Jumaat, 27 Disember 2013

Cina Kena Bangkit, Penguasaan Ekonomi Melayu-Bumiputera Buatkan Cina Tertindas!

10 Disember lepas, akhbar milik MCA, Nanyang Siang Pau yang pernah dimiliki seketika oleh seorang taikun Melayu telah mengeluarkan sebuah artikel yang menyeru agar orang Cina bersatu-padu menentang Melayu dan kerajaan kerana kononnya, dasar pengukuhan ekonomi Melayu-Bumiputera yang dilaksanakan oleh Kerajaan telah menyebabkan ramai peniaga Cina terpaksa gulung tikar dan hidup menderita.

“Peniaga Cina menghadapi tekanan yang semakin ketara. Keluhan mereka tidak habis-habis dan kisah sedih yang diluahkan mereka ini memang benar dan nyata. Di saat kita mengalami keadaan yang amat pahit ini, diharapkan masyarakat Cina dapat berteriak sekuat-kuatnya sehingga orang pekak dapat mendengarnya.” (SUMBER)

Sesuatu yang menarik untuk direnung, apakah penguasaan ekonomi dan politik 100% oleh Cina, maka barulah kelompok ini akan kurang menyalak dan menyalahkan kerajaan?

Siapakah 'penyelamat' yang dimaksudkan oleh penulis rencana Nanyang Siang Pau itu?

Pada ketika orang Melayu-Bumiputera miskin dan terpaksa bergantung kepada Cina dalam segala hal, termasuklah membeli beras yang padinya Melayu-Bumiputera tanam sendiri, tidak pula kedengaran rungutan daripada golongan chauvinist itu. Tetapi apabila Melayu-Bumiputera mulai mengendalikan sendiri ekonomi mereka, yang dilaung-laungkan adalah ketidakpuasan hati berhubung dasar kerajaan yang kononnya Apartheid kerana terlalu banyak memberikan peluang dan ruang kepada Melayu-Bumiputera.

Walaupun MCA pada dasarnya menzahirkan persetujuan tentang perkongsian kek ekonomi, namun nampaknya sebahagian besar daripada kapitalis dan penghaloba dalam masyarakat tersebut, enggan berkongsi walau sedikit pun. Bagi mereka, penguasaan ekonomi di Malaysia seharusnya mutlak milik Cina manakala kaum lain terutama sekali Melayu-Bumiputera hanya boleh menjadi pembekal yang menjual bahan mentah mereka pada kadar yang paling rendah dan membeli balik bahan siap pada harga setinggi mungkin.

Tidak cukup dengan itu, Melayu-Bumiputera perlu melonggarkan pegangan dalam politik dan berkongsi penguasaan politik itu sebahagian besarnya dengan Cina. Manakala segala peruntukan untuk Melayu-Bumiputera seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia, perlu dihapuskan dan diserahkan kepada Cina.

Status tanah-tanah adat dan tanah rezab Melayu, perlu dilupuskan sekaligus membenarkan orang Cina menguasainya kerana penguasaan Cina bermakna Malaysia akan bertambah maju. Manakala dasar pelajaran kebangsaan pula, perlu digantikan dengan dasar pelajaran vernakular yang berkiblatkan Mandarin kerana Mandarin bererti maju, manakala Bahasa Melayu bererti mundur.

Segala amalan ibadah umat Islam perlu dilakukan secara senyap-senyap. Azan tidak boleh dibunyikan lagi dari menara-menara masjid atau corong pembesar suara kerana bunyi-bunyi tersebut mengganggu ketenteraman. Manakala segala macam bentuk letupan mercun, gendang tarian singa, tarian naga atau trumpet kematian selain perarakan berhala yang menyekat laluan lalu lintas, perlu diperluaskan kerana itu adalah hak kebebasan beragama dan berkumpul.

Kalau semua itu dilakukan, maka barangkali penulis rencana berkenaan akan tutup mulut dan menganggap Malaysia sebagai negara terbaik.

Boleh jadi juga penulis rencana itu gagal melihat bagaimana penguasaan ekonomi di Malaysia berpihak sepenuhnya kepada Cina dari zaman penjajahan sehinggalah sekarang. Serangan bertali arus oleh Cina terhadap  Syed Mokhtar Al-Bukhari yang merupakan orang kelapan terkaya di Malaysia, menunjukkan secara jelas kecenderungan penjajahan berkenaan.

Begitu juga apabila golongan berkenaan mengungkit tentang gaji yang menurut mereka merupakan pembaziran negara sedangkan pada masa yang sama, pembaziran yang dilakukan oleh Lim Guan Eng di Pulau Pinang langsung tidak disentuh kerana mereka beranggapan dan memberikan persepsi bahawa Guan Eng adalah yang terbaik, bersih dan paling telus meskipun pada masa yang sama, Lim  Guan Eng langsung tidak pernah berani menjawab tentang perbelanjaan pengurusan Negeri Pulau Pinang di bawah pentadbirannya, walaupun sewaktu membentangkan belanjawan negeri.

Anehnya, ramai juga orang Melayu yang bersetuju bahawa dasar negara menzalimi orang Cina dan mereka menyokong Pakatan Rakyat yang diketuai oleh DAP! 



mawak lori pun boley titun, haiyya

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular

Translate