Selasa, 24 Disember 2013

MALAYSIA BAKAL BANKRAP DALAM TEMPOH 9 TAHUN?

"Selvi, berapakah harga kentang ini?," tanya lelaki berusia 68 tahun itu.

"Dua ringgit lapan puluh sen pak cik," jawab peniaga itu.

Lelaki terbabit pelanggan tetap kedai runcit Ramu di pekan kecil, Slim Village, Perak.


"Dua ringgit tujuh puluh sen, tidak boleh ke? Kurang sepuluh sen sahaja," rayu lelaki itu lagi.

Saya perhatikan tubuh kecilnya, kurus tetapi masih bertenaga walaupun dia sekian lama membanting tulang untuk menyara ahli keluarganya.

"Alah pak cik, bukan mahal pun," balas R. Selvi sambil merenung wajah warga emas itu.

"Kurang sepuluh sen sahaja, bukannya banyak. Setiap hari saya datang ke sini membeli pelbagai barang keperluan," lelaki sama berhujah.

Selvi terdiam buat seketika.

"Pak cik punya fasal, bolehlah," ujar Selvi sambil tersenyum.

Saya perhatikan tubuh kecilnya, kurus tetapi masih bertenaga walaupun dia sekian lama membanting tulang untuk menyara ahli keluarganya.

Selvi terdiam buat seketika.

"Pak cik punya fasal, bolehlah," ujar Selvi sambil tersenyum.

Dia tersenyum.

Bukan dia tidak mempunyai wang tetapi gemar tawar-menawar, biarpun harga barang dibeli dikurangkan oleh peniaga sepuluh sen sekalipun, dia tetap berpuas hati.

Tidak dapat saya gambarkan,sebagai penduduk kampung, dia pasti terasa akan impak kenaikan harga barang keperluan harian seperti gula dan lain-lain barangan.

Bagi golongan berpendapatan tinggi, tinggal di banglo dan memiliki kenderaan mewah, 10 sen barangkali tiada maknanya buat mereka. Pengurangan subsidi petrol dan tol juga tidak menjadi kudis. 

Saya perhatikan, kebelakangan ini Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sering mengeluarkan kenyataan, jika harga tol dan tarif elektrik tidak dinaikkan, ekonomi Malaysia bakal tergugat. Manakala Makmal Rasionalisasi Subsidi menyebarkan informasi, negara ini bakal bankrap dalam tempoh 9 tahun lagi.

Dakwaan itu tentunya menakutkan masyarakat Malaysia.

Jika benar, kerajaan secara berterusan harus berkongsi maklumat terperinci bersama rakyat marhaen. 

Fitrah manusia, mereka jarang membantah andai sesuatu isu itu difahami.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular

Translate