Selasa, 5 November 2013

Berjumpa dengan saudara mara tempat yang paling senang

Kalau nak berjumpa dengan saudara mara tempat yang paling senang adalah di majlis kenduri kendara. Kadang-kadang tu kita boleh jumpa saudara mara yang sebelum ni kita tak kenai. Sepupu sepapat mak ayah kita atau pun tok atau wan kita.

Secara tak langsung menghadiri majlis macam ni boleh mengeratkan lagi silaturrahim sesama ahli keluarga yang sebelum ni jarang berjumpa atau langsung tak pernah berjumpa. Keluarga aku sendiri kalau hal-hal macam ni memang depa particular sikit. Kalau satu keluarga tak boleh nak menghadiri jemputan tu sekurang-kurangnya adalah wakil yang pergi. Kalau kebetulan banyak jemputan kadang-kadang tu memang sampai kena bahagikan siapa yang kena pi rumah kenduri yang mana.

Ahad minggu lepas ada satu jemputan walimatul urus yang aku pergi. Majlis abang ipar saya di lumut. Tak sangka pulak aku duduk semeja dengan YB MENTERI BESAR PERAK ,dapatlah saya bergambar dengan YB. Kebetulan pulak YB hadir pada majlis abang ipar saya atas jemputan daripada abang saya..

Pi mai pi mai rupanya saudara mara. Keciknya dunia orang kata.

Jadilah yang terbaik dan anggap yang terbaik


Jadilah suami atau isteri yang terbaik kepada isteri atau suami kita. Terbaik dari segi penampilan, layanan, perbualan, dan sebagainya. Kita hendaklah sanggup berkorban untuk melakukan yang terbaik untuk pasangan kita.
Tampillah dengan penampilan yang terbaik di hadapan pasangan kita agar dia sentiasa menganggap kita sebagai orang yang terbaik dalam hidupnya. Jika di hadapan orang lain kita malu untuk tampil selekeh, kenapa tidak malu selekeh di hadapan pasangan kita? Jika kita sanggup bersusah untuk tampil kemas, rapid an cantik di hadapan orang lain, kenapa tidak sanggup bersusah untuk tampil kemas, rapid an cantik di hadapan pasangan kita?
Layanlah pasangan kita dengan layanan terbaik. Jika dengan rakan sekerja atau kenalan atau jiran atau orang tidak dikenali kita boleh layan dengan baik, kenapa pasangan sendiri tidak dapat kita layan dengan layanan terbaik.
Anggaplah pasangan kita sebagai orang yang terbaik dalam hidup kita.Dengan anggapan sedemikian, ia mendekatkan kita kepada kebahagiaan. Memanglah pasangan kita tidak sempurna, tidak terlepas daripada kekurangan dan kelemahan, tetapi memang hakikatnya semua manusia begitu, pasti ada cacat celanya di samping segala kelebihan seperti tampan, kacak, bijak, kaya dan sebagainya. Orang lain yang lebih kacak atau lebih cantik daripada pasangan kita sekalipun pasti ada kelemahan dan kekurangannya di mana-mana, Cuma kita saja tidak mengetahuinya. Kita hanya mengetahui kelemahan itu apabila dia menjadi pasangan kita.
Oleh itu, sekalipun dengan serba kekurangannya, anggaplah pasangan kita itu sebagai orang yang terbaik dalam hidup kita.

PEMERKASAAN EKONOMI BUMIPUTERA… Tak Nampak Gaya Boleh Menjadi!!!


