Isnin, 28 Oktober 2013




PUTRAJAYA – Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) akan memeriksa kad pengenalan semua pengawal keselamatan di negara ini bagi mengesahkan identiti mereka.
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, perkara itu akan dibuat dalam masa terdekat dan pelaksanaannya tidak melibatkan tempoh masa.
“Pemeriksaan yang melibatkan lebih daripada 600 syarikat kawalan keselamatan ini akan membabitkan pengawal bersenjata dan tidak bersenjata,” katanya kepada media selepas menerima kunjungan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Kemboja, Oknha Othman Hassan, di pejabatnya di sini hari ini.
Ahmad Zahid berkata, pihak juga akan meneliti cadangan agar syarikat kawalan keselamatan diklasifikasi mengikut kategori.
Pada masa sama, beliau turut mendedahkan pihaknya menerima maklumat ada pihak menggunakan lesen syarikat kawalan keselamatan dan permit senjata api untuk tujuan lain.
“Kami telah mendapat maklumat mengenai perkara ini dan tunggu tindakan yang akan diambil oleh pihak kementerian dalam masa terdekat,” katanya.
Langkah yang diambil pihak berkuasa ini susulan kejadian seorang pengawal keselamatan yang memperoleh pekerjaan itu menggunakan kad pengenalan palsu menembak mati seorang pegawai bank ketika merompak bank berkenaan.
Dalam kejadian Rabu lepas, pegawai operasi Ambank cawangan Subang Jaya, Norazita Abu Talib, 37, maut ditembak pengawal keselamatan terbabit ketika membuka peti besi di bilik kebal bank itu di Jalan USJ 2, Subang Jaya.
Rentetan itu, Kementerian Dalam Negeri membatalkan lesen syarikat kawalan keselamatan terbabit kerana gagal mematuhi syarat Akta Agensi Persendirian 1971, sementara siasatan polis mendapati suspek yang dikenali sebagai Ardi Hamza itu menggunakan kad pengenalan palsu serta dipercayai berasal dari Sulawesi, Indonesia. – Bernama


KUALA LUMPUR – Pihak yang berkenaan dinasihatkan agar memadam imej atau video tragedi tembak pegawai bank di Subang Jaya dalam satu kejadian rompakan minggu lalu.
Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, imej dan video yang dipaparkan bersama perkataan tertentu oleh sesetengah pihak adalah bertentangan dengan etika.
“Semua pihak perlu memahami situasi yang dihadapi oleh keluarga mangsa. Cuba bayangkan kalau ia berlaku kepada diri dan keluarga mereka sendiri.
“Malah, ada gambar yang menyebabkan fikiran kita terganggu dan kita mesti faham apa perasaan keluarga mereka yang menjadi mangsa,” katanya.
Dalam masa yang sama katanya, adalah tidak wajar untuk masyarakat terus menyebarkan gambar dan video seumpama itu terutamanya di laman sosial.
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas melancarkan Malaysian Data Centre Alliance (MDCA) pertama bagi menjadikan negara ini sebagai hab pusat data serantau.
Menurut Shabery, rakyat harus pandai menilai baik buruk dan kesan daripada perbuatan terbabit.
“Sesiapa yang melakukan perkara itu sebenarnya menggalakkan orang lain melakukan perkara sama pada diri mereka sendiri,” tegas beliau.
Sebelum ini, pihak polis menggesa orang ramai agar menghentikan tindakan mengedar imej video terbabit di media sosial.
Polis kini giat memburu suspek yang menembak seorang pegawai bank, Norazita Abu Talib sebelum melarikan wang berjumlah RM450,000 daripada bank terbabit di USJ Sentral, Subang Jaya pada Rabu lepas.

Ajar Adab kepada Anak Kecil

Antara perkara yg perlu diajar kepada anak kecil 2,3,4 tahun: -
1- Masa solat, ajak solat bersama. Dia solat ke tak tak kisah la. Bentang sejadah khusu utk dia, supaya dia rasa gembira, dihargai, bersemangat. Anda jangan kecewa kalau dia kemudian menolak atau solat sekerat jalan. Maklumlah, budak kecik. Kalau dia berjaya solat, ucap tahniah, puji, tepuk tangan, cium. Riba dia dan berzikir bersama-sama. Ajar dia bersalaman lepas solat/berdoa.
2- Ajar anak minta izin untuk ambil atau pindah barang-barang tertentu atau untuk dia pergi ke mana-mana berpisah dengan kita, umpama pergi bermain dengan sepupu-sepapatnya atau kawan-kawan. Untuk adab, kasih sayang dan keselamatan.
3- Ajar anak minta barang atau benda dengan cara yang baik, tidak kira kepada siapa, kita sendiri, atau adik beradiknya, ahli keluarga lain atau tetamu/orang luar.
4- Ajar anak ucap terima kasih apabila dia menerima sesuatu seperti botol susunya, selepas dimandikan atau dipakaikan pakaian, apabila dia menerima permainannya, hadiah, makanan, minuman dan lain-2.
5- Ajar anak minta maaf apabila dia bersalah. Ajak dia bersalam, minta maaf dan cium tangan kita. Kemudian kita cium dia tanda penghargaan. Ajar anak perkataan yg mudah dan ringkas untuk minta maaf spt ‘Maafkan Adam, Umi’. Kita boleh tunjuk teladan dengan memohon maaf kepada mereka apabila kita ada tersalah kepada mereka.
Terima kasih.

Bajet 2014: Kerajaan sedia subsidi rakyat beli rumah mampu milik
KUALA LUMPUR 8 Okt. - Kerajaan akan menyediakan subsidi antara RM15,000 dan RM20,000 bagi membolehkan rakyat membeli rumah mampu milik, kata Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.
Beliau berkata, Syarikat Perumahan Negara Bhd (SPNB) akan membina tiga jenis rumah mampu milik dengan tiga bilik tidur berharga RM65,000, RM55,000 dan RM45,000.
"Bagi rumah berharga RM65,000, kerajaan akan memberikan subsidi RM20,000.
Bagi kediaman berharga RM45,000, subsidi yang disediakan sebanyak RM15,000," katanya kepada pemberita ketika ditemui di luar acara Simposium Zakat Perniagaan Nasional 2013 di sini.
Beliau juga berkata, Belanjawan 2014 yang akan dibentangkan di Parlimen 25 Okt ini merupakan bajet 'mesra rakyat' yang memberi tumpuan ke atas kediaman mampu milik dan pembangunan infrastruktur.
Ahmad Husni berkata, kerajaan juga mahukan SPNB menjadi pemaju rumah mampu milik berskala besar untuk rakyat, membina banglo dengan harga jualan kira-kira RM250,000, selain rumah berkembar dua dan rumah teres, masing-masing berharga RM100,000 dan RM80,000.
"Kerajaan juga akan menekankan pembangunan infrastruktur dalam bajet akan datang, terutama di kawasan yang kurang mendapat akses bekalan elektrik, air dan jalan," katanya.
Dalam ucaptamanya, Ahmad Husni berkata, simposium itu menunjukkan inisiatif yang semakin meningkat dalam usaha menyelaraskan amalan perniagaan moden yang berlandaskan prinsip Islam.
"Kerajaan membuat beberapa peruntukan untuk zakat individu, termasuk perakuan ke atas keseluruhan jumlah yang dibayar sebagai rebat cukai.
"Bagi zakat perniagaan, kerajaan mencadangkan zakat ke atas pendapatan perniagaan yang dibayar oleh syarikat, boleh ditolak cukai dalam pengiraan cukai pendapatan korporat, tidak melebihi 2.5 peratus daripada pendapatan agregat," katanya.
Simposium sehari itu dianjurkan oleh Institut Akauntan Malaysia dan Universiti Tenaga Nasional. Ia bermatlamat meningkatkan standard piawaian perakaunan dan amalan pelaporan untuk semua pemegang kepentingan dalam ekosistem zakat. 

