Jumaat, 1 November 2013

11 Perkara Semua Orang Mesti Tahu Tentang Rokok Tiruan


[TERKINI] 11 Perkara Semua Orang Mesti Tahu Tentang Rokok Tiruan!


1. Nampak Macam Sah? Jangan Ditipu 3 Jenama Rokok Tak Sah Paling Terkenal Di Malaysia! Iaitu Gudang Garam, John dan Canyon
2. Malaysia pengguna rokok haram ke-3 tertinggi di antara 11 negara Asia (ITIC & Oxford Economics 2013)

3. 34.5% jumlah rokok yang terjual di Malaysia adalah haram (ITIC 2012)

4. Di Malaysia, 'rokok haram' BUKAN bermaksud jenama rokok seperti Marlboro, Dunhill, dll yand dipalsukan

5. Rokok haram mungkin ada satu atau lebih dari ciri-ciri berikut 

 Aktiviti Penjualan Rokok Tak Sah Di Malaysia Terbahagi Kepada Dua:

Last updated by judithyeoh 4 days ago
  • 1. "Rokok tak sah" atau rokok tiruan menggunakan nama dan alamat pengilang atau pengimport yang palsu di negara ini.
  • 2. "Rokok kontraband" adalah produk yang diimport untuk jualan komersil tetapi tidak dibayar cukai kepada negara.

     Apa Yang Dimaksudkan Adalah Rokok Yang Dihasilkan Secara Murah Seperti Jenama John, Luffman, Gudang Garam, Canyon, Era, League Etc.

    Jenama-jenama Ini Di Kilangkan Di Negara Luar Seperti Indonesia Dan Diseludupkan Ke Malaysia.


    Rokok Seludup Kebanyakanya Dijual Oleh Pendatang Asing Dari Indonesia Dan Filipina.


Rabu, 30 Oktober 2013

Doaku dan kasih untukmu

doaku dan kasih untukmu selalu ananda
bersyukurlah atas semua nikmat yang ada

Dialah selalu bersama langkahmu menatapmu
hanyalah pada Allah segenap arah hidupmu
sujudlah ananda indahnya bersama 
tebarkanlah semerbak mulia penuh cinta

maafkanlah semua
kami tiada sempurna
rendahkan hatimu
selalu bersahaja bahagia

andai di sini rasulullah hadir

andai di sini rasulullah hadir
membawakan aku secangkir air
lalu dia beri ...........
dan dia peluk aku penuh kehangatan

dan ku beri dia bunga yang teristimewa 
dari penjuru persada
dan ku ceritakan seribu kisah 
senang ataupun susah serta derita 
hidup di dunia

andai di sini rasulullah datang
mengetuk pintu dan mengucapkan salam
lalu dia tatap mataku yang malu
dan dia panggil aku "ayo sini sayang"

dan kau bisikkan satu pesan penuh cinta
indahnya persahabatan
dan kau katakan semua 
tuk bersyukur kan karunia nikmat 
dari Allah yang Maha Penyayang




5 Rahsia Di Bilik Hotel Yang Kita PERLU Tahu



Setiap orang mempunyai pengalaman tersendiri apabila menginap di sesebuah hotel. Ada yang pernah menginap di hotel3 bintang, malah 5 bintang pun ada bergantung kepada kemampuan seseorang itu. Bukan semua hotel, diingatkan bukan semua hotel so jangan percaya 100%, kerana ini adalah sekadar kajian dan tidak semestinya ia berlaku di semua hotel. Kami taknak kena saman.

Oleh kerana staff pengemas bilik hotel selalunya di beri masa 30 minit atau kurang untuk mengemas satu bilik, kebanyakan peralatan di hotel tidak sebersih yang anda sangka. Kami bukan mahu menakutkan anda. Tetapi kami cuma mahu memberitahu. Berikut adalah 5 rahsia di bilik hotel yang patut anda tahu.

Rahsia 1 : Jangan Guna Gelas Di Bilik

Gelas di bilik anda mungkin berkilat. Tapi ia sebenarnya menjijikkan. Kebanyakan staff mengemas bilik tidak mencuci gelas itu, tetapi hanya mengelapnya saja. Dalam satu pendedahan oleh Fox News pada tahun 2007, kamera tersembunyi yang dipasang di hotel mewah bandar itu merakamkan yang gelas di bilik selalunya tidak dibasuh.

Kadang-kadang ia di sembur dengan pencuci tingkap dan dilap dengan tuala kotor. Ada yang membersihkannya dengan menggunakan sarung tangan yang sebelum itu digunakan untuk mencuci mangkuk tandas. Pilihan terbaik? Bawa cawan plastik dari rumah. Jika tidak pun, cuci dulu gelas dan cawan dengan air panas sebelum menggunakannya.

