Selasa, 5 November 2013

Rungkup Berpotensi Jadi Destinasi Pelancongan, Pusat Industri Di Perak


Rakyat di kawasan Rungkup dan sekitarnya dijangka menikmati lebih banyak pembangunan berdasarkan kepada perancangan yang ingin dilaksanakan kerajaan Barisan Nasional (BN).
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rungkup, Datuk Shahrul Zaman Yahya, berkata sebelum ini, sebuah syarikat mencadangkan kepada kerajaan negeri untuk menambak persisiran pantai seluas kira-kira 1,200 hektar untuk dibangunkan sebagai pelabuhan dan pusat industri berasaskan besi dan keluli selain minyak dan gas.
Selain itu, beliau bersama Ahli Parlimen Bagan Datoh, Datuk Seri Dr Zahid Hamidi katanya, berhasrat untuk mempromosikan kawasan Rungkup sebagai destinasi pelancongan menarik di Perak.
Jelasnya, ramai tidak mengetahui jarak ke Pulau Sembilan, destinasi memancing popular di negeri ini adalah jauh lebih dekat dari Bagan Datoh berbanding Lumut.
Agenda pembangunan di kawasan Rungkup akan diteruskan dan saya akan berusaha sedaya upaya untuk membangunkan kawasan ini dengan gandingan Ahli Parlimen Bagan Datoh.
“Salah satu agenda besar yang dirancang ialah pembangunan Perak Techno Park di kawasan Rungkup yang mana sebuah syarikat mencadangkan kepada kerajaan negeri untuk menambak persisiran pantai di Rungkup seluas kira-kira 1,200 hektar untuk dibangunkan sebagai pelabuhan dan pusat industri berasaskan besi dan keluli atau minyak dan gas,” katanya kepada Peraktoday.com.
Dalam perkembangan berkaitan, promosi produk homestay yang memberi peluang kepada pelancong merasai pengalaman sebenar tinggal di rumah kampung katanya, akan digiatkan dari semasa ke semasa.
Selain homestay, Beting Beras Basah juga berpotensi untuk dipromosikan sebagai produk pelancongan di kawasan Rungkup, tegas Shahrul Zaman lagi.
Menyentuh bidang pertanian pula, beliau katanya, akan bekerjasama dengan Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) untuk meningkatkan taraf sosio-ekonomi penduduk tempatan yang kebanyakannya terbabit dalam sektor pertanian.
Golongan petani juga katanya, perlu mempelbagaikan hasil keluaran pertanian walaupun hanya mengusahakan tanah yang terhad.
“Walaupun memiliki tanah yang terhad, hasil keluaran pertanian boleh dipelbagaikan contohnya dengan mengusahakan ternakan atau disulam dengan tanaman lain,” katanya lagi.

Isnin, 4 November 2013

Tiap2 yg bernyawa akan merasai mati.


Tiap2 yg bernyawa akan merasai mati. Hanya pada hari kiamat sajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yg dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya dia telah berjaya. Ingatlah bahawa kehidupan didunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan yg memperdayakan. Surah Ali Imran, Ayt 185.

Janganlah mudah terpedaya dengan kemewahan dan kuasa di dunia kerana ia menjadi sia2 jika tidak dimenafaatkan ke jalan yg diredai. Mati itu pasti maka bersedialah untuknya. Hanya pada hari kiamat sajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yg dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya dia telah berjaya. Ingatlah bahawa kehidupan didunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan yg memperdayakan. Surah Ali Imran, Ayt 185.

Janganlah mudah terpedaya dengan kemewahan dan kuasa di dunia kerana ia menjadi sia2 jika tidak dimenafaatkan ke jalan yg diredai. Mati itu pasti maka bersedialah untuknya.

SAYA BERSAMA YB MENTERI BESAR PERAK

SAYA BERSAMA YB MENTERI BESAR PERAK


SUNWAY CITY TAMBUN


Dengan siapa kita harus malu? PBB atau ALLAH?


