung Kepayang sudah tentu menarik minat ramai pemaju perumahan.

“Saya sayangkan kampung ini dan berharap pihak kerajaan akan berbuat sesuatu bagi memastikan Kampung Kepayang tetap utuh dan kekal selamannya,” katanya

Seorang penduduk asal kampung itu, Jamilah  Ahmad,63, turut melahirkan kebimbangan sama tetapi mahu kerajaan memberi perhatian kepada kemudahan infrastruktur di kampung itu.

“Memang mak cik mahu suasana kampung ini dikekalkan tetapi mahu kerajaan tengok-tengokkan sistem perparitan dan jalanraya di sini,” katanya.

Abas Yazid berkata Kampung Kepayang merupakan satu-satunya lagi kampung tadisi yang masih ada dalam kawasan Ipoh dan ia harus dipertahankan.

“Kami amat selesa dan suka tinggal di sini. Selain tinggal dalam suasana kampung, kemudahan lain sangat dekat. Malah kami juga dapat mendengar sorakan penonton ketika perlawan bola sepak atau aktiviti kemeriahan lain seperti percikan bunga api yang kebiasaannya dia adakan di kawasan Stadium Perak,” katanya.

Mengikut sejarah lama, kampung ini diduduki suku kaum Bugis yang merantau ke Tanah Melayu dan mempunyai pertalian darah dengan Melayu Deli di Medan. Ada juga yang mengatakan bahawa Toh Narawangsa telah sampai ke Teluk Anson dan datang ke Ipoh membuka kawasan Kampung Kepayang ini.

Bersebelahan Kampung Kepayang ini terletak sebuah Gunung yang dinamakan Gunung Mat Sirat. Di situ terdapat kesan batu menyerupai sepasang pengantin dan juga bunga telur seolah-olah  majlis persandingan telah diadakan dan mereka bertukar menjadi batu.

Di suatu ketika di abad ke-15, kawasan Lembah Kinta terkenal dengan isi bumi yang mengandungi bijih timah dan dikatakan Dato’ Panglima Kinta adalah orang yang bertanggungjawab menguruskan pentadbiran daerah Lembah Kinta sebelum bertukar tangan kepada penjajah Inggeris dan Kampung Kepayang merupakan penempatan Melayu yang agak terkenal ketika itu.

Sesungguhnya Kampung Kepayang ini harus dikekalkan dan dengan warisan yang ada ia harus dipopularkan sebagai kesan sejarah awal penempatan Melayu di Ipoh.

Status kampung ini sebagai kampung tradisi harus dipertahankan supaya ia tidak lenyap ditelan arus pembangunan melampau daripada pihak yang rakus membuat keuntungan tanpa memikirkan soalan warisan dan sejarah.

Ini bagi memastikan identiti, budaya dan warisan orang Melayu di tengah-tengah bandaraya Ipoh ini terus kekal untuk generasi akan datang.

Rabu, 1 Januari 2014

orang tua2 suka tegur anak dara..jangan ketawa megekek-ngekek.



Moh Belajor Loghat Perak.


merambu = joli sana sini


KEMIN = kemas

NYEGHOGIN = tersenyum sorang diri

REBEN TEYBEN = seluin jer – selekeh

TAK AJAP = TAK layan/ tak jadi hal

MENTEKEDAGHOH  = makan

menterchiker = makan

MEROLOH = Tidor.
(adi tgh meroloh...)

GHODI/KODI = repair/belek
(haaa.. yai gitu.. ghodi-ghodi kerete abah tu.. kang kena penampor ngan dia..)

YA’NGAT = minuman panas (tea, kopi, melo, neskepe dll)


CIK CIBOR = pepatung
(cik cibor boleh makan ke???)

KALA LIPIT = kala jengkin (scorpions)
(tangan aku bengkak kene kala lipit)

CENCOGHOT = tikuih ketughi

JELEBOR = labi²
(nak tgk jelebor datang le bote..)

LABUN = cakap

SEMUT GATEY = semut api
(uwwaaa... adik kene gigit semut gatey)

MENGKIOK = besar sikit dari anai2 selalunya menjadi kalkatu..

BEDAGHOH = berdarah

CENANGOR = serangga yg berbau busuk selalu dijumpai berhampiran dgn lampu
(oiii bebudak cinangor.. gie balik..)

MENTONG = makan sampai due kali atau tambah 2 kali

PAKA@ PAKEI = pakai atau guna
(elehh... henset nokia n95 teman dah lame pakei..)

LECAH = Lumpur
(ya Allah budak nie, yang kamu main lecah kenape?? kan dah koto baju kamu..)

NGETIT /ngokak = gigit ketip

CONONGGENG = bontot ayam

ENCONOT = atau tongken ayam

LIBANG LIBU = perasaan resah gelisah....