Rahsia 2 : Jangan Guna Cerek Air di Bilik


Ah! Cerek air di bilik hotel .. siapa yang tidak sukakannya? Memang best bila boleh membancuh teh dan kopi di bilik yang sejuk. Tetapi dalam satu pendedahan di dalam majalah Saloon, seorang pengemas bilik mengakui yang ada satu perkara yang pelik mengenai cerek air. Cerek sebenarnya kerap dijadikan tempat meletak kond*m terpakai.

Menurutnya, beliau mempunyai satu pen yang digunakan khusus untuk mengambil kond*m tersebut. Begini rutin pembersihan beliau. Pertama buang benda tersebut. Kemudian sembur pencuci, bilas dengan air panas dan ulang jika lekit cecair masih ada.

Tambahnya lagi, beliau terlalu kerap menemui sisa tersebut di dalam cerek sehingga apabila beliau menjerang air di rumah, beliau kerap terbayang apa yang terjadi di bilik hotel.

Kesilapan 3 : Pintu Hotel Mudah Dibuka

Tidak kisahlah samada anda bercuti di hotel bajet atau hotel mewah, bawa sendal pintu anda untuk keselamatan. Setiap kali anda berada di bilik, letak sendal di pintu. Mengapa?Sebab tak kiralah betapa canggihnya sistem keselamatan pintu anda, ia tidak se-selamat yang anda sangka. Sistem kunci rantai dan sistem kad elektronik mudah dibuka — tidak kiralah samada oleh orang luar ataupun staff hotel sendiri.

Jadi anda perlukan sendal anda. Walaupun murah, sendal pintu adalah cara paling efektif menghalang orang yang tidak dikenali dari masuk ke dalam bilik sewaktu anda, pasangan anda dan anak-anak sedang tidur.

Rahsia 4 : Jangan Guna Air Dari Paip Untuk Minum

Jika anda menginap lama di hotel, guna air mineral sebagai air minuman. Jangan gunakan air paip dari bilik air, terutamanya jika anda bercuti di kawasan yang mempunyai air tercemar dari sisa najis manusia dan racun serangga seperti di Cameron Highland. Kisah anak-anak cirit birit selepas pulang dari situ adalah perkara biasa.

Kalau itu belum membuatkan anda risau, pernah dengar kisah dua pelancong Britain di Cecil Hotel, Los Angeles? Tidak tahan dengan rasa air yang agak pelik mereka melaporkannya kepada pihak hotel. Setelah di selidiki, staff hotel mendapati bahawa selama ini memang mereka menggunakan air yang kotor untuk mandi, minum dan menggosok gigi. Kenapa ?

Kerana ada mayat seorang wanita Cina telah mereput lebih 2 minggu di dalam tangki air yang digunakan di seluruh hotel.

Rahsia 5 : Jangan Bersandar di Tingkap Bilik

Ya. Bersandarlah di tingkap bilik, jika anda ingin mati muda. Tingkap di bilik hotel selalunya tidak diperiksa dengan kerap, walaupun di bilik-bilik hotel mewah di dalam bangunan tinggi seperti di Kuala Lumpur. Setiap bulan, ada saja berita dari seluruh dunia mengenai kanak-kanak dan juga orang dewasa yang jatuh disebabkan mereka bersandar di tingkap hotel. Tidak kiralah samada hotel tersebut hotel murah atau hotel mewah, kedua-duanya tidak selamat. Tak percaya? Lihat apa yang anda jumpa bila anda google hotel window fall.