Dengan siapa kita harus malu? PBB atau ALLAH? | ”Jika kamu tidak mahu, lakukanlah apa-apa sahaja yang kamu mahu.”
Demikianlah sabda junjungan Rasulullah SAW kepada umatnya.
Maksud “malu” di sini banyak tafsirannya, tetapi bagi saya, dalam konteks perkembangan dunia pada hari ini, termasuklah melakukan sesuatu kerana ingin mengambil hati orang lain yang tidak mahu kita berpegang kepada ajaran asasi agama atas nama “negara demokrasi” dan komitmen kepada “hak asasi manusia”, yang dibincangkan di dalam UPR (Universal Periodic Review) oleh UNHRC (United Nation Human Rights Council) pada 24 Oktober yang lalu.
Tajuk berita media menyebut “….104 countries tell Malaysia to rectify UN Human Rights instrument, it has stubbornly refused, and also to drop reservations on those signed…”
Maknanya walau pun 104 negara anggota PBB menggesa Malaysia supaya mengguna pakai instrumen hak asasi manusia Bangsa-Bangsa Bersatu itu, namun Malaysia masih lagi berdegil, dan masih menolaknya…!
Negara-negara anggota PBB itu tentulah hairan dan ajaib, kerana nampaknya Malaysia amat degil dan stubborn macam orang nakal dan budak kecil! Kenapa tidak ikut sahaja apa-apa yang dikatakan oleh PBB itu.
Tambahan pula dalam hal ini, Malaysia sendiri telah dikritik dan dikecam oleh NGO’s (Comango) yang pergi ke sana dari negara ini sendiri, iaitu yang berjumlah 54 buah NGO semuanya! Apakah semua NGO ini tidak faham keadaan Malaysia, dan tidak sensitif kepada keadaan rakyat dan negaranya sendiri?
Jadi dalam keadaan ini, apakah kita harus malu kepada PBB dan sesetengah NGO kita sendiri itu, atau seharusnya kita lebih malu kepada ALLAH dan Rasul-Nya di dalam beberapa perkara yang dikemukakan oleh PBB sebagai menghormati hak asasi manusia, terutamanya dalam isu kebebasan umat Islam untuk murtad dan kebebasan seksualiti, serta kebebasan lain yang bercanggah dengan enekmen undang-undang dan Perlembagaan negara juga.
AFP melaporkan bahawa pada hari Sabtu semalam, ribuan orang berarak di Taiwan yang merupakan satu perarakan “gay” yang terbesar pernah diadakan di negara tersebut yang membuat tuntutan bagi kebebasan berkawin sama jenis, iaitu ketika Parlimen negara tersebut sedang membincangkan untuk mengkaji semula undang-undang yang sedia ada dalam isu ini, yang dinggap bercanggah dengan hak kebebasan manusia.
Kalau negara di Asia seperti Taiwan boleh mengadakan perarakan besar-besaran untuk menuntut hak kebebasan seks, kenapakah Malaysia tidak boleh? Apa sangat istimewanya dengan Malaysia? Mungkin pertanyaan inilah yang hendak dikemukakan oleh NGO’s kita yang menghadiri persidangan UPR di Geneva itu!
Oleh itu, walau pun terdapat sesetengah dari mereka, seperti yang diberitakan, mendakwa bahawa pemergian mereka ke Geneva bukanlah untuk meremehkan agama Islam, namun kita haruslah sedar bahawa dakwaan itu dengan sendirinya palsu, kerana desakan mereka untuk Malaysia melaksanakan keseluruhan dasar hak asasi manusia yang dikemukakan mereka di dalam UPR itu, yang terdapat percanggahan dengan ajaran agama dan undang-undang negara kita sendiri..
Dalam hal ini, bagi kita yang mempunyai prinsip dan komitmen agama, kita katakanlah sahaja kepada mereka, “Bagi kamu agama kamu, dan bagi kami agama kami: Si Luncai terjun dengan labu-labunya, biarkan biarkan….!
Nabi Muhammad SAW telah mengingatkan umatnya supaya sentiasa mempunyai sifat malu, iaitu menjaga maruah dan jati diri sendiri, dalam menghadapi segala penyelewengan dan tekanan serta cabaran yang ingin melemahkan pegangan akidah, syariah dan akhlak kita, jadi apakah yang hendak kita malukan kepada desakan yang berniat buruk itu?
Tujuan Comango ialah hendak menjatuhkan imej positif Malaysia di luar negara, terutamanya di kalangan negara-negara Barat, Eropah dan Amerika Syarikat.
Mereka mungkin mempunyai agenda tertentu dan niat yang hanya diketahui oleh ALLAH SWT.
Tetapi pada lahirnya banyak perkara yang mereka kemukakan itu adalah merupakan tuduhan melulu dan tidak berasas, malah banyak perkara yang dituntut itu adalah terang-terang bercanggah dengan ajaran agama sendiri, seperti kebebasan seksual yang bukan hanya ditentang oleh Islam, malah Katholik dan Krisrian sendiri menentangnya.
Bukankah dengan itu mereka membuat tuntutan untuk menjadikan masyarakat kita sebagai masyarakat sekular, sungguh pun mereka menafikan hal ini?
Kita tidak harus malu kepada mereka, malah kepada dunia keseluruhannya, kerana kita lebih malu kepada ALLAH dan Rasul kita.
* Ini adalah pendapat peribadi penulis yang dipetik dari blog beliau sendiri dan tidak semestinya mewakili pandangan Sinar Harian Online.