MEGHEDANG-GHEDANG = (meredang-redang) maksud dia membuta-tuli

SENTEN = menarik kaki seluar ke atas.....ataupun singkat dlm bahasa pekan nya

SIUT = cucuh / menyalakan

NYARIGH = mujor
(nyarigh lagik aku tak eksiden tadik.. kalo tak beterabor gigi..)

BENGKIN = garang
(ate abahnye pon.. ngan anak pun nak bengkin)

GETAK =jatuh / luruh

GEGHOTOK/GEROTOK = jambatan

MENTELUN = seluar panjang (pantaloon)

KAYU ROL = kayu pembaris

PORES = pekerja jabatan hutan tu, forest

PUIH OPES = pejabat pos

GOMEN = kerajaan

MENTOKA = Kereta

SELAIT = lampu suluh / torch light

SEPEROH = alas / lapik meja

JEGHOLONG = tempat buang sampah kat tepi hutan

PIOR = tulin asli

ACEKEME = macamana kalau

PENGGE = lontar, baling

HAMBAT = kejar

GHULU GHELO = hulu hilir

NGELAT = menipu

SELE’WIN = kira buat asal siap, comot

HINCIT = Ketepi, ngeysot

GETIK = nyampoh (menyampah)

GANJEI = terkena / naya / terkejut

REBER = sesak, beriya, sopannya, poyo..

SA-NGEIYR atau SANGEI = tudung saji

SI-YAR* (sengorkan bunyi..yar.. tu..) = mangguk tingkat

MENYENGKET - mengintai, mengendap

GILA SEPEREGHE = separuh gile

BEBEY = degil tahap batu gajah

NIN = jernih...

GENYII = geli geleman

MENYELEBIUR= terjuih bibir

NYADIN = buat derk aje

MELENGKO = membelit  (ater komer lekas nengok ulor beso melengko ataih pago rumoh pak bako.)

MENEBEN MUKE = melangok kat kedai kopi

TAK SIOR = tak ingin

BERDANO = kotor sangat

NYENDIN = tumpang sekaki

SEMBAI = pasir halus yang basah/pasir sungai (cher miker pegi kaup sembai kat sungei tu, elok bebeno mbuat
bancuh simen)

LIMBAH = air kotor/Lumpur

MENGEROGHNYOT = berdenyut-denyut

MEMBANGAO BAU = busuk baunya

BERDA'AH = bohong/menipu/kelentong

TERPEROGHONGO = berlubang besar

PETIA = memang sudah direnung/ memang yakin

NYIOR KUTEY = kelapa yang dah kering kat atas pokok kelapa

BERONGGOK = berkumpul

TAWO LEYSYUR = masakan terlalu tawar

JENUH = lama sangat..

BONYEH = berlendir/berlendior

MELANTUNG KOHONG = busuk sesangat

Tumpo =Tak bergerak,mati,habis nyawa.

Moh = Jom

Ngerengken = Kurus kering tak ada isi langsung

Sompeh = Serpih,picisan,ada cacat sikit.

SAMO = Merah Jambu

SOH = Sunyi sepi/ senyap

PAN/NYANG =Panggilan utk moyang

BESIT = Memukul dgn sesuatu spt rotan dan sbg

NGELATOK = Berdebar2 akibat terkejut

motokar = kereta

mutu = motorsikal

tak mandang = takde

gebor = selimut

limaih = tepung pelita

ce /ace = cuba /try

gostan = undur belakang

beransor = mintak diri

Moh Belajor Loghat Perak..

keme/aye/saye/teman/awak/kume = saya
(name teman peon...)

mike/kome/kamu/ = awak
(kome udah makan??)

ate = abis tu
(ate.. kome tak reti-reti nak mandi ke??)

raban teben =tak tentu arah
(ape kene raban teben budak ni??)

angat pijo  = panas
(mak oii.. angat pijo rase badan..)


hakap = tamak
(gile hakap budak nie makan..sampai 4 ketui ayam dalam pinggan..)

ngelewor =  terumbang ambing kekiri kekanan..
(ate ape kene bawak moto mengelewor ni??)

kebulor = lapar
(makk... adik tak larat nak puase.. dah kebulo bebeno dah ni...)

bolen = telanjang bulat
(ate abang ace pakaikan seluor anak tu jap.. apekehai keluor romah bolen aje..)

nyelap sador =  seorang yang seperti dirasuk@ diluar kawalan
(tgk tu, pantang sebut hal kawen.. nyelap sador die..)

mengelenyor = gatal/ menengada/ sopannya
(yang nie lagi sorang... jumpe muke hensem siket mule le mengelenyor.)

biot = degil
(kome jangan biot beno pun kenape.. kang apak rotan kang..)

perok = jakun/ tak pernah tgk benda
(ate... tak usah le perok bebenor.. esok kite pun beli rope itu)

muncah = banyak duit atau berharta
(auuww.. moncah le mike.. anak2 sume kroje gomen..)

toben = tua bangka
(tok tu dah toben... renti kan le kluor.. dudok romah je..)

merambu = joli sana sini

Catatan Popular

Translate