Rabu, 4 Disember 2013

Pemuda UMNO ‘belasah’ TNB, perlu peka masalah rakyat

Khairy Jamaluddin


 Pergerakan Pemuda UMNO menggesa Tenaga Nasional Berhad (TNB) mengkaji semula kenaikan tarif elektrik yang bakal dilaksanakan tahun depan.
Ketuaya, Khairy Jamaluddin menegaskan, langkah TNB itu dilihat bukan sahaja membebankan rakyat malah komuniti perniagaan di negara ini.
Jelas beliau, TNB perlu peka dengan masalah rakyat yang pada masa ini terlalu banyak menanggung beban kos hidup dan perlu sama-sama memainkan peranan tanggungjawab sosial meringankan sedikit beban itu.
“Pemuda mendesak janganlah terlalu mementingkan prestasi kewangan semata, tanggungjawab kepada rakyat jangan sesekali dilupa.
“Bagi Pemuda, kenaikan tarif yang tidak setara dengan peningkatan kos bahan api hanya menguntungkan TNB yang tampak mementingkan kantung pemegang saham, bukan rakyat jelata,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam ucapan dasar Ketua Pemuda UMNO pada persidangan pergerakan sayap itu di hadapan 989 orang perwakilan dari 191 bahagian di seluruh negara pagi tadi.
Khairy yang juga Menteri Belia dan Sukan berkata, keluhan rakyat dan komuniti perniagaan yang mengeluh tentang tarif elektrik yang akan naik awal tahun depan wajar diambil berat oleh TNB selaku syarikat berkaitan kerajaan (GLC).
Minggu lalu, kerajaan mengumumkan peningkatan tarif sebanyak 14 peratus terpaksa dibuat berdasarkan kenaikan kos bahan api dalam menyediakan perkhidmatan tenaga di negara ini diteruskan.
Namun, langkah itu mendapat pelbagai reaksi yang menolak ia dilaksanakan.
Ini kerana ramai berpendapat peningkatan tarif elektrik ini bukan sekadar untuk menampung peningkatan harga barang api tetapi juga bagi menambah laba keuntungan TNB yang sudah berbilion ringit jumlahnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular

Translate