Isnin, 24 Mac 2014

Ramli Sarip Masih Menyengat

IMG-20140323-WA0007

Kehebatan lagenda rock tanah air, Datuk Ramli Sarip terus menyengat apabila Konsert Jelajah Blues Buat Teman di sebuah hotel terkemuka di Ipoh malam tadi penuh sesak.
Ini apabila siri jelajah lokasi ke-5 ini dihadiri oleh lebih 1,800 warga Perak yang masih merindui kemerduan vokal Ramli Sarip.
Sebanyak 19 buah lagu yang menjadi kegilaan peminatnya seperti Serambi, Kamelia, Kau Yang Satu, Bukan Kerna Nama dan Zakiah telah disampaikan dengan penuh bergaya.
Bukan itu sahaja, vokalis rock terkemuka yang juga anak jati Perak, Mus May turut menghiburkan mereka yang hadir.
Pada masa yang sama, Ramli Sarip turut melelong salah satu koleksi gitar kesayangannya bernilai RM7,500 yang akhirnya dibeli Lembaga Pengarah PORT, Datuk Zainol Padzi Paharuddin.
Hasil jualan itu turut disalurkan kepada sumbangan.
Beliau kemudiannya turut mengundang Zainol berduet bersama menerusi lagu Bukan Kerna Nama.
Persembahan diakhiri dengan persembahan penuh bertenaga melalui lagu Teratai.
Objektif utama konsert itu adalah atas rasa prihatin terhadap rakan seperjuangan beliau yang mengalami kesulitan hidup, seperti Yazit (Search), Hamid (Black Dog Bone) dan balu kepada Allahyarham Samad Mian (Lefthanded).
Hati Ramli Sarip mula terdetik untuk mengadakan konsert selepas terlihat foto Samad dan terus merancang ingin mengumpul dana bagi membantu mengurangkan beban rakan-rakan seperjuangannya itu

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular

Translate