Sabtu, 22 Oktober 2011

Umat Islam Perlu Kepakaran IT Untuk Tangkis Serangan Terhadap Islam Di Alam Siber


Umat Islam perlu mempunyai kepakaran dan pengetahuan mengenai teknologi maklumat dalam memastikan mereka dapat mematahkan sebarang serangan terhadap agama yang dilakukan di alam siber.


Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata ledakan teknologi maklumat (IT) pada masa ini telah mewujudkan maklumat-maklumat seperti wikipedia yang secara terang-terangan mengutuk Islam.

"Dahulu perang untuk dapatkan territory (wilayah), tetapi ini bukan lagi soal territory (wilayah) tapi ini soal perang dalam mempengaruhi pemikiran. Contohnya kini wujud wikipedia mengenai Islam tetapi memburukkan agama itu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan antarabangsa mengenai 'Pemikiran Islam Selepas Modenisme' di Univerisiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) di sini,Selasa.

Ahmad Shabery berkata beliau pernah terbaca sebuah wikipedia yang mendakwa wikipedia Islam tetapi mempertikaikan setiap aspek agama itu termasuk sejarah, Al-Quran dan sunnah serta peribadi Rasullulah.

"Mereka gunakan pendekatan secara sistematik dan intelektual yang mendalam hingga boleh mempengaruhi umat Islam," katanya.

Ahmad Shabery berkata pejuang atau pemikir Islam perlu memainkan peranan bagi menjawab dan menyerang balas mereka yang cuba menghancurkan Islam.

"Batasan membina benteng kubu intelektual di kalangan umat Islam masih di peringkat yang perlahan. Kerajaan tidak boleh mengharamkan internet tetapi kerajaan boleh memikirkan bagaimana perkhidmatan jalur lebar ini boleh berfungsi bagi menyerang balas segala dakwaan yang tidak betul (mengenai agama)," katanya.

Sehubungan itu, beliau berkata persidangan anjuran universiti itu mampu memainkan peranan dalam membentuk intelektual umat Islam yang mahir dan peka dalam IT.

Pengambilan Panadol Actifast Dan Soluble Memudaratkan Kesihatan







Jangan ambil panadol actifast atau soluble jika anda rasa deman atau sakit kepala. Pengambilan panadol tersebut boleh memudaratkan kesihatan anda untuk pada masa akan datang.

“Suami saya bekerja sebagai Jurutera IT di sebuah hospital, di mana pihak hospital sedang menyiapkan pengkalan data untuk pesakitnya. Dia mengenali rapat doktor tersebut. Doktor memberitahu suami saya, apabila mengalami sakit kepala, mereka sendiri tidak sanggup mengambil Panadol atau Paracetamol. Sebaliknya, mereka akan mencari ubatan herba Cina atau mencari altenatif lain.

Ini kerana Panadol adalah bertoksik kepada tubuh kita . Ia merosakkan organ hati . Menurut doktor tersebut, Panadol akan tinggal di dalam tubuh selama sekurang-kurangnya 5 tahun . Menurutnya lagi, pernah berlaku seorang pramugari menelan terlalu banyak Panadol semasa kedatangan haid kerana tugasnya perlu berdiri sepanjang masa penerbangan. Dia kini baru berumur 30-an tetapi sudah perlu menjalani rawatan buah pinggang (dialisis) setiap bulan.

Alternative Treatment ( Tips )
Seperti kata doktor tersebut, sakit kepala disebabkan ketidak-seimbangan elektron/ion di dalam sel otak .

Sebagai rawatan alternatif, beliau mencadangkan membeli sebotol atau 2 botol minuman isotonik, campurkan dengan air minuman pada kadar 1:1 atau 1:2. Mudahnya, secawan isotonik dengan 2 cawan air minuman.

Saya dan suami pernah mencuba kaedah ini dan mendapati ia berkesan. Kaedah lain ialah merendam kaki ke dalam besin yang mengandungi air suam. Ia akan memberi tekanan darah menurun dari kepala anda.

Panadol adalah sejenis “pain killer”, semakin banyak anda mengambilnya, semakin lama semakin kurang kesannya kepada anda. Bererti anda perlukan dos yang lebih lagi apabila ia kurang berkesan.

Kita semua akan jatuh sakit apabila usia kita semakin meningkat. Untuk wanita, mereka akan melalui pengalaman melahirkan zuriat. Bayangkan mereka akan diberi dos yang kuat apabila terpaksa melalui proses beranak melalui pembedahan.. Jika anda terlalu banyak mengambil Panadol atau Paracetamol sepanjang hidup anda, seperti mereka yang ada migrain, ia akan memberi kesan sifar terhadap kesakitan yang anda alami dan anda memerlukan ubat yang lebih kuat lagi untuk mengurangkan rasa sakit. Adakah anda sanggup diberi dadah yang kuat seperti morfin?

Hargailah kehidupan anda. Fikir sebelum mudah memasukkan ubat yang “biasa” ini ke dalam mulut anda.

Sumber : Pengalaman Seorang Blogger

Catatan Popular

Translate