Ahad, 22 Disember 2013

Guna pekerja haram jadi jaga: Dakwa pemilik syarikat

Pindaan Akta Agensi Persendirian 1971 bolehkan pengurusan firma kawalan keselamatan dikenakan tindakan

Kuala Lumpur: Kerajaan akan meminda Akta Agensi Persendirian 1971 bagi membenarkan pihak berkuasa mendakwa pemilik dan pengarah syarikat kawalan keselamatan yang mengupah pendatang asing tanpa izin (PATI).

Ketika ini, Kementerian Dalam Negeri (KDN) hanya boleh membatal dan menggantung lesen syarikat yang melanggar akta itu, termasuk yang mengupah pengawal haram berikutan tiada hukuman jelas dalam akta berkenaan. 


Perkemaskan perundangan 

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, berkata pindaan kepada akta itu dapat memperkemaskan perundangan berkaitan syarikat kawalan keselamatan. 



Pada masa sama, katanya, pindaan itu dapat melindungi industri kawalan keselamatan selain menjaga kebajikan pengawal yang sah, khususnya rakyat tempatan.

“Sebelum ini, jika mana-mana syarikat digantung dan dibatalkan lesen, pekerja turut hilang mata pencarian, tetapi dengan pindaan ini syarikat tetap dibenarkan beroperasi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular

Translate