Jumaat, 20 Disember 2013

Linda Onn Sahkan Bakal Kahwin Kerabat Diraja

linda onn

Semalam telah timbulnya khabar angin yang mengatakan Linda Onn bakal berkahwin dengan seorang kerabat diraja pada 27 Disember ini.. Pada hari ini pula, Linda Onn telah mengesahkan perkara tersebut.. namun beliau tidak boleh bercerita dengan lebih lanjut siapakah gerangan jejaka yang bertuah itu..
“Ya, tarikh itu benar dan dia seorang kerabat (seperti dilaporkan). Maaf, saya tak boleh bercerita lanjut buat masa ini.”
“Sekarang apa yang penting buat yang wajib (nikah) dulu. Insya-Allah, kalau tak ada aral melintang resepsi akan menyusul selepas majlis nikah,”
Tambah Linda Onn lagi, majlis pernikahan itu akan diadakan secara sederhana dan tertutup di kampung halamannya di Johor Baharu… beliau hanya menjemput sahabat handai dan ahli keluarga terdekat sahaja bagi menghadirinya manakala majlis resepsinya pula akan diadakan di Kuala Lumpur.
Keterangan lanjut mengenai perkahwinannya akan didedahkan dalam satu kenyataan rasmi oleh Linda Onn dalam masa terdekat ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular

Translate