Isnin, 27 Januari 2014

Guru cari kutu murid dapat pujian pengguna Facebook.




GURU yang baik sanggup melakukan apa sahaja yang baik demi masa depan anak-anak muridnya bukan sahaja dari segi pendidikan tetapi juga kesihatan dan kebersihan tubuh badan.

Penulis masih ingat ketika di sekolah setiap minggu, cikgu akan melakukan pemeriksaan kuku murid-muridnya untuk memastikan ia pendek dan bersih.

Zaman ini, guru mengambil inisiatif yang lebih kreatif dan terbaru untuk menjaga kebersihan dan kesihatan pelajar mereka.

Di Sekolah Kebangsaan (SK) Kajang Utama, guru Tahun 1 di sana layak diberikan pujian kerana bijak membuat satu program yang khusus untuk anak-anak murid yang mempunyai masalah kutu.

Guru di sekolah itu secara beramai-ramai memeriksa kutu di kepala anak murid mereka supaya masalah kegatalan pada kepala pelajar dapat diatasi seterusnya tidak pula menyebabkan pelajar lain terjangkit.

Foto aktiviti itu dikongsikan oleh pengguna Facebook Nazatushima Mohd Suhut dan gambar itu sudah dikongsikan sebanyak 18 kali dan mendapat sebanyak 78 “Like”.

Kebanyakan komen yang diterima memuji langkah-langkah diambil guru-guru itu untuk membasmi kutu.

“Dahsyat cikgu-cikgu, mungkin segelintir sahaja guru yang tidak buat kerja, habis dituduh semua guru.. Tak patut-tak patut, sepatutnya kena panggil wartawan ni kaka shima, dikeluarkan dalam media, biar masyarakat buka mata sikit, asyik tuduh cikgu tak buat kerja,” kata komen itu

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular

Translate