Selasa, 29 Oktober 2013


Perak Cadang Wujud Perkampungan Belia Di Ipoh


Kerajaan Perak bercadang mewujudkan perkampungan belia di bandar raya Ipoh bagi mengembangkan potensi dan bakat golongan belia di negeri itu dalam bidang keusahawanan dan sukan.
Exco Belia, Sukan, Komunikasi dan Multimedia negeri, Datuk Shahrul Zaman Yahya, berkata projek itu merupakan antara pelan strategi lima tahun yang digariskan oleh kerajaan Perak untuk pembangunan golongan belia di negeri berkenaan.
Ujarnya, lokasi projek juga sudah dikenalpasti iaitu di Kompleks Belia dan Sukan yang terletak berdekatan Stadium Perak.
“Untuk tempoh lima tahun akan datang, kerajaan negeri dengan kerjasama Jabatan Belia dan Sukan sudah mengenalpasti beberapa strategi untuk pembangunan golongan belia, bidang sukan, komunikasi dan multimedia di Perak.
“Sebagai contoh, kita bercadang mewujudkan perkampungan belia di bandar raya Ipoh yang menyediakan pelbagai kemudahan seperti tapak perniagaan dan tidak ketinggalan lokasi untuk para pengunjung melakukan aktiviti sukan lasak dan permotoran.
“Pemilihan kompleks itu juga amat bertepatan sekali dan kita akan menambahbaik kemudahan yang sedia ada di situ,” katanya kepada Peraktoday.com.
Mengulas lanjut, Shahrul Zaman yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rungkup, berkata projek ladang belia juga akan diperkenalkan di bawah pelan strategik terbabit selain menyediakan kemudahan perumahan seperti kampung tersusun buat golongan belia yang baru mendirikan rumah tangga.
Dalam bidang sukan pula, beliau berkata, Perak meletakkan sasaran menjuarai Sukan Malaysia (SUKMA) dalam tempoh lima akan datang.
Menyentuh bidang komunikasi dan multimedia pula, kerajan Perak katanya, mahu menganjurkan lebih banyak aktiviti bagi menambah pengetahuan rakyat melalui akses internet.
Akses internet juga katanya, akan ditambah dari semasa ke semasa.
“Seiring dengan visi menjadi negeri berteraskan ilmu pengetahuan, aktiviti dan akses internet kemudahan rakyat akan diperbanyakkan lagi dalam tempoh berkenaan.
“Kita mahu mewujudkan lebih banyak kampung tanpa wayar di Perak dan bagi mengatasi masalah dropped calls pula, kerajaan Perak menjalin kerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) dan syarikat telekomunikasi bagi memperbaiki liputan perkhidmatan telefon selular di negeri ini,” tegasnya lagi.


Ipoh bakal bergelar Bandar Warisan Bijih Timah menerusi pelaksanaan lapan projek utama Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) di bawah draf Rancangan Kawasan Khas Pekan Ipoh tidak lama lagi.
Datuk Bandar Ipoh, Datuk Roshidi Hashim berkata, lapan projek utama yang akan dilaksanakan secara berfasa-fasa itu sehingga menjelang tahun 2029 melibatkan perbelanjaan berjumlah RM12 bilion.
Katanya, perancangan mewujudkan Ipoh sebagai Bandar Warisan Bijih Timah terkandung dalam salah satu projek utama berkenaan iaitu pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan warisan. 
Roshidi berkata, tujuh lagi projek ialah pemiliharaan dan pembangunan kawasan warisan Lorong Panglima dan Jalan Bijih Timah, pembangunan lingkaran hijau Sungai Kinta.
Rangkaian Jejak Warisan Sungai Kinta, Pasar Lama, Gerbang Malam, menaik taraf kawasan Budaya Little India, pembangunan semula kawasan tanah Brownfield (tanah KTMB), kawasan tanah kosong Kampung Kucai dan kawasan usang Jalan Lim Boo Seng, Kampung Jawa.
Pengurusan lalu lintas, pembangunan rangkaian hijau dan imej bandar serta menaiktaraf infrastruktur dan utiliti Bandar.
"Lapan projek utama ini yang akan berjalan secara berfasa-fasa membabitkan kerjasama kerajaan negeri Perak, kerajaan Persekutuan dan pihak swasta,’’ katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat penuh Majlis Bandaraya Ipoh hari ini.
Beliau yakin, menerusi persediaan dan perancangan tersusun pelaksaaan lapan projek utama berkenaan akan membolehkan pihak MBI melobi kepada UNESCO untuk menjadikan Ipoh sebagai Bandar Warisan Bijih Timah.
Menurut Roshidi, draf Rancangan Kawasan Khas Pekan Ipoh yang telah diluluskan oleh pihak majlis hari ini akan melalui satu lagi proses iaitu publisiti dan bantahan awam di mana ia akan dipamerkan pada November ini untuk mendapat maklum balas daripada pihak awam.
"Ini bagi memastikan pelan yang dihasilkan adalah pelan kita yang memenuhi hasrat kerajaan, warga kota dan juga menepati hasrat pihak lain yang berkepentingan bagi memajukan pusat bandar,’’ katanya.
Roshidi berkata, terbaru pihak pemaju perumahan dan pengusaha hotel telah memberi perhatian serius dalam aspek bijih timah dan hubungannya dengan pembangunan Ipoh.
Katanya, sebagai contoh, Hotel Riverfront telah mewujudkan sebuah muzium sejarah bijih timah, begitu juga syarikat pemaju Farlim iaitu Inn City telah memasukkan element pembangunan  bijih timah pada masa lampau sebagai salah satu daripada  elemen penting dalam pembangunan Tin City.
Beliau turut gembira apabila seorang usahawan, Datin Seri Sandra Lee iaitu isteri kepada Tan Sri Lee Hui Hean dari Kepong akan membangunkan dua bangunan di pekan lama Ipoh dengan menjadikannya sebagai muzium bijih timah.

Catatan Popular

Translate