‘Jangan makan gula, hidup lebih lama’


‘Jangan makan gula, hidup lebih lama’ | KUALA LUMPUR – Walaupun bunyinya agak klise dan mungkin mengundang rasa kurang senang sesetengah pihak, tetapi itulah hakikatnya.
Kurangnya pengambilan gula dalam makanan dan minuman mampu memanjangkan jangka hayat seseorang kerana dapat menghindari penyakit-penyakit kronik yang berpunca daripada pengambilan gula berlebihan, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S. Subramaniam.
“Itu yang lebih baik kepada semua, tidak perlu ambil gula, kamu akan hidup lebih lama,” katanya pada sidang media selepas selesai ucapan perasmian Seminar Pemeriksaan Perubatan dan X-Ray Fomena untuk pekerja asing di Hotel The Royale Chulan, hari ini.
Subramaniam diminta mengulas berhubung penafiannya terhadap kenyataan perdana menteri sebelum ini bahawa peningkatan jumlah pesakit diabetes yang berada di tahap membimbangkan menyebabkan kerajaan mengambil langkah untuk memansuhkan subsidi gula.
Menurut Najib, jumlah pesakit itu yang seramai 2.6 juta orang amat dikhuatiri.
“(Pengambilan gula berlebihan) adalah tidak baik. Saya sendiri sudah belajar minum teh tanpa gula. Inilah, kita perlu ajar rakyat dengan perkara-perkara yang baik sebab kita kerajaan yang bertanggungjawab,” katanya semalam, sehari selepas mengumumkan pemansuhan subsidi bahan itu.
Subramaniam yang kemudiannya diburu wartawan untuk menjelaskan kenyataan Najib itu bagaimanapun menafikan bahawa gula menjadi punca utama peningkatan pesakit diabetes mahupun obesiti di kalangan rakyat di negara ini.
Dalam hujahnya Subramaniam berkata, dari segi sains dan nutrisi, gula bukanlah sejenis makanan yang wajib dalam kehidupan harian.
Oleh itu, keputusan kerajaan menghapuskan subsidi gula katanya adalah satu perkara wajar di mana ia memperbetulkan kesalahan kerajaan.
“Harapan kita ialah dengan kenaikan harga ini yang dulu beli gula 1 kilogram sekarang beli setengah kilogram, yang dulu pakai satu sudu sekarang pakai setengah sudu atau langsung tak ada macam saya,” ujarnya.
Malah ujar menteri ini lagi, manusia boleh hidup tanpa gula.
“Penyakit kencing manis disebabkan gula, tetapi kita sebagai seorang manusia tak perlu makan gula, kalau tak makan gula, kita mungkin akan hidup lebih lama, jadi oleh itu, daripada asalnya subsidi yang diberikan adalah secara berbudaya iaitu di dalam kaum Melayu ke Cina ke India, kuih kek sudah jadi budaya,” katanya.
“… saya tahu gula sahaja bukan punca diabetes, diabetes ada dalam keturunan, cara hidup, perkara ini menyumbang kepada perkara itu, tetapi kalau seseorang itu telah mendapat penyakit kencing manis atau dari segi kesihatan keseluruhannya, mana-mana doktor pun akan bagi nasihat kurangkan makan gula.
“Itu nasihat yang diterima sebagai ‘basic medical advise’,” jelasnya.

