Ahad, 9 Mac 2014

Pakar Penerbangan Dunia - Luar Biasa Apabila Tiada Panggilan Kecemasan Kecuali Ada Bom Dalam Pesawat

Pakar Penerbangan Dunia - Luar Biasa Apabila Tiada Panggilan Kecemasan Kecuali Ada Bom Dalam Pesawat | Terbaru dari tengoktvonline. Kisah mesteri sehingga sekarang masih belum jumpa lagi kapal ini menjadi perhatian pakar-pakar di dunia. Antara pakar dunia yang beri pandangan ialah David LearMount ini. Jom baca apa yang dia katakn ini

Pakar Penerbangan Dunia - Luar Biasa Apabila Tiada Panggilan Kecemasan Kecuali Ada Bom Dalam Pesawat

Sepanjang hari ini sahaja, ramai pakar dunia yang mempunyai kemahiran amat mendalam tentang bidang penerbangan memberikan pendapat masing-masing mengenai insiden atau kejadian pesawat MH370 yang hilang tanpa sebarang petunjuk sehingga kini

Namun pendapat dari seorang pakar penerbangan, David Learmount telah mengejutkan ramai pihak apabila menimbulkan spekulasi "bom" sebagai punca insiden tersebut.  Menurut Learmount:

"Luar biasa apabila juruterbang gagal membuat panggilan kerana mereka mempunyai banyak masa untuk itu. Kecuali terdapat bom di dalam kapal tetapi bukti itu tiada. ' 

Namun begitu, Learmount turut memberikan persamaan kejadian yang berlaku kepada pesawat Airbus A330-203 milik Air France AF477 yang terhempas di perairan atlantik pada tahun  2009, dimana telah mengorbankan 216 penumpang dan anak kapal 12, termasuk lima rakyat Britain.





Pesawat itu terhempas apabila juruterbang hilang kawalan selepas kristal ais menjejaskan sensor yang digunakan untuk mengukur kelajuan pesawat, katanya.

Learmount berkata: 

"Ini adalah perbandingan sejarah dan boleh menjadi satu kebetulan."

"Kejadian ini juga berlaku pada waktu awal pagi, selepas waktu tengah malam, dan juga telah hilang tanpa sebarang panggilan daripada juruterbang."

Namun menurutnya lagi: "

Pesawat moden dibina dengan cantik dan sangat selamat."

"Jika enjin gagal berfungsi disebabkan gangguan kepada aliran bahan api, kapal itu tetap boleh meluncur tanpa sebarang masalah sekalipun selama kira-kira 40 minit pada ketinggian itu."

Learmount turut mengaitkan keadaan prestasi juruterbang pada ketika itu juga mungkin menjadi punca kapal terbang terhempas.

"Di antara tengah malam dan 2 pagi anda tidak berada dalam prestasi dimana mental atau fizikal anda yang terbaik - anda pada tahap prestasi yang paling rendah dalam kitaran 24 jam."

Beliau juga tidak menolak kemungkinan kegagalan pihak berkuasa dalam usaha mencari dan menyelamat untuk  menemui pesawat itu dalam masa terdekat. Beliau berkata demikian apabila mengambil kira sejarah pesawat Air France 447 yang juga mengemparkan dunia dan terhempas pada 2009 namun bangkai pesawat tersebut hanya ditemui pada 2011, selepas dua tahun operasi mencari dan menyelamat giat dijalankan.


Nota : Apapun kita jangan berputus-putus untuk berdoa kepada Allah . harap mereka semua dalam keadaan selamat lah hendaknya. harap kita juga dijauhi lah pekara sedemikian hendak nya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular

Translate