BERITA
Ahad Ogos 14, 2011
Kapal Kedua MISC Sertai Operasi Teluk Aden
LUMUT: Kapal kedua Malaysian International Shipping Corporation (MISC) yang beroperasi sebagai kapal auxiliary Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Laut Aden berlepas Sabtu dari pangkalan TLDM di sini.
Kapal Bunga Mas 6 (BM6) menyertai misi Operasi Fajar 10/2011 bagi mengiringi kapal-kapal dagang negara dari ancaman lanun di perairan Teluk Aden.
Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar berkata BM6 dilancarkan pada 8 Ogos lepas di limbungan Malaysian Marine and HeavyEngineering Sdn. Bhd. (MMHE), Pasir Gudang, Johor.
BM6 diketuai oleh Komander Ahmad Nazri Sharif sebagai Pegawai Memerintah manakala anak kapal terdiri daripada 49 orang anggota pasukan khas atau pasukanelit gabungan anggota dari pasukan tetap Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan anak-anak kapal MISC yang telah diserapkan sebagai Pasukan Simpanan SukarelaTLDM.
BM6 yang dijangka tiba di kawasan operasi pada 21 Ogos, akan beroperasi di sana selama tiga bulan, kata Abdul Aziz.
"Kehadiran kapal auxiliary kedua TLDM tersebut akan memberi impak yang besar, terutamanya peranan penting untuk membanteras ancaman lanun, memberiperlindungan keselamatan kepada anak-anak kapal MISC serta memastikan kargo yang bernilai bilion ringgit sampai ke destinasi dengan selamat," katanya.
Sejak dilancarkan pada 1 Jun 2009 hingga kini, BM5 telah melaksanakan enam siri Operasi Fajar dan mengiringi sebanyak 172 buah kapal. Jumlah kapal yangberjaya dilindungi dalam Operasi Fajar adalah sebanyak 264 buah.
Sementara itu, Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang juga Kapten Yang Dipertua TLDM, semalam berkenan menyempurnakan Majlis PelepasanKapal Auxiliary TLDM BM6 di Jeti Operasi Pangkalan TLDM di sini.
Turut hadir Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Zulkefili Mohd Zin; dan Menteri Besar PerakDatuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir. - BERNAMA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan