Isnin, 28 Oktober 2013


Bajet 2014: Kerajaan sedia subsidi rakyat beli rumah mampu milik
KUALA LUMPUR 8 Okt. - Kerajaan akan menyediakan subsidi antara RM15,000 dan RM20,000 bagi membolehkan rakyat membeli rumah mampu milik, kata Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.
Beliau berkata, Syarikat Perumahan Negara Bhd (SPNB) akan membina tiga jenis rumah mampu milik dengan tiga bilik tidur berharga RM65,000, RM55,000 dan RM45,000.
"Bagi rumah berharga RM65,000, kerajaan akan memberikan subsidi RM20,000.
Bagi kediaman berharga RM45,000, subsidi yang disediakan sebanyak RM15,000," katanya kepada pemberita ketika ditemui di luar acara Simposium Zakat Perniagaan Nasional 2013 di sini.
Beliau juga berkata, Belanjawan 2014 yang akan dibentangkan di Parlimen 25 Okt ini merupakan bajet 'mesra rakyat' yang memberi tumpuan ke atas kediaman mampu milik dan pembangunan infrastruktur.
Ahmad Husni berkata, kerajaan juga mahukan SPNB menjadi pemaju rumah mampu milik berskala besar untuk rakyat, membina banglo dengan harga jualan kira-kira RM250,000, selain rumah berkembar dua dan rumah teres, masing-masing berharga RM100,000 dan RM80,000.
"Kerajaan juga akan menekankan pembangunan infrastruktur dalam bajet akan datang, terutama di kawasan yang kurang mendapat akses bekalan elektrik, air dan jalan," katanya.
Dalam ucaptamanya, Ahmad Husni berkata, simposium itu menunjukkan inisiatif yang semakin meningkat dalam usaha menyelaraskan amalan perniagaan moden yang berlandaskan prinsip Islam.
"Kerajaan membuat beberapa peruntukan untuk zakat individu, termasuk perakuan ke atas keseluruhan jumlah yang dibayar sebagai rebat cukai.
"Bagi zakat perniagaan, kerajaan mencadangkan zakat ke atas pendapatan perniagaan yang dibayar oleh syarikat, boleh ditolak cukai dalam pengiraan cukai pendapatan korporat, tidak melebihi 2.5 peratus daripada pendapatan agregat," katanya.
Simposium sehari itu dianjurkan oleh Institut Akauntan Malaysia dan Universiti Tenaga Nasional. Ia bermatlamat meningkatkan standard piawaian perakaunan dan amalan pelaporan untuk semua pemegang kepentingan dalam ekosistem zakat. 

Sabtu, 26 Oktober 2013



Perak 26/10/2013

GUNUNG SEMANGGOL - Penduduk sekitar Bukit Merah di sini gempar dengan penemuan seekor ikan pelik bermulut buaya oleh seorang nelayan sungai setelah terperangkap di dalam bubu dawai miliknya.

Dalam kejadian jam 9.00 pagi di Batu 39, Jalan Keretapi Bukit Merah, nelayan itu, Abu Zabar Husin,75, berkata, dia terkejut dengan penemuan ikan itu kerana spesies ikan itu sangat pelik dan mengakui baru pertama kali melihatnya. 

Menurutnya, malam sebelum kejadian berlaku, dia telah memasang bubu di sebuah parit berhampiran rumahnya dan pergi semua ke lokasi itu pada sebelah pagi untuk melihat hasil tangkapan ikan.

“Ketika hendak mengangkat bubu, saya melihat keadaannya bergoncang kuat seolah-olah telah menahan banyak ikan.

“Saya mula membayangkan hasil tangkapan lumayan, bagaimanapun saya terkejut mendapati seekor ikan bermulut buaya terperangkap di dalamnya,” katanya ketika ditemui media, semalam.

Abu Zabar berkata, bubu ikan yang ditangkapnya hampir terlepas dari dakapan setelah dia menyangka haiwan yang terperangkap di dalamnya adalah anak buaya.

“Bagaimanapun, ikan itu mati tidak lama selepas itu setelah keadaannya terlalu lemah.

“Berita penemuan ikan itu mula tersebar dalam kalangan penduduk kampung dan rumah saya seakan-akan pesta apabila dikunjungi orang ramai tidak henti-henti sehingga kini,” katanya.

Abu Zabar berkata, seorang pegawai dari Jabatan Perikanan yang mengunjungi rumahnya mengesahkan bahawa ikan yang ditemui adalah dari spesies ‘Alligator Gar’ iaitu spesies ikan dilindungi dan amat jarang ditemui di perairan Malaysia.

“Saya percaya ikan seberat hampir dua kilogram dan sepanjang hampir satu meter itu berkemungkinan sesat berikutan banjir yang berlaku di beberapa buah negeri,” katanya.

Isnin, 5 November 2012

Sesaat lepas yang tidak akan kembali


Lihatlah disekeliling kita, segalanya tumbuh, membesar dan bergerak kedepan. Angin yang menghembus, sungai yang mengalir tidak pernah melawan arah melainkan sentiasa kedepan. Pohon-pohon juga terus membesar dan meninggi kecuali sebahgian darinya yang menemui kematian. Ya, disebalik pergerakan, pertumbuhan dan penambahan itu adalah kematian sedangkan kehidupan itu sentiasa bergerak, tumbuh, membesar dan meninggi.  Begitu juga dengan umur kita, semakin hari semakin bertambah bukan semakin berkurangan walaupun kita kumpulkan segala penyesalan dan tangisan.

Bukan senang nak dapat seorang kawan..



Bukan senang nak dapat seorang kawan yang boleh di panggil sahabat. Dalam erti kata lain boleh susah senang bersama. Kadang-kadang ada kawan yang baik di depan tapi mengata di belakang. Berpura-pura baik pada kita tapi x seikhlas berkawan seperti yang kita sangka. Kalau boleh berkawan tu biarlah ikhlas...tanpa ada sebarang niat di sebaliknya.


Macam tu jugak dengan aku, kalau boleh aku nak menjadi seorang sahabat yang setia...boleh bersama kala suka dan duka. Menjadi seorang pendengar yang setia setiap kali  mengadu itu dan ini. Kalau boleh biarlah ikatan persahabatan itu kekal sampai bila-bila.

Surat berhenti kerja



Pandir Bin Pandai
Lot 3099, Taman Suka Hati,
Jalan Bergembira,
00007 Bandar Suka Ria
Negeri Dibawah Atap
_____________________________________________________________________________________
Boss Yang Hensem
Kampeni Orang Kaya,
Lot Tidak Bernombor , Taman Orang-orang Kaya
Jalan Harta Karun
00008 Bandar Mencekik Tulang
Negeri Dibawah Bangunan 1  November  2012

Tuan,
PERMOHONAN BERHENTI KERJA DAN TAKKAN DATANG LAGI
Saya yang bernama seperti diatas ingin menyatakan sekali lagi bahawa saya ingin berhenti kerja. Dan saya terasa seperti ingin mengulangi semula pernyataan saya sekali lagi bahawa saya sangat-sangat ingin berhenti kerja. Saya berharap agar tuan dapat memahami apa yang saya ingini iaitu berhenti kerja. Paham ke tak ni tuan . Macam tak berapa nak paham je . Tuan banyak makan semut ni .

Pemberhentian saya ini bukanlah kerana pemberian gaji tuan yang sedikit itu . Tetapi adalah kerana pejabat yang sekarang terlalu gelap. Nak kira elaun selalu sangat silap sebab tak nampak ,lampu kat pejabat malap.
Boss jenis apakah ini sanggup membiarkan orang puteh jadi gelap. Balik rumah nanti tuan fikirkan lah masak-masak rundingan saya ini okey . Saya tidaklah sekejam Hitler tuan .

Tiada apa-apa lagi yang saya ingin perkatakan kepada tuan . Jikalau ada saya akan SMS atau mesej tuan , Dan jikalau saya rajin saya akan menelefon tuan. Tindakan tuan diluar kampeni tidak lain tidak bukan hanyalah membelanja saya minum kopi jika tuan sudi . Saya kan pekerja  tuan . Ingat tu . nasi ayam n teh tarik. Okey la tuan . Sekian Sahaja.


Yang Jujur lagi Ikhlas,
 (Pandir bin Panda

Sabtu, 15 September 2012

MALAIKAT TIDAK MASUK DALAM KENDERAAN YANG ADA PATUNG



MALAIKAT TIDAK MASUK DALAM KENDERAAN YANG ADA PATUNG | Tidak kira di mana sahaja, setiap masa dan tempat kita memohon supaya sentiasa di beri perlindungan dan keberkatan oleh Allah yang Maha Esa, sama ada di rumah, pejabat, kenderan dan sebagainya.
Ini kerana apabila sentiasa di bawah keberkatan Allah s.w.t, kita akan sentiasa dalam keadaan selamat dan sejahtera. Bagi mendapatkan keberkatan ini, Islam telah mengajar umat Islam untuk sentiasa melazimi berzikir, berdoa dan membaca al-Quran .

Namun begitu terdapat sebuah hadis yang memberitakan bahawa sesebuah rumah tidak akan dimasuki oleh malaikat jika terdapat anjing dan patung. Abu Talhah al-Ansari, ia berkata: Saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: Malaikat tidak akan masuk rumah yang di dalamnya ada anjing dan patung
(Riwayat Muslim)
Menurut ulamak, patung yang dimaksudkan ialah patung yang diletak atau digantung untuk tujuan perhiasan. Jika patung tersebut untuk dijadikan permainan maka ia dibolehkan. Perbuatan menggantung patung (berbentuk haiwan atau manusia) adalah menyerupai perbuatan agama lain yang menjadikan patung ini sebagai objek sembahan dan alat tawasul untuk memohon permintaan. Oleh sebab itu, bagi mengelakkan melakukan unsur-unsur syirik dan juga penghalang daripada malaikat rahmat masuk kedalam sesebuah tempat (malaikat maut tetap masuk), maka semua patung-patung yang dijadikan perhiasan tersebut perlu dibuang atau menjadi alat permainan sahaja.
Pada masa kini, kita dapati banyak patung sama ada kecil ataupun besar yang di letak dan di gantung untuk tujuan perhiasan seperti di dalam rumah dan meja pejabat dan sebagainya. Pelbagai istilah dan nama yang diberikan kepada patung-patung ini, seperti bear, hello kitti, dan seumpamanya. Begitu juga tidak ketinggalan, patung-patung ini di gantung di cermin-cermin kereta sebagai perhiasan, yang beranggapan kereta lebih nampak menarik dan anggun. Tetapi sedarkah kita, jika merujuk hadis di atas, malaikat rahmat tidak akan masuk kereta, sebaliknya syaitan yang mengambil tempat malaikat tersebut. Mungkin kerana malaikat tidak masuk kenderaan, seterusnya tiada keberkatan daripada Allah s.w.t maka banyak berlaku kemalangan di jalan raya. Wallahu a’lam.

DOA KHUSUS ELAK DIROGOL DAN CABUL


DOA KHUSUS ELAK DIROGOL DAN CABUL | Terdapat beberapa pertanyaan tentang doa yang khusus bagi kaum wanita samada dewasa dan kanak-kanak untuk mengelakkan mereka dari terperangkap dalam situasi yang boleh membawa kepada rogol, pencabulan dan lebih dahsyat lagi deraan seks yang diakhiri dengan pembunuhan.
Maka di sini, selain doa dari hadis sohih pelindung setiap kali keluar rumah yang telah saya paparkan di artikel berkenaan Al-Marhumah Nurin Jazlin sebelum ini. Iaitu :-
رَسُولَ اللَّهِ يقول من قال بِسْمِ اللَّهِ الذي لَا يَضُرُّ مع اسْمِهِ شَيْءٌ في الأرض ولا في السَّمَاءِ وهو السَّمِيعُ الْعَلِيمُ ثَلَاثَ مَرَّاتٍ لم تُصِبْهُ فَجْأَةُ بَلَاءٍ حتى يُصْبِحَ وَمَنْ قَالَهَا حين يُصْبِحُ ثَلَاثُ مَرَّاتٍ لم تُصِبْهُ فَجْأَةُ بَلَاءٍ حتى يُمْسِيَ
DALAM sebutan rumi : BISMILLAH ALLAZI LA YADURRU MA’ASMIHI SYAIUN FIL ARDI WA LA FIS SAMAIE , WAHUWAS SAMI’UL ‘ALIM

Ertinya : Rasulullah s.a.w didengari berkata sesiapa yang berdoa : “Dengan nama Allah yang tiada dimudaratkan sesuatu apapun dengan namaNya samada di bumi dan di langit, dan Dialah maha mendengar dan maha mengetahui” sebanyak 3 kali, maka ia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehinggalah subuh esoknya, dan barangsiapa membacanya ketika subuh 3 kali, ia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehingga petangnya” ( Riwayat Abu Daud, 4/323 ; At-Tirmidizi, 5/465 dan Ahmad ; Tirmizi : Hasan – Teks doa berwarna Merah Syeikh Syuaib ; Hasan)
Ingin saya utarakan satu lagi doa sohih yang dibaca oleh isteri Nabi Ibrahim a.s (iaitu Siti Sarah) yang menyebabkan para lelaki zalim termasuk rajanya melarikan diri, saya sertakan sekali sumber rujukannya dari hadis Nabi s.a.w.
اللّهُمَّ اِنْ كُنْتَ تَعْلَمُ اني آمَنْتُ بِكَ وَبِرَسُولِكَ وَأَحْصَنْتُ فرجي إِلاَّ على زوجي فَلاَ تُسَلِّطْ عَلَىَّ الْكَافِرَ
DALAM SEBUTAN RUMI : ALLAHUMMA IN KUNTA TA’LAMU INNI AAMANTU BIKA, WA BIRASULIKA WA AHSONTU FARJI ILLA ‘ALA ZAWJI FALA TUSALLIT ‘ALAYYA AL-KAFIR WA AZ-ZALIM
Ertinya : Ya Allah, jika engkau mengetahui bahawa aku beriman kepada Mu dan Rasul Mu, dan aku menjaga kehormatanku hanya untuk suamiku, maka lindungilah aku daripada dikuasai oleh orang-orang kafir dan zalim” ( Riwayat Al-Bukhari, no 2104, 2/722 ; Sunan Al-Baihaqi, 5/97; Musnad ahmad, 2/403 ; Fath Al-Bari, 6/393; Umdat Al-Qari, 12/30 ; Sohih )
Semoga ia dapat dihafaz dan di amalkan oleh semua wanita Muslimah, Cuma jangan lupa bahawa doa ini bersoifat tawassul dengan amal soleh anda, iaitu apabila diikat dengan imannya dengan Allah s.w.t dan RasulNya dan telah dijaga kehormatannya dan sudah tentu auratnya.
Justeru, seolah-olah kemaqbulan doa ini juga diikat tentang kewajiban untuk beriman dengan Allah dan rasulNya dan menutup aurat anda. Tanpanya, doa ini masih amat digalakkan untuk dilakukan, cuma jaminan seolah-olah lebih pasti bagi yang apa yang dikatanya (dalam doa ini) menepati apa yang sebenarnya penampilan fizikal anda.
Justeru, jika berbaju kebaya terbelah, baju sendat menampakkan susuk tubuh, berpakaian nipis seolah telanjang, bersolek canggih seperti artis bukan Islam..sudah tentu doa ini sahaja belum cukup mampu menjaga anda. Bukan kerana Allah s.w.t tidak mampu, tetapi Allah s.w.t tidak anggap wanita itu layak dek kerana kedegilannya sendiri.
Fikirkanlah.

Catatan Popular

Translate