Sabtu, 2 November 2013

Kaum India wajar bersyukur, tidak pernah dilupakan kerajaan

Kaum India wajar bersyukur, tidak pernah dilupakan kerajaan – MAICCI

KUALA LUMPUR – Presiden Persatuan Dewan Perniagaan dan Perindustrian India Malaysia (MAICCI), Tan Sri K. K. Eswaran menyambut baik usaha kerajaan dalam membantu kaum India di negara ini melalui peruntukan khas kepada kaum itu pada Bajet 2014.
Menurutnya, walaupun kaum India hanya berjumlah lapan peratus daripada keseluruhan 28 juta rakyat Malaysia, tetapi kaum itu tetap mendapat banyak kelebihan seperti kaum lain dengan adil dan saksama.
“Perdana Menteri di parlimen mengucapkan terima aksih kepada kaum India kerana beliau tidak lupa kepada peranan dan sokongan kaum ketiga terbesar dari jumlah keseluruhan rakyat Malaysia ini.
“Pada Pilihan Raya Umum ke-13, kaum India menyokong Barisan Nasional dan dalam Bajet 2014, kaum India dapat banyak maanfaat untuk latihan kemahiran, sekolah Tamil dan prasekolah,” katanya pada sidang media sempena majlis rumah terbuka Deepavali anjuran MAICCI di ibu negara.
Majlis yang diadakan dengan cukup meriah dalam kesederhanaan itu, turut dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Dalam pada itu, Eswaran turut mengingatkan kaum India dan rakyat seluruhnya agar tidak mudah terpengaruh dengan tohmahan pembangkang.
Ini kerana masa untuk berkempen seperti pilihan raya telah tamat dan kini masanya untuk membangunkan ekonomi negara.
“Melalui wawasan yang dibawa sejak kepimpinan Tun Dr. Mahathir Mohamad mengenai Wawasan 2020 dan kini disambung oleh Datuk Seri Najib, rakyat perlu meneruskan usaha membangunkan negara.
“Sekarang adalah masa untuk bekerja bukan hanya tahu berpolitik sahaja, rakyat ingin melihat pemimpin yang bekerja untuk rakyat,” katanya.
Majlis itu dihadiri kira-kira 5,000 orang tetamu.
Ia turut meraikan golongan kurang bernasib baik dari rumah anak yatim dan warga emas di sekitar ibu negara.


Turut hadir memeriahkan sambutan Deepavali ini ialah isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor dan isteri Timbalan Perdana Menteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman.
Majlis bermula pada jam 10 pagi itu turut menghidangkan pelbagai persembahan kebudayaan India selain makanan tradisional kaum itu sempena Deepavali.

Catatan Popular

Translate