Isnin, 5 November 2012
Sesaat lepas yang tidak akan kembali
Lihatlah disekeliling kita, segalanya tumbuh, membesar dan bergerak kedepan. Angin yang menghembus, sungai yang mengalir tidak pernah melawan arah melainkan sentiasa kedepan. Pohon-pohon juga terus membesar dan meninggi kecuali sebahgian darinya yang menemui kematian. Ya, disebalik pergerakan, pertumbuhan dan penambahan itu adalah kematian sedangkan kehidupan itu sentiasa bergerak, tumbuh, membesar dan meninggi. Begitu juga dengan umur kita, semakin hari semakin bertambah bukan semakin berkurangan walaupun kita kumpulkan segala penyesalan dan tangisan.
Bukan senang nak dapat seorang kawan..
Bukan senang nak dapat seorang kawan yang boleh di panggil sahabat. Dalam erti kata lain boleh susah senang bersama. Kadang-kadang ada kawan yang baik di depan tapi mengata di belakang. Berpura-pura baik pada kita tapi x seikhlas berkawan seperti yang kita sangka. Kalau boleh berkawan tu biarlah ikhlas...tanpa ada sebarang niat di sebaliknya.
Macam tu jugak dengan aku, kalau boleh aku nak menjadi seorang sahabat yang setia...boleh bersama kala suka dan duka. Menjadi seorang pendengar yang setia setiap kali mengadu itu dan ini. Kalau boleh biarlah ikatan persahabatan itu kekal sampai bila-bila.
Surat berhenti kerja
Pandir Bin Pandai
Lot 3099, Taman Suka Hati,
Jalan Bergembira,
00007 Bandar Suka Ria
Negeri Dibawah Atap
_____________________________________________________________________________________
Boss Yang Hensem
Kampeni Orang Kaya,
Lot Tidak Bernombor , Taman Orang-orang Kaya
Jalan Harta Karun
00008 Bandar Mencekik Tulang
Negeri Dibawah Bangunan 1 November 2012
Tuan,
PERMOHONAN BERHENTI KERJA DAN TAKKAN DATANG LAGI
Saya yang bernama seperti diatas ingin menyatakan sekali lagi bahawa saya ingin berhenti kerja. Dan saya terasa seperti ingin mengulangi semula pernyataan saya sekali lagi bahawa saya sangat-sangat ingin berhenti kerja. Saya berharap agar tuan dapat memahami apa yang saya ingini iaitu berhenti kerja. Paham ke tak ni tuan . Macam tak berapa nak paham je . Tuan banyak makan semut ni .
Pemberhentian saya ini bukanlah kerana pemberian gaji tuan yang sedikit itu . Tetapi adalah kerana pejabat yang sekarang terlalu gelap. Nak kira elaun selalu sangat silap sebab tak nampak ,lampu kat pejabat malap.
Boss jenis apakah ini sanggup membiarkan orang puteh jadi gelap. Balik rumah nanti tuan fikirkan lah masak-masak rundingan saya ini okey . Saya tidaklah sekejam Hitler tuan .
Tiada apa-apa lagi yang saya ingin perkatakan kepada tuan . Jikalau ada saya akan SMS atau mesej tuan , Dan jikalau saya rajin saya akan menelefon tuan. Tindakan tuan diluar kampeni tidak lain tidak bukan hanyalah membelanja saya minum kopi jika tuan sudi . Saya kan pekerja tuan . Ingat tu . nasi ayam n teh tarik. Okey la tuan . Sekian Sahaja.
Yang Jujur lagi Ikhlas,
(Pandir bin Panda
Langgan:
Catatan (Atom)
Catatan Popular
-
Malim Nawar adalah sebuah pekan yang terletak di Daerah Kinta, Kawasan Parlimen Kampar , Perak. Lokasinya berada kira-kira 40 km ke sela...
-
Mesjid kampong kepayang Sebut sahaja nama Kampung Kepayang Ipoh, ramai yang terbayang...
-
Bota merupakan sebuah mukim di tepi Sungai Perak , di selatannya ialah Kampung Gajah dan Teluk Intan . Sementara di utaranya ialah ...
-
Ular lidi menjadi naga adalah satu bidalan yang sangat popular dalam kehidupan masyarakat melayu. Di negeri Perak terdapat beberapa ...
-
HUJUNG minggu lalu saya berkesempatan 'melancong' ke sebuah kampung, bukan di benua Eropah, tetapi di tanah air kita sendir...
-
PISTOL boleh diseludup keluar dari pekan Sungai Golok, Thailand ke Malaysia dengan menunggang motosikal melalui Kompleks Imigresen Rantau...
-
Salam semua, anda pasti tak boleh lupa dialog dalam filem Nasib Si Labu Labi arahan Tan Sri P. Ramlee yang tak pernah jemu ditonton oleh ki...
-
Jambatan masuk ke Kampong Kepayang Fair Park Ipoh Menurut sejarah bertulis, Kampung Kepayang dibuka oleh Datuk...
-
DAULAT TUANKU D AULAT TUANKU DAULAT TUANKU Izinkan patik pacal yang hina mencoretkan cerita mengenai Sejarah Perak yang sebahagi...
-
YB Menyerahkan Sumbangan Kepada Tuan Hj. Abdul Kadir. Kampong ini terletak di tebing Sungai Perak berhambiran Jambatan Sultan Idris Shah...