Jumaat, 13 Disember 2013

KDN kumpul maklumat kesalahan syarikat kawalan keselamatan




 Kementerian Dalam Negeri (KDN) memberi amaran tegas dan akan mengambil tindakan sewajarnya selepas siasatan selesai terhadap mana-mana syarikat kawalan keselamatan di negara ini yang didapati bersalah kerana melanggar peraturan ditetapkan.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, setakat ini pihaknya sedang mengumpul maklumat terperinci berhubung kesalahan yang dilakukan segelintir syarikat kawalan keselamatan yang didapati melanggar peraturan. 
"Buat semenetara ini kita tidak perlu umumkan lagi senarai syarikat kawalan keselamatan yang didapati melanggar peraturan kerana masih dalam proses siasatan. 

"Jika maklumat diperoleh dan siasatan lengkap sepenuhnya, kita akan umumkan senarai nama syarikat kawalan keselamatan itu kelak," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang, di sini, semalam.

Akhbar selasa lalu melaporkan KDN mendedahkan ada syarikat kawalan keselamatan yang didapati bekerjasama dengan kumpulan kongsi gelap apabila membekalkan senjata api untuk tujuan jenayah.

Selain itu, ada juga syarikat keselamatan menyewakan syarikat mereka kepada pihak lain tanpa menukar hak milik ekuiti dalam syarikat sebaliknya operasi dan pengurusan dijalankan pihak ketiga. 

Berikutan itu, KDN membuat penelitian terhadap 125 syarikat kawalan keselamatan yang memiliki lesen persenjataan daripada 772 syarikat kawalan keselamatan beropersi di seluruh negara.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular

Translate