Bohong sangatlah kalau dikatakan bahawa Melayu dan Bumiputera sekarang ini berada dalam keadaan yang lebih teruk berbanding tiga dekad selepas kemerdekaan. Dan sekalipun ada yang cuba memberikan tanggapan negatif terhadap Kerajaan kononnya, Melayu makin terhimpit dan semakin kurang mampu, orang berkenaan adalah pendusta yang sebenar-benar dusta.
Bagi mereka yang hidup melewati dekad demi dekad selepas kemerdekaan pasti akan dapat melihat sendiri perubahan besar yang dialami oleh Melayu dan Bumiputera. Bantuan daripada kerajaan yang tidak putus-putus, menjadikan Melayu dan Bumiputera di negara ini antara yang paling manja di dunia.
Sehinggakan ada sesetengah daripada mereka berjuang agar kerajaan mengunyah dan menghadamkan makanan sebelum disuapkan ke mulut mereka. Bantuan yang diberikan sudah dijadikan dan ditanggapi sebagai satu keperluan sedangkan sebagai rakyat pula, tiada apa-apa yang perlu dilakukan kerana SEMUANYA TANGGUNGJAWAB KERAJAAN.
Dasar Ekonomi Baru, biarpun ditohmah menjadikan segolongan Melayu-Bumiputera kaya-raya kerana berhubungan dengan UMNO, hakikatnya, ramai pemimpin Melayu yang bukan UMNO dan tidak pernah mengundi Barisan Nasional kaya-raya kerana Dasar Ekonomi Baru. Golongan inilah yang telah mengecapi nikmat Dasar Ekonomi Baru, cuba melupuskan tanggungjawab mereka untuk membantu Melayu-Melayu dan Bumiputera-Bumiputera yang lain agar turut berjaya seperti mereka, sekarang ini paling kuat melalak dan menyalak agar Melayu-Bumiputera yang lain membuat tanggapan buruk terhadap DEB dan Kerajaan yang telah memeliharanya.
14 September 2013 mungkin merupakan anjakan terbaru untuk ekonomi Melayu dan Bumiputera di negara ini. Dengan tambahan lebih dari RM1 bilion yang diperuntukkan oleh kerajaan Najib Abdul Razak, ramai yang melihatnya sebagai pembalasan budi dan penghargaan kepada Melayu-Bumiputera yang masih mengekalkan kerajaan sedia ada untuk menerajui negara ini.
Namun melihat kepada wajah-wajah yang hadir dan mengetahui pula pemain-pemain ekonomi Melayu-Bumiputera sedia ada, ramai pula yang menganggap penghargaan kepada Melayu-Bumiputera itu tidak akan ke mana-mana.
Sebabnya mudah, segala peruntukan besar tersebut dikatakan hanya berlegar-legar di sekitar dan di dalam kelompok yang sama. Walaupun semakin ramai usahawan Melayu-Bumiputera yang bertambah maju dan makmur kesan daripada dasar Kerajaan Barisan Nasional yang terus mempertahankan Melayu-Bumiputera, namun kelompok yang dipertanggungjawabkan menjaga amanah dan menjadi mentor pula, lebih berminat untuk menambahkan penguasaan dan pembesaran empayar mereka.
Tanggungjawab mereka untuk membantu memperkasakan lagi penyertaan aktif Melayu-Bumiputera dalam sektor ekonomi, biasanya mereka lupakan begitu sahaja. Malah lebih malang lagi ialah apabila menjadikan dana dan segala peruntukan yang diberikan oleh Kerajaan, sebagai cara mereka mengaut keuntungan peribadi di samping melupakan tanggungjawab sebenar iaitu EKONOMI MELAYU-BUMIPUTERA.
Dasar-dasar dan polisi kerajaan sememangnya amat baik. Namun perlaksanaan yang seringkali menjadi masalah.
Bukan cerita baru apabila pihak yang diberikan tanggungjawab untuk mengembangkan industri ekonomi membabitkan Melayu-Bumiputera memilih untuk tidak melaksanakan tanggungjawab tersebut. Sebaliknya menggantikan Melayu-Bumiputera kepada bukan Bumiputera sepertimana yang kita dapat saksikan dalam industri penerbitan!
Begitu juga dengan GLC-GLC yang sepatutnya menjadi payung kepada industri yang disertai oleh Melayu-Bumiputera. Tentu sebahagian besar daripada kita masih ingat dengan alasan yang diberikan oleh Nur Jazlan Mohamad yang merupakan Pengerusi UDA ketika ditanya mengapa kontraktor yang dipilih untuk memajukan tapak Penjara Pudu bukannya kontraktor Bumiputera sebaliknya kontraktor Cina dan juga CHINA.
Dengan menggunakan alasan ‘PENGALAMAN’, penafian terhadap penyertaan kontraktor-kontraktor Bumiputera dalam industri pembinaan yang membabitkan GLC seperti UDA dibuat secara terang-terang.
Itu belum lagi pelbagai cerita-cerita buruk membabitkan KHAZANAH yang dilihat tidak membantu langsung pemain ekonomi Melayu-Bumiputera sebaliknya lebih berminat dengan syarikat-syarikat bukan Melayu dengan seribu satu macam alasan yang boleh diberikan.
14 September lalu, Perdana Menteri telah mengumumkan program memperkasakan ekonomi Bumiputera. Ramai yang hadir dalam majlis tersebut adalah muka-muka yang sama iaitu muka-muka yang mampu memberikan seribu satu macam alasan mengapa Melayu-Bumiputera ditolak daripada dibantu menggunakan peruntukan yang diserahkan kepada mereka untuk DISUBURKAN.
Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera sebenarnya tidak akan mencapai kejayaan mengatasi program-program pemerkasaan yang lain. Sebabnya mudah, golongan yang dipertanggungjawabkan untuk menyebarkan dan mengagihkan dana-dana berkenaan merupakan golongan yang berkepentingan tembolok sendiri.
Kecuali satu rejim pengurusan yang lebih tegas dan berkesan diwujudkan, terutama untuk menangani kerenah kepala-kepala GLC serta badan pengurusan dana untuk PEMERKASAAN EKONOMI BUMIPUTERA, program yang cukup baik ini sebenarnya han[ya akan menjadi senjata terbaik untuk Pakatan Rakyat menghentam UMNO dan Barisan Nasional.
Dan yang pastinya, kepala-kepala seperti AZMAN MOKHTAR yang dipertanggungjawabkan menjaga KHAZANAH akan buat muka selamba dan langsung tidak bersalah!
Bagaimana pula dengan PEGAWAI-PEGAWAI KHAS yang kemudiannya digari dan diseret seperti kambing atas tuduhan pecah amanah?

