Rabu, 4 Disember 2013

Ada hikmah di sebalik penolakan Ustaz Kazim jadi Ahli MT

Ustaz Mohammad Kazim Elias


 Penolakan pendakwah bebas, Ustaz Mohammad Kazim Elias memegang jawatan Ahli Majlis Tertinggi UMNO dianggap sebagai satu hikmah dan perlu diterima secara terbuka.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, keputusan berkenaan juga perlu dipandang positif kerana ia akan membolehkan Ustaz Kazim meneruskan kerjaya dakwah dengan bebas tanpa terikat dengan mana-mana parti politik.
“Ada hikmah kerana beliau boleh bergerak secara bebas di luar daripada lingkungan UMNO untuk beliau terus menjadi pendakwah.
“Saya fikir selepas itu beliau akan terus menggunakan pentas dakwah secara terbuka. Ini bermakna beliau bukan saja berdakwah untuk ahli UMNO tetapi buat seluruh ummah,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas melawat bilik media pada Perhimpunan Agung UMNO 2013 di PWTC.
Ustaz Kazim mengumumkan pendirian untuk menolak jawatan MT UMNO di hadapan kira-kira 2,000 hadiri pada program ceramah di Sungai Petani.
Pengumuman melantik Ustaz Kazim dibuat pada Jumaat lepas oleh Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.
Ustaz Kazim merupakan salah seorang daripada sembilan tokoh yang dilantik sebagai Ahli MT.
Seorang lagi tokoh agama yang dilantik ialah Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiyah, Dr. Asyraf Wajdi Dusuki.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular

Translate