Sabtu, 26 Oktober 2013



Perak 26/10/2013

GUNUNG SEMANGGOL - Penduduk sekitar Bukit Merah di sini gempar dengan penemuan seekor ikan pelik bermulut buaya oleh seorang nelayan sungai setelah terperangkap di dalam bubu dawai miliknya.

Dalam kejadian jam 9.00 pagi di Batu 39, Jalan Keretapi Bukit Merah, nelayan itu, Abu Zabar Husin,75, berkata, dia terkejut dengan penemuan ikan itu kerana spesies ikan itu sangat pelik dan mengakui baru pertama kali melihatnya. 

Menurutnya, malam sebelum kejadian berlaku, dia telah memasang bubu di sebuah parit berhampiran rumahnya dan pergi semua ke lokasi itu pada sebelah pagi untuk melihat hasil tangkapan ikan.

“Ketika hendak mengangkat bubu, saya melihat keadaannya bergoncang kuat seolah-olah telah menahan banyak ikan.

“Saya mula membayangkan hasil tangkapan lumayan, bagaimanapun saya terkejut mendapati seekor ikan bermulut buaya terperangkap di dalamnya,” katanya ketika ditemui media, semalam.

Abu Zabar berkata, bubu ikan yang ditangkapnya hampir terlepas dari dakapan setelah dia menyangka haiwan yang terperangkap di dalamnya adalah anak buaya.

“Bagaimanapun, ikan itu mati tidak lama selepas itu setelah keadaannya terlalu lemah.

“Berita penemuan ikan itu mula tersebar dalam kalangan penduduk kampung dan rumah saya seakan-akan pesta apabila dikunjungi orang ramai tidak henti-henti sehingga kini,” katanya.

Abu Zabar berkata, seorang pegawai dari Jabatan Perikanan yang mengunjungi rumahnya mengesahkan bahawa ikan yang ditemui adalah dari spesies ‘Alligator Gar’ iaitu spesies ikan dilindungi dan amat jarang ditemui di perairan Malaysia.

“Saya percaya ikan seberat hampir dua kilogram dan sepanjang hampir satu meter itu berkemungkinan sesat berikutan banjir yang berlaku di beberapa buah negeri,” katanya.

Isnin, 5 November 2012

Sesaat lepas yang tidak akan kembali


Lihatlah disekeliling kita, segalanya tumbuh, membesar dan bergerak kedepan. Angin yang menghembus, sungai yang mengalir tidak pernah melawan arah melainkan sentiasa kedepan. Pohon-pohon juga terus membesar dan meninggi kecuali sebahgian darinya yang menemui kematian. Ya, disebalik pergerakan, pertumbuhan dan penambahan itu adalah kematian sedangkan kehidupan itu sentiasa bergerak, tumbuh, membesar dan meninggi.  Begitu juga dengan umur kita, semakin hari semakin bertambah bukan semakin berkurangan walaupun kita kumpulkan segala penyesalan dan tangisan.

Bukan senang nak dapat seorang kawan..



Bukan senang nak dapat seorang kawan yang boleh di panggil sahabat. Dalam erti kata lain boleh susah senang bersama. Kadang-kadang ada kawan yang baik di depan tapi mengata di belakang. Berpura-pura baik pada kita tapi x seikhlas berkawan seperti yang kita sangka. Kalau boleh berkawan tu biarlah ikhlas...tanpa ada sebarang niat di sebaliknya.


Macam tu jugak dengan aku, kalau boleh aku nak menjadi seorang sahabat yang setia...boleh bersama kala suka dan duka. Menjadi seorang pendengar yang setia setiap kali  mengadu itu dan ini. Kalau boleh biarlah ikatan persahabatan itu kekal sampai bila-bila.

Catatan Popular

Translate