Rungkup Berpotensi Jadi Destinasi Pelancongan, Pusat Industri Di Perak


Rakyat di kawasan Rungkup dan sekitarnya dijangka menikmati lebih banyak pembangunan berdasarkan kepada perancangan yang ingin dilaksanakan kerajaan Barisan Nasional (BN).
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rungkup, Datuk Shahrul Zaman Yahya, berkata sebelum ini, sebuah syarikat mencadangkan kepada kerajaan negeri untuk menambak persisiran pantai seluas kira-kira 1,200 hektar untuk dibangunkan sebagai pelabuhan dan pusat industri berasaskan besi dan keluli selain minyak dan gas.
Selain itu, beliau bersama Ahli Parlimen Bagan Datoh, Datuk Seri Dr Zahid Hamidi katanya, berhasrat untuk mempromosikan kawasan Rungkup sebagai destinasi pelancongan menarik di Perak.
Jelasnya, ramai tidak mengetahui jarak ke Pulau Sembilan, destinasi memancing popular di negeri ini adalah jauh lebih dekat dari Bagan Datoh berbanding Lumut.
Agenda pembangunan di kawasan Rungkup akan diteruskan dan saya akan berusaha sedaya upaya untuk membangunkan kawasan ini dengan gandingan Ahli Parlimen Bagan Datoh.
“Salah satu agenda besar yang dirancang ialah pembangunan Perak Techno Park di kawasan Rungkup yang mana sebuah syarikat mencadangkan kepada kerajaan negeri untuk menambak persisiran pantai di Rungkup seluas kira-kira 1,200 hektar untuk dibangunkan sebagai pelabuhan dan pusat industri berasaskan besi dan keluli atau minyak dan gas,” katanya kepada Peraktoday.com.
Dalam perkembangan berkaitan, promosi produk homestay yang memberi peluang kepada pelancong merasai pengalaman sebenar tinggal di rumah kampung katanya, akan digiatkan dari semasa ke semasa.
Selain homestay, Beting Beras Basah juga berpotensi untuk dipromosikan sebagai produk pelancongan di kawasan Rungkup, tegas Shahrul Zaman lagi.
Menyentuh bidang pertanian pula, beliau katanya, akan bekerjasama dengan Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) untuk meningkatkan taraf sosio-ekonomi penduduk tempatan yang kebanyakannya terbabit dalam sektor pertanian.
Golongan petani juga katanya, perlu mempelbagaikan hasil keluaran pertanian walaupun hanya mengusahakan tanah yang terhad.
“Walaupun memiliki tanah yang terhad, hasil keluaran pertanian boleh dipelbagaikan contohnya dengan mengusahakan ternakan atau disulam dengan tanaman lain,” katanya lagi.

Isnin, 4 November 2013

Tiap2 yg bernyawa akan merasai mati.


Tiap2 yg bernyawa akan merasai mati. Hanya pada hari kiamat sajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yg dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya dia telah berjaya. Ingatlah bahawa kehidupan didunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan yg memperdayakan. Surah Ali Imran, Ayt 185.

Janganlah mudah terpedaya dengan kemewahan dan kuasa di dunia kerana ia menjadi sia2 jika tidak dimenafaatkan ke jalan yg diredai. Mati itu pasti maka bersedialah untuknya. Hanya pada hari kiamat sajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yg dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya dia telah berjaya. Ingatlah bahawa kehidupan didunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan yg memperdayakan. Surah Ali Imran, Ayt 185.

Janganlah mudah terpedaya dengan kemewahan dan kuasa di dunia kerana ia menjadi sia2 jika tidak dimenafaatkan ke jalan yg diredai. Mati itu pasti maka bersedialah untuknya.

SAYA BERSAMA YB MENTERI BESAR PERAK

SAYA BERSAMA YB MENTERI BESAR PERAK


SUNWAY CITY TAMBUN


Catatan Popular

Translate