Khamis, 5 Februari 2015

Throwback 13 Mei : 'Saya Takkan Serah Negara kepada Mereka'

 "Saya tidak akan serahkan negara ini kepada mereka" kata Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman  kepada wartawan- wartawan dalam dan luar negara di lapangan terbang TUDM Kuala Lumpur sekembalinya dari Alor Setar pada pagi 13 Mei 1969 tetapi esoknya semua akhbar tidak terbit  kerana rusuhan perkauman   berdarah berlaku pada petangnya . Maka itu  orang ramai  tidak dapat membaca kenyataan  ini.

Siapakah yang dimaksudkan oleh Tunku dengan "MEREKA"?

Pada hari itu, saya berada di dua peristiwa penting ,pagi bersama dengan Tunku dan petang menyaksikan sendiri meletusnya perisitwa berdarah di hadapan rumah Setiasuaha Politik Datuk Harun Idris.

Kenyataan itu dibuat oleh Tunku sebagai reaksi kepada kekalahan teruk Perikatan;kejatuhan Pulau Pinang ketangan Gerakan dan kebuntuan membentuk kerajaan negeri Perak dan Selangor.

Perisitwa ini adalah puncak kepada semaian  konsep Malaysian Malaysia yang di tanam oleh Lee Kuan Yew  lebih lima tahun sebelumnya sekalipun Singapura telah disingkirkan dari Malaysia

Tunku adalah seorang yang paling demokratik,sikap kompromi dan tidak apanya  (Takpalah) kepada bukan Melayu  terutama orang Cina  sehingga menimbulkan kemarahan bangsanya sendiri,tetapi banyak pendiriannya yang tersirat tetapi tidak tersurat.

Tunku  tidak bimbang  kuasa Melayu akan hilang di negara ini. Baginya orang Melayu akan terus berkuasa.Istiharkan pemerentahan  tentera (Martial Law) jika kuasa terancam.

Ini didedahkan dalam buku biography bekas Menteri Dalam Negeri Tun Dr.Ismail " Reluctant Politican"  halaman 191 yang antara lain menyebutkan dalam keadaan panik dan gempar di kalangan menteri dan  pegawai   bila meletusnya rusuhan, " Tunku conderong untuk mengistiharkan "martial law" tetapi General Ibrahim tidak bersetuju untuk tindakan ini  kerana katanya " Jika ini dilakukan,saya tidak dapat menjamin saya akan dapat menyekat anggota Angkatan Tentera dan juga pegawai-pegawai  mengambil alih kuasa kerajaan,"

Suatu bukti yang jelas tidak sahaja pemimpin-pemimpin politik Melayu Perikatan yang percaya kuat kepada demokrasi sekalipun dalam keadaan yang runcing dan tercabar tetapi pemimpin tentera sendiri sedar akan akibat buruk kiranya negara ini diserahkan kepada tentera.

Pemerentahan tentera di Thailand menjadi bukti nyata, demokrasi tidak kekal lama ,Thailand kembali berada  dalam pemerentahan  tentera yang mententeramkan suasana negara,memulihkan kedatangan pelancong, menstabilkan ekonomi ,memberikan keselesaan kepada Thai keturunan Cina untuk menjalankan perniagaan dengan selamat dan tidak mengexploitasi harga barang dengan sewenang-wenang..

Mantan Perdana Menteri Tun Dr.Mahathir sendiri tidak percaya pemerentahan tentera akan dapat mengekalkan kaasa Melayu kerana orang Cina yang kaya boleh membeli" kuasa" dari tentera.

Tunku berkayakinan  "Biarlah orang Cina berniaga, India bercakap dan Melayu menyelia (Let Chinese make money, Indians talk and  Malays observe). Dalam pada itu di suatu ucapannya di Morib yang juga di hadhiri oleh Presiden MCA Tun Tan Siew Sin,Tunku secara berseloroh berkata" Nasib baik Tuhan bagi jadi mata Cina sepet,jika tidak mereka akan buat duit lebih banyak lagi". Saya ada di majlis ini sebagai pemberita.

Disinilah berlakunya pertembongan nilai antara Tunku dan Mahathir yang membawa kepada kemarahan Tunku yang berpanjangan sekalipun Mahathir telah meminta maaf. .Mahathir percaya kepada kekuatan ekonomi sebagai kuasa mutlak.

*Artikel ini adalah pendapat peribadi penulis, Zainuddin Maidin  yang dipetik dari blog ZamKata dan tidak semestinya mewakili pandangan Rakyat News

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular

Translate